Video 'Romance' Kekasih Kepada Kekasih

on Tuesday, January 1, 2013

Aku sudah lama perasan video 'berani-kena-maki' ini di Facebook. Masa tu, aku tak ghairah nak tengok sebab banyak lagi video best yang dikongsi oleh membe-membe Facebook. Tambah pula guna broadband, pemilihan video sampah perlu dikurangkan supaya pelayaran internet tak melebihi 5GB sebulan.

Sehingga 'kekasih' @ 'B' beliau turut buat satu video untuk membalas kegersangan kekasihnya. Lepas tengok video B, baru aku tengok video asal.

Di bawah, video asal yang dimaksudkan...
dan video daripada B...
Tidak ketinggalan juga, pihak bapa turut buat satu video sebagai amaran untuk meludah B. haha...
Ada lagi ke yang berani nak buat video gersang-gersang tunjuk muka, lepas tu upload dalam YouTube? Mungkin keterlanjuran ini boleh dijadikan peringatan.


Cuma...ayat akhir daripada Kyopropaganda tu aku tak berapa nak berkenan, JANGAN GIVE UP, JANGAN MALU, BE YOURSELF. Tak patut rasanya bagi sokongan moral kepada makhluk macam ni...

Kejam! Kucing Dijadikan Hiasan Dalam Botol


Terdapat seorang Jepun di New York sedang menjual suatu produk baru; yg dikenali sebagai 'Kucing Bonsai'. Apa yang orang Jepun ini buat ialah memadatkan seekor anak kucing ke dalam balang atau botol yang diperbuat daripada kaca.

Kemudian, dua batang straw akan dimasukkan ke dalam balang itu melalui dua lubang kecil yg ditebuk di atas penutup balang itu. Tujuan dua straw itu ialah satu utk memberi makanan kepada anak kucing itu, dan satu lagi utk mengeluarkan najisnya.

Untuk memastikan anak kucing itu membesar dan mengikut rupa dan saiz balang atau botol itu, dia akan memberi anak kucing itu makan sejenis dadah yang akan menjadikan tulangnya lembut, supaya badannya mudah utk mengikut bentuk dalaman balang itu. Dia hanya akan berhentikan pemberian makanan dadah ini sekiranya anak kucing itu mati.

Adakah penganiayaan dan pengzaliman seperti ini dapat dihentikan? Anak kucing itu pasti tidak boleh bergerak di dalam balang itu, apatah lagi utk membersihkan badannya, dan langsung tak boleh membuat apa-apa. Kalau dia menjerit sekalipun, siapa yang akan mendengar jeritan batinnya di dalam balang itu? 
Barangan yang zalim seperti ini telah dipasarkan secara meluas di serata New York, Indonesia dan New Zealand.

Apa yang lebih menyedihkannya ialah, dia menganiaya haiwan yang tidak dapat mempertahankan diri mereka. Padahal masih banyak lagi objek lain yang boleh dikormesialkan... Bukan menzalimi benda hidup seperti anak-anak kucing itu!

Kami benar-benar mengharap penganiayaan seperti ini dapat dihentikan secepat mungkin. Jika 'kucing bonsai' seperti ini menjadi trend baru dan setiap orang ingin membelinya, tiada apa lagi yang dapat kami katakan lagi jika unsur-unsur kemanusiaan sudah hilang dalam sanubari manusia itu sendiri. 

[10 Foto] Perkahwinan Paling Luar Biasa di Dunia

Agak menyusahkan apabila berhadapan dengan kerenah pengantin-pengantin seperti ini. Mungkin mereka ingin melakukan atau mencatat sejarah dan tersenarai dalam Book Of Record itu sebabnya mereka memilih majlis perkahwinan pelik dan luar biasa seperti ini. Ada yang menyusahkan, menakutkan dan menyakitkan dalam majlis perkahwinan luar biasa seperti ini.

credit:oddee

[4 Foto] Berhati-hati Membeli Kasut Di Al-Ikhsan

Ini gambar kasut saya yang baru dibeli di Al-Ikhsan. Walaupun rupa macam kasut budak sekolah tetapi diri ini telah tertarik ketika pertama kali memandangnya. Gelora untuk membeli berjaya ditahan sehingga aku kembali menyambung tugas di Melaka.
Kali pertama menyarungkan kaki dengan jenama New Balance. Belum pernah pakai lagi sebelum ni. Memang selesa dan rasa berbaloi untuk dijadikan belian.
Sebelum aku perasan ada ketidaksempurnaan pada kasut tersebut. Tersangat hampa bila perasan dua lubang paling atas kasut belah kiri tidak ditebuk seperti sepatutnya. Jadi, persoalan kenapa tali kasut sebelah kiri lebih panjang apabila diikat terjawab. Takpe, esok boleh bawak tukar dengan yang lain.

Malang berganda sebab saiz yang sama sudah tiada. Aku cadangkan untuk dapatkan penggantinya dari cawangan lain yang tidak jauh dari lokasi kasut ini dibeli. Tak boleh! menjadi jawapan sebab memang begitu sistem yang diterapkan dalam semua rangkaian jualan Al-Ikhsan, katanya. Berkeras aku nak kasut macam tu jugak sebab memang dah berkenan sangat masa tu tapi apakan daya, muka tak hensem, ayat pun sudah tentu tak power. Rundingan berpihak kepada pihak penjual.
Dipendekkan cerita, aku kena tukar kasut lain yang sama atau lebih tinggi harganya. Terpaksa angkat PUMA Usain Bolt walaupun kena tambah duit lagi. Keselesaan kasut ini bagi aku masih belum berjaya menandingi New Balance yang dibeli sebelum ni. Entah, tak rasmi pakai pun lagi walaupun dekat dua minggu dah beli.

Sebelum perkara sama berulang, eloklah diteliti dulu kasut atau barangan lain yang hendak dibeli. Aku tak perasan cacat cela kasut tu sebab display yang aku cuba elok je. Silap aku gak tak cek perabis sebelum berangkat pulang. Nasib baik dekat dengan kediaman. Senang kerja...tapi masih belum berpuas hati dengan apa yang berlaku.

Bila Diri Overconfident Semasa Bergambar

Entah macam mana membe aku boleh forward email yang mempunyai attachment seperti gambar-gambar di bawah ni. memang pelik taste orang KL sebab membe aku yang forward ni kerja kat sana. bagi aku inilah kesan bila diri overconfident semasa bergambar. parok sangat gayanya. haha...


atau inilah asal usul gaya untuk dijadikan profile pic dalam akaun facebook awek-awek di Malaysia ni? kuat betul terpengaruh. yang penting, confident tu memang kena ada dalam diri kalau nak berjaya. masing-masing pun tau kot. selalu sangat dah dengar...tapi berpada-padalah. takut lepas ni kita jadi salah satu daripada mereka ni lak.

jangan amek serius sangat pasal gambar-gambar kat atas ni. aku malas nak menaip panjang-panjang ma.


Pelik! Air Laut Bertukar Menjadi Warna Merah

Mungkin sesuatu yang mengejutkan apabila air laut boleh bertukar menjadi warna merah secara tiba-tiba. Secara fitrahnya apa yang kita lihat, air laut boleh berubah sifatberdasarkan faktor di kawasan tersebut. Siapa nak mandi kan, kalau warna air laut menjadi begini. Ia secara jelas merupakan satu fenomena yang pelik dan sukar untuk kita lihat berlaku di Malaysia.
Pantai Bondi yang terkenal di dunia telah mengalami fenomena semulajadi yang jarang berlaku apabila airnya bertukar ke warna merah darah. Bondi adalah antara beberapa pantai yang popular di Sydney, Australia, yang terpaksa ditutup selepas kumpulan alga yang besar mengubah laut menjadi sesuatu yang menyerupai adegan dari filem ‘Jaws’.
Fenomena semulajadi ini adalah disebabkan apabila sejenis alga laut, tumbuhan seperti rumpai laut berkumpul dalam kumpulan yang banyak dan menyebarkan sejenis organisma tertentu yang menjadikan laut bertukar berwarna merah seperti darah pekat.

Dikenali sebagai Nocturnal Scintillans atau ‘sea sparkle’, ianya dikatakan tidak mempunyai sebarang kesan toksik tetapi orang ramai masih dinasihatkan untuk mengelakkan berenang di kawasan yang airnya berubah warna, kerana alga dikuatiri mengandungi kadar ammonia yang tinggi dan boleh menyebabkan kerengsaan kulit.

Sumber : Laman Kongsi

[7 Foto] Konvoi Pengebumian Otai Biker


Mark Nattell yang berusia 58 tahun meninggal dunia pada Disember 2012 lalu selepas 3 tahun bertarung dengan kanser. Sepanjang hayatnya, dia amat minat kepada motosikal sehingga boleh digelar sebagai 'penunggang sejati' a.k.a real biker. Kawan-kawan merangkap penunggang sepertinya memutuskan untuk mengatur satu pengebumian istimewa. Keranda Mark dibawa ke gereja menggunakan 'kenderaan mayat' beroda tiga sepanjang tujuh meter dan diarak oleh penunggang-penunggang motosikal berkuasa tinggi.

Teringat citer Wild Hogs!