Rakan Maut,Laungan Allahuakbar Jadi Perisai - Komando VAT69

on Tuesday, March 26, 2013



Rakan  Maut,Laungan Allahuakbar Jadi Perisai - Komando VAT69 | Kuala Lumpur, 25 Mac - Dalam keadaan musuh menyerang bertalu-talu dan anggota pasukan komando VAT69 ini membalas tembakan mempertahan diri dan negara, dalam insiden 1 Mac lepas, Kpl Mohamad Asrul Osman tidak sedar rakan di sebelahnya gugur dalam pertempuran selama sejam itu.

Beliau berkata laungan 'Allahhuakbar' menjadi perisai ketika diserang musuh yang jaraknya agak dekat dalam insiden pencerobohan pengganas militan di Lahad Datu, Sabah.

"Ketika pertempuran saya meniarap bersebelahan arwah (Sjn Sabaruddin Daud, 46)...Kami diserang bertalu-talu dan angin daripada tembakan itu memang jelas dirasai betul-betul di sebelah telinga saya.

"Saya tidak sangka tembakan itu mengenai Sabaruddin dan hanya mengetahuinya apabila saya menepuk belakang beliau untuk berundur, tetapi beliau sudah kaku ketika itu," katanya kepada Bernama, di sini hari ini

Mohamad Asrul, 33, berkata beliau cedera pada cuping telinga dan kolar pakaian seragamnya koyak rabak dalam pertempuran yang turut mengorbankan ASP Zulkifli Mamat.

"Meskipun hati sebak melihat rakan gugur, ia tidak menjadi kekangan pada saya untuk meneruskan perjuangan demi membela tanah air," katanya.

Semangat juang yang ditunjukkan pasukan keselamatan negara itu berjaya membunuh 15 musuh.

Beliau berkata kira-kira pukul 5 petang hingga keesokannya harinya (2 Mac) semua pegawai dan anggota diletak dalam keadaan siap siaga bagi menumpaskan pengganas.

"Sehingga kini saya masih terbayang kejadian menimpa Allahyarham," katanya.

Beliau berkata pengalaman bertempur dengan pengganas yang merupakan pengalaman pertama baginya itu, mendidiknya menjadi lebih berani dan sanggup mempertaruh nyawa sendiri demi menjaga kedaulatan negara.

"Saya masuk Komando pada 2003, insiden pencerobohan di Lahad Datu memberi peluang kepada saya merasai sendiri apa apa yang telah orang lama ceritakan mengenai pertempuran dengan komunis dan bagaimana perasaan bertempur dalam
situasi sebenar," katanya.

Mengambil pendekatan untuk tidak merisaukan orang tersayang, Mohamad Asrul berkata beliau memberitahu ibunya bahawa beliau sedang mengikuti kursus.

"Isteri saya pula hanya dimaklumkan bahawa saya terlibat dalam pertempuran ini tetapi tidak pernah memberitahunya apa yang saya lalui termasuk kecederaan yang saya alami," katanya.- BERNAMA

Ngeri! Wajah Berubah Selepas Seksa Ular

on Monday, March 25, 2013



Ngeri! Wajah Berubah Selepas Seksa Ular | BOGOR, Jawa Barat – Seorang lelaki dari Kampung RT 04 RW 02 Desa Ciluar, Kecamatan Bogor Utara, Kota Bogor menderita penyakit misteri sejak dua bulan lalu setelah dia dipercayai membunuh tiga ekor ular berwarna hitam.

Akibat penyakit itu, muka Adi, 30, yang bekerja sebagai buruh di kilang sagu di sini membengkak sehingga menutupi wajah lelaki itu manakala mulutnya tidak kelihatan.

Melihat keadaan Adi, penduduk kampung menggelarnya sebagai Adi ‘Kobra’.

Memburukkan lagi keadaan, Adi kini berbau busuk seperti bangkai dan turut dihinggapi ulat hingga keluarganya tidak membenarkan penduduk kampung melawatnya.

Menurut isterinya yang tidak mahu dikenali kepada Liputan6.com, kejadian itu berlaku semasa suaminya bekerja pada syif malam dan menemukan tiga ekor ular.

Setelah menemukan ular itu, Adi mengaku kepada rakannya bahawa dia menyiksa dan membunuh haiwan itu sehingga mati.

Malah binatang itu dikerat-kerat dan dijadikan seperti sate sebelum dibakar.

”Di, jangan disiksa ular itu kerana ular itu juga punya perasaan,” kata temannya.

Adi menjawab, “Ahh… saya tidak takut sama ular, syaitan ataupun jin.

Beberapa minggu selepas kejadian itu, Adi mengadu kepada isterinya dia sakit gigi dan pipinya berwarna kemerah-merahan.

Kata isterinya, pelbagai usaha dilakukan mereka termasuk ke hospital berdekatan namun doktor yang merawatnya mendakwa mereka tidak mampu merawat penyakit Adi.

Hal ini kerana menurut doktor, penyakit Adi tergolong dalam sakit yang tiada ubat iaitu barah.

Ekoran itu, pelbagai cara digunakan keluarga Adi termasuk secara alternatif dan tradisional namun mereka tidak sanggup merawat penyakitnya. – AGENSI

Pulangkan Isteriku



Pulangkan Isteriku | Alor Gajah : Angkara cinta tiga segi, seorang pemuda didakwa tergamak mengurung seorang suri rumah yang baru habis berpantang selepas melahirkan anak sulung di sebuah rumah di sekitar daerah ini sejak seminggu lalu.

Lebih malang apabila wanita yang juga isteri kepada abang angkat remaja itu dipercayai turut dikawal setiap masa dan dihalang menemui suami serta bayi lelakinya yang baru mencecah usia dua bulan.

Difahamkan, lelaki berusia 20 tahun itu melakukan hubungan intim dengan wanita berusia 28 tahun berkenaan tanpa dikesan suaminya yang mahu dikenali sebagai Firdaus, 30, sejak pertengahan tahun lalu.

Menurut Firdaus, dia yang terjaga dari tidur terkejut mendapati isterinya tiada, kira-kira jam 8.30 pagi, 16 Mac lalu.

“Saya melihat dia (isteri) tiada di sebelah, namun bayi kami masih ada dan membawanya keluar mencari selama tiga hari berturut-turut, namun gagal. – Metro

(VIDEO) Tukang urut nyaris terlondeh tuala ketika diserbu



(VIDEO) Tukang urut nyaris terlondeh tuala ketika diserbu | Dengan gaji RM1000, seorang warga emas berusia 64 tahun sanggup bekerja sebagai penjaga luar pintu pusat pelacuran. Berbekalkan walkie talkie, pergerakan pihak berkuasa diperhatikan melalui maje luar premis.

Namun, hasil risikan dan penyamaran polis kegiatan itu berjaya dibongkar polis dalam satu serbuan malam tadi. Ternyata aktiviti persundalan ada di dalam premis satu tingakat ini selepas beberapa pasangan di cekup ketika sedangan melakukan seks.

Lima GRO warga asing di cekup dalam serbuan di dua premis di Bukit Rahman Putera Sungai Buloh malam tadi. Dalam serbuan yang dilakukan unit risikan dan operasi perancang pencegahan jenayah IPK Selangor yang di ketuai oleh Insp. Emmi Shah Fadhil turut menemui rumah penginapan GRO terbabit.

Pemeriksaan lanjut, polis menemui kondom yang dibuangakan dalam lubang jamban dan sebungkus kondom tidak digunakan ditemui semakan empat wanita warga vietnam tidak memiliki paspot manakala seorang darinya warga Thailand. Dua penjaga premis berusia 30 hingga 62 tahun ditahan. Soal siasat mendapati bayaran seks dikenakan 130 ringgit sekali perkhidmatan.

Tawaran seks pula dipromosikan melalui pemilihan gambar pelacur berpakian seksi. Sindikit dipercayahi beroperasi dari pukul 12 tengah hari sehingga 3 pagi yang mengaut keuntungan dari 7 pelanggan untuk seorang pelacur.

Kesemua wanita 20 hingga 30 tahun itu di bawah IPD Sungai Buloh untuk tindakan lajut.


Video Sedih Penderitaan Polis Berjuang Di Lahad Datu



Video Sedih Penderitaan Polis Berjuang Di Lahad Datu | Video ini memaparkan perjuangan pegawai & anggota PDRM di Lahad Datu, Sabah dan dipersembahkan sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke 206 di Pulapol Kuala Lumpur.


sumber

Mangsa Dipotong Kemaluan Masih Kritikal – Polis



Mangsa Dipotong Kemaluan Masih Kritikal – Polis | KUALA TERENGGANU – Mangsa yang kemaluannya dipotong oleh anaknya masih kritikal dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K. Manoharan berkata, kemaluan mangsa berjaya disambung semula pada Ahad namun lelaki berusia 67 tahun itu masih belum sedarkan diri.

Pihak hospital juga berjaya menyambung semula kemaluan suspek dan dia kini dilapor stabil serta ditempatkan di wad biasa di hospital sama, katanya kepada pemberita pada Isnin.

Menurut Manoharan, polis masih menunggu laporan daripada hospital untuk mengetahui sama ada suspek mengalami gangguan mental atau sebaliknya.

“Pihak kami juga akan menahan suspek sebaik suspek pulih dari kecederaan dalam masa terdekat,” katanya.

Dalam kejadian 1.30 pagi Ahad di Felda Kerteh 6, Ketengah Jaya, Dungun, suspek yang berusia 40 tahun bertindak memotong kemaluan bapanya sebelum memotong kemaluan sendiri.

Suspek yang bekerja sebagai penyelia di sebuah kilang di ibu negara di percayai terpengaruh dengan ajaran sesat yang dipelajarinya menerusi Internet.

Suspek sebelum itu dikatakan bertindak agresif denga merotan dan memukul bapanya bagi membuatkan warga emas berkenaan menangis untuk mengeluarkan “semangat Imam Nawawi” daripada badan bapanya.

Setelah gagal membuatkan bapanya menangis, suspek kemudian meminta sebilah pisau daripada abang iparnya sebelum meluru masuk ke bilik tidur bapanya dan bertindak memotong kemaluan warga emas itu sebelum memotong kemaluan sendiri.

Dia juga turut memaksa abang iparnya berbuat demikian namun lelaki itu berjaya melarikan diri. – BERNAMA

Menteri Pertahanan Sulu, Datu Amir Bahar Sempat Main Facebook Sebelum Ditangkap!



Menteri Pertahanan Sulu, Datu Amir Bahar Sempat Main Facebook Sebelum Ditangkap! | MENGEJUTKAN…dalam dok godek2 facebook cari cerita mengenai Jamalul Kiram, Agendadaily terjumpa satu profail dengan nama Datu Amirbahar Hushin Kiram.

Orang yang sama ditangkap dalam hutan paya di Semporna pagi Sabtu 23 Mac lalu.

Yang lawak adalah orang yang disifatkan sebagai ‘Menteri Pertahanan Sulu’ ini masih lagi main facebook sehingga 15 Mac lalu.

Dengan tertangkapnya Amirbahar ia merupakan satu kejayaan besar bagi pasukan kita dalam Ops Daulat.

Dipercayai selama ini dia bersembunyi di Semporna dan tidak berada di Kampong Tandou dimana berlaku pertempuran berdarah 1 Mac.



Manakala kejadian serang hendap yang akibatkan enam anggota polis terbunuh di Kampong Sri Jaya Siminul,Semporna pada 2 Mac dikatakan ada kaitan dengannya.

Dari facebooknya dipercayai Amirbahar mengikuti perkembangan isu pencerobohan mereka dan Ops Daulat menerusi internet.

Pada posting terakhir 15 Mac dia mengkongsikan sebuah pautan dalam satu portal berita yang menyiarkan kenyataan Setiausaha Agung PBB Ban Kim Moon minta semua pihak yang terlibat dengan kejadian di Lahad Datu berdialog.

Amir Bahar ditangkap bersama isterinya di satu kawasan paya, pada jam 1.30 pagi Sabtu, polis turut merampas dua beg komputer riba mengandungi tiga telefon bimbit, kad Western Union, kad SIM, jalur lebar, kad memori, fail yang mengandungi dokumen-dokumen yang berkaitan dengan Kesultanan Sulu, wang RM3,000, satu Brunei dolar, satu Riyal Saudi dan satu Cina yuan.

Jika tinjau gambar pada facebook Amirbaha ini adalah beberapa keping yang dimuat naik pada 5 Febuari lalu, tunjuk seolah-oleh ada breafing yang dibuat oleh Datu Amirbahar Hushin Kiram ini pada sekumpulan lelaki.



Untuk rekod, puak yang dakwa ‘tentera kesultanan Sulu’ ini mula ceroboh Kampung Tandou Lahad Datu pada 9 Febuari dan dilaporkan kepada pihak berkuasa 12 Febuari.

Selain gambar baik punya dok breafing itu, ada juga gambar macam bekalan logistik baru sampai, selain gambar Datu Amirbahar Hushin Kiram bersama-sama dengan Jamalul Kiram dan Azimuddin Kiram.

Mereka tengah mengaminkan doa yang dibawa oleh orang lain.

Ada juga gambar ayah pada Amirbahar, Ismail Kiram, seorang ahli perniagaan bersama beberapa tokoh politik Filipina termasuk bekas Presiden Filipina Gloria Macapagal-Arroyo.

Kerajaan Filipina sebelum ini mengaitkan bekas Setiausaha (Menteri) Pertahanan kerajaan Arroyo sebagai antara individu yang disiasat berikutan pencerobohan Lahad Datu.

Facebook yang hanya mempunyai 182 orang kenalan itu rata-rata adalah keturunan Kiram, dan dari semakan Agendadaily, ada juga yang tulis menetap di Kuala Lumpur dengan nama Datu Amir Ali Kiram.



Tidak banyak kemaskini di dalam profail tersebut, kecuali gambar-gambar, dan beberapa kenyataan pro penceroboh termasuk desak kuasa-kuasa asing ambik tindakan terhadap kerajaan Malaysia pada 5 Mac lalu.

Amir Bahar yang dicekup bersama isterinya baru-baru ini mungkin boleh rungkai apa sebenarnya yang terjadi disebalik kejadian pencerobohan Lahad Datu. Sama-sama kita tunggu…

Sementara itu, sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini memetik sumber melaporkan AmirBahar dan Azimuddin adalah antara beberapa orang yang dicari oleh polis sebelum serangan berdarah yang mengorbankan enam anggota polis termasuk penguasa penguasa dan pembantu di Kampung Sri Jaya Siminul pada 2 Mac.

Selain dari Amir, pasukan keselamatan telah mencari Azimuddin dan seorang lagi bernama Alianapiah, tetapi lelaki telah melarikan diri dari kampung.

Sumber berkata polis teruk memperhebatkan gerakan memburu Alianapiah, yang dipercayai masih di negeri ini.

Jamalul, Esmail, Alianapiah dan Azimuddin adalah antara enam saudara keluarga Kiram yang mendakwa mereka adalah keluarga pemerintah kesultanan Sulu.

Esmail,yang berkelulusan doktor falsafah dan dikatakan yang paling terpelajar di kalangan adik-adiknya, kali terakhir dilaporkan berada di Sabah pada November tahun lepas.

Difahamkan bahawa tiga orang lain, yang hanya dikenali sebagai Haji Kiram, Haji Kaluang dan Aidani, turut diburu ekoran pembabitan dalam pencerobohan Lahad Datu.

Haji Kiram dikatakan telah sebelum ini tinggal di Sandakan dan dikatakan mempunyai seorang anak perempuan yang berkahwin dengan kakitangan kerajaan.

Haji Kaluang, ahli “Majic 8″ komander Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), didakwa salah satu pembiaya pencerobohan.

Orang ketiga, Aidani, yang merupakan penduduk Semporna, berperanan sebagai penjaga senjata api dan dikatakan telah menyimpan senjata api di lokasi rahsia di Semporna.” -Agendadaily.com via mynewshub