'GF i ajak tidur sekali, apa lagi..'

on Monday, December 24, 2012

"Betul..bro..girlfren aku ajak aku tido sekali.... per lagi..kita orang main lah"....BANGGA LAA TU...
Mengucap panjang baca status budak bodoh ni... anak sape laa ni. pulak tu, ramai plak yang like tu...aduhaii...dunia..dunia..
semua nak di share nya di mukabuku. 

Ko tido sekali ker, beromen ker..ada aku kisah ker.. tak kan benda2 jahat macam tu pun nak kecoh 1 dunia.
Melakukan zina dan berbangga dengan nya ada lah satu perkara bodoh dan terkutuk..tuiiii..

Macam dah tak der perasaan malu lagi, semua nak di crita nya.
Entah sape la budak kat atas nie.... bangga laa tu..dah fofulor...

Haram Rezeki Pelakon Yang Tidak Menutup Aurat

Figura yang berstatus ‘pendakwah selebriti’ di gelanggang pentas ceramah politik ini iaitu Abby Abadi diyakini terkenal dengan pandangan kritisnya.
Bahkan rakan-rakan artis yang pernah sama-sama berjuang didalam cabangnya yang sama suatu ketika dahulu tidak terlepas dari menerima tempelan lantangnya. Ini termasuk satu lagi dakwaanya yang mengatakan pelakon yang bersentuhan bukan muhrim dan yang tidak menutup aurat adalah haram rezeki yang diperolehinya.

Ujar Abby “Bila kita tidak menutup aurat, bila kita bersentuhan secara sengaja dengan yang bukan mahram rezeki kita itu adalah haram. Haram rezeki kepada pelakon-pelakon yang berlakon tanpa mengikut syariat Islam itu sebenarnya.

“Kita boleh lihat sendiri contohnya macam apa yang ada dalam TV tu, dengan cara berpakaianya dengan cara pergaulanya dan juga asik menonjolkan cerita cerita yang tak sepatutnya dipertontonkan. Sampai dalam filem boleh berkemban dan berpeluk sakan, macam tak ada yang melarang.”

Jelas Abby lagi jika dahulu dia agak memilih untuk tidak melakonkan babak-babak yang tidak sepatutnya dilakonkan seperti babak memerlukanya didukung dan seumpamanya tapi keadaan seperti itu pada ketika ini seperti tidak dikawal tingkah laku para pelakon tersebut.

Artis Kita Suka Dress Seksi..Sampai Bila??

Fuhhh... cerita artis Malaysia seksi ni dah banyak sangat kita dengar dan lihat juga "terliur di buatnya" di akbar2,majalah2 hiburan, di tv dan juga di internet. Memang syarat nak jadi artis populor, kena seksi. Skirt pendek sampai nampak pangkal peha, dada terdedah, terbelah sana, terbelah sini., terdedah di belakang, rambut panjang mengurai dan macam-macam gaya seksi yang buat peminat terkasima dan secara tak langsung memenat kan MALAIKAT sebelah kiri kita menulis perkara dosa yang kita telah buat. Berikut ni alasan BODOH artis kita..
“Selesa berpakaian begitu
“Jangan nilai seseorang melihatkan pada pakaian”
“Keluarga lebih mengenali saya”
“Saya tidak mahu hipokrit, inilah diri saya yang sebenarnya”
” Maaf, saya mengikut kehendak pereka fesyen”
“Jangan menilai kita daripada pakaian sahaja”
“Seksi itu subjektif”
“”Saya masih tinggal dengan keluarga, jadi keluarga saya lebih mengenali saya”
“Saya pakai ikut kesesuaian majlis”
“”Itu urusan antara saya dengan tuhan”
“Saya berpakaian seksi tapi saye bukannya pelacur, saya tahu jaga nama baik keluarga saya”
“Apa yang saya pakai, itu hak saya”
Ada VIP offer saya jadi teman ranjang, tapi saya masih tahu nilai nilai sebagai wanita ISLAM…Jangan ingat kerana saya berpakaian seksi saya tak tahu halal haram..!”
Macam tu lah jawapan yang mereka berikan.. Memang dia orang ni tak takut dosa dan sanggup pulak tu berkongsi dosa dengan peminat2 mereka...

Agak menghairan kan, semacam tiada tindakan langsung yang di kena kan kepada artis wanita seksi ni, tapi.. bila si Faizal Tahir bukak baju masa buat persembahan, terus di kena kan tindak kan. Dia orang ni salah nuntut ilmu agama agak nya sampai tak tau nak di beza kan aurat wanita dan aurat lelaki, lain laa si Faizal tu bukak seluar tinggal kan seluar dalam jer.

Tapi artis wanita kita dah taraf macam BERKEMBAN jer..apa tindak kan yang di buat oleh jabatan2 berkaitan.
Hakikat nya pihak media cetak dan elektronik turut sama bertanggung jawap dalam isu ini kerana mereka mengalak kan lagi penyebaran dosa2 kering nie...

pada peminat2... tepuk dada tanya nafsu... hihihi..

Info Terkini Banjir di Kuantan V2 [24/12/2012]


Selepas hujan tidak henti-henti selama 13 jam, bandar Kuantan kini dilanda banjir. Banjir kilat di Kuantan yang bermula kira-kira jam 11 pagi tadi menyebabkan banyak kenderaan terperangkap dan jalan raya sesak teruk.

Kenderaan menjadi lebih buruk apabila hujan masih belum berhenti sehingga jam satu petang tadi.

Antara jalan-jalan yang dilaporkan teruk dinaiki air ialah Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Pasar, Jalan Bukit Ubi, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Mahkota, Jalan Abd Aziz, Jalan Air Putih, Jalan Haji Ahmad, Jalan Beserah dan persimpangan lampu isyarat Jabatan Ukur Dan Pemetaan (JUPEM).

Aktiviti harian orang ramai turut terjejas apabila kawasan pusat tumpuan orang ramai yang seperti di Jalan Tun Ismail khususnya sekitar kompleks membeli belah Berjaya Megamall dan Sri Dagangan turut dinaiki air.


Seorang penduduk Kuantan yang dihubungi Harakahdaily, Khairatul Solehah Khairul Anuar memberitahu, beliau terperangkap selama satu jam sebelum berjaya keluar dari kawasan Stadium Darul Makmur.

Menurutnya, banyak kenderaan terperangkap di Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) yang turut dinaiki air.

“Nasib baik saya letak kereta dekat dengan stadium. Di situ sahaja yang selamat. Kalau parking di Padang MPK, memang tenggelam,” katanya.


Beliau juga berkata, Pasar Besar Kuantan turut dimasuki air di beberapa bahagian.

“Dalam pasar di kawasan jual barang basah, air naik. Jalan raya sangat sesak, lampu isyarat pula rosak,” katanya lagi.

Terminal Bas Makmur turut dinaiki air menyebabkan bas-bas terpaksa menunda waktu perjalanan seperti yang dijadualkan.

Tanah Perkuburan di Malaysia Yang Aneh

Korang pernah dengar cerita tak, ada 1 kawasan tanah perkuburan yang bercampur antara islam,kristian dan jirat cina..

mereka gelarkan kubur 1malaysia , pasal semua ada kat situ kecuali hindu.
Apa macam, percaya tak? Tanah perkuburan ini terletak di daerah Rompin,Pahang.
Mohon pandangan korang yer..=)..
Videonya di bawah ni..




renung-renungkan dan selamat beramal....

Gadis Melayu Bangga Minum dan Beli Arak

Assalammualaikum,

Mungkin kita semua dah biasa pun tengok gambar-gambar kat bawah ni.
Tapi inilah realiti kehidupan atas nama kemajuan dan kemodenan, maka anak-anak gadis kita hanyut dalam khayalan.

Banyak lagi perkara-perkara yang amat-amat memalukan berlaku di luar sana. 
Kita hanya mampu melihat mereka tanpa dapat melaku kan apa-apa tindak kan yang dapat menyedarkan mereka ini dari terus hanyut.

Gadis-gadis ini mungkin anak-anak kita, adik-adik atau siapa pun, mereka ini... HARUS DI SELAMAT KAN.. 


Begitu berbangga nya mereka-mereka ini menikmati kelazatan air kencing setan tu, tidak kah mereka merasa malu dan kesian kepada diri mereka sendiri. 
Tidak kah mereka terfikir tentang mak ayah mereka. 

Di saat-saat tengah gembira macam ni,mana nak fikir tu semua kan. Kalau lah ketika ini malaikat maut datang mencabut nyawa mereka. Sudah terlambat bagi mereka untuk kembali...
wasalam..

Status FB Terlampau Gadis Melayu


Apa agaknya sedang bermain dalam fikiran budak pompuan ni..? Sekali tengok.., memang terlampau betul dia punya status Fesbuk..

Tapi.., walau dalam keadaan terlampau sekalipun.., gua agak bersetuju dengan apa yang beliau cuba sampaikan...

Memang kebanyakan remaja kita sekarang ni bercinta lain macam sikit.., lambat lepa je terus nak laksanakan aksi 'mengawan'...

Yang jantan memang kita dah sedia maklum akan cari kesempatan.., tapi gua heran yang pompuan pulak mudah sangat londehkan segala maruah yang ada...

Kekadang gua terfikir jugak.., murah sangat ke anak gadis sekarang ni..? Dah hilang ke sifat malu dalam diri dorang?

So.., bila dah putus dah berisi dalam perut.., menangis airmata darah pun tak guna beb.. Last-last.., bayi yang tak berdosa jugak jadi mangsa buang merata-rata..

Itulah realiti yang harus kita terima..