[Video] Gadis Pelik Ini Tiba-tiba Muncul

on Saturday, January 12, 2013

Peristiwa bermula ketika seorang wartawan sebuah televisyen sedang membuat liputan berita di sebuah bandar yang agak sibuk. Sewaktu rakaman sedang dijalankan secara live, tiba-tiba terjadi satu adegan terlampau yang tidak di sangka-sangka. Di mana secara tiba-tiba muncul seorang gadis yang berjalan selamba di belakang wartawan lelaki yang sedang membuat liputan berita itu dan terus menyelak skirt pendek yang dipakainya.

Sehingga menampakkan seluar dalam dan punggungnya tidak cukup dengan itu gadis ini beraksi seolah-olah model yang sedang memperagakan fesyen terkini secara live, sehinggakan wartawan lelaki itu tersipu-sipu malu. Tidak diketahui siapa gerangan gadis pelik ini.
Lihat Video . . .

Manusia Bersayap Dijumpai, Menggemparkan Dunia Maya (FOTO)

Beberapa waktu yang lalu dunia maya Guangzhou (China) di gemparkan dengan beredarnya foto manusia bersayap yang di temukan di daerah tersebut. Menurut berita yang beredar saat di temukan manusia bersayap itu sudah dalam keadaan tidak bernyawa.

Cerita tentang foto tersebut menimbulkan berbagai macam spekulasi tentang apa sebenarnya sosok misteri yang di gambarkan sebagai perempuan tua dengan pakaian serba putih dengan sayap yang sudah tidak ada bulunya lagi. Anggapan paling banyak adalah bahwa manusia bersayap tersebut adalah malaikat yang jatuh dari langit.

Begitu cepatnya cerita tersebut beredar, menyebabkan dua orang mahasiswa menyelidiki kebenaran foto yang ramai dibicarakan oleh para pengguna Internet. Dari pengamatan yang mereka lakukan, muncul sebuah kesimpulan bahwa Foto ini di buat dengan teknik manipulasi yang sangat bagus. Kesalahan dalam foto ini adalah sayap perempuan tua yang di sebut-sebut sebagai malaikat yang jatuh dari langit ternyata hanya "SAYAP AYAM"


pandai betul diorang edit..kepak ayam KFC manalah diorang 'belasah' nih....

'Drama 'Tebusan di Thailand

Sebuah drama tebusan berlaku di wilayah Nonthaburi, pinggiran bandar Bangkok, Thailand. Seorang pesakit penyakit ginjal bernama Peak telah mencederakan seorang remaja dengan menggunakan sebilah pisau. Aksi tersebut dilakukan lantaran Peak kecewa kerana terlilit hutang. Setelah polis berjaya melakukan rundingan, Peak dibawa ke pejabat polis untuk siasatan selanjutnya. (Gambar: REUTERS / Chaiwat Subprasom)


Fasha Sandha Dah Nampak ‘Baby Bump’….


Gambar Fasha dan Jejai ini dirakam ketika mereka berdua berada di Tokyo, Jepun.

Entah apa yang mereka buat di sana kami sendiri kurang pasti, mungkin agaknya makan angin… maklumlah Jejai kan banyak fulus!

Tapi ikhlasnya bukan itu yang kami mahu ketengahkan, tetapi imej perut Fasha yang jelas melihatkan ‘baby bump’.

Pastinya kalau kita tunggu lagi beberapa bulan, perut Fasha pasti akan semakin membesar.

Agaknya masa tu bagaimana ya? Heh! (myartis.com)

Meninggal Tapi Masih Boleh Update Status Di Facebook

Misteri ini tetap menjadi misteri
Lucu...itu yang mampu aku katakan...

Lihat kronologis lengkapnya sebagai berikut:

update status 1
update status ke2
update status ke3(yang empunya FB la ni)
diZoom update status note owner facebook


Lihat profilnya facebooknya di sini http://www.facebook.com/profile.php?id=100002348061091

Lagi Kisah Ulat!!Dalam Nasi Himpit Segera.Hati-hati!!

Peket nasi himpit segera yang didakwa mempunyai ulat dan kepompong serangga di dalamnya.
SERI KEMBANGAN – Selera sebuah keluarga di Taman Universiti Indah di sini untuk menikmati hidangan di pagi raya Aidiladha lalu terbantut apabila melihat banyak ulat dalam dua peket nasi himpit segera yang dibeli mereka di sebuah pasar raya di Seri Kembangan, hujung bulan lalu.

Yang menimbulkan tanda tanya, tarikh luput penggunaan nasi himpit itu masih lama iaitu Ogos 2014 menyebabkan mereka menolak kemungkinan ia rosak.

Ibu kepada empat anak yang hanya mahu dikenali sebagai Mia berkata, pada 25 Oktober lalu dia ke pasar raya di Seri Kembangan itu untuk membeli bahan masakan bagi sambutan Hari Raya Aidildha.

Katanya, dia mencapai dua peket nasi himpit segera di rak yang masing-masing berharga RM6.29.

Gambar kecil: Ulat yang kelihatan pada peket kecil nasi himpit dibeli Mia

Mia berkata, sebaik membuka bungkusan besar yang mengandungi 35 peket kecil nasi himpit segera untuk direbus pada keesokan harinya, dia terkejut apabila melihat banyak kepompong.

“Apabila diteliti, saya lihat hampir setiap bungkusan ada kepompong dan ulat, di plastik peket besar pula ada satu lubang kecil yang berkemungkinan menjadi ‘laluan’ ulat itu dapat tembus ke dalam peket kecil.

“Kesal dengan perkara itu, pagi raya itu juga saya ke pasaraya bagi memaklumkan apa yang berlaku,” katanya.

Menurutnya, selepas perkara itu dimaklumkan, dia melihat pekerja pasar raya mengosongkan rak di mana peket nasi himpit itu dipamerkan.

Bagaimanapun, Mia berkata, dia yang ke pasar raya itu sekali lagi pada 27 Oktober terkejut apabila melihat ada beberapa peket nasi himpit jenama sama yang dibeli pada mulanya itu diletakkan kembali di rak.

Katanya, dia membeli sepeket lagi jenama itu untuk melihat sama ada produk terbabit sudah ditukar kepada yang lain atau sebaliknya.

Jelas Mia, dia terkejut apabila mendapati peket kecil itu juga mengandungi ulat sama seperti dua peket yang dibeli sebelum ini.

Aduan katanya kemudian dibuat kepada Jabatan Kesihatan Daerah, namun tiada tindakan diambil.

Justeru menurutnya, dia meminta pihak berkenaan memantau perkara itu kerana bimbang kesihatan pengguna lain yang membeli barang sama selepas ini.

“Rasa sakit hati ditipu pembekal barangan, bagaimana ulat boleh bersarang di dalam peket itu sedangkan tarikh luput lambat lagi. Adakah kerana proses pembungkusan tidak mengikut prosedur, agensi berwajib kena pantau hal ini,” katanya.

Anda Suka Makan Speghetti??Kena Hati-hati!!

Saya ingin memesan kepada anda andainya anda membeli sauce tomato yang digunakan untuk memasak speghetti mestilah hati-hati.

Seorang rakan mengirim e-mail,dan kemudiannya email itu telah di muatkan dalam fb untuk kita share lagi.

Ini ceritanya;

"Semalam,setelah memasak nasi, udang goreng dan etc. Anak saya nak makan mee speghetti. Memandangkan bahan-bahannya semua cukup, saya pun masakkanlah. Bila speghetti dah selesai dimasak, anak saya Kamal pun bertanya, umi daging kecil yang masin sedikit itu daging apa? Si abang Salim pun jawab rasanya macam keju balls......dikunyah rasa asin-asin.

Anak saya Kamal makan sampai dua pinggan, sedap sangat spegetti Ummi masak dan kebetulan pula memang favouritenya, saya cuma sepinggan kecil sekadar nak rasa. Setahu saya sauce speghetti biasanya tomato dan kadang-kala ada mushrooms tetapi yang ini lain sedikit......

saya pun bergegas ke dapur, pergi lihat botol sauce yang diberi nama Italian Sausage for Speghetti keluaran PREGGO made in USA ..

Ligat mata baca label pada botol, hati dah tak sedap, tekak rasa mual macam orang hamil.
Tiba-tiba terlihat INGREDIENTS: tomato,bla-bla,bla-bla..... ... pork minced meat!

Astaghfirullaahalaziim........ ........ saya masak speghetti dan saucenya mengandungi babi. Yang dah termakan babi semuanya terperanjat!

Yang nak diet anak perempuan Maryam dan adik lelaki Muhammad terselamat kerana mereka makan nasi. Kuah sauce spegetti dengan kualinya sekali saya buang..

Yang tertelan spegetti babi terludah-ludah kesal tak sudah. Semoga Allah ampun dosa kerana alpa untuk membaca ingredients sebelum membeli. Saya kira sauce tomato manalah ada taruh daging babi........ ......... kata orang tua-tua mimpi makan daging babi nak dapat REZEKI tapi kalau makan bukan dalam mimpi apa nak jadi? 40 hari doa tidak dikabulkan Allah andainya makan benda-benda haram.

ASTAGHFIRULLAAHALAZIIM. Siapa-siapa ada air zam zam mintalah sedikit, saya nak bersihkan perut yang termakan babi...... tolonglah sampai sekarang rasa jijik dan mual. Taubat tak nak masak spegetti lagi. 

.......oo00oo......