Bloody Marry, Hantu Yang Boleh Dipanggil

on Saturday, April 20, 2013



Untuk pengetahuan semua, lagenda Bloody Marry merupakan salah satu kisah lagenda yang popular di Amerika Syarikat. Bloody Marry atau nama sebenarnya ialah Mary Whirnington dipercayai mati di hadapan cermin. Segelintir mengatakan bahawa dia mati dibunuh kekasihnya dengan kejam dan ada juga yang mengatakan Mary merupakan seorang ahli sihir. 

Hantu Mary terperangkap di dalam cermin sehingga tidak boleh keluar melainkan ada seseorang yang akan membuka jalannya kerana terlalu lama terperangkap di dalam cermin akan membuatkan jiwanya menjadi marah, tidak bermaya dan boleh melakukan perkara-perkara yang di luar batasan kemanusiaan.
Bloody Marry dikatakan muncul dalam cermin apabila namanya dipanggil tiga kali apabila anda berda di dalam bilik air yang gelap. Bloody Marry juga digambarkan sebagai pembunuh kanak-kanak yang tinggal di bandar.

Cara Memanggil:

1.Pergi ke bilik air di rumah anda.
2.Tutup suis lampu bilik air.
3.Buka paip air.
4.Sebut "Bloody Marry" 3 kali.
5.Tutup mata seketika.
6.Buka mata anda dan lihat di cermin bilik air.
7.Kalau tidak menjadi, cuba berpusing 3 kali.

Baca kisah dibawah sebelum lakukanya:

1.Terdapat cerita yang mengatakan bahawa Si Marry akan bertanya pada anda tiga pertanyaan. Jika anda salah menjawab 2 soalan, anda mungkin akan dicederakan. Jika anda salah menjawab ketiga-tiga soalan, anda mungkin akan maut.

2.Selain itu, ada si polan yang ingin mencuba memanggil Bloody Marry. Tetapi kerana takut, si polan tersebut tidak jadi untuk melakukannya. Lalu, si polan pergi ke bilik air di rumahnya untuk menutup lilin. Tetapi, selepas menutup lilin, si polan masih dapat melihat lilin masih menyala di dalam cermin di bilik air.

Kenapa Nabi Muhammad Tidak Mempunyai Bayang-Bayang




Semua sedia maklum.. satu mukjizat Nabi Muhammad saw adalah baginda tidak mempunyai bayang... kerana baginda itu sendiri adalah cahaya... Rahmatan Lilalalmin...

baginda dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak yang terpuji.. baginda itu Nur Muhammad... cahaya atas cahaya... Allahu Rabbi...

ini adalah sabahagian rambut Rasululillah saw.... rambut ini apabila disuluh tiada bayang... jelas... ini adalah rambut junjungan besar baginda Rasululillah... rambut baginda masih hidup walaupun jasad baginda sudah tiada... buktinya apabila rambut ini dipotong.. ia akan kembali kepada panjang asal....

Sollu alan Nabi...

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Allahumma salli `ala muhammadin wa'ali muhammad, kama sallayta `ala ali ibrahim, innaka hamidun majid, Allahumma barik `ala muhammadin wa'ali muhammad, kama barakta `ala ali ibrahim, innaka hamidun majid -



ANTARA KEISTIMEWAAN RASULULLAH SAW

Memang Rasulullah SAW manusia hebat, tiada tara, tiada lawannya, jika dikatakan Nabi Yusof segak tapi Nabi Muhammad lebih segak ,jika Nabi Daud dikurniakan dengan merdunya suara, tetapi suara Nabi Muhammad lebih merdu.

Mari kita lihat banyak lagi istimewanya Rasulullah SAW yang kita tidak tahu

Rasulullah SAW tiada bayang-bayang:
Al-Hakim al-Tirmizi meriwayatkan daripada Zakwan: “Sesungguhnya Rasulullah SAW itu tidak mempunyai bayang-bayang sama ada ketika berada di bawah sinar matahari, mahupun bulan.”

Rasulullah SAW tidak dihinggapi lalat :

Al-Qadhi ‘Iyadh menyebut di dalam al-Syifa, dan al-’Azafi dalam Maulidnya: “Di antara keistimewaan Nabi Muhammad SAW, lalat tidak pernah menghinggapi baginda.”

Ia juga disebutkan oleh Ibnu Sabu’ dalam al-Khasa’is, dengan lafaz: “Sesungguhnya lalat tidak pernah hinggap pada pakaiannya.”

Beliau menambah: “Sesungguhnya di antara keistimewaan Rasulullah SAW, kutu tidak pernah menggigitnya.”

Istimewanya darah Rasulullah SAW:

Diriwayatkan oleh al-Bazzar, Abu Ya’la, al Tabrani, al Hakim dan al Baihaqi daripada Abdullah ibn al Zubair: “Bahawa dia pernah datang menemui Rasulullah SAW ketika sedang dibekam. Setelah selesai dibekam, Rasulullah SAW pun bersabda, “Wahai Abdullah! Pergilah kamu dengan membawa darah ini dan buanglah ia di suatu tempat yang tiada sesiapa pun melihat kamu.”

Tetapi dia meminum darah itu. Apabila pulang, Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Abdullah! Apakah yang telah kamu lakukan (terhadap darahku itu)?”

Jawabnya: “Aku telah meletakkannya di tempat yang tersorok yang aku ketahui ia sememangnya tersembunyi daripada pengetahuan orang.”

Rasulullah SAW bersabda: “Kemungkinan kamu telah meminumnya”. Kataku, “Ya!” Rasulullah SAW bersabda: “Celakalah manusia daripada kamu dan terselamatlah kamu daripada manusia.”

Peluh Rasulullah SAW wangi :
Imam Muslim meriwayatkan daripada Anas berkata: Rasulullah SAW pernah datang kepada kami lalu tidur sebentar (qailulah) di tempat kami. Baginda SAW berpeluh (semasa tidur). Ibuku datang membawa sebuah botol kaca lalu menadah peluh Rasulullah SAW yang mengalir itu. Rasulullah SAW pun terjaga lalu bersabda, “Wahai Ummu Sulaim! Apakah yang engkau lakukan?” Dia menjawab: “Peluh ini akan kita jadikan minyak wangi kita, ia adalah wangian yang paling harum!”

Nabi Muhammad SAW terpelihara daripada menguap
Imam al-Bukhari meriwayatkan dalam al-Tarikh, dan Ibnu Abi Syaibah dalam al-Musannaf, serta Ibnu Sa’ad daripada Yazid ibn al-Asom, berkata: “Nabi Muhammad SAW tidak pernah menguap sama sekali.”

Keistimewaan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang tidak diberikan kepada Nabi-nabi yang sebelumnya adalah:

1. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam diutuskan kepada semua manusia dan jin. Sedangkan Nabi-nabi terdahulu hanya diutuskan kepada Kaumnya sahaja. (Hr Bukhari)

2. Dihalalkan harta rampasan perang (ghanimah) kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallamsedangkan tidak dihalalkan bagi manusia-manusia sebelum Nabi. (Hr Bukhari)

3. Semua tanah dan tempat di muka bumi ini boleh dijadikan tempat solat. (HBukhari)

4. Nabi-nabi dan ummat terdahulu tidak bersembahyang melainkan di tempat-tempat ibadah yang khusus. (Hr Ahmad)

5. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam diberi bantuan ketika menghadapi musuh-musuh Islam dengan Allah SWT mencampakkan perasaan takut dalam hati-hati musuh sebelum sampai bertemu tentera-tentera Islam sejauh sebulan perjalanan. (Hr Bukhari)

6. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberi Syafaat. (Hr Bukhari) Syafaatnya untuk ummatnya bagi orang yang tidak melakukan syirik. (Hr Ahmad)

7. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan “Jawamiul Kalim”. (Hr Muslim) Iaitu kalimah yang ringkas tetapi mengandungi banyak makna.

8. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah penutup bagi kenabian. (Hr Muslim)

9. Diberikan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah dari gedung di bawah arasy. (Hr an-Nisaei)

10. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan kunci-kunci bumi. (Hr Ahmad)

11. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah orang yang pertama diberi nama Ahmad.
(Hr Ahmad)

12. Ummat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah yang sebaik-baik umat.
(Hr Ahmad)
13. Diampunkan dosanya yang terdahulu dan yang akan datang semasa dia lahir ke dunia lagi.
(Hr al-Bazzar)
14. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan Telaga al-Kauthar di akhirat.
(Hr al-Bazzar)
15. Mula-mula syaitan yang bersama Nabi Muhammad adalah kafir. kemudian Allah SWT membantu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dengan Islamnya syaitan tersebut.

16. Dijadikan saf Ummat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam seperti saf para malaikat.
(Hr Muslim)

والله أعلم بالصواب
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)



Wallahua'lam...



sumber : http://busuk.org/ping/view/518966

Perempuan Bertudung Tetapi Memakai Pakaian Yang Memperlihatkan Pakaian Dalamnya


Sepengetahuan saya tujuan memakai tudung adalah untuk menutup aurat, disamping untuk menyembunyikan lekuk tubuh wanita di sebalik pakaiannya juga agar pengguna pakaian tersebut tidak terlihat sexy dengan pakaian yang dikenakannya. Tubuh wanita memang cukup menarik untuk dilihat oleh laki dan tentu dari penglihatan tersebut akan memunculkan keinginan untuk menikmatinya secara nyata, makanya tidak heran jika sering ada kes rogol yang bermula dari cara berpakaian perempuan.

Perempuan ini rupanya kurang memahami tentang apa tujuan mengenakan busana Muslimah, sehingga walaupun dia memakai tudung ternyata dirinya mengenakan pakaian telus yang memperlihatkan lekuk tubuh dan dalemannya. Mungkin pemahamannya adalah yang penting kepalanya di kerudungi sudah cukup disebut sebagai memakai tudung.





Umur 66 tahun dapat anak kembar 3


Kontroversi: Bhateri Devi melahirkan kembar tiga iaitu dua lelaki dan seorang perempuan selepas menerima rawatan IVF di Pusat Kesuburan Kebangsaan di Haryana.

Sumber: the National Fertility Centre in Haryana

Agak-agak budak ni makan apa.........


mak oii berat nak mampus si montel ni.......
apalah nasib aku ni........ nak capai benda ni pun seksa.

ZAMANI.......... apa dah jadi badan kurus kering?

GAMBAR terbaru Zamani selepas menjalani rakaman Konsert Suara Hati Daripada Lelaki Untuk Wanita di Angkasapuri, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar NOOR ADZRENE MOHD. NOOR

SUARA Zamani memang tidak berubah sejak dia mula menyanyi bersama kumpulan Slam pada 1993 sehinggalah kini. Suaranya yang lemak merdu itu juga masih diminati para pendengar termasuklah generasi muda. Cuma yang sedikit berubah adalah fizikal atau tubuhnya.

Justeru, apabila melihatkan kemunculan terbarunya itu ramai yang agak terkejut dengan susuk badannya yang lebih kurus berbanding dulu. Ramai peminat yang mungkin tertanya-tanya apa sebenarnya sudah jadi dengan penyanyi berusia 42 tahun dan masih berstatus bujang ini.

Menurut Zamani, dia menafikan menghidap sebarang penyakit kronik, malah pada masa sama berasa bahagia dengan kehidupan seharian yang sedang dilaluinya kini. Baginya kerjaya sebagai penyanyi menyebabkan dia selalu berasa terhibur dan sibuk dengan undangan menyanyi.

Saya sihat sahaja macam biasa, mungkin badan saya lebih kurus dan tidak macam dulu. 

Dulu pun saya kurus juga tetapi tidaklah kurus macam sekarang. Mungkin sibuk dengan menyanyi saya sampai tidak ada masa untuk menguruskan diri sendiri, badan jadi semakin mengecil, " komennya ringkas.

Tahun ini genap 20 tahun Zamani menjadi penyanyi sepenuh masa. Memulakan kerjayanya bersama kumpulan Slam pada 1993, penyanyi berkonsepkan balada dan pop rock berasal dari Kuala Lumpur ini mencipta satu demi satu kejayaan dalam bidang yang diceburinya itu.

Selepas dua dekad, nama Zamani juga masih utuh dalam persada muzik tempatan. Meskipun tampil solo dan tidak lagi diiringi persembahannya bersama Slam tetapi penyanyi ini tetap terus bersemangat untuk meneruskan kerjaya dalam bidang seni yang amat diminatinya itu.

Rugi ratusan ribu

Menurut Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, dia menganggap bidang nyanyian telah serasi dalam kehidupannya seharian sejak dua dekad yang lalu. 

Ini kerana, selain berkecimpung dalam dunia seni suara dia juga pernah terbabit dalam bidang perniagaan suatu ketika dulu.

Sayangnya, kata penyanyi yang popular dengan lagu berjudul Gerimis Mengundang ini, dia pernah gagal dalam perniagaan yang dijalankannya pada tahun 1990-an. Pengalaman itu seakan-akan memberi isyarat kepada Zamani bahawa bakat serta rezekinya lebih dalam bidang nyanyian.

Saya pernah menjalankan perniagaan menjual kereta dan mengusahakan kedai dobi pada tahun 1990-an.
Saya lakukan semua itu sebagai sumber pendapatan tambahan selain menyanyi. Tetapi mungkin rezeki saya bukan dalam bidang perniagaan walaupun saya minat berniaga.

Perniagaan yang saya jalankan itu cuma mampu bertahan selama kira-kira setahun sahaja. Saya tidak mahu meneruskan perniagaan itu selepas mengalami kerugian ratusan ribu ringgit. Sejak saat itu, saya hanya memberi tumpuan kepada bidang nyanyian sahaja sampailah sekarang," ujarnya.

Penyanyi bersuara lunak merdu ini ditemui selepas rakaman Konsert Suara Hati Daripada Lelaki Untuk Wanita di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur baru-baru ini. Zamani muncul bersama Ramli Sarip, Azlan The Typewriter dan Hafiz AF dalam rakaman itu.

Sumber: utusan.com.my

Individu tertua di dunia sambut hari jadi ke-116

KYOTO 20 April - Individu tertua di dunia, Jiroemon Kimura meraikan sambutan hari jadinya yang ke-116 tahun di sini semalam.

Kimura dinobatkan sebagai individu paling tua di dunia oleh Rekod Dunia Guinness pada Disember tahun lalu selepas kematian Dina Manfredini dari Iowa, Amerika Syarikat (AS) yang ketika itu berusia 115 tahun.
Perdana Menteri, Shenzo Abe turut mengucapkan tahniah kepada Kimura sempena hari jadinya.

Selain itu, Kimura menerima kunjungan daripada Datuk Bandar Kyotango, Yasushi Nakayama di rumahnya.
Sumber: Utusan Online