Gambar Pertama Tunjuk Jari Tengah Dalam Gambar Pada 1886 (3 Gambar)

on Friday, January 18, 2013

Pada April 1886, pemain besbol Boston Beaneater, Charles "Old Hoss" Radbourn telah menunjukkan jadi tengahnya dalam gambar sebelum perlawanan menentang New York Giants. Gambar ini dikatakan adalah antara yang pertama jari tengah ditunjuk.

#Untunglah,hahahahahah

WTF - Ketahui 11 Pokok Yang Menjadi Tempat Tinggal Hantu

Selain rumah kosong, pokok juga dipercayai menjadi tempat tinggal hantu atau makhluk halus.Ada pokok yang menjadi tempat tinggal makhluk halus ada juga yang menjadi tempat tinggal pontianak atau pocong.Malahan mungkin diantara anda semua pernah ada pengalaman menjumpai pontianak sedang bertenggek di atas dahan pokok?

Dibawah ini adalah beberapa jenis pokok yang di katakan oleh orang tua dulu-dulu yang di geruni dan menjadi tempat tinggal hantu.Silahkan baca dengan teliti pokok-pokok yang menjadi tempat tinggal hantu ini.

Pokok Beringin

Pokok beringin adalah tempat kesukaan makhluk halus (Genderuwo),Terutama beringin yang sudah tua dan mempunyai janggut (akar yang berjuntaian). Bila kita mematahkan janggut 
beringin tersebut dan kebetulan pokok beringin itu di huni makhluk halus maka kita akan terus sakit dan bila lambat diubati kepada orang pintar mungkin nyawa taruhannya.

Pokok Sukun
Pokok ini biasanya menjadi tempat tinggal pocong.

Pokok Ara
Pokok ara yang mirip dengan pokok beringin merupakan tempat tinggal bagi segala macam jenis hantu.

Pokok Kekabu
Pohon kekabu atau kapuk merupakan pokok yang menjadi tempat tinggal puntianak.

Pokok Ciku
Pokok ciku adalah tempat tinggal puntianak dan genderuwo maka dari itu jika sudah memasuki waktu azan maghrib elakkan pokok ini kerana biasanya pada masa itu, hantu penunggu pokok ciku sedang berkeliaran.

Pokok Saga
Tidak diketahui menjadi tempat tinggal hantu apa tapi pokok ini dipercayai menjadi tempat tinggal hantu.Kesan dari pokok ini yang tua dan menyeramkan memang sesuai menjadi tempat 
hantu.

Pokok Asam Jawa
Pokok Asam Jawa biasanya menjadi tempat tinggal pocong atau puntianak terutama pokok yang umurnya sudah bertahun-tahun.

Pokok Pisang
Pokok pisang (pokok pisang yang berkumpul serumpun) merupakan tempat tinggal puntianak dan pocong.

Pokok Buluh
Pokok ini menjadi salah satu tempat yang disukai oleh puntianak.Pernah suatu masa di kampung saya ada pemandu teksi melihat puntianak sedang duduk di atas pokok buluh.Harus di ingat, pokok buluh yang saya maksudkan adalah pokok buluh biasa bukan pokok buluh kuning kerana buluh kuning ialah penolak bala jadi pasti pokok buluh kuning di takuti oleh. 

Pokok Nangka
Pokok nangka juga dipercayai sebagai tempat tinggal hantu.

Pokok Bacang
Pokok ini biasanya dijadikan tempat bermain toyol.Buah dari pokok bacang hampir sama dengan buah mangga, cuma buah bacang bentuknya lebih bulat dan seratnya banyak.

Bila di persekitaran tempat tinggal anda ada pokok-pokok yang di atas, elakkan melalui dibawah pokok tersebut pada malam hari ataupun jika terpaksa.Jangan lupa membaca doa dan meminta perlindungan kepada yang maha kuasa agar terhindar dari gangguan makhluk halus.

#Just nak kongsi, tak perlu nak percaya sangat.

Misteri Suara Dari Pokok Kelapa Di Kuala Selangor

Mungkin ada di antara kita pernah membaca satu keratan akhbar tentang kes seorang lelaki yang bertindak terjun dari sebatang pokok kelapa di di Jalan Budi, Sungai Buloh-Jeram suatu ketika dahulu. Namun cerita itu sudah beberapa bulan berlalu, namun wujud pula cerita misteri di sebaliknya. Walaupun ramai yang tidak mempercayainya, cerita ini masih lagi sampai ke telinga penduduk di sana. Ikuti kisah di bawah ini.
Seorang lelaki yang pernah menggemparkan orang ramai di Jeram, Selangor semalam apabila bertindak nekad terjun dari pokok kelapa. Dia mati di tempat kejadian.

Jam menunjukkan jam 3 pagi. Dollah (bukan nama sebenar) tidak sabar-sabar lagi hendak pulang selepas waktu syif kerjanya di sebuah kilang di Kapar berakhir jam 2.30 pagi. Rumah sewanya terletak di taman perumahan di Sungai Buloh, Jeram di Kuala Selangor.
Lelaki ini memekik meminta permintaannya ditunaikan, Nekad terjun pokok selepas kemahuan gagal ditunaikan.

Bukan kepalang lagi rasa penat yang ditanggung Dollah setelah hampir 10 jam bekerja. Untuk cepat sampai ke rumah, dia memilih Jalan Budi untuk pulang meskipun sebelum ini, dia sering melalui persimpangan lampu isyarat bersebelahan projek perumahan teres setingkat yang terbengkalai untuk ke rumahnya.

Jalan kecil yang hanya muat satu kereta dalam satu-satu masa itu dilalui dengan berhati-hati berpandukan cahaya lampu motosikal.

Dengan tak semena-mena, bulu tengkuk Dollah terasa meremang. Dalam sunyi sepi itu, dia tiba-tiba terdengar bunyi seakan-akan suara orang merintih sebaik sahaja melepasi satu selekoh.

Bimbang kalau ada yang benar-benar dalam kesusahan dan perlukan pertolongan, Dollah memberanikan diri mahu berhenti. Namun sebaik sahaja dia memijak tanah tanpa mematikan enjin motosikal, dia langsung mengubah fikiran.

Dollah terus memecut laju motosikalnya dalam kegelapan malam tanpa dia menoleh ke belakang lagi. Esoknya, apa yang berlaku kepada Dollah menjadi modal sembang seluruh kampung.

Hingga hari ini – selepas lebih dua bulan – masih lagi jadi sebutan di Kampung Sungai Buloh, Jeram. Tersebarnya cerita itu hingga ada yang percaya, apa yang didengar Dollahada kaitan dengan kejadian seorang lelaki mati setelah terjun dari pokok kelapa di kawasan berhampiran tiga bulan lalu.

Saksi empat mata

“Saya pun pernah dengar cerita ada suara meminta tolong yang menakutkan di kawasan Jalan Budi itu pada waktu malam. Tapi cerita itu terhenti begitu sahaja,” kata Penghulu Mukim Jeram, Kamaruddin Abd Rahman kepada Sinar Harian.

Menurutnya, cerita itu disampaikan seorang ketua kampung selepas selesai mesyuarat mingguan di Balai Penghulu Jeram.

“Ia agak mengejutkan memandangkan insiden lelaki terjun pokok sudah berlalu lebih beberapa bulan,” katanya yang memaklumkan turut hadir melihat lelaki terjun pokok selepas dimaklumkan penduduk.

Dalam kejadian yang heboh diperkatakan buat penduduk di situ, dia tidak menyangka lelaki terbabit nekad untuk terjun pokok selepas sesi memujuk gagal.

Insiden bunuh diri seumpama itu katanya, adalah kejadian pertama kali berlaku sepanjang tempoh khidmatnya selama 13 tahun sebagai Penghulu Mukim.

“Ketika kejadian, saya antara orang terawal yang datang untuk melihat sendiri lelaki yang berada di atas pucuk pokok kelapa. Dia menjerit tidak keruan dan mahu berjumpa beberapa individu termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Saya juga ada memujuk lelaki terbabit supaya turun dari pokok dengan rela hati. Minta dia berbincang dengan baik tanpa perlu mengugut untuk membunuh diri.”

Pokok kelapa ditebang

Ketika merujuk kepada Ketua Kampung Sungai Buloh, Hashim Mansor, 63, untuk mendapatkan kepastian mengenai kejadian misteri yang dikatakan berlaku selepas kes bunuh diri itu, Hashim menegaskan, itu hanya cerita yang diada-adakan.

“Rumah saya hanya 100 meter saja lebih kurang dari tempat lelaki itu mati. Tak ada pula saya dengar bunyi suara orang merintih atau apa-apa.

Kalau betul ada, tentu saya atau keluarga saya ada dengar. Bukan jauh sangat pokok tu dari rumah kami,” katanya.

Menurut Hashim, dia dan keluarganya malah tidak pernah terganggu oleh apa-apa bunyi yang seumpama itu.

“Saya nak bagi peringatan. Janganlah sesiapa yang percaya kepada cerita seperti ini dan jadi taksub. Bimbang kalau kita terlibat dengan perkara khufarat yang boleh bawa syirik. Bahaya besar pada akidah kita nanti,” katanya.

Atas sebab itu, Hashim mengarahkan pokok kelapa di mana lelaki itu mati, ditebang selepas sahaja jenazah lelaki itu dibawa ke Hospital Tanjung Karang.

“Saya tak mahu ia jadi tempat perbuatan khurafat, saya yang bertanggungjawab,” katanya.

Mengimbas kejadian pada 13 Mei lalu, Hashim berkata, pada hari itu, seorang lelaki tidak dikenali telah memanjat pokok kelapa di kebun belakang rumah keluarganya itu,kemudian mengugut akan terjun kerana kecewa. Dia dipercayai mempunyai masalah peribadi.

“Dia menjerit-jerit atas pokok itu hingga tidur kami terganggu sejak awal pagi. Penduduk kampung keluar pujuk lelaki itu supaya turun, termasuk imam dan polis tetapi dia tetap juga berkeras mahu terjun,” katanya.

Perubahan Seorang Lelaki Dalam Masa Tiga Tahun Yang Mengejutkan

Orang kata satu gambar boleh menceritakan ribuan maksud dan seorang lelaki di Australia telah menunjukkan ribuan gambar mengenai perubahan dirinya dalam tiga tahun.
Video :

Kucing Paling Setia, Melawat Kubur Tuannya Dengan Membawa Hadiah setiap Hari

Seekor anak kucing telah melawat kubur pemiliknya setiap hari pada tahun lalu di tanah perkuburan Montagnana, Tuscany, Itali.

Setiap kali dia muncul 'Toldo' sering membawa hadiah untuk lelaki yang menyelamatkan dia beberapa lama dahulu tetapi kini telah dikebumikan di tanah perkuburan.

Renzo Iozzelli meninggal dunia September 2011 pada usia 71. Sejak itu Toldo telah muncul di tapak kuburnya setiap hari, seolah-olah tidak dapat untuk menerima kenyataan bahawa tuan dia sudah mati.
Iozzelli mengambil Toldo dibawa ke rumahnya dan telah memberikan kasih sayang dan penjagaan yang rapi apabila dia menemui anak kucing itu di sepanjang tepi jalan pada tahun 2008.

Tetapi sekarang Renzo telah meninggal, Toldo tidak lupa akan penjaganya yang sangat penyayang itu. Setiap hari dia melawat kubur tuannya, anak kucing itu akan membawa kepadanya hadiah yang terdiri daripada cawan plastik ke kertas tisu, ranting-ranting kecil dan objek lain.

Sejak itu, Toldo telah menjadi sahabat monumental kepada semua orang yang tinggal di bandar Montagnana. Penduduk melihat kucing tersebut seperti di jaga baik dan boleh pergi melawat Renzo tanpa gangguan pada bila-bila masa yang dia mahu.

Persamaan Shasha Mendoza & Sharifah Zohra Jabeen

Persamaan Shasha Mendoza & Sharifah Zohra Jabeen - Gossip Selebriti Malaysia | Persamaan antara Shasha Mendoza dan Sharifah Zohra Jabeen. Shasha Mendoza seorang model sambilan berumur 19 tahun. Kontroversi Shasha Mendoza bermula apabila kenyataannya menghina Himpunan Kebangkitan Rakyat baru-baru ini menerima serangan dan kritikan oleh penyokong pembangkang di beberapa laman sosial. Sharifah Zohra Jabeen pula Presiden Suara Wanita 1Malaysia atau SW1M. Kontroversi Sharifah Zohra Jabeen pula bermula setelah beliau menunjukkan tingkahlaku tidak Profesional di Forum Awam di UUM baru-baru ini dan menerima kutukan hebat di dunia maya melalui beberapa laman sosial.
Shasha Mendoza
Sharifah Zohra Jabeen

[14 Foto] Pejabat Facebook VS Pejabat Twitter

Sekarang, remaja tidak dapat berpisah dengan laman sosial yang amat popular dan satu tempat untuk berkongsi dan berhubung antara satu sama lain. Penulis rasa tiada siapa yang tidak tahu apa itu facebook dan juga twitter kan =) ? Web ini tidak asing lagi tempat untuk berkongsi apa sahaja maklumat atau hal peribadi sesama manusia =)

#Facebook Kiri, Twitter kanan

Dashboard
Server Room
Board Room
Work space
Office
Wall Graphic
Work Station
Lounge Room
Employee Room
Lounge
Wall
Lounge
Cafeteria