” Allah Pinjamkan Isteri Saya Buat Sementara…”

on Thursday, April 4, 2013



” Allah Pinjamkan Isteri Saya Buat Sementara…” | “Pergilah Gee. Pergilah! Walau selepas ini abang tidak lagi dapat mendengar suara rengekmu, tidak lagi dapat menyapu air matamu, namun abang reda.

“Pergilah! Abang yakin, di sana DIA menyediakan tempat lebih baik untukmu. Di sana, akan hilang segala sakit menyerang. Akan lenyap segala derita yang sayang tanggung selama ini.”

Dalam kesayuan, Abil Fikri Ahmad, 44, masih murah dengan senyuman. Namun, tangis di hatinya, hanya dia saja yang tahu.

Pemergian isteri tercinta, Fauziah Muhamad, 39, kira-kira jam 9.50 pagi semalam, pasti menjerut tangkai hatinya.

Fauziah atau lebih mesra dipanggil Gee, menderita penyakit saraf sejak hampir dua tahun lalu. Bermula dengan serangan lelah, Gee kemudian menderita lumpuh.

“Gee tidak menunjukkan sebarang perubahan. Cuma sejak kebelakangan ini, keadaannya tenang berbanding biasa. Tidur malamnya sangat lena.

“Malam tadi pun (kelmarin), saya meneman Gee hingga jam 2 pagi. Seperti biasa, saya duduk di sisinya. Melihat matanya, bibirnya segenap wajahnya. Saya tidak pernah rasa puas merenung Gee. Dan selepas ini, tidak lagi wajah itu untuk saya tatap…”

Suara Abil seolah tersekat. Dadanya sebak.

“Pagi tadi (semalam) selepas solat Subuh, saya curi masa untuk tidur sebelum bangun semula bagi dia minum susu. Ketika sedang bancuh susu di tepi katil, Gee tiba-tiba menarik nafas dengan kuat. Dua kali…

“Dia pergi dengan tenang. Wajahnya juga sangat tenang dan bersih. Gee memang isteri yang baik,” nada suara Abil semakin hiba. Memanglah berat mata kita melihat kesedihan ditanggung Abil. Namun, berat lagi hatinya menanggung kesedihan atas kehilangan isteri tercinta.

“ALLAH pinjamkan Gee kepada saya hanya sementara ketika dia sihat dan sakit. Sekarang ALLAH ambil dia kembali. Walau sekasih mana pun saya pada Gee, ALLAH lebih menyayangi dia. Saya reda!”

Menurut Abil, sejak hujung Januari lalu kesihatan isterinya tidak lagi menentu. Berat badannya semakin menyusut. Mulutnya pula tidak lagi dapat ditutup.

Malah katanya, arwah tidak lagi menunjukkan sebarang tindak balas ketika diusik berbanding biasa.

“Saya melihat perubahannya. Semakin hari semakin lemah.

“Sebelum ini jika saya usik tapak kaki Gee, dia akan bertindak balas. Tapi sejak akhir-akhir ini tiada lagi.

“Dia pun tidak lagi marah-marah atau merengek. Apa yang saya nampak keadaannya sangat tenang dan dia akan buka mata setiap kali saya berada di dalam bilik,” katanya.

Selain itu katanya, sebelum ini, menerusi laman blognya, dia juga turut meminta rakan-rakan dan pembaca agar sama-sama mendoakan keadaan kesihatan isterinya yang semakin tidak menentu.

Namun ajal dan maut di tangan TUHAN. Isteri tersayang yang dijaga penuh perhatian akhirnya pergi buat selama-lamanya.

“Ketika dia sihat saya pernah tanya adakah dia berpuas hati saya menjadi suaminya dan dia cakap dia bersyukur.

“Tapi sekarang saya hanya dapat tanya diri sendiri, adakah saya telah menjaga isteri saya dengan baik ketika dia sakit dan menjalankan tanggungjawab dan ujian daripada ALLAH ini dengan sempurna,” katanya.

Ketika ditanya tentang perancangannya selepas ini, kata Abil, dia tiada perancangan khusus namun berhasrat menjadi pakar motivasi bagi berkongsi pengalaman tentang alam rumah tangga.

Sementara itu, rumah Abil tidak putus-putus dikunjungi orang ramai termasuk Raja Datin Seri Salbiah Nujumuddin dan pemimpin setempat.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Jamek Rasah dan selamat dikebumikan di Makam Haji Said, Sikamat kira-kira jam 4 petang.

Abil mendirikan rumah tangga dengan Fauziah pada 13 Mac 2009, namun selepas dua tahun merasai nikmat alam rumah tangga, isterinya mendapat serangan asma pada 22 Jun 2011 dan sejak itu dia disahkan lumpuh selain saraf otaknya tidak lagi
berfungsi.

Abil yang bekerja sebagai perunding kewangan kemudian mengambil keputusan berhenti kerja kerana nekad mahu menjaga isterinya sepenuh masa sebaik mungkin.

Penderitaan dan ketabahan Abil menjaga isterinya mendapat perhatian umum yang bersimpati selain kagum dengan sikapnya.
“Moga di sana nanti Gee lebih damai. Moga di sana nanti Gee lebih bahagia. Moga di sana ALLAH menempatkannya bersama para syuhada. Dan moga ALLAH mempertemukan Gee dan Abil di syurga abadi.” - SINAR HARIAN

Bakal mempelai dicekup khalwat


Antara pasangan yang dicekup Jaij dalam operasi yang dijalankan.

Bakal mempelai dicekup khalwat | JOHOR BAHRU - Seorang pemuda memberi pelbagai alasan kerana bimbang dirinya diambil tindakan selepas ditangkap khalwat bersama teman wanita di sebuah hotel bajet, di sini, awal pagi semalam.

Dalam serbuan pertama sekitar jam 12.45 pagi, lelaki terbabit bersama teman wanita masing-masing berusia 21 tahun itu mengakui sudah bertunang dan bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun ini.

Bagaimanapun, mereka ditahan ketika sedang berdua-duaan dalam bilik hotel terbabit.

Lelaki terbabit ditemui tidak berbaju dan sekadar memakai seluar panjang, manakala pasangannya hanya berbaju dalam serta menutup tubuh menggunakan tuala.

Bimbang dikenakan tindakan lanjut, pemuda terbabit memohon maaf serta merayu kepada anggota dan pegawai penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) supaya tidak menahannya.

“Saya hanya teman dia (teman wanita) mandi sahaja. Kami tidak buat apa-apa dan cuma mahu tidur. Tolonglah jangan ambil tindakan ke atas saya.

“Saya minta maaf dan bersedia membayar denda sekarang. Saya tidak mahu ditahan kerana ibu bapa saya sekarang sedang sakit, tolonglah encik,” katanya.

Sementara itu, di lokasi sama, sepasang kekasih tergamam apabila bilik hotel yang disewanya diketuk anggota dan pegawai penguatkuasaan Jaij dalam serbuan kedua sekitar jam 1.05 pagi.

Oleh kerana bimbang untuk membuka pintu, lelaki berusia 26 tahun bertindak meninjau kehadiran anggota ops menerusi tingkap bilik air hotel terbabit.

Dia bersama teman wanitanya berusia 23 tahun yang ditemui berpakaian lengkap hanya membenarkan anggota dan pegawai penguatkuasaan Jaij masuk ke dalam bilik selepas 10 minit menunggu.

Kadi Daerah Johor Bahru, Ahmad Hanif Naim berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota yang diketuai Pegawai Penguatkuasa Jaij, Khairudin Mat Ali memeriksa hotel berkenaan.-sinar harian

Kisah anggota Unit Gempur Marin: Saksi anggota kita ditetak


Gin Ching gembira dapat bertemu isteri, Annie Anak Kroh dan anaknya setelah tempoh bertugas di Op Daulat, membantu mengawal keselamatan di Lahad Datu berakhir, kelmarin.

Kisah anggota Unit Gempur Marin: Saksi anggota kita ditetak | KUANTAN – Peluang bertugas dalam Op Daulat bersama perwira lain di Lahad datu Sabah adalah pengalaman baru bagi Konstabel Kuan Gin Ching, 35, anggota Unit Gempur Marin (UNGERIN) Pasukan Polis Marin, Wilayah 3.

Beliau berkongsi suka dukanya di bumi bergolak itu bersama pembaca Sinar Harian selepas hampir sebulan berada di Kampung Tanduo dan Kampung Simunul.

Menurutnya, masih terbayang di matanya ketika menyaksikan pengganas menetak anggota keselamatan dan ditembak sehingga perut terburai tetapi masih gagah menyerang anggota terbabit.

“Walaupun ditembak berulang kali dan perutnya sudah ditembusi berbelas tembakan, namun dirinya masih gagah menyerang anggota keselamatan yang sudah tidak bermaya itu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Kepulangan Wira Negara Op Daulat, di Markas Pasukan Polis Marin, Wilayah 3, dekat sini, kelmarin.

Katanya, lelaki terbabit bersama isterinya mengunci rumah dari luar dan bertindak ketika Unit Tindakan Khas (UTK) menggeledah rumah dengan menyerang di sebalik pintu.

Katanya, anggota yang lain hanya bersiap sedia jika muncul lagi pengganas di sebalik rumah itu.

Bagaimanapun, katanya, peristiwa itu langsung tidak  mematahkan semangatnya malah semakin bersedia untuk ke sana semula selagi Op Daulat belum berakhir.

Pada awalnya Gin Ching mengakui gentar sebaik tiba di tanah yang dipenuhi bekas perang itu tambahan pula melihat kelongsong peluru bertaburan di atas jalan raya dan letupan serta tembakan di sekeliling kawasan itu.

“Berada kira-kira 400 meter dari lokasi pengganas Sulu menjadikan kami bersiap-sedia sepanjang masa,” katanya yang menjadikan pengalaman itu satu cabaran dan kekuatan diri untuk terus menjaga keamanan negara.

Katanya, dia turut ditugaskan bersama anggota UNGERIN dari wilayah lain bukan untuk mengawal keadaan di darat malah  membantu pasukan keselamatan di laut bagi mengelakkan penceroboh bertindak menyelamatkan diri melalui jalan air.

Menurutnya, kawasan perkampungan di atas air itu bersimpang-siur dengan keadaan struktur binaan rumah yang sama mengelirukan anggota bertugas.

“Memang sukar untuk keluar masuk di situ dan seolah-olah seperti perangkap kepada anggota keselamatan. Sekiranya kita tersilap langkah memijak di atas jeti atau jambatan menghubungkan perumahan, pasti terjatuh ke dalam air,” katanya.-sinar harian

Baju Pengganas Sulu Berlubang Kesan Tembakan, Tapi Tiada Darah!



Baju Pengganas Sulu Berlubang Kesan Tembakan, Tapi Tiada Darah! | DAKWAAN ramai pihak yang mengatakan pengganas Kiram mengamalkan ilmu kebal ketika bertempur dengan pasukan keselamatan negara mungkin tidak boleh dipercayai kerana merasakan ia mustahil berlaku.

Kemungkinan besar dalam kalangan kita juga tidak mempercayainya kerana tidak melihat sendiri di hadapan mata dan juga menganggap ia perbuatan syirik.

Tetapi itulah yang terjadi dan diceritakan sendiri oleh beberapa anggota polis dan tentera yang terlibat dalam Op Daulat kepada wartawan Sinar Harian sejak kami menjejakkan kaki di sini.

Ramai antara mereka berkata, pengganas Kiram masih boleh melarikan diri walaupun ratusan peluru mengenai badan mereka sehingga pakaian tertanggal dan tubuh berasap.

Namun, kekebalan pengganas Kiram sedikitpun tidak menggentarkan pasukan keselamatan negara, malah ia memberi semangat yang lebih untuk menghapuskan musuh ini dari bumi Sabah.

“Kami berperang dengan syaitan. Seperti filem zombie, kami mesti tembak di kepala barulah pengganas ini rebah,” kata salah seorang anggota polis kepada Sinar Harian.

Akhirnya, bukti kekebalan pengganas Kiram kami temui semasa masuk ke Kampung Tanjung Batu semalam. Sepasang baju dan seluar tentera yang pernah digunakan pengganas menjadi bukti kepada cerita-cerita yang disampaikan anggota keselamatan kepada kami.

Di belakang baju tersebut, terdapat lambang keris Sulu dan bulan sabit, serta warna hijau, putih dan kuning.

Kami difahamkan oleh penduduk kampung lambang itu adalah lambang Tentera Diraja Sulu, entiti yang pernah diisytiharkan oleh individu yang menabalkan dirinya Sultan Sulu, Jamalul Kiram ketika awal pencerobohan Februari lalu.

Memeriksa baju itu, kami mendapati ia dipenuhi kesan peluru. Robek di sana sini. Namun amat menghairankan apabila tiada langsung kesan darah.

Penduduk, Darwin Abd Rajin, 45, berkata, pakaian tentera itu memang sudah ada di hadapan rumahnya sejak dia kembali pada Ahad lalu.

Katanya lagi, dia tidak berani menyentuh pakaian itu kerana bimbang disalahtafsir sebagai bersubahat dengan pengganas Kiram.

“Saya sudah melihat baju ini sejak pulang ke rumah. Saya tidak berani pegang kerana ia baju pengganas,” katanya.

Ditanya sama ada baju di rumahnya hilang kerana pengganas mahu menyamar menjadi penduduk kampung, kata Darwin, memang banyak baju lelaki di rumahnya lesap.

“Ya, baju saya banyak yang hilang. Kemungkinan mereka gunakan untuk menyamar,” katanya. – SINAR HARIAN

Kelmarin, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Salleh Mat Rashid menasihati penduduk kampung melaporkan terus kepada pihak berkuasa jika ada orang asing masuk ke kampung mereka.

Katanya, ia kerana pengganas Kiram disyaki sudah menyamar menjadi orang awam selepas pihak berkuasa bertindak segera dalam melumpuhkan kegiatan pengganas.


KESIAN : Penderitaan Anjing Sebelum Menjadi Hidangan (10 gambar)

on Wednesday, April 3, 2013



KESIAN : Penderitaan Anjing Sebelum Menjadi Hidangan (10 gambar) | Jurugambar Jefri Tarigan berjaya mendokumentasikan proses pengeluaran hingga menjadi sebuah hidangan di Kaban Jahe, Sumatra Utara, Indonesia.

Anjing yang dipelihara dalam kandang besi sempit dikeluarkan dari belakang restoran 'Rumah Makan B1'. Jam 5 pagi. Mereka kemudiannya akan disembelih di dapur.

Kaedah membunuh menyebabkan penderitaan besar bagi haiwan.
Seorang pekerja restoran akan menjerutkan rantai di leher anjing, sebelum memegang keempat-empat kakinya dan menarik.

Kesan tersedak dimaksudkan untuk menakluk anjing sehingga mereka tidak akan memberontak apabila pisau yang dihunis masuk ke leher mereka untuk memotong pembuluh darah utama. Darah digunakan sebagai menu dicampur dengan rempah-rempah dalam beberapa hidangan

Lagi 9 gambar dibawah.












AWAS!!! Berhati-hati dengan Jenayah Masa kini di Malaysia!


Gambar hiasan semata-mata

AWAS!!! Berhati-hati dengan Jenayah Masa kini di Malaysia! | Sila share kan sebanyak mungkin untuk kebaikan bersama.
Ini telah dihantar asalnya oleh seorang anggota polis Malaysia pada FB.

Berkongsilah dengan semua orang yang anda tahu, terutamanya isteri, adik-beradik anda, anak-anak perempuan, nieces, ibu, kawan-kawan perempuan dan rakan-rakan.

... Di stesen minyak, akan seorang lelaki datang dan memperkenalkan diri beliau sebagai pelukis kepada wanita untuk menawarkan perkhidmatan mengisi petrol ke dalam kereta wanita itu dan meninggalkan kad perniagaan( contact card) . Beliau tidak berkata apa-apa tetapi menerima kad beliau kerana kebaikan lelaki itu dan terus masuk ke dalam kereta. Lelaki itu kemudian masuk kedalam kereta yang dipandu oleh orang lain.

Apabila wanita meninggalkan stesen perkhidmatan, dia melihat lelaki tersebut keluar dari stesen itu stesen pada masa yang sama. Hampir serta-merta, dia mula berasa pening dan tidak dapat manarik nafas dengan sempurna . Dia cuba untuk membuka tingkap dan menyedari bahawa bau adalah pada tangannya; tangan yang sama digunakan menerima kad dari orang di stesen minyak semasa menerima perkhidmatan dari lelaki tadi

Beliau kemudian melihat lelaki tersebut mengekori dibelakangnya dan dia merasakan dia perlu untuk melakukan sesuatu yang pada ketika itu. Dia memandu ke jalan masuk rumah org yang yang pertama di temui dan mula membunyikan hon dia berulang kali untuk meminta bantuan.Lelaki tersebut terus memandu pergi tetapi wanita masih berasa agak teruk kerana selama beberapa minit barulah dia akhirnya boleh menarik nafas beliau.

Rupa-rupanya, ada bahan pada kad yang boleh membahayakan sistem pernafasan manusia .
Dadah ini dipanggil 'BURUNDANGA'. (Tidak diketahui Untuk Orang Setakat tetapi
Maklumat yang mencukupi Apakah yang terdapat di Internet) dan ia digunakan oleh orang-orang yang ingin melumpuhkan mangsa dalam usaha untuk mencuri daripada atau mengambil kesempatan daripada mereka.

Dadah ini adalah empat kali lebih berbahaya daripada dadah rogol dan dipindahkan dari kad atau kertas kepada manusia dgn mudah .. Jadi sila menjaga dan pastikan anda tidak menerima kad daripada seseorang apabila anda bersendirian atau di jalan-jalan.

Ini terpakai kepada orang-orang yang datang menjaja dirumah dan memberikan anda kad kontak apabila mereka menawarkan perkhidmatan mereka.

♥ LIKE | COMMENT | SHARE ♥

Silakan Mencuba...Pasti Anda Akan Mengetahui Rahmat & Nikmatnya.



Silakan Mencuba...Pasti Anda Akan Mengetahui Rahmat & Nikmatnya. | Izinkan saya berkongsi satu cerita benar. Cerita ini berlaku sewaktu saya bekerja di sebuah pej guaman di Kota Bharu.
Suatu hari saya didatangi oleh seorang tua yg tiba2 ada di depan saya lalu berkata "Cik mahu tak rahsia supaya Cik tidak akan papa kedana sampai bila2". Saya pantas menjawab "nak..nak.." Lalu org tua itu meminta saya kuarkan dompet duit saya ... Dlm fikiran saya mula mengesyaki yg org tua ini mempunyai niat yg tidak bagus tp dlm masa yg sama hati saya berkata tak apa saya cuba memenuhi permintaan org tua itu.
Org tua itu senyum, seolah2 dia tahu apa ada dlm fikiran saya lalu berkata "Jgn bimbang, Pakcik tidak berniat jahat".

Apb melihat saya mengeluarkan dompet wang, pakcik itu terus bertanya berapakah duit yg ada. Hati saya berkata lagi.."Apakah maksud sbnr org tua ini". Saya jawab "Saya ni gadis miskin pakcik mana ada duit yg byk, dlm ni cuma ada RM10 jer, cukup utk tmbg balik & mkn saya hari ini".

Pakcik itu menyuruh saya mengambil 20% drp RM10 td bermakna RM2 harus saya keluarkan. Pakcik itu menyuruh saya melipat wang RM2 td & masukkan di celah dompet saya.
Inilah rahsia yg ingin pakcik sampaikan..."Insyaallah jika Cik amalkan ini sampai bila2 Cik tidak akn papa kedana".

Subhanallah Maha Suci Allah...saya amalkan rahsia menyimpan duit begitu sampai hari ini. Setiap hari saya akn mengambil 20% drp wang yang ada....melipat & menyelitnya di dlm dompet. Setiap bln apb saya keluarkan bkn ratus tersimpan malah ribuan ada di dlm selitan dompet. Setelah itu ambil & simpanlah dlm akaun simpanan.

Banyak membantu saya, krn kdg2 duit selitan itu membantu saya di saat saya kekeringan...
Silakan mencuba...pasti anda akn mengetahui rahmat & nikmatnya..

Mungkin ada di ant anda yg pernah hadir dlm seminar saya, pernah mendgr rahsia ini & tlh mencubanya...
Silakan berkongsi dgn cinta hati saya, apakah yg tlh anda alami...
Love u all...


Dikongsikan oleh Dato' Dr. Azlina Che Abdullah