Allahu Rabbi! Wajah Berubah Seperti Cobra Selepas Bunuh 3 Ekor Ular Hitam

on Saturday, April 20, 2013



Kampung RT 04 RW 02 Desa Ciluar, Kecamatan Bogor Utara, Kota Bogor, Indonesia menderita penyakit misteri sejak dua bulan lalu setelah dia dipercayai membunuh tiga ekor ular berwarna hitam.

Akibat penyakit itu, muka Adi, 30, yang bekerja sebagai buruh di kilang sagu di sini membengkak sehingga menutupi wajah lelaki itu manakala mulutnya tidak kelihatan.

Melihat keadaan Adi, penduduk kampung menggelarnya sebagai Adi 'Kobra'.

Memburukkan lagi keadaan, Adi kini berbau busuk seperti bangkai dan turut dihinggapi ulat hingga keluarganya tidak membenarkan penduduk kampung melawatnya.

Menurut isterinya yang tidak mahu dikenali kepada Liputan6.com, kejadian itu berlaku semasa suaminya bekerja pada syif malam dan menemukan tiga ekor ular.

Setelah menemukan ular itu, Adi mengaku kepada rakannya bahawa dia menyiksa dan membunuh haiwan itu sehingga mati.

Malah binatang itu dikerat-kerat dan dijadikan seperti sate sebelum dibakar.

''Di, jangan disiksa ular itu kerana ular itu juga punya perasaan," kata temannya.

Adi menjawab, "Ahh... saya tidak takut sama ular, syaitan ataupun jin.

Beberapa minggu selepas kejadian itu, Adi mengadu kepada isterinya dia sakit gigi dan pipinya berwarna kemerah-merahan.

Kata isterinya, pelbagai usaha dilakukan mereka termasuk ke hospital berdekatan namun doktor yang merawatnya mendakwa mereka tidak mampu merawat penyakit Adi.

Hal ini kerana menurut doktor, penyakit Adi tergolong dalam sakit yang tiada ubat iaitu barah.

Ekoran itu, pelbagai cara digunakan keluarga Adi termasuk secara alternatif dan tradisional namun mereka tidak sanggup merawat penyakitnya.

Sumber: http://www.fuh.my/

Kisah Benar Mayat Membaca Yasin Di Mekah

gambar hiasan
Ini adalah kisah benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser….Penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia.

Ceritanya begini.. Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang Arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji. Makam tersebut terletak di Ma’la….tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah.

Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. Selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru.

Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang Arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya. Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas. Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli.

Selepas dilihat seterusnya. Ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ehram).

Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang lelaki berkulit hitam yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam. Jika tiada tumpahan , dia kan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin.

Itulah kelebihannya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah… Inilah yang membuatkan kita semakin berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah… .

Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri (disimen) dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ.

Sumber: http://www.fuh.my/

Kisah 5 Misteri Kematian Paling Pelik Di Dunia


Kisah 5 Misteri Kematian Paling Pelik Di Dunia | Setiap manusia pasti tidak akan terlepas dengan ajal maut. Di dunia ini sahaja terdapat banyak kisah-kisah pelik yang boleh mengakibatkan kematian seseorang. TApi dalam banyak-banyak kematian pelik, kematian yang dinyatakan di bawah ini lebih pelik. Tak percaya? Jom baca!

1. Meninggal kerana janggut 
Hans Steininger,merupakan orang Austria yang terkenal kerana mempunyai janggut yang terpanjang di dunia sekitar 140 cm.Pada suatu hari di tahun 1567,terjadi kebakaran yang mengakibatkan huru-hara.Beliau lupa mengikat janggutnya yang panjang.Kerana terburu-buru,dia terpijak janggutnya sendiri dan terjatuh.Lehernya patah dan dia pun mati. 

2. Meninggal kerana menendang peti 
Kejadian berlaku pada awal abad 20. Jack Daniel,seorang pengusaha Whiskey terkenal di Tennessee,Amerika Syarikat ingin membuka salah satu peti,namun dia terlupa nombor kombinasinya.Dia mengamuk dan menendang peti tersebut. Salah satu jarinya terluka menyebabkan infeksi,dan akhirnya membunuhnya. 

3. Meninggal ketika membicarakan tentang Hitler
Pada tahun 1943,seorang pengkritik politik bernama Alexander Woolcott meninggal setelah mengalami serangan jantung ketika sedang membicarakan tentang Adolf Hitler. 

4. Meninggal kerana kulit jeruk 
Bobby Leach (1858-1926) adalah seorang ahli lagak ngeri.Dia juga orang kedua di dunia yang berjaya menakluki air terjun Niagara dengan mengguankan tong barrel.Dia meninggal tahun 1926 kerana tergelincir akibat terpijak kulit jeruk di tepi jalan,di Selandia Baru.Kakinya patah dan terjadi infeksi yang parah. 

5. Meninggal kerana menahan buang air kecil 
Tycho Brahe (1546-1601) adalah seorang ahli astronomi.Pada tahun 1601,beliau sedang menghadiri jamuan makan besar yang sangat lama,di Praha (sekarang czechoslovakia). Adat pada zaman itu meyakini bahawa ketika menghadiri jamuan makan,buang air adalah sangat tidak sopan.Akibatnya beliau terpaksa menahan buang air kecil selama jamuan itu berlangsung.Kandungan bahan toksik di badannya tidak mampu menahan sebegitu lama. Akhirnya, beliau meninggal 11 hari kemudian.

itu aje!!!!

Sumber: http://www.fuh.my/

Boston Bombing Suspect Dead in Shootout

on Friday, April 19, 2013


Early this morning one suspect in this week’s deadly Boston Marathon bombing  was killed in a shootout with police in Watertown, Mass. Police said “Suspect 2″ is on the loose and is armed and dangerous. “Suspect 2″ is the target of an “active search by tactical teams,” police said.

Police also released a new image of “Suspect 2,” which they said was taken from a local 7-11 in Cambridge, Mass., last night.

The Monday bombing near the finish line of the Boston Marathon killed three people and injured more than 170. Thursday evening the FBI released images of the two suspects in the case.


By Anthony Castellano

Apr 19, 2013 5:36am

Source: ABC News

Gambar-Gambar Lucu Pertandingan Sumo Kanak-Kanak Di Jepun

Anda tidak perlu menjadi orang dewasa yang berat badan mencapai ratusan Kg, terbukti sukan gusti sumo asli Jepun ini digemari anak-anak sekolah, bahkan mereka sangat kompetitif membuktikan ketangguhan mereka di setiap pertandingan.
Berikut ini adalah foto-foto anak laki-laki dari segala bentuk dan ukuran pada pertandingan gusti sumo di kejohanan Sumo Anak Nasional di Tokyo.