Planet Berlian Berjaya Ditemui

on Thursday, April 18, 2013



WASHINGTON: Kerlipan bintang bukan satu-satunya berlian di ruang angkasa. Ini kerana pakar sains melaporkan penemuan “planet berlian” bersaiz dua kali ganda Bumi dan lapan kali kadar jisim berlegar berdekatan bintang.

Penyelidik bidang fizik dan astronomi dari Yale, Nikku Madhusudhan berkata, penemuan berkenaan bermakna bahawa planet berbatu tidak lagi boleh dianggap mempunyai elemen kimia, bahagian dalam, atmosfera atau

biologi sama seperti Bumi. Planet terbaru itu mula dipantau tahun lalu tetapi penyelidik menganggap bahawa ia sama seperti kimia di Bumi.

Hanya selepas analisis lebih lanjut daripada penyelidik Perancis-Amerika Syarikat mengesahkan planet berkenaan berbeza dengan Bumi. – AFP

Penjelasan Sains Kenapa 1 Malam Lailatul Qadar Lebih Mulia Dari 1000 Bulan


Manfaatkan malam Ramadhan untuk memperluas ilmu dan membangun keyakinan, Mengapa Ramadhan?

Dalam Islam kita mengenali kewujudan 4 bulan suci, iaitu Dzulkaidah, Dzulhijjah, Muharram dan Rejab. Ramadhan yang bererti panas tidak termasuk sebagai bulan suci. Mengapa Ramadhan dipilih untuk puasa sebulan penuh?

Dalam ilmu astronomi, Radiasi Matahari memiliki siklus 11 tahun. Tahun 2007 sendiri merupakan pengakhiran dari siklus ke 23 sejak pengamatan pertama pada abad 18.


Bumi dilindungi Magnestosphere, sehingga kesan gelombang radiasi tidak terjadi pada sisi bumi yang menghadap matahari (siang hari).

Ketika gelombang radiasi matahari datang, kesannya terasa pada bahagian bumi yang membelakangi matahari (malam hari).

Radiasi di malam hari mempengaruhi tahap getaran otak.

Radiasi dan daya tarikan graviti bulan purnama meningkatkan permukaan air laut dan kehidupan makhluk laut di malam hari. Juga menarik air dalam membran otak dan lebih menggetarkan sel-sel otak. Getaran sel otak menggambarkan tahap  kesedaran dan aktiviti otak.

Umat Islam dianjurkan untuk berpuasa sunat 3 hari “shaumul biidh” pada ketika bulan penuh setiap tanggal 13,14, dan 15 bulan-bulan Hijriyah dan menghidupkan malam-malamnya.

Tahap radiasi ini bervariasi antara 0-100,000 dan di skala S1-S5 oleh NOAA

Berdasarkan kajian  , radiasi sebesar 1000 MeV particles s-1 ster-1 cm-2 terjadi 10 kali dalam satu siklus 11 tahun, atau terjadi setiap 13 bulan sekali. Radiasi sebesar1000 MeV particles s-1 ster-1 cm-2 ini digolongkan dalam skala S3, dan mulai berbahaya bagi manusia sebesar 1 chest x-ray.

Radiasi dengan siklus 11.7 bulan (1 tahun hijriyah) adalah sebesar 800 MeV particles s-1 ster-1 cm-2.


Mengarah pada hipotesis malam Lailatul Qadar Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan (QS Al Qadr 97:3).

Building Block
  • Siklus satu tahunan (hijriyah) bernilai 1000 x bulan purnama.
  • Malam yang nilainya 1000 bulan purnama adalah Lailatul Qadr.
  • Lailatul Qadr terjadi di bulan Ramadhan.
  • Jadi siklus badai matahari yang berulang setiap satu tahun (hijriyah) terjadi setiap bulan Ramadhan.
Itulah sebabnya
  • Sejarah para nabi menunjukkan bahawa mereka senang merenungkan hakikat kehidupan, bertapa, pada setiap bulan Ramadhan.
  • Secara
    umum wahyu-wahyu tentang ajaran agama yang memerlukan tahap pemahaman
    yang tinggi, banyak diturunkan di malam-malam bulan Ramadhan.
  • Penataan
    ayat-ayat Al Quran ke dalam surah-surah seperti yang wujud ketika ini,
    dilakukan Nabi Muhammad pada malam-malam bulan Ramadhan.
  • Umat Islam diajak untuk menghidupkan malam-malam di bulan Ramadhan.
  • Lebih utama adalah i’tiqaf di masjid pada 10 malam terakhir, pada malam-malam sebelum dan setelah Lailatul Qadr.
Tenaga tambahan untuk pembelajaran di bulan Ramadhan
  • Untuk dapat beribadah pada malam Ramadhan diperlukan tenaga ekstra.
  • Kenyataannya puasa siang hari bukanlah menyebabkan tubuh kekurangan / kehabisan tenaga.
  • Oleh itu puasa menggunakan 10% tenaga tubuh  kerana tidak digunakan untuk mencerna makanan.
  • Tenaga yang diguna ini sangat membantu pemahaman pelajaran di malam hari.
Three in One di bulan Ramadhan
  1. Efektif memahami Al Quran di malam hari.
  2. Detoksifikasi dan Manajemen Tenaga di siang hari.
  3. Kembali fitrah setelah berpuasa 28 hari berturut-turut.
Manfaatkan malam-malam Ramadhan
  • Untuk dapat
    dengan mudah memahami makna kehidupan secara komprehensif dan benar,
    manfaatkan kecerdassan otak di kesunyian malam Lailatul Qadar.
  • Untuk mendapat pemahaman lebih luas, malam-malam di sekitar Lailatul Qadr (10 malam terakhir Ramadhan).
  • Lebih baik lagi kalau dimulai malam pertama Ramadhan.
  • Hasil renungan malam ini harus dapat kita implementasikan dalam kehidupan sehari-hari.
  • Nikmat hidup akan diperoleh jika kita berkontribusi positif kepada kehidupan dunia dengan berserah diri kepadaNya.
  • Nikmat kehidupan akhirat akan diperoleh bila kita mampu selalu menikmati dan mensyukuri kehidupan dunia.
Artikel mengenai Lailatul Qadar ini dipetik dari buku tulisan Rajendra Kartawiria, Quranic Quotient Centre. Sebahagian isi buku ini kemudiannya dipublikasikan di internet oleh Aulia Muttaqin dan beberapa sumber lain.

Sumber: via   

Inilah 10 Hasil Pembedahan Plastik Yang Berakhir Dengan Kegagalan

Sudah menjadi hal yang sering kamu dengar ketika ada orang yang tak puas dengan penampilan mereka, maka operasi plastik adalah salah satu cara instant yang dipilih untuk tampil sempurna secara singkat.
Hanya masalahnya, tak semua pembedahan plastik memberikan hasil yang sesuai dengan keinginan kamu. Bahkan di berbagai tempat, banyak orang yang harus menjadi jauh lebih buruk kerana mengalami kegagalan dalam pengendalian plastik.
Hmm, kira-kira seperti apa ya bentuk pengendalian plastik yang gagal? Intip foto-foto di bawah ini dan siaplah bergidik ngeri
.
1. Bibir Melepuh


Bibir ala si cantik Angelina Jolie adalah harapan dari banyak wanita. Namun kamu harus ingat, bahawa Jolie mendapatkannya lantaran kurnia Tuhan. Mungkin kamu boleh melakukan pengendalian plastik, tapi bagaimana jika hasilnya seperti bibir wanita ini? Hmm, tampak melepuh dan bukan seksi.

2. Implan Punggung Bergeser

Implan Pantat Bergeser

American Renee, adalah bekas penari bogel di sebuah kelab malam VIP di Las Vegas. Renee selalu ingin memiliki punggung yang lebih besar untuk mempertahankan statusnya sebagai salah satu gadis pesta paling seksi. Namun, itu justru hampir membunuhnya. Bagaimana tidak? Implan punggung yang awalnya bagus, kini sudah tergeser dan terbalik di bahagian kulit belakangnya. Mengerikan.


3. Bibir Yang Lebar
Bibir Yang Lebay

Lagi-lagi sebuah pelajaran moral. Jangan melakukan pembedahan bibir yang berlebihan. Alih-alih mendapatkan bibir merekah yang tebal dan seksi, justru bibirmu boleh kelihatan lebar dan menjijikkan. Bagaimana tidak, ukurannya yang seperti ini, apakah masih kelihatan menarik?



4. Tulang Hidung Miring
Tulang Hidung Geser

Hidung mancung seperti seorang tokoh barbie rupanya tak hanya menjadi dambaan gadis-gadis Asia. Perempuan Eropah yang pada dasarnya dikurniakan hidung panjang dan mancung mengalami hal serupa. Seperti perempuan ini, namun pembedahan plastik yang buruk justru membuat tulang hidungnya tampak aneh dan susah bernafas.



5. Jauh Lebih Tua
Jauh Lebih Tua
Syukurilah apa yang kamu dapatkan dari Tuhan Yang Maha Esa, karena itu adalah yang terbaik. Tapi perempuan ini sepertinya tidak, meski wajah aslinya sudah anggun, dia ingin tampak lebih cantik dengan pembedahan plastik. Namun hasilnya? Dia menjadi jauh lebih tua dan kulitnya menjadi gelap.
6. Payudara Meleleh
Payudara Meleleh
Lauren Yardley selalu bermimpi bahwa dia memiliki bentuk tubuh yang lebih berisi. Saat berusia 25 tahun, Yardley memutuskan melakukan pembedahanimplan payudara dengan biaya hampir GBP 4.000 ). Namun seramnya, dua bulan selepas pembedahan, tubuh Yardley mulai menolak implan tersebut. Sehingga implan itu lalu menonjol keluar dari dadanya dan menembus kulit. Hiiy!

7. Wajah Aneh
Wajah Aneh
Lagi-lagi kesalahan para perempuan yang masih belum puas dengan wajah mereka. Perempuan ini pun demikian. Padahal gambarnya di masa lalu sudah cukup membuatnya anggun, namun dia mengubah bentuk bibir dan matanya yang menjadikannya bukan seperti dia lagi serta aneh.
8. Luka di Wajah
Luka di Wajah
Perempuan ini melakukan injeksi silikon sendiri pada wajahnya untuk menutupi bekas luka. Namun bukan kegembiraan yang dia dapatkan, lantaran tidak memahami produser pemakaian silikon, wajahnya justru semakin rusak dan jelas tak membuatnya menjadi cantik. Cuba kamu perhatikan juga ujung bibirnya yang terkena suntikan, perempuan malang.
9. Seperti Monster
Seperti Monster
Ingin selalu awet muda? Pemikiran banyak orang adalah melakukan pembedahan plastik. Tapi melihat wajah perempuan ini, apakah kamu masih mau melakukan pembedahan kecantikan untuk wajahmu? Jangan. Bukan awet muda yang kamu dapat, namun bentuk wajahmu bisa berubah drastis seperti monster dalam serial animasi anak kecil.

10. Sedot Lemak Gagal
Sedot Lemak Gagal
Pasca melahirkan, kulit perempuan mungkin akan menjadi longgar dan melorot di bagian perut. Hal itu yang dialamo oleh Helena Grace. Apa yang dipilih oleh Grace? Melakukan operasi kecantikan untuk menghilangkan kulit longgarnya. Namun, operasi tummy tuck yang dia lakukan justru membuatnya cacat dan putus asa saat menatap tubuhnya.

SAINS | Petua Mudah Panjangkan Umur


Mereka yang berusia 65 tahun dan ke atas serta mengamalkan makan ikan mampu memanjangkan usia sekurang-kurangnya dua tahun.

Ini berbanding mereka yang tidak mengambil asid lemak omega-3 yang biasanya didapati dalam makanan laut, kata satu kajian Amerika Syarikat.

Mereka yang memiliki tahap asid lemak omega-3 lebih tinggi juga secara keseluruhan mengurangkan sebanyak 27 peratus risiko kematian lebih awal.

Ia juga mengurangkan sehingga 35 peratus risiko mati akibat sakit jantung berbanding rakan mereka yang mempunyai tahap darah lebih rendah.

Penyelidikan diketuai saintis di Sekolah Kesihatan Harvard dan disiarkan Annals of Internal Medicine.

Ketika kaji selidik lain menunjukkan kaitan antara asid lemak omega-3 dan merendahkan risiko penyakit jantung, kajian terbaru memeriksa rekod orang lebih tua untuk menentukan sebarang kaitan antara makan ikan dan risiko kematian.

Penyelidik melakukan imbasan terhadap data 16 tahun membabitkan 2,700 orang dewasa berusia 65 tahun dan lebih tua.

Responden kajian tidak mengambil makanan tambahan minyak ikan, bagi mengelak kekeliruan pengambilan makanan tambahan dan perbezaan diet.

PRU-13: Juanda tidak tanding tiket PKR di Perlis


KANGAR 18 April - Teka teki mengenai Dr. Juanda Jaya yang dikatakan bakal mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertanding kerusi Parlimen Kangar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), akhirnya terjawab apabila parti tersebut tidak mencalonkan Mufti Perlis itu di kawasan berkenaan.

Keputusan itu bertujuan memberi ruang kepada rakan PKR dalam pakatan pembangkang, Pas yang awal-awal lagi telah mengumumkan bahawa kawasan itu akan ditandingi calonnya, Baharuddin Ahmad.
Pengumuman calon PKR Perlis dibuat oleh Pengerusi PKR negeri, Mohammad Fisol Abdul Rahman di sini hari ini.

Sebelum ini, desas-desus mengatakan bahawa Juanda akan menyertai PKR untuk bertanding pada PRU-13 di Perlis dan antara kawasan yang sebut-sebut menjadi tumpuannya ialah Parlimen Kangar.

Sumber : UTUSAN ONLINE

Inilah Wanita Dengan Janggut Paling Panjang Di Dunia

Salah satu pemegang rekod dunia wanita berkumis dan berjanggut versi Guinness World Record adalah Vivian Wheeler dari Kanada. Sekilas kalau anda melihat penampilannya maka tidak sedikitpun anda terpikir dirinya adalah sosok wanita tulen. Kerana Vivian asli Illinois Amerika Syarikat mempunyai Janggut lebat selayaknya seorang lelaki dewasa dan keadaan ini dialamainya sejak kanak-kanak. Sejak usia 7 tahun ayahnya sudah berusaha keras untuk mencukur janggut yang tumbuh di dagu Vivian, namun selalu saja tumbuh lagi.




Dr Yusri : Rakaman Video Tetap Ada Nilai Dalam Islam


AIDCNews – 18/04/13 -Presiden Institut Penyelidikan Strategik Islam (ISSI) Dr Yusri Mohamad berkata walaupun rakaman video tidak boleh dijadikan bukti untuk mensabitkan jenayah hudud zina, namun video tersebut tetap boleh diterima sebagai bukti dalam Islam walaupun pada tahap yang lebih rendah.

“Rakaman video tidak boleh jadi bukti untuk mensabitkan jenayah hudud zina tetapi video (itu) tetap (boleh) diterima sebagai bukti untuk membuktikan suatu tahap yang lebih rendah seperti takzir atau lebih rendah lagi kelayakan seseorang dipilih untuk sesuatu amanah,” katanya dalam laman sosial peribadinya, facebook.com/yusri.mohamad

Dr Yusri Mohamad yang juga bekas Pengerusi Yayasan Sofa berkata demikian ketika mengulas artikel dari laman mykhilafah.com bertajuk ” Bolehkah Rakaman Video Dijadikan Bukti Kes Zina ?

Menurut jawapan dari mykhilafah.com itu meskipun kaedah Islam meletakkan tiga jenis pembuktian (al-bayyinat) iaitu pertama, pengakuan (al-iqrar); kedua, kesaksian (asy-syahadah – 4 saksi) dan ketiga hamilnya seseorang wanita yang tidak bersuami untuk mensabitkan jenayah hudud zina, namun rakaman video tetap mempunyai nilai dan boleh dimanfaatkan untuk mendapatkan pengakuan (al-iqrar) daripada tertuduh pelaku zina.

Pakar teknologi maklumat, kata mykhilafah.com, termasuk pakar-pakar bidang yang lain yang relevan dapat menggunakan video tersebut untuk melakukan pemeriksaan balas (cross examination) terhadap si tertuduh pelaku zina dalam video tersebut.

Setiap jawapan penafian akan diuji dengan soalan balas, lalu dibandingkan dengan jawapan-jawapan yang lain, sehingga tidak ada satu ruang pun bagi tertuduh untuk melakukan pembohongan. Dengan demikian, diharapkan agar tertuduh akhirnya akan mengakui perbuatannya.

Jawapan mykhilafah.com itu turut memetik hadis sahih yang menyatakan bahawa pernah suatu ketika Rasulullah SAW meyakini seorang perempuan telah berzina. Tetapi beliau tidak menjatuhkan hukuman disebabkan tiada bukti.

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA, Rasulullah SAW bersabda, “Jika sekiranya aku dibolehkan untuk merejam seseorang itu tanpa bukti, sudah pasti aku merejam si Fulanah itu, kerana dapat dilihat gelagat zina daripada cara percakapannya, gerak geri tubuhnya dan orang yang pernah menggaulinya.” (HR Ibnu Majah, no 2559) (Imam Syaukani, Nailul Authar, Beirut : Dar Ibn Hazm, hal. 1471, hadis sahih). (Abdurrahman al-Maliki, Nizham al-‘Uqubat, hal.19; Ahmad Ad-Da’ur, Ahkamul Bayyinat, hal. 26).

“Ada beberapa hujah dan dalil yang perlu diambil kira dalam artikel ini. Lihat bagaimana dalam hadis yang dipetik, “kata Dr Yusri yang juga bekas Presiden ABIM.

“Walaupun Rasulullah SAW tidak merejam perempuan itu tetapi tetap Baginda menilai peribadi perempuan itu.

 
“Itulah realiti kita hari ini. Kita bukannya nak merejam mahupun menyebat malah takzir pun tidak. Tapi kita mahu nilai layak atau tidak orang-orang ini. Jadi bukan qazaf,”katanya lagi.

Sumber : Published by on April 18, 2013