Beratus Bikers Kumpul Depan TV3, Mazidul Mana?

on Monday, December 24, 2012

Menurut sumber dari laman Facebook SoutulMujahid, beratus-ratus geng-geng Bikers, motosikal berkuasa besar dan rider-rider motosikal biasa berkumpul di depan bangunan TV3 hari ini.

Katanya mereka semua berkumpul depan bangunan TV3 bagi membantah kenyataan Mazidul Akmal Sidik dalam salah satu segmen Majalah 3 yang disiarkan baru-baru ini.

Ramai yang mencari Mazidul, tapi dalam ramai-ramai tu tak seorang pun sempat melihat kelibat Mazidul. Di manakah Mazidul Akmal Sidik?

Dengar khabar Zizan Raja Lawak pun ada sama berhimpun depan bangunan Media Prima, TV3. Jom lihat gambar bikers yang berhimpun depan TV3 tu...


Glamorous MrJocko

Ingat Mazuin Hamzah?Ikuti Kisah Percintaannya..

on Sunday, December 23, 2012

Wanita dalam gambar ini adalah Mazwin Hamzah bekas Isteri kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisura Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien atau lebih dikenali di Malaysia sebagai Pengiran Sufri. 
Lain sungguh muka Maziun Hamzah sekarang ni. Gambar ni diambil sewaktu Mazwin Hamzah menghadiri Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja yang berlangsung di Balai Singahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman pada malam 19.09.2012 lepas. Mazwin Hamzah berkahwin dengan Pengiran Sufri pada 11.12.1987 dalam usia 23 tahun dan kemudiannya berpisah setelah 17 tahun hidup bersama
anak sulung Mazuin..ops..lahir pada 1 September 1988,akak mmg ingat sbb satu tarikh ngan anak sulung akak lahir...
Dulu akak memang minat dengan nyanyian Mazuin dan beliau salah satu pemain drum dalam kumpulan Quinary M ni..dan mereka salah satu kumpulan yang top pada tahun 80..an..

Macamana Mazuin terjumpa dengan Pengiran Sufri Bolkiah..

Episod cinta penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Aku Ingin Dekat Kepadamu dan Cinta Palsu itu bermula pada 10 Julai 1987.
Pertemuan pertama di Villa Cinta Bersemi (kediaman Sufri di Jalan Ampang, Kuala Lumpur) itu memberi kesempatan kepada pasangan itu untuk bertentang mata antara satu sama lain.

Bagaimanapun, itu bukanlah pertemuan rasmi dengan Mazuin, sebaliknya, rombongan artis Malaysia yang menyertai Mekar Sejambak dipelawa untuk bermesra dengan Sufri sebelum rombongan itu dijemput ke Bandar Seri Begawan untuk meraikan baginda sempena majlis ulang tahun kelahirannya pada penghujung Julai 1987.

Rombongan artis Malaysia mendapat layanan yang cukup hebat dan Mazuin pula sudah tentu mendapat perhatian Sufri yang memastikan sambutan dan layanan kepada kekasihnya itu bertaraf lima bintang.
Sebelum Mazuin dan rombongan artis pulang ke Malaysia, Sufri memberanikan diri mengadakan pertemuan dengan artis wanita berkenaan yang ditemani ibunya, Maimon.

Di ruang pejabat di Istana Nurul Hana, Sufri secara gentleman menyuarakan hasrat hatinya untuk meminang Mazuin.
Berdasarkan laporan dalam majalah URTV, sebelum menyunting si genit itu, Sufri terlebih dahulu bertanyakan Mazuin apakah dia sudah mempunyai pilihan hati.

Tergamam dengan pertanyaan itu, Mazuin menggelengkan kepala. Maimon yang setia menemani puterinya itu juga ditanya oleh Sufri apakah beliau sudi untuk menerima kehadiran putera diraja itu sebagai menantunya.

Maimon lebih senang membiarkan keputusan itu dibuat oleh Mazuin sendiri kerana pada usia 23 tahun, wanita itu berpendapat, lebih baik anaknya sahaja yang menentukan masa depannya.
Kata sepakat dicapai, selang seminggu selepas pertemuan di Bandar Seri Begawan, Sufri berlepas ke Kuala Lumpur dengan jet peribadinya untuk melamar Mazuin.

Sekali lagi berita itu mendapat perhatian akhbar Utusan Malaysia yang berjaya mendapat pengakuan eksklusif Sufri yang mengesahkan baginda sudah melamar Mazuin.

Bibit cinta antara Mazuin dan Sufri mula berputik selepas detik itu sebagaimana bergulingnya musim-musim, hidup manusia direncahkan dengan peristiwa yang pelbagai.

Berbulan-bulan persiapan dilakukan sehinggalah majlis pernikahan dan persandingan berlangsung secara gilang-gemilang.
Sejak kisah percintaan beliau tersebar dengan Pengiran Sufri Bolkiah...kisah mereka berdua menjadi isu terhangat dan suratkhabar setiap hari menyiarkan tentang percintaan mereka berdua ..macam kisah Lady Dianalah...

Mereka mula bertemu pada tahun 1987 dan kisah percintaan mereka memang di tunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia. Kalau keluar cerita mereka berdua memang kedebumlah surat khabar tu..taklah macam sekarang ni...dah ada alternatif selain dari paper...

Selepas berkahwin, Mazuin diberi gelaran Pengiran Bini Mazuin dan tinggal di istana.

Namun selepas 17 tahun bersama, pasangan ini bercerai dan Mazuin hanya membawa gelaran Hajah Mazuin binti Hamzah sahaja. Alahai....Tak pe la..jodoh dah tak de...nak wat camana kan?
Tak tahulah samada Mazuin telah menamatkan zaman jandanya ataupun tidak...Pengiran Sufri Bolkiah telah pun berkawin lain...katanya dengan makcik Fazura...tapi silap nama dia Faizah.

Hhhmmm...dah tamat dah citer dia..

Bekas Isteri Najib VS Bekas Suami Rosmah...Siapa?


Semua orang tahu Datin Rosmah ialah isteri kedua DS Najib. Bekas isteri PM Malaysia, Dato Seri Najib ialah seorang insan bernama Puteri Zainah binti Iskandar, perempuan pertama yang bersama Najib membina kehidupan. Siapakah Puteri Zainah ini? Dia adalah wanita pertama yang berada di sisi Najib. Wanita pertama yang berada di kiri Najib atas pelamin yang kilau gemilau. Wanita pertama yang menjadi teman tidur Najib yang sah. Wanita pertama yang meyendukkan nasi ke pinggan Najib. Wanita pertama yang mengambil baju dan seluar Najib untuk ke pejabat.

Betapa pun ada kuasa yang cuba menafikannya, namun sejarah dan biologi tidak boleh menafikan bahawa darah wanita ini ada dalam tubuh tiga orang anak perdana menteri itu; Mohd Nizar, 32, Puteri Norlisa, 28 dan Mohd Nasifuddin?


Puteri Zainah masih hidup dan masih sihat. Cebisan kenangan indah beliau dengan Najib mungkin masih terpampar di kepalanya. Dia juga berhak sebenarnya bercakap mengenai Najib.

Dahulunya ketika beliau masih menjadi isteri Najib, Puteri Zainah atau lebih dikenali dengan Ku Yie inilah yang mengikut Najib ke majlis-majlis kerajaan. Yang menemani Najib menziarahi rakyat di Pekan dan seluruh Pahang semasa Najib menjadi Menteri Besar Pahang dulu. Ku Yielah yang menjadi pujaan dan kesayangan Tun Puan Rahah.


Mungkin ada juga yang tak tahu, bekas suami Datin Rosmah Mansor ialah Farid Ismeth Emir iaitu pembaca berita Dunia Jam 10 RTM1. Antara anak perempuan Datin Rosmah Mansor dan Farid Ismeth ialah Azrene Soraya iaitu isteri kepada penyanyi yang juga pakar motivasi terkenal Dr Fazley.



Anda percaya entry tersebut?Untuk pengetahuan pembaca..nama penuh isteri Dr Fazley ialah Azrene Soraya binti Abd Aziz so macamana ayahnya adalah Farith Isthmeth Emir..
kadang-kadang internet ni banyak yang infonya salah...jangan percaya bulat-bulat apa yang anda baca...
Sekian..

Sumber: Cina Islam dan Sumber

Apa Yang Lebih Power Dasi Nasi Kangkang?

Now you know!

Ye... kami dah jumpa benda lagi power dari Nasi Kangkang!

Thanks @Yuecchi86

Laporan asal Tweet @Yuecchi86

Gadis Yang Ingin Menjadi Seperti Orang Lain

Gadis Yang Ingin Menjadi Seperti Orang Lain.
Orang beritahu dia boleh jadi apa yang dia nak, jadi gadis ini cuba menjadi...


Cute : Kucing Ini Bijak Bermanja Dengan Tuannya

Kucing Yang Pandai Bermanja Dengan Tuannya
Ini baru kucing yang sangat manja.



[8 Foto] BMW Modified Milik Pak Arab..Cool!!

Jom kita lihat kereta BMW milik Pak Arab yang telah dimodified oleh beliau. Diorang ni memang banyak duit. Jutawan minyak. Macam-macam kereta boleh beli. BMW ni dia buat macam kancil jer. Modified suka hati dia.