7 Gambar Ally Iskandar di Majlis Konvokesyen isterinya di Korea

on Sunday, March 24, 2013

\

Tahniahla kepada Farah Lee yang merupakan isteri kepada Eli Iskandar.. Akhirnya tamat jugak pengajiannya.. Lepas ni takderla Eli nak rindu2 lagi orang rumah jauh di sana.

Yang bestnya, Farah cakap dia sangat bangga kerana pakai kain batik/ sarung sempena tamat pengajuannya.. bukan senang nak buat tu. Kalau Khalis sambung blaja nanti dapat grade nak pakai kain pelekat la pulak.. kalaula boleh ye tak?

Lagi gambar -gambar semepena gradnya Farah











Inha University: 22.02.13
Malaysian Embassy: 27.02.13
BFG: 28.02.13 — di South Korea.

Kredit kepada fb Farah Lee

(6 GAMBAR)Neelofa Kembali Ke MRSM Langkawi


Bukan ramai individu yang menceburi dunia hiburan Malaysia mempunyai latar belakang pendidikan yang cemerlang. Salah seorang dari golongan yang sedikit ini ialah Noor Neelofa Mohd Nor yang bersekolah menengah di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Langkawi. Beberapa hari lepas Neelofa telah bercuti ke Langkawi dan kesempatan ini diambil oleh beliau untuk melawat bekas sekolahnya itu.



Neelofa merupakan seorang pelajar cemerlang di sekolahnya, berada di kelas terbaik dan telah mendapat keputusan 10A untuk pepeiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kesempatan untuk kembali ke MRSM Langkawi telah digunakan oleh Neelofa dengan sebaiknya untuk berjumpa staf-staf dan pelajar-pelajar sekolahnya.

Neelofa dikhabarkan oleh rakan-rakan dan staf sekolah MRSM Langkawi sebagai seorang yang disenangi guru dan rakan sekolahnya kerana sikapnya yang berbudi bahasa dan menghormati orang lain.

Bagaimana dengan mereka yang mendapat keputusan SPM semalam? Kami yakin ramai juga yang mendapat keputusan sebaik Neelofa. Semestinya keputusan yang cemerlang akan dapat mencorakkan masa depan individu dan membuka lebih banyak peluang untuk memilih jalan kejayaan yang diredhai-Nya.

Kalau ada pembaca BN yang mendapat keputusan SPM semalam dan hari ini, boleh juga kalau ingin berkongsi kejayaan anda dengan kami di ruangan komen. Kredit gambar Instagram Noor Neelofa.









sumber

9 Gambar: Lisa Surihani Kongsi Gambar Sewaktu Kecil


Saling tak tumpah Lisa Surihani persis ibunya, Siti Amira Ahmad. Dari kecil lagi Lisa nampak ‘mesra kamera’. Ada sahaja keletahnya yang mencuit hati sesiapa yang melihat gambar Lisa sewaktu kecil.

Terdapat beberapa keping lagi gambar yang dikongsikan untuk tatapan peminat khas dari akaun instagram Lisa Surihani sendiri. Enjoice!










(9 GAMBAR)Shila Amzah Dan Keluarga Tunaikan Umrah

Ketika ini, Shila Amzah dan ahli keluarganya sedang berada di Mekah untuk menunaikan umrah. Sambil-sambil mengerjakan ibadah, dapatlah Shila dan keluarga meluangkan masa bersama-sama. Semoga hubungan kekeluargaan mereka akan bertambah erat selepas ini.



Shila Amzah dan keluarga telah berada di Mekah sejak 12 Mac yang lalu. Lagi 8 keping gambar Shila Amzah dan keluarga menunaikan umrah dengan membaca entri ini sepenuhnya.









Dr.Harlina Halizah Siraj Tegur Ikhlas Kenyataan Rozita Che Wan Tentang Seksi Itu Hak Dirinya

Kenyataan Rozita Che Wan yang seksi itu hak dirinya mengundang pelbagai reaksi dari peminat dunia hiburan. Ada yang mempertahankan, ada yang berdiri atas pagar dan yang mencemuh juga lebih lagi.


Semuanya bermula apabila Rozita dikritik oleh orang ramai kerana berpakaian singkat sehingga menampakkan paha dalam gambar yang dimuat naik ke akaun Instagram bakal suaminya iaitu pelakon Zain Saidin. Cara berpakaian Rozita dianggap tidak sesuai dengan usianya yang sudah mencecah 40-an itu walaupun untuk wanita seusia dirinya, Rozita bolehlah dikatakan cantik.

Susulan dari kontroversi itu, Zain Saidin telahpun menyahaktifkan akaun Instagramnya. Dakwanya, dia ingin menjaga maruah Rozita sebagai bakal isterinya, namun di sini kami tampilkan satu teguran ikhlas dari Dr.Harlina Halizah Siraj tentang kenyataan Rozita. Adalah diharap perkongsian artikel ini akan memberi manfaat bukan saja kepada Rozita, malah kepada masyarakat secara keseluruhannya.

Salam ukhuwah.

Atas dasar tanggungjawab dan amanah, Dr Har memberanikan diri mengajukan pandangan terhadap fenomena semasa yang amat membimbangkan – di mana semakin ramai ahli masyarakat yang tidak lagi peduli dan kisah dengan teguran orang lain di sekeliling. Apa yang lebih menyedihkan – apabila alasan yg diberikan berlandaskan hujah hak asasi peribadi, yang dianggap mutlak milik individu. Orang lain dianggap tidak berhak campurtangan dan mempersoalkan keputusan, tindakan dan tingkah laku seseorang itu.

Terbaru, hari ini (21 Mac 2013) terdapat laporan akhbar harian mengenai komen seorang yang dikenali ramai mengenai `hak peribadi’nya utk berpakaian seksi. Beliau juga memberi amaran agar orang ramai jangan terlalu menjaga `tepi kainnya’. Sedih dan sayu rasa hati membaca komen tersebut. Masakan boleh Dr Har buat tak kisah dan membiarkan golongan ini begitu sahaja. Kalau ada yang mahu mengatakan : `Who cares?’, Dr Har jawab

`I do care! A lot!‘

Dalam konteks ini, perlu sangat diperjelaskan bila nak bercakap pasal hak, ada beberapa noktah yang mesti diperhatikan :

Jangan lupa, jauh mendahului hak individu adalah hak Allah SWT yang Maha Agung, Perkasa dan Sempurna. Hak Allah SWT adalah untuk disembah, dipatuhi dan diagungkan. Segala suruhan-Nya adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri, maka pujuklah diri dan relakanlah jiwa untuk patuh, taat dan setia. Larangan yang membawa kemurkaan-Nya adalah untuk keselamatan dan kesejahteraan manusia itu sendiri, maka jauhilah sejauh-jauhnya. Membelakangkan hak Allah, tidak memperdulikan suruhan-Nya – adalah satu manifestasi kesombongan yang luarbiasa!

Janganlah pula terlupa, tubuh badan kita sebenarnya bukan hak milik kita, yang boleh diperlakukan sewenang-wenangnya. Ianya hanya pinjaman sementara, dari Empunya yang tidak pernah terleka. Keindahan tubuh badan ini boleh hilang sekelip mata, semua terpulang kepada yang Empunya. Bukankah kita mengimani adanya Hari Pembalasan di Padang Mahsyar? Khabarnya, itulah saat segala anggota tubuh badan kita akan mengadu perihal penyalahgunaan dan pengkhianatan kita. Mulut yg begitu lantang bersuara semasa di dunia, terkunci rapat semasa ditimbangtara. Tentu sekali kita takkan boleh berkata kepada Tuhan yang Empunya segalanya, `Jangan jaga tepi kainku!’

Jangan lupa, selain hak adanya pula tanggungjawab dan rasa hormat. Tiga aspek ini :Responsibilities, Rights & Respect – 3R, tak boleh dipisahkan. Hak hanya boleh diberikan kpd mereka yg sudah menjalankan tgjwb & peranan mereka dengan baik dan sempurna. Peruntukan hak mestilah pula dihormati. Jangan asyik berhujah dengan hak kita yang itu dan yang ini. Tanyakan pada diri, sudahkah tanggungjawab dan peranan asasi kita sebagai hamba Allah dan khalifah terlaksana? Kalau belum, hak apa sebenarnya yang ada pada dirimu?

Jangan lupa, kita manusia makhluk Allah yg perlu hidup secara berkelompok dan bersosial. Kita manusia lemah, amat saling bergantungan dan perlu-memerlukan. Selain hak individu, ada di sana hak kolektif (jamaĆ­) yang menjadi milik komuniti di sekelilingmu. Bila bertembung antara hak individu kita dengan hak kolektif massa – ketahuilah, hak kolektiflah yang harus didahulu dan diutamakan. Demi sebuah ketenangan hidup yang penuh rasa hormat-menghormati, ayuh kita belajar dari kelompok manusia dulu – mendahulukan hak kolektif dibandingkan hak individu.

Mungkin yang paling mendapat manfaat dari nukilan ini, bukanlah kelompok sasaran yang diajukan teguran.

Tak mengapalah, Dr Har yakin, ada kelompok yang pasti mendapat sedikit peringatan dan tazkirah.

Fazakkir, innafa’atiz zikra : Dr Har akan terus memberi peringatan, sesungguhnya peringatan yang berulang-ulang itu banyak manfaatnya!

Salam ukhuwah :

Dr.Harlina Halizah Siraj ( Dr.Har)


Untuk makluman anda, Dr. Har ialah seorang Pakar Perunding Obstetriks & Ginekologi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Naib Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM). Jika anda ingin membaca blog Dr. Har, sila ke sini.

SERIUS - PROTES ANTI DAGING OLEH PEMAKAN SAYUR DI BARCELONA (11 GAMBAR NSFW)

Extremis Sayur!

Day Without Meat (Hari Tanpa Daging) ialah acara tahunan yang sudah berlangsung sejak 1985. Ianya hari protes pengamal vegetarian terhadap amalan memakan daging. Tahun ini di Barcelona, protes anti dagingnya agak brutal dengan beberapa pemprotes membalut diri mereka untuk kelihatan seperti daging yang dijual di pasaraya. Mesej yang cuba disampaikan ialah jika anda jijik melihat manusia dipakej sebegini, kenapa anda masih mahu memakan daging.






Gambar-Gambar Seksi Agnes Monica Ketika Membuat Persembahan Di Atas Pentas

on Saturday, March 23, 2013


Siapa yang tidak kenal dengan artis yang hingga kini masih giat aktif dalam dunia hiburan ini. Dalam setiap aksi panggungnya dia sering menunjukkan tubuh sexy-nya di samping memang dia memang mempunyai suara yang sangat bagus. Berikut ini foto-foto sexy-nya ketika berada di atas pentas.


#-Cerita Dewasa Klik Di Sini

#-Skandal Seks Artis Hollywood Klik Di Sini

#-Download Video Panas Artis Antarabangsa Klik Di Sini