Korban Bangunan Runtuh Di Bangladesh Meningkat 230 Orang.

on Friday, April 26, 2013


SAVAR, Bangladesh - Beribu-ribu orang kelihatan sayu sambil memerhatikan pasukan penyelamat mencari saudara-mara masing-masing yang masih terperangkap di bawah sebuah bangunan yang runtuh di sini kelmarin.

Sehingga semalam, jumlah mereka yang terkorban meningkat kepada 230 orang. Bangunan lapan tingkat tersebut, Plaza Rana, menempatkan beberapa premis perniagaan termasuk pasar raya dan kilang pakaian.

Angka korban besar tersebut ekoran pihak pengurusan kilang pakaian itu tidak menghiraukan kemunculan keretakan pada dinding bangunan beberapa jam sebelum bangunan itu runtuh.

Susulan kejadian itu kelmarin, beratus-ratus ribu pekerja keluar dari kilang mereka untuk memberi penghormatan kepada mangsa-mangsa yang terkorban.

Dalam pada itu, pasukan penyelamat masih bertungkus-lumus mengesan suara mangsa yang terperangkap di bawah timbunan runtuhan.

Namun, setakat semalam mereka hanya mengeluarkan sejumlah mayat mangsa insiden tersebut.

"Jumlah mayat yang ditemui kini 204 orang," kata pegawai kanan polis, Moshiuddowla Reza kepada AFP. Tambahnya, kebanyakan mayat yang ditarik keluar merupakan sebahagian daripada 3,000 orang pekerja perempuan di bangunan lapan tingkat berkenaan.

Kemalangan yang terjadi didakwa berpunca daripada masalah sistem keselamatan dan keadaan suasana tempat kerja kurang sempurna yang melanda industri tekstil Bangladesh. Bangladesh merupakan pengeksport pakaian kedua terbesar di dunia.

Pada November tahun lalu, 111 orang maut dalam kebakaran di sebuah kilang membuat pakaian untuk jenama Walmart dan beberapa label Barat di Dhaka.

Mangsa-mangsa yang terselamat mendakwa pintu kecemasan bangunan kilang berkenaan ditutup oleh pengurus kilang tersebut.

Video Pelajar Perempuan Bergusti Dalam Tandas

on Thursday, April 25, 2013


Video di bawah ini bukan membabitkan perbuatan buli tapi lebih kepada aksi ganas kedua pelajar perempuan terbabit saling membelasah antara satu sama lain sambil disaksikan tujuh hingga 10 pelajar perempuan lain di dalam tandas. 
Remaja yang menyaksikan aksi pergaduhan itu bukan saja tidak cuba meleraikannya, malah menghasut kedua-dua remaja itu terus bergaduh.

Punca pergaduhan tidak diketahui kerana audionya kurang jelas, bagaimanapun berdasarkan dialek percakapan, kumpulan pelajar itu dipercayai berasal dari negeri di Pantai Timur.

Di akhir klip itu, dua pelajar lain pula bergaduh dengan sorakan oleh 'penonton' di lokasi yang semakin riuh. 


Adakah Fazura Sedia Berkahwin Dengan Tengku Mahkota Johor?


mail+mengkarung

BERTEMU bintang Gol dan Gincu ini di majlis pelancaran sebagai duta terbaru Colgate adalah satu kesempatan untuk mencungkil rahsia hatinya yang sering dipendam.
Lebih-lebih lagi model jelita ini mengakui tidak suka berkongsi kisah peribadinya dengan umum.

Namun, apabila diaju pertanyaan, benarkah dia sudah berkahwin secara diam-diam, lantas empunya diri tersenyum dan tergelak.

Jelas pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin atau lebih dikenali sebagai Fazura ini, sememangnya sudah berniat untuk mengakhiri zaman solo apabila usianya mencecah 30 tahun.

"Ia bukan bermakna saya sudah berkahwin tetapi memang saya berazam untuk kahwin ketika berumur 30 tahun dan tahun ini genaplah angka tersebut," katanya.

Pun begitu, kata Fazura, dia berharap ianya menjadi kenyataan dan peminat juga mendoakan impiannya itu tercapai.

"Doakan yang terbaik untuk saya," kata pelakon filem Pisau Cukur ini.

Ditanya adakah dia akan terus aktif sekiranya sudah memegang status isteri, kata Fazura, dia harus mengotakan janji yang dibuat kepada ibunya sebelum ini iaitu akan meninggalkan dunia lakonan jika berkahwin nanti.

"Saya sudah berjanji dengan ibu akan berhenti berlakon jika berkahwin. Bagi saya inilah pengorbanan seorang isteri kepada suami," katanya.

Dalam pada itu jelas Fazura, sekiranya bakal suaminya seorang pelakon, lelaki itu juga perlu berhenti daripada bidang tersebut.

"Kami sama-sama perlu fokus kepada rumah tangga dan saya juga percaya bahawa ini adalah salah satu cara saya hormati dia," katanya yang tetap berhenti berlakon meskipun bakal suaminya itu ahli perniagaan atau sesiapa sahaja.

#Desas-desus mengatakan mereka sudah lama bersama....

Apa Perasaan Anda, Melihat Apa Yang Gorila Lakukan Pada Budak Ini?


Assalamualaikum w.b.t

Saya terbaca satu kejadian yang pernah berlaku pada 1996 di sebuah zoo tertutup di Brookfield, Illionis.  


Kejadian gempar waktu itu, bila seorang budak lelaki berusia 3 tahun terjatuh dari ketinggian hampir 5 kaki. Budak lelaki itu di percayai pengsan setelah memanjat pagar penghadang untuk melihat sekumpulan Gorila di zoo berkenaan.




Budak lelaki itu terjatuh ke dalam kawasan habitat Gorila yang besar dan ganas menyebabkan sekumpulan Gorila mula bertindak kecoh.


Ibu bapa budak lelaki itu, termasuklah pelawat-pelawat zoo tidak mampu berbuat apa-apa melainkan hanya menjerit cemas dari atas melihat budak lelaki itu di kerumuni sekumpulan haiwan.


Menariknya, seekor gorila betina yang di sahkan bernama Binti Jua menghampiri budak itu. Lalu membawa ke suatu sudut menjauhi gorila-gorila yang lain.



Korang boleh lihat video pendek kat bawah bagaimana. Binti sebenarnya menyelamatkan budak lelaki yang pengsan itu dari di ganggu. Binti siap mengaum marah lagi bila ada gorila-gorila lain yang cuba mendekati.

Gorilla saved the kid

Ia digambarkan seolah-olah sama seperti  sedang menjaga anaknya yang juga baru di lahirkan, Koola.


Akhirnya budak itu dapat di keluarkan oleh pekerja zoo dan di tahan di wad selama 4 hari. 

"Orang yang membuang anak di sifatkan sebagai sebagai haiwan"
*perumpamaan yang salah*


Nampaknya kena di gantikan perumpamaan yang lain pulak . Sedangkan haiwan liar macam gorila pun terserlah sifat penyayangnya.



Kalau dah bukan sifat manusia namanya...
Bukan jugak sifat haiwan...


Sifat apa lagi yang sesuai?



#Setiap Yang Bernyawa Itu Berhak Untuk Hidup



Wassalam

Gambar Presiden Jerman Di Baling Telur Oleh Rakyatnya


Inilah contoh pemimpin yang harus dicontohi oleh para pemimpin dunia. Presiden Jerman Christian Wulff walaupun dilempar telur oleh warganya tetap santai dan tidak menunjukan reaksi yang berlebihan. Presiden Jerman tersebut hanya berkata, saya senang bertentang muka dengan warga, meski harus kena balingan telur Christian Wulff merupakan Presiden Jerman termuda yang pernah menjadi presiden disana


Mash-up your own video, share it and WIN! cLick HERE

 [Terkini] Berita paling BEST untuk Tweeps di mobile!.. Lihat Di SiNi

 [SOKONGAN DIPERLUKAN] Lebih 600,000 Rakyat Malaysia Telah Berikrar Lihat Di Sini






Persatuan Orang Mati Ditubuhkan Di India.


Uttar Pradesh, India - Seorang petani Lal Bihari (lahir 1961) secara rasmi telah disahkan mati dari 1976 hingga 1994 angkara bapa saudaranya disebabkan harta.

Apabila Lal Bihari cuba untuk memohon pinjaman bank pada tahun 1976, dia diberitahu bahawa menurut rekod dia telah disahkan mati dan setelah disiasat beliau mendapat tahu Bapa saudaranya telah merasuahpegawai kerajaan untuk mendaftarkannya sebagai orang telah mati supaya dia akan mendapat pemilikan tanah Lal Bihari.

Selama 18 tahun beliau berjuang untuk membuktikan bahawa dia masih hidup dan beliau juga mengasaskan Persatuan Orang-Orang Mati di Azamgarh, Uttar Pradesh, India yang juga dikenali sebagai Mritak Sangh.

Persatuan yang mempunyai lebih 20,000 ahli diseluruh India itu telah mengesan sekurang-kurangnya 100 orang yang juga mempunyai masalah sepertinya dan mereka juga mendapat ancaman bunuh daripada pemilik-pemilik harta mereka yang dimiliki secara haram.

Pada tahun 2004, empat daripada ahli mereka telah berjaya mendapatkan semula ‘nyawa’ mereka daripada kerajaan India.

Pada tahun 2004 beliau menceburi bidang politik dan bertanding untuk kerusi di Parlimen Lal Ganj.


28 Tahun Sembunyi Dalam Hutan

Shoichi Yokoi
Shoichi Yokoi Seorang anggota tentera Jepun telah dikerah untuk dihantar ke Guam pada tahun 1941.

Setelah tentera Amerika menawan semula Guam, Yokoi yang takut ditangkap telah melarikan diri dan bersembunyi didalam hutan.

Pada bulan Januari 1974, Yokoi telah ditemui dibahagian terpencil di Guam oleh dua penduduk pulau itu.

Selama 28 tahun dia telah bersembunyi di dalam hutan dan mendiami salah sebuah gua di pulau tersebut.


“saya merasa malu bahawa saya masih hidup,” kata beliau apabila dibawa pulang ke Jepun dengan membawa selaras senapang yang sudah berkarat disisinya.