[Video] Pencuri Rempuh Apple Store Dengan BMW X5

on Tuesday, January 8, 2013


Sekumpulan pencuri menggunakan SUV BMW untuk pecah masuk terus ke kedai Apple di California tetapi polis berjaya memberkas mereka apabila dia kembali semula ke tempat kejadian untuk mengambil semula nombor plate SUV mereka.

Kejadian ini berlaku pada 6 September lepas di Premenade Mall, Temecula, California.

Polis berkata, Equonne Howard, 22, menggunakan BMW X5 untuk memecahkan pagar keselamatan besi dan tingkap kaca lebih kurang pukul 5 pagi

Memang tak reti sabar diorang ni sampai guna BMW X5 untuk pecah masuk semata-mata nak curi barangan Apple, tak berbaloi langsung..

korang tengok video cctv ni sendiri..

13 Gambar Kreatif Dari Perspektif Berbeza

on Monday, January 7, 2013

Koleksi pelbagai gambar yang diambil dari perspektif berbeza bagi menghasilkan gambar yang sangat menarik dan kreatif. 

[Terkini] Remaja Mengaku Cabul Amoi Dalam Tandas SHELL


AYER KEROH - Seorang remaja berusia 13 tahun mengaku bersalah mencabul kehormatan seorang wanita di dalam tandas sebuah stesen minyak, Isnin lalu.

Tertuduh membuat pengakuan itu di hadapan Majistret, Ida Rahayu Syarif pada prosiding yang dijalankan di dalam kamar majistret di sini, semalam.

Berdasarkan pertuduhan, remaja berkenaan didapati dengan niat mencabul kehormatan seorang wanita berusia 28 tahun itu dengan memeluk, mencium pipi kanan dan meraba buah dada.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di dalam tandas wanita Stesen Minyak Shell, Jalan Munsyi Abdullah, dekat sini, kira-kira jam 2.45 petang pada 31 Disember 2012.

Remaja berkenaan yang hadir ke mahkamah dengan ditemani penjaganya dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripadanya jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa, Inspektor Muhamad Juhari Haron ketika ditemui selepas prosiding berkata, pihaknya telah meminta mahkamah memberikan wang jaminan RM2,000 terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam.

“Namun mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM800 dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 28 Februari 2012 bagi mendengar laporan akhlak oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan jatuh hukum,” katanya. - SH

[5 Foto] Maklumat Tersembunyi Yang Terdapat Pada Logo Terkenal

CARREFOUR
Logo tersebut melambangkan perkataan Carrefour melalui dua anak panah berlawanan. Mereka juga menambah huruf pertama dari perkataan Carrefour pada logo tersebut. Jika dilihat dengan teliti, anda akan melihat huruf C di ruangan negatif antara dua anak panah.

FORMULA 1 

Pada awalnya, logo ini mungkin nampak biasa. Tetapi jika dilihat dengan teliti, anda akan dapat melihat nombor 1 dalam ruangan negatif antara F dan garis-garis merah.

SONY VAIO

Sony Vaio merupakan salah satu jenama laptop yang terkenal di dunia. Logo Vaio juga mempunyai maksud yang tersembunyi. Dua huruf pertama mewakili isyarat analog asas. Dua huruf yang terakhir kelihatan seperti 1 dan 0, mewakili isyarat digital.

SUN MICROSYSTEMS
Logo Sun adalah salah satu ambigrams paling terkenal di dunia. Anda boleh membaca nama jenama ini pada setiap arah, baik melintang dan menegak. Logo ini direka oleh Vaughan Pratt profesor dari Universiti Stanford.

AMAZON.COM
Logo ini nampaknya tidak menyembunyikan apa-apa maksud pada pandangan pertama.Coretan kuning kelihatan seperti senyuman memberi maksud Amazon.com ingin memberi kepuasan kepada pelanggan mereka. Coretan ini juga menghubungkan huruf a dan z yang bermaksud kedai ini mempunyai segala-galanya dari a hingga z.

Gaji CEO-CEO vs Orang Besar Malaysia vs Gaji Menteri Malaysia


Hari nie aku teringin sangat nak kongsi ngan korang suma, tentang gaji ceo-ceo kat Malaysia, bukan apa keje aku kadang-kadang depan LAPTOP nie, asyik2 tengok gaji orang jer..Mungkin bila aku tengok gaji mereka nie tinggi, mungkin gak la, sikit sebanyak dapat bagi aku semangat yang tinggi untuk berjaya mcm depa gak suatau hari nanti..InsyaAllaha Usaha Tangga kejayaan orang kata, so bagi aku suma tue tak jadi masalah yang penting kita usaha untuk memiliki nya..Betul tak?? Bila pikir-pikir, gaji sebulan dah sejuta lebih..huh, bende apa yang nak pun petik ja jari leh dapatkan..kadang2 berangan gak aku nie...apa2 pun, bagi aku biar la duit setinggi mana pun..duit untuk AKHIRAT jangan la lupa cari lak yer...ok jom kita tengok gaji sorang2 k..selamat membaca...

BEKAS CEO MAS : DATO IDRIS JALA

Kalau sebelum ini, Idris Jala merupakan CEO MAS yang mana pendapatannya adalah sekitar RM100,000. Sekarang ini, beliau sudah pun meninggalkan sektor swasta untuk menyertai barisan kabinet Malaysia yang ada pada hari ini apabila dilantik sebagai senator dan menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Berdasarkan laporan tahun 2008, pendapatan bagi Ketua Pegawai Eksekutif MASini di antara RM1 juta sehingga RM1.5 juta setahun.

Setelah bergelar MENTERI

Elaun bulanan sebagai Datuk Idris Jala adalah sebanyak RM14,907, 20 ditambah dengan jawatannya sebagai senator di mana beliau turut menerima RM4,112.79. Ini tidak termasuk beberapa faedah dan inisiatif lain yang bakal anda lihat di bawah ini nanti yang jumlah minimumnya adalah sebanyak RM25, 619.99. Tetapi untuk setakat hari ini belum dapat dipastikan adakah imbuhan yang diterima termasuk sekali tugasan beliau selaku Ketua Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) dan juga ketua bagi unit KPI kerajaan Malaysia.

PEMIMPIN TERTINGGI

Kalau sebelum ini saya pernah menyentuh gaji pemerintah atasan sebelum ini, kali ini maklumat lebih terperinci berdasarkan laporan tahun yang dikeluarkan lewat tahun 2009.

Gaji Perdana Menteri – RM 22,826.65 sebulan
Gaji Timbalan Perdana Menteri – RM 18,168.15 sebulan
Gaji Menteri-Menteri Kabinet – RM 14,907.20 sebulan.
Gaji Timbalan Menteri-Menteri – RM 10,847.65 sebulan

GAJI PERDANA MENTERI NEGARA LAIN :

Gaji Perdana Menteri Singapura : Lee Hsien Loong
s$3 juta setahun (RM7.25 juta setahun, RM600,000 sebulan)
Gaji Presiden Amerika : Barack Obama
US$400,000 setahun(RM1.4 juta, RM116,666 sebulan)
Gaji Perdana Menteri Britain : David Cameron
£194,250 (RM1.1 juta, RM91,666 sebulan)
Gaji Perdana Bekas Menteri Australia : Kevin Rudd
AU$330,300 (RM942,570, RM78,560 sebulan)

Kalau di negara Singapura, gaji Perdana Menteri diberikan setara dengan gaji ceo bagi kebanyakan syarikat gergasi di negara berkenaan. Ini kerana mereka beranggapan tugasan dan cabaran yang digalas oleh pemimpin Singapura adalah sama dengan penaung syarikat terkemuka di negara kota Singa itu. Berlainan pula, gaji CEO di Malaysia adalah jauh yang lebih tinggi daripada gaji Perdana Menteri dan juga barisan kabinet Malaysia. Pendapatan mereka ini termaktub dalam Akta Ahli Parlimen (saraan) 1980 [Akta 237]
1) Datuk Seri Mohamed Nazir Abdul Razak
CEO CIMB Group Holdings Berhad
RM9.35 juta setahun (RM779,166 sebulan)
2) Datuk Seri Zubir Murshid (telah digantikan dengan Datuk Mohd Bakke Salleh)
CEO Sime Darby Berhad
RM2.05 juta setahun (RM170,833 sebulan)
3) Datuk Yusli Mohamed Yusoff
CEO Bursa Malaysia
RM1.97 juta setahun (RM164,166 sebulan)
4) Datuk Seri Abdul Wahid Omar
CEO Maybank Berhad
RM1.78 juta setahun (RM148,333 sebulan)
5) Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin
Boustead Holdings Berhad
RM1.85 juta (RM154,166 sebulan)
Elaun Ahli Dewan Rakyat Dan Ahli Dewan Negara
Elaun bulanan ahli Dewan Rakyat : RM6,508.79
Elaun bulanan ahli Dewan Negara : RM4,112.79
Elaun untuk kehadiran bagi urusan rasmi (jarak lebih 32 km daripada kediaman atau pejabat ahli parlimen) : RM100 sehari
Elaun untuk kehadiran bagi urusan rasmi di luar Malaysia : RM150 sehari sehari
Elaun Hiburan : RM1,500
Elaun Istimewa : RM1,500
Elaun Pengangkutan : RM1,500
Elaun Telefon : RM900
Elaun Pemandu : RM1,200
Komputer peribadi : RM6,000 (maksimum)
Elaun kehadiran di Parlimen : RM200 sehari
Elaun kehadiran sebarang mesyuarat, seminar yang dianjurkan oleh Kementerian/Kerajaan : RM150 sehari
Elaun yang memerlukan mereka tinggal di hotel untuk urusan rasmi : RM350 semalam (maksimum)
Lain-lain kemudahan:

Ahli Parlimen yang menjalankan urusan rasmi turut boleh menuntut kos perbelanjaan yang dialami. Antaranya :

a) Penggunaan pengangkutan awam untuk urusan rasmi di mana tidak menggunakan kereta sendiri.
b) Parking dan bayaran tol
c) Kos perbelanjaan telefon yang digunakan untuk urusan rasmi
d) Kos dobi selama tinggal di hotel yang mesti disertakan resit sebagai bukti
e) Airport service charge mesti disokong dengan resit
f) Kos kelebihan bagasi berhubung dengan dokumen rasmi dan bahan disokong oleh penerimaan
g) penerbangan kelas perniagaan
i) kelas pertama bagi pengangkutan keretapi
j) lesen kenderaan
k) bilik kelas pertama di hospital
l) Pinjaman perumahan maksimum RM360,000
m) Pinjaman kenderaan maksimum RM100,000


wah sekarang aku nak bercerita tentang gaji CEO BESAR TNB kite nie pulak yer..Dulu penah kecoh gak la tentang gaji dia..Diantara CEO syarikat GLC kta negara kite nie lakan aku rasa la..beliau la gaji yang paling banyak sekali..mana tak nya, gaji pun dah cecah juta sebulan..memang kaya dia nie..kalau tak cayer tengok statement nie :


NAMA : DATO' SERI CHE KHALIB BIN MOHAMAD NOH

JAWATAN : CEO TNB

GAJI : RM 1,107,280,00

Agak-agak sapa la mamat sorang nie, yang penting nama dia bukan mamat k..kalau korang nak kenal yang nie CEO SYABAS, SELANGOR..Bos besar air Selangor yang nie la...


NAMA : TAN SRI ROZALI BIN ISMAIL

JAWATAN :CEO SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor Bhd) & PUNCAK NIAGA HOLDING

STATEMENT GAJI ; Setahun – RM5.1juta
Sebulan – RM425,000
Sehari (8jam) – RM14,166
Sejam – RM1,770
Seminit – RM29.51

Macam mana la, beliau tak termasuk antara 40 orang terkaya di Malaysia, tengok la gaji bulan dia pun. dah leh tahan ber tahun dah untuk makan..hihi. aku rasa memang layak la depa gaji mcm tue, mungkin berkat usah mereka sendiri... so kita yang orang kebanyakan nie jangan la pertikai gaji2 mereka nie..kalau nak dipikirkan ingat mudah ka jadi CEO, mereka nie ibarat pemandu sesebuah syarikat, kalau silap la jalan di bawanya maka silap arahtuju mereka..so memang depa layak la memilik kekayaan seperti nie..dan tak mustahil bagi kita nie untuk jadi mcm mereka nie pada masa akan datang,so apa lagi kene usaha la yer,Amin....

Inilah Jenis-Jenis Kelawar Yang Terdapat Di Peru

Peru adalah tanah yang mempunyai sifat-sifat sendiri, dan salah seorang daripada mereka adalah kelawar, yang agak berbeza daripada apa yang kita digunakan untuk, tidak begitu banyak untuk melihat mereka, tetapi untuk saiz semata-mata, yang boleh membunuh rasa takut apa-apa. Imej-imej menunjukkan sedikit seperti sesetengah kelawar yang boleh didapati di Peru, yang sebenarnya ialah bahawa mereka agak menyejukkan.












Inilah 9 Gaya Berpose Gambar Paling Popular Yang Wanita Sering Lakukan

Tidak dapat dinafikan bahawa setiap wanita-wanita cantik ingin tampil berbeza dan selalu ingin wujud di mana-mana berada. Boleh dibilang hasil tangkapan kamera foto lebih banyak diambil oleh para wanita berbanding dengan lelaki. Beberapa gaya berpose dalam gambar pun dilakukan untuk mengekalkan sosok mereka dan membuat gambar tersebut menjadi lebih "hidup".

Bagaimana saja gaya bergambar paling digemari yang paling sering dilakukan oleh para wanita, semak foto-foto berikut ini yang paling sering dijumpai di internet dan kadang-kadang digunakan oleh orang lain untuk menyamar.


1. Peace Style


Wanita berfoto dengan pose Peace Style melambangkan bahwa wanita tersebut ingin mengucapkan kata "hello", "selamat tinggal" atau "lihat aku di sini"

2. Bibir Muncung


Berfoto dengan bibir dimuncungkann menandakan bahwa wanita tersebut sedang merasa cuek, bersifat kekanak-kanakan dan biasanya semua keinginannya ingin dipenuhi.

3. Kepala Dimiringkan Beberapa Darjah


Boleh dikatakan gaya gambar yang satu ini adalah yang paling banyak dijumpai. Tak heran, seorang lelaki pun kadang-kadang melakukannya. Gambar dengan memiringkan kepala beberapa darjat menandakan bahawa orang tersebut baik hati, peramah, murah tersenyum dan penolong.

4. Menyentuh Rambut / Kepala


Gaya foto diatas menunjukkan bahwa wanita tersebut adalah seorang pemalu dan sangat menghargai mahkota yang ada dikepalanya.

5. Sambil Tidur


Berdasarkan sudut pandang, foto sambil tiduran menandakan bahwa wanita tersebut seorang sedang ingin bermalas-malasan dan ingin bermanja ria.

6. Menggigit Bibir


Menggigit bibir berarti wanita tersebut sedang berhasrat terhadap sesuatu tapi berusaha menahannya. Terkadang juga menunjukkan wanita yang suka merasa gemas.

7. Silent Please


Gaya foto Silent Please menandakan wanita yang menginginkan sebuah ketenangan, jauh dari keributan. Wanita ini kebanyakan adalah seorang yang pendiam tapi pandai.

8. Menolak Dagu


Berfoto dengan gaya menolak dagu juga banyak yang bole Anda jumpai. Wanita dengan gaya foto seperti ini mudah diajak atau tidak sombong, santai dan tidak pelit.

9. Menjulurkan Lidah

Fenomena Gaya Foto Narsis Yang Paling Sering Dilakukan Wanita

Foto dengan gaya yang terakhir ini pastinya akan membuat Anda berpikir bahwa wanita tersebut sensual. Namun, tidak hanya sensual, wanita seperti ini juga termasuk cuek dan berharap untuk diperhatikan.