Tak Sedar Potong Alat Sulit Ayah

on Wednesday, March 27, 2013



Tak Sedar Potong Alat Sulit Ayah | Kuala Terengganu : “Saya tidak tahu apa yang saya sudah buat pada ayah kerana ia berlaku di luar kawalan saya,” kata penyelia kilang berusia 40 tahun yang memotong alat sulit bapanya dalam kejadian di rumah keluarganya di FELDA Kerteh 6, Ketengah Jaya, Dungun, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.15 pagi itu, bapa empat anak itu memotong kemaluan bapanya berusia 67 tahun sebelum memotong kemaluan sendiri bertujuan mengeluarkan ‘semangat Imam Nawawi’ selepas dipercayai terpengaruh dengan ajaran sesat.

Lelaki itu yang ditemui di wad Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam berkata, dia hanya tersedar selepas parah pada kemaluan dan celah kangkang ketika berada di hospital.

“Ketika itu, saya tergamam apabila diberitahu yang saya memukul ayah dan memotong alat sulit kami kerana kejadian itu bukan dalam kawalan dan tidak tahu bagaimana ia terjadi.

“Saya tidak dapat menahan sedih dan perasaan bersalah apabila ayah kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya yang masih diikat kedua-dua tangan dengan tali di katil wad.

Adik lelaki itu yang enggan dikenali berkata, alat sulit bapa dan abangnya sudah disambung semula menerusi pembedahan kelmarin, namun bapanya masih ditempatkan di ICU berikutan parah.

Harian Metro semalam melaporkan seorang penyelia kilang di Balakong, Selangor, bertindak luar kawalan apabila memotong kemaluan bapanya selepas taksub dengan ajaran sesat yang dipelajari melalui laman web. -hmetro

KEJAM!!!Kanak-Kanak Mati Didera



KEJAM!!!Kanak-Kanak Mati Didera | KOTA BHARU : Seorang kanak- kanak berusia lima tahun meninggal dunia dipercayai didera bapa kandung dan ibu tirinya di Kampung Jubakar Pantai, Tumpat.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, Umi Amelia Azman didakwa mengalami dua kesan pecah pada usus besar dan kecederaan pada buah pinggang kirinya.

“Selain daripada itu, mangsa juga dipercayai tidak diberi makan selama dua hari kerana hasil pemeriksaan mendapati perutnya kosong dan dipenuhi
darah. Kecederaan tersebut dialami mangsa dalam tempoh 48 jam,” katanya kepada pemberita semalam selepas merasmikan Perbarisan Sempena Sambutan Hari Polis ke 206 Tahun Peringkat Kontinjen Kelantan.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 8.56 pagi kelmarin ketika menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II) selepas dimasukkan ke sana sehari sebelumnya.Beliau berkata, pada Sabtu lalu, mangsa dibawa ke HRPZ II dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh bapa kandung yang bekerja sebagai penjual sate ikan dan ibu tirinya.

Mazlan berkata, selepas pemeriksaan dijalankan seorang petugas di bahagian kecemasan hospital tersebut mengesyaki mangsa didera dan membuat
laporan kepada pihak polis.

“Mangsa adalah anak hasil perkahwinan bapa dan ibunya yang merupakan warganegara Thailand, bagaimanapun sudah bercerai lebih kurang dua
tahun lalu,” katanya.

Menurutnya, polis telah menahan bapa mangsa dan ibu tirinya jam 6 petang kelmarin bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan.

Sementara itu, bapa kandung dan ibu tiri kepada Umi Amelia ditahan reman selama tujuh hari di Mahkamah Majistret untuk siasatan lanjut.

Dalam pada itu, mangsa dikatakan sejak seminggu lalu tidak dapat tidur malam sehinggakan dibawa untuk berubat cara tradisional.

Menurut Wan Norlin Said, nenek kepada Umi Amilia, arwah pulang di rumahnya di Hujung Perumahan Kos Rendah Jubakar Pantai tiga bulan lalu kerana sebelum ini berada di rumah ibu saudaranya di Johor.

“Dia pulang untuk bersekolah di sini, di sebuah tabika di kampung ini dan dijaga anak makcik, iaitu ibu tiri arwah,” katanya.

Menurutnya, arwah tidak menunjukkan sebarang petanda pelik cuma sehari sebelum kejadian dia tidak mahu makan.

“Dia kurang sihat kerana sudah seminggu dia tidak dapat tidur malam,” katanya.

Menurutnya, keadaan arwah semakin serius apabila dia mengalami sesak nafas serta mukanya pucat menyebabkan bapa dan ibu tirinya membawanya
ke Hospital Tumpat.

“Dia kemudian dirujuk ke HPRZ II untuk rawatan selanjutnya namun dia disahkan meninggal dunia,” katanya.

Jenazah arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kedai Geting, di kampung kediaman bapanya jam 11 malam kelmarin.

Arwah merupakan anak sulung daripada dua beradik tidak mempunyai sijil kelahiran kerana lahir di Thailand, manakala bapanya merupakan warga tempatan.


Kisah Benar Inspektor Hasnal Yang 21 Jam Menahan Sakit Ditembak, Ditetak Pengganas Sulu!



Kisah Benar Inspektor Hasnal Yang 21 Jam Menahan Sakit Ditembak, Ditetak Pengganas Sulu! | PUTRAJAYA –  Inspektor Mohamad Hasnal Jamil menanggung kesakitan hampir 21 jam akibat ditembak dan tangan kanannya hampir putus ditetak berkali-kali oleh pengganas Sulu di Semporna awal Mac lalu, dan pada Selasa, beliau berkongsi cerita tanpa sedikit pun semangat juangnya luntur demi negara.

“Cuma sedikit terkilan dengan pandangan sesetengah pihak yang mengatakan peristiwa itu hanya sandiwara. Kami tidak minta dihargai cukuplah percaya apa yang kami lalui bukan perkara main-main.

“Kami berjuang demi bangsa dan negara. Kalau sesiapa yang mengatakan ia sandiwara, jika berani pergilah ke sana dan lihatlah sendiri,” katanya pada majlis penghargaan dan sumbangan perwira ‘Operasi Daulat’ oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di sini.

Menurut Mohamad Hasnal, 31, beliau ditembak tiga kali mengenai perut dan lengan kirinya, ditetak tiga kali di kepala dan tiga kali di tangan kanan semasa bertempur dengan musuh di Kampung Seri Jaya, Semunul, Semporna Sabah, kira-kira pukul 7.30 malam, 2 Mac lepas.

“Selepas terkena tembakan itu, saya diserang pula oleh pengganas yang cuba menetak dengan parang, mujurlah saya dapat melawan kalau tidak mungkin menyebabkan leher saya putus.

“Dalam keadaan berlumuran darah saya terpaksa berlari menyelamatkan diri di sebuah rumah kecil di kawasan berhampiran tempat pertempuran,” katanya yang ketika itu merasakan detik kematian begitu hampir.

Beliau bersembunyi di rumah itu bersama sekujur tubuh rakannya yang terkorban bersama sembilan anggota yang lain. Hanya doa yang dapat diungkapkan di saat itu memohon perlindungan Allah.

“Rakan-rakan lain juga banyak memberi sokongan dan kata-kata perangsang untuk saya tabah dan kuatkan semangat, sementara menanti bantuan tiba, mereka membantu saya untuk minum, yang ada hanya air hujan,” katanya.

Malam dirasakan terlalu panjang baginya, ditambah pula tidak dapat melelapkan mata kerana badannya dihurungi lalat dan semut, sebab terlalu banyak darah yang keluar.

Dalam keadaan parah, beliau masih menyembunyikan perkara sebenar apabila dapat menghubungi isterinya pada keesokan pagi.

“Saya perlu tutup telefon sebab bimbang dapat dikesan pengganas, jadi saya cuma beritahu akan menghubungi isteri petangnya.

“Rakan-rakan hanya dapat menjenguk sekejap-sekejap kerana mereka perlu sentiasa berjaga mengawasi pergerakan musuh,” katanya.


Bantuan tiba kira-kira pukul 5.30 petang (3 Mac), dan wira negara itu diterbangkan ke Hospital Tawau untuk rawatan dan pembedahan.

Dua hari kemudian beliau sekali lagi menjalani pembedahan di Hospital Selayang, Kuala Lumpur pula.

Anak kelahiran, Felda Teloi Timur, Sik Kedah itu berkata apa yang dialami tidak melemahkan semangatnya untuk terus menabur bakti, kerana baginya insiden ini antara cabaran dalam tugasan, dan tanggungjawabnya mempertahan kedaulatan negara.

Mohamad Hasnal hadir bersama balu dan waris yang terkorban dalam insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu dan Semporna pada majlis itu.

Dua anggota polis terkorban di Lahad Datu pada 1 Mac dan enam di Semporna Sabah pada 2 Mac.

Beberapa orang lagi cedera dan seorang anggota tentera turut gugur dalam satu lagi pertempuran di Lahad Datu.

Seorang anggota tentera terbunuh dalam kemalangan mengikuti konvoi Operasi Daulat itu.

Suasana pilu turut dirasakan pada majlis itu, apabila syair bertajuk “Ayahku Seorang Perwira” hasil nukilan Setiausaha Akhbar Menteri KPDNKK Datuk Ruhaidini Abd Kadir, dilagukan oleh Tengku Khalidah Tengku Bidin.-BERNAMA

[Gambar dan Video]Isu Adegan Panas Dengan Nora Danish : Saya Cuma Ikut Arahan Pengarah - Rusdi Ramli



[Gambar dan Video]Isu Adegan Panas Dengan Nora Danish : Saya Cuma Ikut Arahan Pengarah - Rusdi Ramli | Isu Adegan Panas Dengan Nora Danish : Saya Cuma Ikut Arahan Pengarah - Rusdi RamliJika pelakon cantik Nur Fazura masih berpegang kuat dengan prinsipnya iaitu enggan melakukan sebarang adegan di ranjang, lain pula dengan aksi dua pelakon ini, Rusdi Ramli dan Nora Danish yang memaparkan aksi panas di atas katil.

Melalui trailer filem Mencari Cinta yang berdurasi 1 minit 32 saat ini terdapat beberapa babak panas yang mungkin tidak sesuai untuk ditayangkan buat tatapan umum.

Sekali tengok adegannya ada macam filem romantis Hollywood popular, The Notebook lakonan Ryan Gosling dan Rachel McAdams.

Sementara itu, menerusi Harian Metro hari ini, Rusdi tampil memberikan penjelasan dengan mengatakan, “memang betul saya yang melakonkan adegan itu tetapi saya cuma buat atas arahan pengarah”.

Mengulas lebih lanjut mengenai babak panas tersebut, Rushdi Ramli turut akui yang dirinya tidak berdepan dengan sebarang masalah sewaktu melakonkan adegan sebagai suami kepada Nora menerusi filem itu dan tidak menyangka adegan berkenaan akan menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan penonton.

“Saya tidak tahu jika penonton memberi tanggapan adegan itu panas atau sebaliknya. Saya hanya melakonkan watak suami dalam filem ini yang berkahwin atas pilihan keluarga,” katanya.

Filem ini turut dibintangi Riezman Khuzaimi, Fauziah Ghous dan Mahmud Ali Basha.

- Trailer Filem Mencari Cinta





Inilah Anak Babi Paling Pelik di Dunia




Anak Babi Teraneh di Dunia - Seekor babi di China baru-baru ini melahirkan lima ekor anak babi. Hal ini adalah sebuah peristiwa yang biasa, namun yang luar biasa adalah, salah satu dari anak babi tersebut memiliki wajah seperti monyet. Babi tersebut adalah kepunyaan satu keluarga yang tinggal di desa Fengzhang.

Para ahli yang dimintai pendapat mengatakan keadaan anak babi yang aneh tersebut kemungkinan disebabkan oleh sebuah kecacatan yang disebut sebagai holoprosencephaly, sebuah kelainan pada perkembangan otak yang dapat menyebabkan cyclopia (keadaan yang menyebabkan mata tidak terpisah dengan sempurna).

Pemiliknya semula ingin membuangnya, namun anaknya ternyata menyukai anak babi tersebut dan ingin memeliharanya. Sekarang, anak babi itu menjadi tarikan pelancong.

Babi yang serupa juga pernah lahir di wilayah Watuliney, Manado, Indonesia




Panas : Video History Channel Bongkar P Ramlee Dikhianat Bangsa Sendiri

on Tuesday, March 26, 2013



Panas : Video History Channel Bongkar P Ramlee Dikhianat Bangsa Sendiri |  Artikel ini tidak sama sekali bertujuan untuk mengaibkan atau mempersalahkan sesiapa tetapi sekadar  untuk mengingati dan mengetahui kisah suka duka penghibur nombor satu Malaysia yang abadi.

Kisah rakan karibnya yang menangis bila mendengar lagu 'Di manakan Ku cari ganti' yang sedang digubah oleh P Ramlee juga membuat aku sebak. Apatah lagi apabila Aziz Sattar bercerita tentang anak-anak P Ramlee hanya makan nasi kosong dengan telur goreng kerana Tan Sri tidak mempunyai wang akibat dikhianat oleh bangsa sendiri.

Video History Channel Bongkar P Ramlee Dikhianat Bangsa Sendiri

Begitu juga kata-kata P Ramlee yang berharap agar warisan bangsa terus menjaga muzik asli telah membuat aku rasa terbelakang dengan pendapatnya.

Aku amat malu bila wujud sikap hasad dengki daripada prodesur filem tempatan dan pelakon di Singapura yang merupakan bangsa sendiri semasa nama Tan Sri di kemuncak.

Anda harus tengok sendiri video selama 1 jam lebih di bawah ini. Pengkhianat seni P Ramlee hidup senang harini.. Shame on you!



Peringatan! Kes Penipuan Penjualan Smartphone Di Shah Alam



Peringatan! Kes Penipuan Penjualan Smartphone Di Shah Alam | Kini smartphone merupakan telefon yang boleh dikatakan menjadi gajet utama bagi setiap orang. Dalam kemunculan pelbagai jenis jenama, wujud juga penjual yang mengambil kesempatan untuk menipu pelanggan. Memang tidak ramai yang dapat membezakan di antara telefon jenis AP dan China Set kerana ia memang hampir serupa. Jadi tidak hairanlah ramai yang mendakwa dirinya ditipu penjual. Terbaru, KisahBest.My difahamkan terdapat seorang mangsa tampil membuat pengakuan ditipu oleh sebuah kedai di Plaza Alam Sentral Shah Alam. Tertarik dengan harganya yang murah, lelaki ini terus memebelinya setelah percaya dengan kata-kata penjual tersebut. Ikuti apakah kesudahannya.


Pada 29/12/2012 aku pergi ke Plaza Alam Sentral Shah Alam untuk membeli Samsung Galaxy S2 untuk abg ipar aku..biasala nak cari yang paling murah kan..So aku survey la 5-6 buah kedai nak buat comparison..aku dah banyak kali beli phone kat sana..S plus..Note..tp mungkin hari tu kelam kabut so aku tak pikir sangat..just sambar je..sbb apa yg aku paham selama 10 tahun duk Shah Alam ni..Plaza Alam Sentral tak jual barang tiruan..

so dengan confident aku tanya cina tu tentang galaxy S2 ni ( tingkat 3 kedai dekat escalator..selang 3-4 kedai dari kedai SAMSUNG)..dia pun offer aku Original SME set dengan AP set..harga mmg cun la..siap kasi free aksesori lagi..kita dengar free ape lagi..sbb seblum ni tak penah aku beli Samsung dapat SD card..casing…tetiba dapat..aku ape lagi..so dia terang la kat aku..SME set dengan AP set ni sama..Cuma beza warranty..SME warranty SAMSUNG dan AP warranty kedai..so normal la tu kan..aku pun belek2 la phone tu…sbb aku tak pernah cek details pasal S2 ni..aku pun percaya cakap cina tu..aku dah tanya berulang2 jgn jual china or recond set kat aku..fuhh dengan selamba dia cakap ‘’if china set..dia takkan kasi satu tahun warranty maa’’…

Dengan happy aku balik..dapat AP set RM 1050.00 maa…..balik aku charge..pastu aku terus update version 2.0.3 gingerbread tu ke version 4.0.1 ICS..tuhan nak tunjuk…tetiba hanset tu problem software..pelik gak aku..sbb seblum ni AP set aku update selamber je…so aku rujuk la ke kedai cina lain kat kampung aku (time cuti new year)…dia tgk jer cek2 belakang betri..’’ni CHINA set maaa..u da kena tipu maa..berapa u beli?..ini tepi jalan punya handset maa’’…perggh..berderau darah aku dengar..dengan pastas aku drive balik Shah Alam..

1/1/2013 aku pun pergi jumpa cina dekat PAS tu..dia mati2 taknak mengaku..so aku bawak handset tu pegi kedai lain suruh cek..mmg cina situ pun cakap tu China Set…siap tunjuk aku comparison lagi dengan yg betul punya..so aku bergaduh2 dekat 3 jam kat situ..dia tetap taknak pulangkan duit aku balik..dia marah aku sebab pergi update version la..dia cakap if nak update hantar kedai dia..dia hantar kilang nak update..dia ingat aku tak pergi sekolah ke?..siot..lepas tu kasi alasan cakap tu AP korea la ape la..lepas tu aku tarik pekerja perempuan melayu dia pergi cakap dekat tempat lain..aku pressure dia tanya suruh dia cakap jujur..mula2 dia pun tak mengaku..nak cover boss dia kan..last2 dia mengaku..boss dia jual handset tipu..

so aku mintak refund..dia tak bagi..tapi dia boleh plak offer aku ‘AP set yang betol’..siot je kan…trade in..aku kena tambah RM 200..memang dasar penipu.. Sebab dah malas nak kena tipu lagi..atas nasihat kawan2…aku pun pergi Balai Polis buat laporan..dan polis pun suruh aku pergi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) dan tribunal buat laporan..tapi agak mengecewakan dengan layanan pihak KPDN yang lebih menyebelahi pihak cina tu..siap suruh aku pikir masak2 if nak buat laporan kes ni…aku pun balik dengan kecewa…sbb mereka tak ada kuasa nak tangkap..dakwa..if paling berat pun hukuman denda RM 5000 atau penjara dan lepas tu cina tu still boleh jual handset tiruan dan tipu orang Melayu dengan selambernyer…dia ckap if nak lebih2..kena pergi mahkamah civil..upah lawyer..bla bla..hmm..

Pastu 3/1/2013..tetiba seorang detektif polis call aku..nak barang bukti..dia nak pergi serbu kedai cina tu..and tangkap..perrghh aku rasa mcm cerita Gerak Khas..1st time aku rasa nasib aku dibela polis..seblum ni asyik menyamannn je kan..kira-kira 2-3 jam lepas tu..Inspektor dorg call aku..bagitahu cina tu dah bagi statement dan bersetuju nak refund duit aku if aku tarik balik report..so atas nasihat polis taknak kes ni panjang2 aku pergi la amik refund..aku puas hati la bab refund..tapi kecewa sebab dia still boleh tipu orang melayu dengan sewenang2nyer..

So kepada KPDN hope korang udah2 la makan gaji buta..guna la kuasa yang ada..buat kerja yang sepatutnya..buat skuad Polis IPD seksyen 9..dan Seksyen 11..terima kasih kerana buat kerja yang aku rasa ni just jenayah kecil and KPDN yang patut ambil tindakan..