Ziela Jalil Berkempen Habis-habisan

on Thursday, April 25, 2013


KUALA LUMPUR, 25 SEPTEMBER 2013: Meskipun tidak bertanding untuk mana-mana parti politik atau kawasan, pelakon Ziela Jalil akui dia kini tetap berkempen habis-habisan untuk parti pilihannya iaitu Barisan Nasional (BN).

Ziela Jalil berkata sempena Pilihan Raya Umum yang ke 13 (PRU 13) ini, dia sedang aktif berkempen untuk Barisan Nasional sehingga ke luar Kuala Lumpur sebelum hari sebenar mengundi pada 5 Mei ini.
"Sekarang saya memang giat berkempen untuk Barisan Nasional kerana BN tetap di hati saya sejak dahulu, kini dan selamanya.

"Sekarang setiap minggu Sabtu dan Ahad, bermula minggu lalu saya sudah mengikut BN untuk berkempen bagi kawasan Bukit Antarabangsa.

"Pada 27 Arpil ini pula saya akan ke Bukit Katil, Melaka untuk membantu berkempen untuk pemimpin BN yang bertanding di sana iaitu Dato' Dr. Hassan Ali.

"Minggu hadapannya pula sebelum PRU 13 saya akan ke Permatang Pauh, Pulau Pinang untuk ikut berkempen di sana.

"Saya pergi atas jemputan BN dan saya tidak kisah untuk memberikan kerjasama dalam sama-sama berkempen kerana saya sayangkan kerajaan yang ada sekarang," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Sebagai golongan artis di Malaysia, Ziela Jalil memberitahu dia amat bersyukur dengan manifesto yang diberikan kepada penggiat seni tempatan.

"Saya rasa golongan artis di Malaysia sepatutnya perlu bersyukur kerana kerajaan telah banyak membantu dalam menyara hidup dalam bidang seni ini.

"Kami tiada KWSP seperti pekerja lain tetapi diberi kelebihan dan kemudahan lain untuk kami berupaya membeli rumah dan kereta sama seperti pekerja lain," jelasnya lagi.

Antara manifesto Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kepada golongan artis adalah Kad Diskaun Rakyat 1Malaysia (KDR1M). KD1M yang sebelum ini diwujudkan untuk polis, tentera dan persara kini juga boleh dimiliki oleh artis-artis tempatan yang berdaftar dibawah Persatuan Seniman mahupun di bawah persatuan berdaftar lain yang berkaitan dengan industri hiburan dan kreatif.

Pemberian tersebut merupakan salah satu daripada empat usul yang telah dibangkitkan oleh Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi yang mewakili para penggiat seni tempatan, dalam satu Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Ikon dan Penggiat Seni Tanah Air bertempat di Kompleks Sri Perdana, Putrajaya, 17 April lali.

Sumber

TANDA-TANDA ORANG MEMBELA HANTU RAYA - AWAS

Gambar Sekadar Hiasan
Seorang pendakwah bebas Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz berkata ada beberapa tanda boleh dikenal pasti bagi mana-mana individu yang membela hantu raya.


Antara tanda-tandnya ialah :
1. Takut bertentang mata bila bercakap
2. Gementar dan keluh kesah bila berjumpa orang alim
3. Hati sentiasa tidak tenang dan badan sentiasa berpeluh bila berada dalam majlis ilmu
4. Gemar makan bubur kacang merah dan suka jamu orang makan pada malam Jumaat
5. Walaupun usia lanjut tetapi memiliki tenaga luarbiasa bila melakukan kerja-kerja berat
6. Bila keluar rumah tidak akan beritahu kepada ahli keluarga terutama isteri
7. Kerap bawa berpuluh-puluh telur rebus kedalam hutan
8. Bila ada mesyuarat orang ramai akan patuh dan tunduk keputusannnya
9. Mempunyai tenaga seks luar biasa bila bejimak dengan isteri.
10. Kerap bersetubuh.

Ustaz Abu Bakar berkata undividu yang bersahabat dengan hantu raya memperolehi apa hajat dengan bantuan makhluk itu.

(sumber : mingguan warta perdana/jalanakhirat.wordpress.com/)

p/s -  Tujuan orang membela hantu raya, toyol, dan yang sewaktu dengannya adalah untuk meminta pertologan dari hantu aka Jin aka syaitan ini ( hukumnya haram, syirik dan berdosa besar) untuk mencuri duit (kaya), menyihir orang, melindung diri, kebal, kuat, cantik, pelaris, pengasih dll. Semua pertolongan jin ini bukan percuma, jin akan menuntut balasan kepada tuannya, apabila tuannya mati perjanjian syaitan tersebut ialah ianya penjaganya/tuan diwarisi kepada anak cucu dia. Inilah yang dinamakan saka. Saka inilah yang mendatangkan huru hara. Suami isteri bercerai, cepat naik angin, mengalami sakit misteri, dan kadang-kadang menjadi gila.

Walauapa hantu yang diaorang (orang2 yang menyimpang) guna kita sebagai manusia tak perlu takut. Cuma kena berhati-hati dan tahu cara nak mengatasinya. Kita boleh menakutkan hantu ni. Erti kata lain hantu yang takut kita. Amalan untuk menakutkan hantu ialah membaca ayatul  kursi, kalau tak hafal baca surah al Ikhlas, al Falak dan an Nas. Bacalah pagi dan petang. Kalau rumah berhantu atau orang kena rasuk bacakan ruqyah. Kalau susah baca pasangkan kat radio/cd perdengarkan rudyah kat mana hantu tu kacau. Baca/dengarkan bacaan cd kat air putih dan diberi minum orang yang kena rasuk, atau yang ada saka tadi. InsyaAllah hantu/jin itu lari dan kalau degil ia akan mati dengan izin Allah. 

 Bacaan ruqyah :

 

Kedua, Hantu aka jin syaitan suka menyakat, mengacau, merasuk orang yang kurang membaca Quran. Maksudnya orang yang tak sembahyang, tak baca quran memang lah menjadi kesukaan jin setan dan iblis ni. Dari itu, banyak2lah kita membaca ayat quran kerana jin setan hantu merasa panas apabila mendengar ayat-ayat Allah. Kepada Allah jua kita berlindung dari kejahatan jin syaitan dan manusia. WaAllahu'alam.

Norman Suka Tengok Memey Bertudung.


Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN

NORMAN mahu Memey memakai tudung kerana Allah, bukan atas desakan sesiapa.

PADA hari Ahad lalu pelakon Memey Suhaiza membuat kemunculan di khalayak ramai dengan tampil bertudung litup ketika menghadiri acara hari sukan anak tirinya, Mohamed Danish Hakim.

Beberapa keping gambarnya bertudung turut dimuat naik ke laman Instagram miliknya, sehingga ramai peminat yang menyangka bahawa isteri kepada pelakon Norman Hakim itu sudah mengikut jejak langkah beberapa artis yang kini sudah bertudung.

Bagaimanapun, Memey yang dihubungi Kosmo! baru-baru ini memberitahu, dia tidak mahu peminat salah sangka apabila menganggap dirinya kini sudah bertudung.

Sebaliknya, pelakon yang baru dikurniakan cahaya mata, Mohamed Darwisz Hakim itu menyatakan sehingga kini dia masih lagi belum bertudung sepenuhnya, tetapi masih dalam proses percubaan untuk memakai tudung.

Kosmo!: Bagaimanakah kehidupan Memey selepas bergelar ibu?

MEMEY: Ia merupakan satu perasaan yang sukar untuk diperkatakan, tetapi apabila dikurniakan cahaya mata sudah tentu ia menjadi pelengkap kepada kehidupan saya sebagai seorang isteri.

Setelah tamat berpantang pada awal April lalu, adakah anda sudah kembali berlakon?

Buat masa ini saya sedang menjalani penggambaran drama bersiri Roda-Roda KL. Namun begitu, setiap kali ke lokasi penggambaran, saya selalu berasa berat hati untuk berpisah seketika dengan anak kerana terlalu rindu. Sebenarnya, selepas melahirkan anak sudah banyak tawaran berlakon yang diterima, tetapi dalam tempoh sekarang ini saya terima tawaran yang memerlukan saya berlakon di sekitar Kuala Lumpur sahaja.

Bagaimanakah pula dengan anak apabila anda menjalani penggambaran?

Tanggungjawab menjaga anak saya serahkan segalanya kepada adik saya yang selama ini memang bekerja dengan saya. Cuma, saya telah memintanya supaya menjaga Darwisz di rumah sahaja.

Adakah suami tidak kisah apabila anda kembali aktif berlakon setelah memiliki cahaya mata?

Saya sangat beruntung kerana suami tidak pernah menghalang saya aktif berlakon semula. Dia cukup memahami minat saya yang mendalam terhadap dunia lakonan, namun dia tetap meletakkan syarat supaya kepentingan keluarga perlu lebih diutamakan berbanding kerjaya.

Baru-baru ini terdapat beberapa keping gambar yang memaparkan anda bertudung sewaktu muncul di khalayak ramai. Adakah sekarang ini anda sudah bertudung sepenuhnya?

Ketika ini saya masih lagi belum bertudung dan lakonan saya dalam Roda-Roda KL juga tidak menampilkan saya memakai tudung. Apa yang boleh dikatakan, saya masih lagi dalam proses belajar lagi. Kalau boleh saya tidak mahu peminat keliru dengan penampilan saya itu dan begitu mengharapkan doa daripada peminat agar pintu hati saya terbuka sepenuhnya untuk bertudung.

Apakah pandangan suami apabila melihat anda sudah mula berjinak-jinak untuk memakai tudung?

Sudah tentu suami merupakan orang yang paling gembira dan memberitahu dia memang suka lihat saya bertudung. Bagaimanapun, dia tidak memaksa saya dan berpesan supaya setiap perubahan yang dilakukannya itu mestilah niat kerana Allah tanpa paksaan daripada sesiapa.

Selamat Tinggal Barut Nangka!

**sekadar gambar hiasan

Memang tidak dinafikan setiap orang pasti berubah ke arah yang lebih baik apabila telah berkahwin dan lebih-lebih lagi apabila bergelar seorang ibu. Begitu juga dengan saya. Perubahan yang saya maksudkan adalah dari segi berpakaian.


Memang saya akui sebelum ini saya suka mengenakan baju yang mengikut bentuk badan singkat, ketat dan boleh diibaratkan seperti barut nangka. Kalau dah barut nangka maknanya akan tertonjollah benda-benda yang tak sepatutnya lebih-lebih lagi lemak tepu. ehehehehehehe
Itu dulu, zaman remaja muda belia. Apabila berkahwin, perasaan malu itu terbit dengan sendirinya. Suami saya jarang menegur apatah lagi memaksa saya untuk berubah penampilan. Cuma kalau boleh biarlah sopan dan manis dipandang katanya. Sejak saya berkahwin, sedikit demi sedikit baju-baju barut nangka saya terantai rapi di almari. Malah kesemua baju saya itu kini telah pun berpindah milik kepada anak saudara yang yang berusia 11 tahun.

Memandangkan saya telah menjadi seorang ibu, makanya saya harus menunjukkan contoh yang baik kepada anak saya. Oleh sebab itu sekarang saya suka mengenakan baju yang longgar dan juga labuh, jika boleh biarlah melepasi paras punggung. Lagi satu paling penting, baju yang senang untuk saya susukan zarin di mana-mana sahaja tanpa menampakkan sesuatu yang tidak sepatutnya.

Tambahan pula sekarang, pelbagai jenis, corak dan design blaus yang cantik-cantik di pasaran. Saya bukanlah mementingkan jenama, kalau sehelai baju itu cantik, menepati citarasa saya sudah pasti saya akan membelinya. Tak kisahlah sama ada murah atau mahal. Yang penting memenuhi ciri-ciri yang saya kehendaki.

Saya akui masih banyak yang perlu diperbaik dalam penampilan saya. Namun biarlah sedikit demi sedikit. Tidak terlalu drastik. Setiap wanita ingin tampil menawan dan sopan serta manis dipandang. Namun pada itu, saya cuba elakkan daripada memakai baju atau blaus yang nampak seperti 'makcik-makcik'-----> ayat suami saya..heheheh

Oleh itu, selamat tinggal barut nangka. Selamat datang si manis menawan :P

psssttt -----> kalau ada yang ingin berkongsi link baju-baju muslimah yang cantik-cantik dan vogue+hot sangat-sangatlah dialu-alukan...terima kasih :)

Selesema burung H7N9 merebak ke Taiwan




BEIJING 24 April 2013 - Pakar-pakar antarabangsa menyifatkan virus selesema burung H7N9 yang menjangkiti penduduk China sebagai antara virus influenza paling berbahaya setakat ini.

Perkembangan tersebut berlaku ketika kes pertama selesema burung H7N9 dikesan di Taiwan.

Sehingga kini, China telah mengesahkan sebanyak 108 kes dengan 22 kematian akibat jangkitan H7N9 sejak penyakit itu mula dikesan pada 31 Mac lalu.

"Ini merupakan antara virus influenza yang paling membawa maut setakat ini," kata pakar selesema Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Keiji Fukuda.

Menurutnya, virus tersebut sangat mudah merebak berbanding virus selesema burung H5N1. WHO setakat ini menyatakan, wabak maut itu berpunca daripada ternakan ayam, itik dan burung merpati yang dijangkiti virus H7N9.

Namun, agensi badan dunia itu tidak menolak potensi berlaku jangkitan daripada manusia kepada manusia.

Dalam pada itu, pihak berkuasa Taiwan memberitahu, seorang rakyatnya yang baru pulang bertugas di timur China telah dijangkiti virus maut tersebut.

Namun, kebanyakan kes H7N9 dilaporkan terhad di bandar raya Shanghai dan beberapa wilayah berhampiran di timur China.

Sumber

Sedih : Bapa bawa mayat anak dalam beg naik bas sebab tak mampu bayar van mayat


Seorang bapa di China telah ditahan atas tuduhan cuba menyeludup mayat anak perempuannya berusia dua tahun dalam sebuah beg menaiki bas selepas kanak-kanak itu mati. Yang Cheng, 35, dan  isterinya Lin Sun membawa mayat anak mereka dari rumah mayat di Hospital Hefei, di wilayah Anhui selepas memasukkannya ke dalam sebuah beg yang besar. Mereka kemudian pergi ke stesen bas tempatan di mana mereka cuba untuk menaiki bas dan kembali ke rumah mereka di Ququi.



Walaubagaimana pun, rancangan itu telah gagal apabila pengimbas keselamatan mengesan mayat kanak-kanak itu di dalam beg. Polis telah dipanggil dan Encik Yang telah disoal siasat. Dia memberitahu, mereka terpaksa melakukannya selepas menyedari bahawa mereka tidak mampu membayar van mayat. Lelaki itu akhirnya dibebaskan tanpa hukuman dan sebuah teksi swasta dibayar untuk dua jam perjalanan kembali ke rumah. Jurucakap polis berkata: "Ia adalah dilarang untuk membawa mayat dalam pengangkutan awam.




P/S - Patutnya, bagilah van mayat, ini bagi teksi swasta. Itukan pengangkutan awam juga.. huhu

HARGA PETROL DI INDONESIA NAIK 40%.


JAKARTA - Pemerintah Indonesia mengambil risiko kehilangan populariti menjelang pilihan raya 2014 berikutan rancangannya mahu mengurangkan subsidi minyak di negara berkenaan.

Sebelum ini pakar-pakar ekonomi bimbang subsidi harga minyak yang menelan lebih 16 peratus bajet negara akan menjejaskan ekonomi Indonesia.

Rancangan untuk menaikkan harga petrol dan diesel itu adalah yang pertama sejak lima tahun lalu.

Menteri Tenaga, Jero Wacik mengumumkan seminggu lalu bahawa pelan tersebut akan menyaksikan harga petrol untuk kereta persendirian meningkat lebih 40 peratus. 

Kenaikan itu akan mula berkuat kuasa pada bulan depan.

Harga petrol di Indonesia ketika ini kekal pada 4,500 rupiah (RM1.40) seliter atau separuh daripada harga pasaran semasa sekali gus antara yang termurah di Asia. Di bawah pelan baharu tersebut, harga petrol untuk kereta persendirian dijangka naik sekitar 6,500 rupiah (RM2.03) seliter.

Pemerintah Indonesia berharap dapat mengekang kemarahan rakyat dengan mengekalkan subsidi penuh petrol dan diesel untuk motosikal serta pengangkutan awam.

Namun, rancangan itu telah membangkitkan rasa tidak senang dalam kalangan 240 juta rakyat di negara itu.

"Masalahnya, jika harga minyak naik, harga barangan lain seperti daging dan gandum akan turut meningkat," kata seorang penjual mi di sini.

Subsidi minyak menjadi masalah kepada banyak negara di Asia termasuk India dan Malaysia yang berdepan tekanan untuk mengekalkan subsidi yang tinggi di sebalik kenaikan harga minyak global. 

Harga minyak mentah bagi penghantaran Jun 2013 jatuh 1 sen AS$89.18 (RM272.17) setong di Bursa Mercantile New York manakala di bursa hadapan ICE, London, minyak mentah Brent meningkat 62 sen untuk diniagakan pada harga AS$100.93 (RM308.03) setong.