Tentera Assad Zalimi Remaja Hingga Mati

on Monday, April 22, 2013

Remaja ini diseksa hingga mati

Kehidupan rakyat di negara Syria sudah tidak aman lagi apabila tentera rejim Assad semakin berleluasa melakukan keganasan terhadap penduduk-penduduk di beberapa kawasan Syria.

Setiap hari, pasti akan ada orang awam yang dibunuh dan diseksa dengan kejam.

Ia lebih memilukan apabila sasaran golongan yang mahu dibunuh oleh rejim yang zalim itu adalah golongan kanak-kanak dan remaja.

Pernah sebelum ini, Mynewshub.my memaparkan satu kisah seorang kanak-kanak, Marwa Adil Bahar mati disembelih oleh Rejim Bashar Asad sehingga terpenggal kepala kanak-kanak tersebut.

Astaghfirullah!

Kehidupan umat Islam di sana tidak aman tenteram, dan sentiasa ditakuti dengan kehadiran tentera Assad apatah lagi sering mendengar bedilan bom dan bunyi tembakan di merata-rata tempat.

Di bawah ini adalah satu video yang dijumpai bersama tentera Assad yang ditawan oleh pejuang FSA. Video ini memaparkan perilaku tentera assad sedang menzalimi seorang anak muda hingga mati.

Kesalahan apakah yang dilakukan oleh anak muda lelaki itu pula tidak diketahui hinggakan dia dizalimi sedemikian rupa.

Mereka tidak pernah mempunyai perasaan takut dengan balasan yang akan Tuhan berikan akibat dari tindakan zalim mereka.

Dalam video itu juga, mereka mengeluarkan kata-kata kesat kepada remaja tersebut termasuklah menghina peribadi Rasulallah S.A.W dan Allah S.W.T.

Semoga Allah S.W.T sentiasa melindungi umat Islam di sana dan sama-samalah kita berdoa agar kehidupan mereka berubah suatu hari nanti. In shaa Allah.

Dan, panjatkanlah kesyukuran kepada Ilahi kerana negara kita masih lagi aman dari sebarang keganasan. Alhamdulillah.

Sumber: MyNewsHub

Wanita Tikam Anaknya Yang Dikatakan Dimasuki Iblis

Elzbieta Plackowska
NAPERVILLE : Seorang wanita berusia 40 tahun menikam anak lelakinya 100 kali manakala anak perempuan pula 50 kali atas alasan untuk menghalau “iblis” dalam diri kedua-dua kanak-kanak itu.
Elzbieta Plackowska dibawa ke mahkamah semalam dan dikenakan bon.
Pendakwa raya DuPae County, Robert Berlin berkata, “dia memberitahu bahawa dalam diri anak-anaknya ada iblis dan dia cuba mengeluarkan iblis keluar dari badan mereka.”
Laporan nbcnews.com memetik polis berkata, Plackowska dengan kejam menikam anak lelakinya, Justin 100 kali dan Olivia Dworakowski 50 kali.
Ketika kejadian, yang berlaku Selasa lalu, wanita itu menjaga kedua-dua kanak-kanak berkenaan di rumah mereka yang terletak di Naperville, kira-kira 50 kilometer ke barat Chicago.
Dia didakwa meminta kedua-dua kanak-kanak itu melutut dan berdoa sebelum menikam mereka, lapor nbcchicago.com.
Malah, dia juga didakwa memberitahu anak lelakinya bahawa dia akan pergi ke syurga.
http://admax.effectivemeasure.net/emnb_1_.gifMenurut pendakwa raya, leher kedua-dua kanak-kanak itu dikelar.
Selepas membunuh, Plackowska telah pergi ke gereja di Naperville tetapi apabila mendapati ia tutup, dia meninggalkan mesej mengatakan telah melakukan sesuatu yang buruk dan memerlukan bantuan.
Dia kemudian telah pergi ke rumah kawannya, di mana anak lelaki sulung tinggal dan memberitahu mereka dia telah dirompak.
Tribune melaporkan bahawa Plackowska memberitahu polis kononnya rumah dia telah dipecah masuk dan penjenayah terbabit melakukan pembunuhan itu.
Kemudian, menurut laporan nbcchicago.com, wanita itu memaklumkan polis bahawa dia menikam anak lelakinya untuk menyinggung suaminya yang tidak menghargai dia.
Plackowska juga berkata bahawa dia membunuh anak perempuan dan dua ekor anjingnya kerana menyaksikan pembunuhan.

Sumber: http://abclocal.go.com/

City Kalah Dengan Spurs..United Semakin Hampir Menjuarai EPL Buat Kali Ke 20

on Sunday, April 21, 2013



LONDON, - Sempat mendahului Tottenham Hotspur pada babak pertama di Stadium White Hart Lane, London, Minggu (21/4/2013), Manchester City harus puas pulang dengan tangan hampa. The Citizens gagal meredam kebangkitan Tottenham dan akhirnya menyerah 1-3.

Kekalahan ini membuat peluang City mempertahankan gelaran Premier League semakin sukar. City kini tertinggal 13 mata dari Manchester United. Dengan sisa lima perlawanan untuk kedua-dua pasukan, jika MU menang atas Aston Villa pada Isnin (22/4/2013), maka MU dipastikan menjadi Juara Premier League.

Kedua-dua pasukan tampil dengan majoriti pemain terbaik. Tottenham kembali boleh menggunakan perkhidmatan Gareth Bale yang sudah pulih daripada kecederaan. Sementara City bermain Edin Dzeko sebagai tombak murni dengan bantuan Carlos Tevez.

Akan tetapi, penyokong White Hart Lane langsung tertunduk lesu ketika pertandingan berjalan lima minit. Adalah Nasri yang menjaringkan gol untuk menutup mulut tuan rumah dengan cepat.


Muncul buruk pada babak pertama, Tottenham bangkit selepas turun minum.
Awal mula kebangkitan Tottenham terletak pada strategi pergantian pemain yang dilakukan Villas-Boas. Melihat Scott Parker dan Gylfi Sigurdsson tampil melempem, Villas-Boas bermain Tom Huddlestone dan Lewis Holtby.

Kehadiran dua pemain tengah muda ini memberikan suntikan kekuatan baru bagi The Lilywhites. Hasilnya mula terbukti pada minit ke-75 saat Tottenham berjaya menyamakan kedudukan melalui Clint Dempsey.

Berawal dari kerja sama Kyle Walker dan Gareth Bale, nama terakhir menghantar umpan silang kaki kiri yang disambut Dempsey dengan tenang. Hart tak mampu berbuat apa-apa melihat gawangnya dibolosi.

Lima minit berselang, penyokong White Hart Lane kembali bergemuruh. Pemain pengganti yang baru masuk pada minit ke-71 menggantikan Emmanuel Adebayor, Jermain Defoe, menggetarkan jaringan City untuk kedua kalinya. Sepakan keras Defoe menghunjam deras sudut kiri gawang Hart.

Malapetaka City belum berakhir. Pada minit ke-82, giliran Bale yang menjadi luka bagi kelab arahan Roberto Mancini. Umpan penemuan cantik Huddlestone, membuat Bale bebas berada di depan gawang City. Tanpa kesulitan pemain asal Wales itu menipu Hart untuk membuat Tottenham menjauh 3-1. Skor tersebut berakhir hingga perlawanan tamat

Inilah Koleksi Gitar-Gitar Menarik Dan Pelik


                                                                                                Gitar Pikasso

Memiliki 42 tali gitar dengan 3 gagang leher terinspirasi oleh karya - karya Pablo Picasso.


Gitar Skop




Sebuah skop telah diubah dan dirombak menjadi alat musik gitar yang menakjubkan.

Gitar Chrome



Gitar yang dipenuhi balutan crome di desain dengan pola ukiran tambahan yang rumit.

Gitar Ular



Gitar Neon



Gitar AK-47




Senapang mesin Kalashnikov berubah menjadi sebuah gitar elektrik.

Gitar Pedang




Menakjubkan, sebuah gitar sangat mirip dengan pedang yang bersayap.

Gitar PCB (Printed Circuit Board)



Gitar elektrik terbuat dari jeroan daur ulang MP3 player bekas.

Gitar Transparan



Gitar elektrik cangih memiliki desain transparan dibuat oleh desainer Fender GLASS.

Gitar Lipat




Gitar lentur dengan bagian leher gagang dapat dilipat dirancang oleh Daniel Mapp. 

Beyonce Memakai Baju Super Seksi Semasa Konsert Di Belgrade, Serbia.


Memetik theSun, Rabu (17/4) penyanyi lagu Crazy In Love, Beyonce tampil seksi saat menghibur warga Belgrade, Serbia.

Isteri rapper Jay-Z tersebut kelihatan seksi saat mengenakan kostum aneh di konsertnya. Kostum ketat berkilauan tersebut secara tak langsung membuatnya terlihat tampil bogel di atas pentas.

Bahkan, dengan kostum ketat dan bernuansa gelap keemasan membuat kontur lingkar payudara Beyonce kelihatan.

Tak hanya itu saja ia juga membuat replikasi puting payudara sehingga penonton sempat berfikir jika puting Beyonce keluar dari kostumnya. [mor]










Kerana Terlalu Kacak..3 Lelaki Ini Di Usir Dari Riyadh Arab Saudi



Riyadh: Gara-gara mempunyai wajah yang terlalu kacak, 3 orang pemuda Timur Tengah yang sedang melawat sebuah gerai di Festival Kebudayaan Timur Tengah Genaderia di ibu negara Arab Saudi dihantar pulang petugas. Ketiganya pun langsung di bawah keluar oleh polis Syariah Arab Saudi setibanya di arena festival yang digelar pada Minggu 14 April 2013.

"3 Pemuda Arab itu ditangkap kerana dianggap terlalu tampan. Polisi Syariah bimbang penampilan mereka boleh membuat wanita yang datang ke festival menyukai dan menggunjingkan mereka," tulis laman berita Arab Elaph yang juga diberitakan dari Bubble News.com Kamis (18/4/2013) 




Menurut media tersebut, ketiga pemuda tampan itu dihantar pulang dari Arab Saudi ke Abu Dhabi.

Insiden di sebuah gerai milik warga Arab Saudi itu juga tidak hanya melibatkan 3 pemuda kacak, tetapi juga melibatkan penyanyi wanita cantik dan terkenal di negara itu, aryam.

Aryam mengaku tidak berniat untuk menyanyi saat festival itu berlangsung, namun ia datang sebagai wakil penyanyi dari Abu Dhabi. "Aku mengunjungi pavilion Arab sebagai anggota delegasi. Aku berada di sana kira-kira 20 saat dan tidak berniat untuk menyanyi," kata aryam.


Walau bagaimanapun, wakil dari UAE dalam festival mengatakan kunjungan aryam tidak dirancang sama sekali.

"Murni kunjungan aryam di luar jadual, kerana jadual tidak termasuk dalam program yang kita serahkan kepada penganjur festival," kata Ketua delegasi UAE, Saeed Al Kaabi.

Saat ini Gabenor Riyadh telah memerintahkan penyiasatan kes tersebut. (Tn

Gambar-Gambar Lucu Dan Menarik Hasil Dari Tangkapan Kamera Google Street


Jangan kencing ditepi jalan jika foto memalukan anda tidak mahu tersebar didunia maya, agaknya ungkapan itu berasas, kenapa? Kamera Tekhnologi Google Street boleh jadi menangkap aksi memalukan anda di jalanan yang kemudian akan meraciknya untuk diterbitkan di dunia maya. Seperti foto-foto dibawah ini adalah merupakan tangkapan Google Street di UK dan Ireland, hasilnya terdiri dari berbagai macam aktiviti unik di dua negara tersebut yang dilakukan oleh warganya.