Pesan Roh Kepada Manusia

on Thursday, April 25, 2013





Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada
di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat
dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu
kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini
aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara
sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu
dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana
tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang
memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan
keluarnya roh". Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia
pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta
mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau
suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah
meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku
telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari
itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka
buat selama-lamanya". Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi
diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi
belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan:
"Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya
dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini
sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah
aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung
kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang
dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah.
Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun
tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu,
Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya
kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab:
"Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-
anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan
tidak pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga
dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi
mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di
hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak
lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun
kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada
matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat
ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya
melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula
sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut
n kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk
dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka
keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh
dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak
orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan
menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat
melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga,
maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana
sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail
A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan
sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di
neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya.
Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat
tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu
dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak
mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut
orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini
melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada
Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali
kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.
Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah
ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T.
maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi
keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-
anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu
untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan
sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu
pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari
arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut
juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini
Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah
dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu." Apabila gagal malaikat
maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari
arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun
berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa
mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut
orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata
mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat
beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan
Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian
AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak
tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat
perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan
AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T
maka keluarl! ah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Kerbau jantan dikahwinkan dengan lembu betina

on Wednesday, April 24, 2013


AYUTTHAYA, Thailand - Seekor kerbau jantan berumur 21 tahun, Yai Chai-Yuen dikahwinkan dengan lembu betina berusia lapan tahun, Thong-Kwao di sini semalam.

Beberapa penduduk menganjurkan majlis perkahwinan untuk kerbau jantan yang dianggap paling cantik di sini.

Lembu betina itu dicari oleh penduduk di sini selepas menimbangkan beberapa 'calon' lain.

Haiwan yang dipilih untuk menjadi pasangan Chai-Yuen itu berasal dari Ubon Ratchathan, timur laut Thailand yang terletak 600 kilometer dari sini.

Besarnya mesin ni!!!!!!!!

besar giler..........

Hakim yang jujur atau yang dah termalu?

Fined himself: Judge Raymond Voet. Photo: AP



Michigan, April 16 - Seorang hakim di Michigan, Amerika Syarikat mendenda dirinya sendiri $ US25 diatas kesalahan menghina mahkamah apabila talipon bimbitnya berbunyi ketika sedang mengetuai sidang mahkamah.

Ia menyatakan alat-alat elektronikmenyebabkan gangguan semasa sesi mahkamah akan menyebabkan pemilik yang dinamakandengan penghinaan.

Pada petang Jumaat, semasa penutuphujah pendakwa semasa perbicaraan juri, telefon pintar baru Voet mula mengeluarkan bunyi dimana dia merasa malu apabila perkara ini berlaku.


Sudahkah anda mencuba minum kopi tahi gajah?






Bagi mereka yang mempunyai hidung yang kuat menahan bau dan menyukai kopi, Thailand boleh menjadi destinasi ideal dimana anda boleh mencuba minum kopi yang dihasilkan daripada tahi gajah.

Gabungan Black Ivory, diperbuat daripada biji kopi dicerna dan dikeluarkan oleh gajah Thai, adalah diiktiraf campuran kopi yang paling sempurna.

Antara hotel yang menjual kopi tersebut iaitu Hotel Anantara, dan anda kena ingat ia tidaklah murah ini kerana harga kopi tersebut adalah US1100 sekilogram, menjadikan ia salah satu campuran yang paling mahal di dunia mengalahkan kopi musang yang dijual di New York yang berharga US748 sekilo.

Kajian menunjukkan bahawa semasa penghadaman enzim gajah memecahkan protein kopi.

Sumber

Miki Akama Gadis Berusia 12 Tahun Ini Bercinta Dengan Lelaki 24 Tahun

Miki Akama adalah seorang gadis berusia 12 tahun yang sudah terlibat dalam jalinan asmara dengan seorang lelaki 24 tahun bernama Zhang muyi. Miki adalah seorang model dan penyanyi cilik asal Kanada keturunan Jepun, ibunya adalah keturunan China Jerman.

Miki jatuh cinta kepada Zhang muyi dan merancang akan berkahwin ketika Miki berusia 16 tahun. Walaupun masih berusia 12 tahun perawakan Miki sudah seperti selayaknya gadis dewasa. Sementara itu Zhang muyi adalah seorang penyanyi pop asal China. Beberapa waktu yang lalu mereka memuat foto-foto mesranya di situs jejaring sosial, yang sontak menggegarkan dunia atas jalinan cinta mereka.







Rupa Budak Perempuan Lucy Pevensie Dalam Filem Narnia Sekarang

Pasti ramai yang tahu yang Georgie Henley, yang lebih dikenali sebagai Lucy Pevensie dalam filem-filem Narnia. Georgie adalah salah satu selebriti yang bermula dari kecil di dunia hiburan, jadi kami semua melihat ia berkembang. Imej-imej menunjukkan sebelum dan selepas kita boleh lihat berapa banyak telah berubah selama ini


 [Terkini] Berita paling BEST untuk Tweeps di mobile!.. Lihat Di SiNi

 [SOKONGAN DIPERLUKAN] Lebih 600,000 Rakyat Malaysia Telah Berikrar Lihat Di Sini