Gempar...... Makhluk Jadian Seperti Toyol Ditemui Di Thailand

on Saturday, April 20, 2013


Warga Thailand di kejutkan setelah menemukan makhluk jadian di pedalaman hutan, walaupun sudah mati namun warga sekitar masih merasa kesulitan untuk menjelaskan sebenarnya ini makhluk apa. Sekarang makhluk itu menjadi tontonan warga dan disembah oleh warga sekitar.

Sotong Kurita Mirip Wajah Manusia

menyeramkan.........

Kebesaran Allah S.W.T., jika semasa musim Piala Dunia 2010, sotong kurita yang dikenali sebagai Paul mula menjadi popular di serata dunia. Ia menjadi popular gara-gara ramalannya menentukan keputusan perlawanan menepati keputusan yang sebenar. Itu kisah si Paul sotong kurita. Namun bagi penduduk kawasan Muara, Kelurahan Berok Nipah, Padang, Sumatera Barat dihebohkan dengan seekor sotong kurita mirip wajah manusia dan mirip wajah seorang wanita. Sotong ini dibawa oleh seorang nelayan pulang ke rumah bersamaan dengan sotong lain untuk dimasak isterinya.

Sotong ini berukiran sekitar 20cm dan mempunyai dua mata, dua telinga, dan satu hidung dan bibir. Haiwan pelik ini dipamerkan kepada para pengunjung yang mahu melihat sendiri sotong kurita berwajah manusia manusia. Tambahan sotong ini berjaya menarik perhatian seluruh penduduk di perkampungan yang lain.

Kejadian seumpama ini teryata aneh dan pelik. Walaubagaimanapun kita harus percaya tiada yang mustahil berlaku di dunia ini. Memang banyak kejadian pelik yang berlaku di negara jiran kita, Indonesia. Sesungguhnya ini semua adalah bukti kekuasaan Allah SWT.

Sumber – Harian Metro Online

Tabiat Pelik Suka Makan Bangkai Haiwan


Bangkai haiwan yang mati akibat dilanggar kenderaan dan terbiar di tepi jalan seringkali menimbulkan perasaan yang tidak menyenangkan. Dalam Islam sendiri pun menganggap bangkai haiwan itu dikira sebagai najis kerana ia mati dengan sendirinya. Kita juga mempunyai peraturan dalam menjadikan haiwan sebagai makanan seperti menyembelih ayam mengikut syariat. Namun, seorang pesara kerajaan di Britain, Arthur Boyt, 74, menganggap bangkai seperti itu merupakan hidangan paling enak untuk dimakan dan ia percuma.


Selera pelik lelaki dari Cornwall, England itu bermula sejak lebih 60 tahun dahulu.

“Semasa berumur 13 tahun, saya terjumpa burung kuang yang mati dilanggar kereta di tepi jalan.

“Saya terus membawanya pulang dan meminta ibu memasaknya. Rasanya sungguh lazat,” cerita Boyt.

Lelaki kulit putih itu mengaku dirinya seorang pencinta haiwan tetapi kandungan peti sejuknya membuatkan dakwaan itu boleh dipersoalkan.Ini kerana peti sejuknya yang bersaiz besar dipenuhi bangkai haiwan seperti burung kuang, kancil, rubah, angsa, burung hantu dan tupai. Dalam masa yang sama, saiz peti sejuk terus menjadikan dia gelisah.

“Rasanya saya perlu memikirkan ruang penyimpanan lain di dalam rumah untuk mengisi stok makanan,” tutur Boyt.

Walaupun perbuatannya itu bersifat eksentrik, Boyt sebenarnya memiliki ijazah dalam bidang sains biologi, yang membolehkan dia mengenal pasti bahagian daging bangkai haiwan yang masih baik untuk dimakan. Boyt yang gemar memakai topi bulat berwarna biru dan kaca mata bersaiz besar memberitahu, daging haiwan tersebut perlu dimasak dalam suhu yang tinggi serta tempoh yang lama.

“Saya meneruskan kehidupan dengan makan bangkai haiwan selain memakan sayur-sayuran yang ditanam sendiri di rumah.

“Kelebihannya, saya sudah lama tidak membeli barangan basah seperti daging, ikan dan sayur-sayuran di pasar raya,” katanya.

Boyt akan memastikan keseluruhan bulu haiwan, darah, jantung, buah pinggang dan bahagian kulit dibuang terlebih dahulu.

Bagaimanapun, kepala haiwan dan isinya tidak dibuang kerana baginya otak haiwan mempunyai rasa yang mengagumkan.

“Saya juga akan melabel setiap stok makanan, menyimpannya di dalam beg plastik bersaiz besar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk,” terang Boyt.

Walaupun terdapat bangkai haiwan yang disimpan Boyt merupakan spesies haiwan yang terancam, ia tidak menjadi satu kesalahan di Britain. Antara makanan eksotik kegemarannya ialah kelawar dan memerang.
“Secara jujur daging haiwan yang telah busuk lebih enak dan rangup. Saya lebih mengetahuinya berbanding orang lain,” ujarnya yang tidak pernah mengalami sebarang keracunan.

Boyt menggelar dirinya freegan iaitu gabungan dua perkataan bahasa Inggeris, free dan vegetarian yang bermaksud percuma dan pemakan sayur-sayuran.

Individu freegan akan mencari pelbagai jenis makanan terbuang sama ada untuk disimpan atau dimakan terus.

Isteri Boyt, Sue yang telah menjadi pasangan hidupnya selama lebih 20 tahun tidak menggemari tabiat pemakanan suaminya itu.

“Sue sanggup makan seorang diri di dalam bilik tidur berbanding duduk semeja dengan saya,” kata Boyt.

Pasangan suami isteri itu masih tidak mempunyai zuriat dan memelihara dua ekor anak kucing betina yang salah seekor diberi nama Pie. Boyt turut dilontarkan pertanyaan andai Pie dilanggar kereta adakah ia akan menjadi pengisi perutnya juga?

“Tidak sama sekali. Isteri saya pasti tidak akan menyukainya,” kata Boyt yang mengakui dia sering dimarahi si isteri kerana terlupa mengeluarkan bangkai haiwan dari but kereta hinggakan kereta sering berbau busuk.

Sumber: The Huffington Post


Undang-Undang Pelik Di Amerika Syarikat


Berikut adalah undang-undang yang boleh dikatakan agak aneh tetapi sebenarnya wujud di Amerika Syarikat. Undang-undang berkenaan terkandung dan tertulis dalam buku undang-undang negeri masing-masing tetapi ianya tidaklah dikuatkuasakan seperti undang-undang lain. Undang-undang ini dipetik daripada pelbagai sumber yang agak reliable, tetapi tidak dijamin 100% kebenarannya.

1. Di Texas, adalah melanggar undang-undang bagi siapa saja yang memiliki sepasang playar pada dirinya.

2. Di Philadelphia, korang tidak boleh meletakkan pretzel dalam poket berdasarkan kepada Act of 1760.

3. Undang-undang di Alaska menetapkan bahawa korang tidak boleh melihat “moose” atau pun rusa dari pesawat terbang.

4. Di Corpus Christie, Texas, adalah haram untuk memlihara buaya di rumah korang.

5. Di Miami, korang dilarang untuk meniru gaya dan aksi binatang.

6. Di Arkansas, USA adalah menjadi kesalahan jika gagal menyebut nama negeri tersebut “Arkansas” dengan betul.

7. Di Illinois, hukum adalah bahawa mobil harus diarahkan dengan kemudi.

8. Undang-undang California melarang seorang wanita daripada memandu kereta dengan mengenakan pakaian “house coat” atau pakaian ketika berada di rumah.

9. Di Tennessee, adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang jika memandu kereta sambil tidur.

10. Di New York pula, adalah salah dan berlawanan dengan undang-undang jika seseorang yang buta memandu kenderaan.

11. Di West Virginia, hanya bayi yang boleh duduk dalam kerusi roda bayi.

12. Di Gerogia, seseorang tukang gunting tidak dibenarkan untuk mengiklan harga atau kos menggunting rambut.

13. Di Louisiana, bil diperkenalkan beberapa tahun lalu di mana harga siling untuk memotong rambut lelaki yang botak ialah 25 cent.

14. Di Oklahoma, tidak ada pasukan besbol yang boleh memukul bola di atas pagar atau keluar daripada sebuah stadium baseball.

15. Di Rochester, Michigan, undang-undang menetapkan bahawa sesiapa yang ingin mandi di kawasan umum harus memiliki pakaian renang yang diperiksa oleh seorang polis !

16. Di Kentucky, undang-undang menetapkan bahawa seseorang mesti mandi sekurang-kurangnya sekali setahun.

17. Di Utah, burung memperolehi hak yang utama di setiap jalanraya atau lebuhraya awam.

18. Di Ohio, seseorang mesti mempunyai lesen untuk menjaga beruang.

19. Di Tennessee, ada salah menjual Bologna (sandwic daging) pada hari Minggu.

20. Di Providence, Rhode Island, adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang untuk terjun dari jambatan.

21. Di Kansas, korang tidak dibenarkan untuk memandu kerbau menggunakan atau melalui jalanraya.

22. Di Florida, adalah salah di sisi undang-undang untuk menempatkan haiwan ternakan dalam bas sekolah.

23. Di New Jersey, kubis tidak boleh dijual pada hari Minggu.

24. Di Galveston, Texas, adalah haram untuk memiliki unta yang berkeliaran di jalanan!

25. Di North Carolina, adalah salah di sisi undang-undang membiarkan anjing dan kucing untuk bergaduh.

26. Di Cleveland, Ohio, meninggalkan chewing gum di tempat umum adalah satu kesalahan.

27. Di Virginia, ayam tidak boleh bertelur sebelum pukul 8:00 pagi, dan harus dilakukan sebelum pukul 4:00 petang.

28. Di New York, itu adalah bersalahan dengan undang-undang bagi kanak-kanak untuk memegang atau mengumpulkan puntung rokok dan cerut.

La Isla de la Munecas, Mexico...... tempat yang menyeramkan

La Isla de la Munecas...... tempat yang menyeramkan


La Isla de la Munecas ialah sebuah pulau yang menyeramkan kerana ia dipenuhi oleh boneka yang telah lusuh.Pulau ini dipenuhi dengan pelbagai tanda tanya dan misteri.

Masyarakat setempat mengatakan pulau ini berpuaka.Tiada seorang pun yang tahu mengenai sejarah pulau ini, namun yang pasti ianya dipenuhi boneka.Pulau berpuaka ini terletak di selatan Mexico City.Nama pulau ini berasal dari perkataan Sepanyol.

Cerita demi cerita misteri tentang pulau ini tersebar ke serata tempat.Peliknya, perkara tersebut menarik perhatian pengunjung untuk datang ke pulau itu.

Menarik dan seram! itulah suasana yang dirasai pengunjung yang datang. Hampir semua pokok disitu digantung dengan boneka yang rosak. Semua pengunjung yang datang ada memberitahu bahawa mereka berasa seram sejuk dan gementar. Mereka mendapati seolah-olah ada mata yang selalu mengawasi mereka ke mana pun mereka bergerak. Menurut satu cerita, dahulunya pulau ini merupakan tempat tinggal seorang pertapa,  Don Julian Santana.

Walaupun sudah berkahwin,dia memilih untuk menghabiskan 50 tahun berseorangan di pulau ini. Don Julian berkata dia selalu diganggu oleh hantu gadis kecil yg lemas di sekitar pulau itu.Beberapa sumber memberitahu, Don Julian mengantung boneka-boneka tersebut bertujuan untuk menenangkan hantu gadis kecil tersebut. Pada tahun 2001, Don Julian telah ditemui mati lemas di pulau itu. Kini, pulau ini dianggap tempat pelancongan paling aneh di dunia.