[6 Foto] Biskut??!!Tak Makan Pun Tak Apa...

on Sunday, January 13, 2013

Biskut berbentuk jari dan telinga manusia ini dihasilkan oleh kedai kek dan pastry neviepiecakes.com. 
erk...tak makan pun tak pe..terimakasih je la....

Hantu lebuh raya di Malaysia yang benar-benar wujud

MOHD. Fitri tidak menyedari ada imej ‘lembaga’ berbaju merah di belakang isterinya di stesen minyak R & R Gurun sehinggalah gambar ini dimuat turun semula.

ANGAR – Seorang guru bahasa Arab, Mohd. Fitri Mohamad tidak dapat melupakan keanehan yang beliau sekeluarga alami ketika bercuti selama tiga hari ke Cameron Highlands dan Kuala Lumpur minggu lepas.

Sepanjang percutian itu, guru Sekolah Yayasan Islam Perlis, Kangar itu mendakwa anak saudaranya yang berusia dua tahun yang menaiki kereta Proton Wira yang dipandunya berperangai aneh apabila asyik menangis.

Tidak cukup dengan itu, Mohd. Fitri juga mendakwa keretanya terasa begitu ‘berat’ dan beliau ternampak kelibat ‘lembaga’ semasa berhenti di Padang Besar.
GAMBAR ini dirakamkan di stesen minyak yang sama di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Gurun tidak lama selepas imej ‘wanita berbaju merah’ itu kelihatan.

Namun, peristiwa paling mengejutkan mereka ialah kemunculan imej ‘lembaga’ dipercayai wanita berbaju merah yang dirakam dalam sekeping gambar di sebuah stesen minyak di Hentian Rehat & Rawat (R & R) Gurun arah selatan sewaktu mereka memulakan percutian pada Jumaat lalu.

Mohd. Fitri, 29, mengakui semasa mengambil gambar isterinya, Shatini Shahidan, 28, yang berdiri di sebelah kereta mereka pada pukul 5.30 pagi itu, tiada sesiapa dilihat berjalan di belakang Shatini.
Lembaga itu muncul dengan wajahnya kabur dan berambut panjang.

“Sepanjang perjalanan selepas itu, kereta saya terasa berat semacam sehingga kos minyak dari Kuala Lumpur balik Perlis mencecah RM100 sedangkan biasanya dalam lingkungan RM60 sahaja,” katanya.
Sewaktu dia menurunkan abangnya di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar sebaik habis cuti pada Isnin lalu, Mohd. Fitri mendakwa ternampak kelibat satu lembaga keluar dari keretanya.

“Saya sempat membaca ayat Kursi bagi memastikan kami tidak terus diganggu,’’ ujarnya.
Peristiwa itu kemudian dilupakan sehinggalah dia melihat semula gambar yang dirakam di stesen minyak itu menggunakan kamera digital Nikon milik majikan isterinya.
“Berdasarkan gambar itu dan pengalaman saya melihat kelibatnya, ia amat mengerikan iaitu seakan-akan muka beruk dengan pipi lebar dan mulut muncung panjang serta berambut panjang,” ujarnya.
Sementara itu, Shatini yang merupakan seorang kakitangan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) memberitahu, ketika gambar itu diambil, dia tidak berasa sesuatu yang aneh.
Kejadian yang mereka alami itu berlaku hanya kira-kira 20 minit perjalanan dari lokasi dua kemalangan jalan raya yang berlaku pada tahun ini di Sungai Petani.

Kemalangan itu membabitkan seorang pemandu kereta Perodua Kancil yang cedera parah pada 5 Februari. Ia diikuti dengan insiden seorang pemandu lori serta kelindannya cedera apabila kenderaan mereka terbabas di Kilometer 105, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Sungai Petani pada 19 April.

Dalam kejadian tersebut, mangsa-mangsa mendakwa cuba mengelak ‘wanita berkebaya merah’ yang dilihat melintas lebuh raya di situ.

Video kepala lelaki ini tercabut dari badan


Kepala lelaki ini tiba-tiba tercabut dari badan

Ahli silap mata terkenal Ferguson @Ice Breaker telah membuat aksi yang sangat mengejutkan orang yang lalu-lalang di jalan San Luis Obispo, California. Apa tidaknya beliau secara tiba-tiba mencabut kepalanya hingga keparas dada. Ramai yang terkejut dengan kejadian yang tidak terduga ini.

Aksinya bermula bila ada orang yang berjalan-jalan di jalan tersebut, lalu beliau pura-pura terbersin dan kemudian kepalanya tercabut dari badan, kemudian beliau membetulkan semula kepalanya kepada kedudukan asal. (Lihat video di bawah untuk melihat aksi ajaibnya).
Tiba-tiba muncul lelaki ini sambil terbersin
Oopss ! Tercabut pulak kepala ni
Encik tolong pasang balik kepala saya ni
Eee . . .Seramnya
Aaa . . .Takutnya

LIHAT VIDEO :
 

Video menakutkan pemandu bas di lebuh raya China


Seorang pemandu bas di China telah dianggap sebagai seorang wira kerana menyelamatkan nyawa 24 penumpang selepas cedera parah oleh sekeping serpihan besi yang mengenai tubuhnya melalui cermin depan.


Walaupun dalam kesakitan,pemandu berusia 48 tahun Wu Bin menekan brek, menukar giar yang selamat, menghidupkan lampu kecemasan dan mampu untuk memberitahu penumpang supaya berwaspada dengan keadaan panik itu.

Rakaman kamera keselamatan dramatik disiarkan pada hari Ahad di televisyen negeri menunjukkan sebahagian besi melayang menghentam lengan dan perut pemandu malang itu, terus memandu dalam keadaan tenang, menurut Huffington Post .
Pemandu bas Wu Bin dihentam sekeping besi yang melayang dibahagian perut setelah menghancurkann cermin hadapan pemandu.
Bayangan maut,Seberat 5.5 paun, 12-inci lebar bongkah logam yang melayang dari sebuah lori dari arah yang bertentangan.
Wu (kanan) terselamat bersama isterinya 18 tahun, Wang Lizhe (kiri), yang mengatakan bahawa perkataan terakhir beliau adalah selamat tinggal semasa insiden itu berlaku.
Wu mempunyai rekod sempurna memandu lebih 620,000 km tanpa sebarang kemalangan jalan raya

Doktor Zheng Fang berkata beliau hairan bagaimana Wu mampu untuk memastikan keselamatan penumpang selepas kemalangan itu, dengan mengambil kira keadaan dirinya yang diambang maut.

'Hatinya mengalami rosak teruk dan tiga tulang rusuk yang pecah,' katanya. Dalam keadaan sedemikian, beliau akan berada dalam kesakitan. Saya kagum bahawa dia boleh berbuat demikian. '
Penduduk Kampung halaman wu Hangzhou di timur China telah memujinya sebagai seorang wira dan model contoh.

Jom kita lihat video yang menakutkan ini.

Gempar Video Pemuda Mesir Jatuhkan Pesawat dengan Lastik

Pemuda Mesir ini Jatuhkan Pesawat dengan lastik dan batu ? Dalam video ini kelihatan remaja laki-laki berada di sebuah padang pasir di Mesir. Dia melakukannya dengan mengunakan lastik yang berisikan batu kecil, yang diarahkan pada sebuah pesawat yang sedang berada di udara.

Dengan sekali lastik pesawat tersebut jatuh, hebat ! remaja laki-laki ini menjadi sangat kuat, sehingga mampu menembak jatuh pesawat tersebut hanya dengan menggunakan lastik dan batu ( Pasti ia akan menjadi sumber inspirasi pemuda palestin pula di Gaza . . .)

LIHAT VIDEO INI . . . 

Sebenarnyakejadian ini hanyalah sebuah iklan yang sangat kreatif yang di hasilkan untuk mempromosikan produk "Tonger Energy Bar" Kenapa iklan ini di hasilkan sebegitu rupa ? Mungkinkah ada makna yang tersurat dan tersirat di sebalik pembuatan iklan ini. . .

UITM Seri Manjung dan Siapakah Emma Hitam?

on Saturday, January 12, 2013

Korang-korang pernah datang ke UiTM Manjung tak? Bukan UiTM Seri Iskandar, tapi UiTM Seri Manjung yang Uitm versi rumah-rumah kedai tu??? Kalau tak pernah, tengok gambar-gambar ni. Pelakon Azhar Sulaiman, Afdlin Shauki dulu pernah la belajar kat sini. Provos UiTM kasitau kat aku dulu. Haaaa, jangan ingat aku tak kamcing ngn provos Uitm. Gua dulu AJK majlis perwakilan pelajar. Huhuhuhu..

Rumah kedai je pun UiTM Manjung ni… Mungkin orang tak tau pun tu sebuah UiTM. UiTM Manjung memang takde padang bola sepak. Hahahahahahha!!! Tapi walaupun tak canggih seperti universiti-universiti lain, tempat ni laaa paling heaven bagi aku. Stesen bas dekat, tempat main snuker dekat, karaoke dekat, tempat awek-awek cun Restoran Hasnah Tomyah… Fuuhh!!! Aku ni antara batch-batch terakhir yang menghuni kat Uitm ni dulu masa aku amik diploma dulu. Tahun 2000 sampai 2002 sebelum semua pelajar dipindahkan ke Seri Iskandar.

Kalau korang masuk kelas dia, atas bangunan ialah hostel pelajar, bawahnya kelas…. Kadang-kadang kita yang pelajar ni ada gak pi kelas kat blok hostel perempuan. Time tu leh dengar perempuan menyanyi kat bilik air…

Tu tak heran lagi…. Ni lagi best…

GEDEGANGG!!!!!!

Disertai dengan gelak ketawa menghilai dari penghuni-penghuni hostel kat atas tu…

Plus ngn dialog,

“Woiiii apa ni terajang-terajang pintu bilik mandi ni!!!”

“Wahahahahaha…. Hitamnyaaa punggung kamu Emma!!!”

“Woiiii jangan laaa!!!”

Terajang pintu bilik mandi??? PUNGGUNG???? Hitam????EMMA???????!!!!!!

Laki mana tak stim weeehhhhh!!! Usah menipu la laki tak stim… yang pelajar-pelajar berkopiah tu, ingat tak menggeletar ke lutut diorang??? Gugat gak tu…

Ada plak classmate aku cakap kuat-kuat sengaja nk tambah klimaks…

“HAAAA NI SURE MANDI BOGEL SEBAB BOLEH NAMPAK BONTOT HITAM… BONTOT HITAM YE??? SURE WAJAHNYA CANTIK SEPERTI SONALI BENDRE!!!”

Lagi arrrrr stim kite mendengornyeeee!!!! Macam2 imaginasi dah keluar kat otak ni… Haiiiiiiiiiiihhhhhhhh….

Sampai sekarang nama Emma Bontot Hitam menjadi teka-teki kepada diriku. Siapakah dia ek?

Ok… Kita lupakan pasal si Emma yang berbontot hitam tu.

Tengok plak gambar ni…. 
Ni gambar kelas. Isi dalam kelas tu separa kosong, yang ada cumalah kerusi2, meja2, papan hitam, dan almari. Ni sume punca yang menyebabkan kelas tu bergema.

Dekat UiTM Seri Manjung, memang best, kelas tak la jauh mana pun. Menapak dalam 15 minit dah boleh sampai ke kelas. Dalam kelas ada tandas. Tak macam UiTM lain, tandas terletak dekat luar kelas. Plus dekat sana sumenya murah dan ada gak yang free. Sebagai contoh, makanan untuk para pelajar adalah PERCUMA.

Tetapi jangan fikir percuma tu best.. Ada juga yang tak best. Dulu pernah suatu ketika dulu, para pelajar lelaki keracunan makanan. Tapi takde la tahap kritikal. Just, kes perut memulas dan cirit birit.

Dulu, ada seorang classmate aku namanya Khairul. Dia ni memang macho la antara semua pelajar-pelajar diploma batch aku tu. Gaya dressing dia, gaya cakap dia, dan paling penting dia tak hensem Dia ni macho tapi berlagak hensem… Haaaa..paham tak statement tu??? MACHO TAPI BERLAGAK HENSEM.

Suatu hari yang damai, seperti biasa, pada waktu tengah hari,kami pelajar-pelajar lelaki pergi ke kelas. Kelas kami tu dekat area hostel perempuan. Kalau menapak, ada la makan masa 10 minit dari hostel lelaki. Pada hari yang indah tu juga, pelajar lelaki di sana kena serangan cirit birit secara tiba-tiba. Antaranya si Khairul tu. Aku pun kena gak, tapi efek aku lambat, kena serangan cirit time petang.

Tengah syok-syok aku menumpukan perhatian dalam kelas ekonomi tu, aku tertengok si Khairul yang ada duduk depan aku. Aku tengok dia tak selesa. Kejap ke kiri kejap ke kanan kejap ke depan kejap ke belakang… Apa ke hal dia ni?? Tiba-tiba dia angkat tangan… Aku ingatkan dia nak tanya soalan kat lecturer… rupanya lain…

“Sir, can I go home? I need to go to the gents.”

Pergghh…ayat….GENTS…. cakap JAMBAN sudah… Then lecturer tu balas balik,

“Guna je la tandas kelas ni… apa susah?? Air ada kan?”

Haaaaa… amik ko!!! Lecturer ekonomi aku tu memang garang sikit. Dia memang pantang orang buat lawak dan tak fokus dalam kelas dia. Silap-silap, ada yang dapat markah F akhir sem kang.

Kesian Khairul… Kalau aku pun takkan pergi guna tandas dalam kelas tu. Bukan sebab apa, GEMA beb GEMA!!!! Kalau buang air kecil, confirm satu kelas boleh dengar.

Nak tak nak Khairul pun guna la tandas tu. Menggelabah beb dia…. Berpeluh, boleh tengok kat belakang kemeja dia.

Alaaaa… kencing jeeeee…Bunyi air kencing je yg kitorang dengar pun… Takkan jatuhnya status macho ko tu. Tu yang aku fikir… Maklum laaa, aku belum dapat simpton-simpton yang aku pun bakal kena cirit birit. Malah member lain pun takde tunjuk tanda2 lagi. Kecuali Khairul.

Sekali kami satu kelas dengar bunyi ‘keting keting tung tang’… bunyi orang bukak tali pinggang. Memang sound kita dah tau dah, SOUND KELAM KABUT…. Aku dah tergelak dah dalam hati. Tapi control je laaa… Orang lain tak start gelak, sumenya focus pada apa yang diajar oleh lecturer.. Maka aku diam la dulu. Tiba-tiba…

PAAAAAPPPPPPPP!!!!!

Haaa bunyi apa tu??? Bunyi pelapik tandas duduk (jamban kat Uitm tu sume jamban duduk). Gilerrrr bai!!!!! Aku dapat rasakan something kelam kabut dalam tandas tu…
Dalam kiraaan 3 saat, 3 ….2…..1…..

CrREEEEEETTTttttTTTt!!!!!! PrrRRUUUTTttttTTT!!!!!!!

HAHAHAHAHAHAHAHHAA!!!!!!!!! Aku dah bantai gelak kuat-kuat dalam kelas tu… Lantak pi laa lecturer ke, member2 kelas yang lain ke…. Yang penting aku dah takleh tahan nk gelakkan member aku tu… Jari aku dah menunding kat tandas tu…….

“Woiii cirit ker????!!!! Hahahahahahaha!!!” ada member aku sound kuat-kuat. Sume budak dalam kelas tu gelak.

Kesian..... Khairul diam je dalam jamban tu. Eh silap…GENTS…. Aku faham sangat perasaan bila kita tengah berak cirit birit ni.. Memang kita takleh control volume.

PuUUutT!!!

Bunyi letupan pendek dalam tandas tu.

Eleeeeeehhhh Khairul, toksah cover laa volume cirit tu…. Sume orang boleh dengar leeee!!!!

Dekat seminit gak laaa dengar bunyi bom Khairul dalam tandas tu…. Ada yang bunyi cover, ada bunyi yang tak tercover, ada gak bunyi kepuasan dan kelegaan, isssshhh mcm2 bunyi laaa…

Tapi slack laaaaa….. lecturer aku memang tak sporting. Dia batalkan kelas plak… Dia tak nak malukan student dia la tu…. Haaaaaaaa!!!! Paksa lagi suruh orang guna tandas kelas… Last last siapa yang jadi mangsa? Khairul gakkkkkkkkkkk…

Lecturer aku halau semua pelajar balik kelas. Cissssssssss…tak dapat aku tengok wajah Khairul keluar dari tandas setelah macho nya telah dinodai… Wahahahahahahha!!! Damn!!!

Isu Khairul tu telah dijadikan perbualan hangat dekat hostel laki lepas kitorang sume pulang dari kelas yang batal tu. Sume pakat kutuk-kutuk beliau. Termasuk laa aku… Aku rasa aku laa paling galak menggelakkan dia.

Dalam 2 jam lepas tu, sume pelajar laki dah start meragam perut. Termasuk la aku. Sah memang sah… Food poison ni.

Bagi korang yang tak tau… kat hostel tu yakni satu umah kedai, cuma ada satu tandas dan satu bilik mandi. Yang duduk dalam rumah kedai tu plak ada 14 orang. Satu rumah kena cirit birit… Berebut sume guna jamban… Silap-silap jamban tu boleh musnah dikerjakan kitorang. Adahousemate aku bantai berak kat bilik mandi… Lagi hampehhhhhhhhh…. Takde protocol langsung.

Pintu jamban kat hostel aku tu plak rosak.. Kalau nk tutup pintu kena tahan ngn baldi. Or bagimereka yang berkaki panjang… haaaaa, TAHAN JE LAAA PINTU TU NGAN KAKI. (jangan buat mcm tu kalau anda ada penyakit krem kaki ). Cara aku plak lain, kalau nk berak, badan kena bongkok sikit, supaya tangan kanan capai untuk tahan pintu…. Wuuuuuuuuhuuuuu!!!!! Gila gelabahhhh!!
Dah time-time kritikal nak berak, mana peduli nk tahan pintu ke idak… Tahan je dengan apa2 yang ada… Masa aku nak berak tu, ada plak hamba Allah yang terajang pintu… Yang bestnya, pintu tu bukan jatuh ke dalam, jatuh kat luar jamban. Haaaaaa!!!!! Maka nampak laa seorang jejaka cute sedang berak yang hanya mampu sembunyikan alat sulit beliau dari dilihat oleh rakan-rakai lain dengan sebuah cebok biru. Aiseyyyyyyyyyyyy…. Malu gua…. Tapi takpe…Gua manusia yang understanding beb. Dalam keadaan mcm tu, memang manusia tak boleh berfikir secara waras. Wahahahahahaha!!!

Dekat 3 jam gak la satu penghuni hostel aku tu berebut tandas… Dah malam dalam pukul 9 mcm tu, baru laaaaa perut-perut kami ni stabil.

Dah ok sikit perut ni… Borak-borak la dengan roommate. Seorang roommate aku ni juga satu kelas dengan aku. Dia citer la pasal member kelas aku si Khairul macho tu… Sume bantai gelak… Aku plak time tu, atas katil member aku (katil double decker, aku dekat katil atas )baring-baring sambil dengar citer lawak tu… Gelak punya gelak….

Crettttttttttttttttt!!!!!

Haaaa bunyi apa tu??? Bunyi aku tercirit laaaaaaaaaaa!!!!! Layan gelak sangat, sampai tercirit…. Nasib member lain tak dengar…. Idak malu aku… Aku yang hanya berpakaian pelekat tak berunderwear bangun dari tilam member aku tu menuju ke toilet bersama sehelai tuala biru.

Syahir… maafkan aku yer.

Korang-korang yang masih belajar dekat kolej or universiti tu, kalau mengalami cirit birit, tolong laaaaa…. Please laaaa… jangan laaa bergosip citer lawak atas katil orang. Bahaya wooo.. Silap-silap member korang leh mati kena taun. Weeeeeeeeeeeee!!!!!!

Pagi esok seperti biasa, kena pegi kelas pagi. Bangun pagi je, tarik nafas dalam-dalam ambil udara, buat senam ringan atas katil, then teran perut nak kasi kuar angin…

Creeeeeeeeettttttttttt!!!!

Laaaa!!!! Cirit lagi…kali ni atas tilam aku plak… haiiiihhhhhh…

Anjali Kuch Kuch Hota Hai Tak Laku Bila Dah Dewasa

Pernah tengok movie hindustan Kuch Kuch Hota Hai tak??? Ingat tak watak Anjali anak kepada Rahul (Shah Rukh Khan) dan SoniaTania Malhotra (Rani Mukherjee) yang comel tu??? Movie KKHH ni dikeluarkan pada tahun 1998. Dah lebih 10 tahun dah usia movie ni, namun tetap menjadi pojaaannn hatiku!!! Watak Anjali kecil ni dibawa oleh Sana Saeed yang sekarang dah pun berumur 23 tahun pada tahun 2011.

Kalau tengok lakonan Sana Saeed kat movie KKHH ni, macam ada harapan je, budak ni bila dah besar boleh jadi heroin popular. Tapi sangkaan aku meleset, Sana Saeed ni boleh dikatakan tak glemer langsung kat pentas Bollywood. Dia ni setakat menjadi hos rancangan kanak-kanak dan berlakon dalam drama bersiri kat India. Itu pun watak supporting je.... Aiseyyyyyyyyyyyyy....
Kalau nak tengok dari segi rupa, boleh tahan gak muka dia ni. Tapi mungkin industri perfileman kat Bollywood sekarang suka actress yang terror bercomolot, serta seksi berbikini dan melakukan aksi ranjang depan kamera kot. Tu pasal Sana Saeed ni prefer jadi hos rancangan kanak-kanak kot. Dia tak suke buat kerja-kerja tak senonoh kat industri bollywood sekarang. SIKIT-SIKIT COMOLOT!!! SIKIT-SIKIT BIKINI!!! 
Filem bollywood sekarang dah tak best macam zaman 1998-2003 dulu. Dulu, kalau beli vcd, boleh tengok filem tu berulang-ulang sampai calar vcd tu. Sekarang ni, tengok movie bollywood, tengok 10 minit je, lepas tu terus tutup tv. Meluat... Pasal apa tau, pasal diorang cuba nak tiru movie ala-ala American Pie yang otak kuning. Bongokkkkkkkk!!!! That was 10 years agoooooooooooo laaaaa!!!!!!! Lagi satu, filem bollywood sekarang mesti nak shooting kat negara omputih............. Hek elaaaaa!!!

Aku layan lagenda budak setan lagi best dari filem bollywood sekarang... Hok tuihhh!!!