10 Adegan Tak Logik Dalam Drama Tempatan

on Friday, January 4, 2013


Untuk renungan bersama...

1. Seorang lelaki berjalan menuju ke pondok telefon dan memasukkan syiling. Kemudian dia mendail nombor yang hendah dihubungi. Setelah sahaja menekan nombor, tidak sampai dua saat dia sudah berkata... Hello. Satu adegan yang tidak logik sedangkan talian telefon memerlukan masa lebih kurang lima saat untuk disambung. Belum dicampur lagi masa yang diperlukan oleh si penjawab bangun, berjalan dan menjawab panggilan. Adegan tidak logik ini memang wujud dalam drama tempatan melayu sejak dahulu hingga kini.

2. Dalam drama bersiri Gerak Khas, sebelum babak perbualan di pejabat polis, kamera fokus diluar ibu pejabat polis dimana terdapat dua anggota polis wanita berjalan seiringan keluar dan masuk... Dua anggota polis berkenaan muncul hampir setiap siri drama tersebut dengan gaya seperti orang berkawat malas.

3. Kebanyakkan filem seram tempatan memaparkan banyak adegan menjerit. Pengarah filem tersebut lupa bahawa sebenarnya penontonlah yang perlu menjerit ketakutan, bukannya pelakon.

4. Jika anda orang utara, pastinya anda meluat dan menyampah bila melihat pelakon-pelakon yang cuba berlakon dan bercakap loghat utara. Ini kerana mereka fikir mereka boleh membawa watak orang utara. Pada hakikatnya tidak.

5. Dalam drama melayu, jika ada babak perbualan antara seorang wanita cina dengan ahli keluarganya, perbualan tersebut dalam bahasa melayu!!! Bukannya bahasa cina. Tetapi dalam drama cina pula, babak perbualan antara wanita melayu dengan ahli keluarganya adalah dalam bahasa melayu juga....

6. Ayat yang sering digunakan dalam drama bersiri Gerak Khas.... "Tuan ada baca akhbar semalam?" .

7. Satu babak dalam drama bersiri slot Samarinda... Seorang lelaki bekerja di pejabatnya... Tiba-tiba handphonenya berbunyi.. Handphone yang digunakan adalah jenis Nokia yang mengunakan ringtone polifonik tetapi bunyi yang kita dengar adalah bunyi handphone biasa (monofonik).

8. Babak ini yang kelakar... Seorang pelakon memberitahu rakannya bahawa dia hendak menulis email kepada seseorang. Dia kemudiannya duduk di hadapan komputer dan mula menaip. Kamera yang ketika itu fokus pada monitor jelas menunjukkan pelakon berkenaan melulis email menggunakan Microsoft Word!!!.

9. Dalam satu adegan dalam sebuah filem, satu babak tembak-menembak telah berlaku diantara polis dengan penjahat. Pihak polis menggunakan sebuah kereta Mitsubishi Lancer (evo berapa tak ingat) sebagai perisai dan berlindung di balik kereta berkenaan. Polis secara berterusan dihujani berpuluh-puluh peluru dari penjahat... Tetapi kereta tersebut hanya kena satu das sahaja.

10. Semua filem seram karya penerbit tempatan akan berakhir dengan mimpi semata-mata. Anda tak perlu lagi ke panggung wayang... (Jika ada filem seram baru) kerana kesudahannya sudah anda ketahui, hanyalah mimpi. Ini adalah garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem....

Hanya sekadar lawak Jenaka :)

Anak Kejutkan Ibunya Dengan Gambar di FB!


10 Gambar Bukti Cinta Itu Memang Buta


Ada orang kata cinta itu macam kurap,makin digaru makin sedap.Ya ke erk?..haha tak pernah kena kurap,tak tau pulak.Cinta buta pulak memang jarang berlaku.Apapun kalau dah jodoh,bagai pinang di belah dua belas pun tak jadi hal.Tak caya? lihat 10 gambar dibawah.Jangan jeles plak yer.Zaman sekarang duit segalanya.


Apabila Lady Gaga, Britney & Rihana Bertudung


Inilah jadinya apabila tiga penyanyi tersohor dunia iaitu Britney, Lady Gaga dan Rihana memakai tudung masing-masing. Memang sangat lawa, cantik, sopan dan nampak bertamadun.

[2 Foto] Kegagalan Photoshop Dr. Rosmah


Di Twitter dihebahkan gambar di bawah. Kononnnya TV3 melakukan kesilapan menamakan Dr Rosmah Mansor sebagai Perdana Menteri. Ini adalah photoshop paling fail di dunia. Sungguhpun fail masih ramai yang menyebarkannya di Twitter dan Facebook. Visual asal adalah seperti di bawah. Jangalah kita memfitnah Ummu 1Malaysia. Tak elok dan salah disisi agama. Dosa yo! #LULZ

Thanks @Hazrey for the ori photo.

Gila : Lelaki VS Wanita Apabila Putus Cinta

Perempuan : Bunuh Diri
Lelaki : Bunuh Orang
p/s : Bukan semua perempuan n lelaki buat camni..sesetengah jer.. dan ade jugak lelaki yang bunuh diri sbb putus cinta.. Hehe

Teknik Melukis Lukisan 'Hidup' Emma Watson


Adakah korang teruja melihat lukisan yang tampak hidup ini? Pernahkah korang terfikir untuk melukis seperti ini? Jangan risau sebab nasihangit akan ajar korang tutorial untuk melukis gambar bintang Hollywood ini dengan jayanya. Hehehe ;3
Senang bukan? Apa lagi? Cubalah sekarang juga. Hehehe ;3