Ular ‘temani’ solat Isyak.

on Tuesday, May 7, 2013

gambar hiasan
Bagan serai: 06/05/2013 - “Saya hanya berserah kepada Allah SWT tidak dipatuk ular berbisa itu dan dapat menyempurnakan solat secepat mungkin,” kata Md Yassin Saari, 53, apabila seekor ular muncul ketika dia menunaikan solat Isyak di rumahnya, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.15 malam itu, dia menunaikan solat bersendirian di bilik utama di rumahnya di Parit Simpang Lima, Alor Pongsu, di sini, sebelum terkejut dengan kehadiran ular itu .

“Ketika itu, saya sedang tahayat akhir dan tiba-tiba perasan kehadiran ular itu yang tiba-tiba berada di sebelah kiri saya. “Saya yang ketakutan menyempurnakan solat tergesa-gesa kerana bimbang ular itu masuk dalam kain saya,” katanya.

Md Yasin berkata, selepas selesai mengerjakan solat, dia bersama anaknya berusaha menghalau ular berbisa itu keluar dari rumah kerana bimbang keselamatan mereka.

“Saya tidak tergerak hati membunuhnya kerana percaya ada hikmah di sebalik kehadirannya di sisi saya ketika menunaikan solat.

“Selepas mengusir ular itu keluar dari rumah, saya mengambil keputusan melepaskan dan membiarkannya menyusuri hutan berdekatan rumah saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

“Tuhan melindungi saya daripada dicederakan ular itu. Ini semua kuasa Allah,” katanya.

Luiz macam ‘angsa mati’ - Alex Ferguson.

 
London: Pengurus Manchester United Alex Ferguson mendakwa pemain pertahanan Chelsea dari Brazil David Luiz berlakon seperti ‘angsa mati’ dalam insiden yang menyebabkan pertahanan United Rafael da Silva dibuang padang pada pertemuan di Old Trafford, semalam.

United tumpas 0-1 kepada kelab dari London itu, keputusan yang mengukuhkan kedudukan Chelsea dalam kelompok empat pasukan teratas bagi meraih tiket ke Liga Juara-Juara musim depan jika mereka berjaya mengalahkan Tottenham Hotspur di laman sendiri esok.


Pengurus veteran United itu mengakui tidak mahu mempertikaikan mengenai keputusan perlawanan itu di mana mereka buat kali pertama gagal menjaringkan gol dalam perlawanan liga di gelanggang sendiri namun berang dengan insiden Rafael di buang padang.


Pemain Brazil itu melakukan kekasaran terhadap rakan senegaranya Luiz namun pemain pertahanan Chelsea itu dilihat tersenyum apabila terbaring di atas padang ketika pengadil Howard Webb melayangkan kad merah.

“Dia (Rafael) bertindak balas tapi Luiz jelas dua kali menyikunya sebelum berguling seperti angsa mahu mati dan itu yang menyebabkan pengadil percaya,” kata Ferguson. “Dia tersenyum. Ia sangat teruk, adakah itu tindakan seorang pemain profesional? “Pengadil melihat Luiz berguling. Tapi sama ada beliau terpengaruh dengan tindakan itu, saya tidak pasti.

“Apabila pemain bertindak balas, dia pasti akan dihukum. Anda boleh lihat pemain Eropah, pemain luar dan Amerika Selatan bertindak seperti ini.

“Dia (Rafael) disiku dan bertindak balas. Biasanya pemain yang bertindak balas akan dikenakan hukuman lebih berat tapi Luiz dengan jelas menyikunya sebanyak dua kali.

“Apa yang dilakukan itu sesuatu yang teruk, dia pemain muda dan seharusnya lebih tahu. Saya tidak menganggap ia satu keganasan. Pengadil tidak melihat insiden itu tapi saya fikir dia terpengaruh selepas melihat Luiz berguling di atas padang sebelum mengeluarkan kad merah.”

Zikir munajat (Ku Bisikkan Kerinduan) Ustaz Ahmad Shazili - Video


Zikir munajat (Ku Bisikkan Kerinduan) Ustaz Ahmad Shazili,
Bekas Imam Masjid As Syakirin, KLCC.

- VIDEO -

Al-Mas'udi Tokoh Saintis Islam.

Ramai masyarakat Islam kurang menyedari peranan yang di mainkan oleh tokoh-tokoh Islam berbanding dengan tokoh-tokoh sains barat. Adakalanya kita hilang pertimbangan sehingga mengagong-agongkan ahli sains barat, sedangkan kita mempunyai ramai ahli sains yang mencetus idea pembangunan tamadun ummah.

Tokoh saintis Islam yang pertama dipaparkan ialah Al-Mas’udi atau Abu al-Hassan 'Ali b. Husayn b. 'Ali al – Mas'udi dan akan diikuti tokoh-tokoh Islam yang lain selepas posting pertama ini.

AL-MAS'UDI

Abu al – Hassan 'Ali b. Husayn b. 'Ali al – Mas'udi atau Abu Hassan 'Ali b. al – Hasyn b. 'Abdullah al – Mas'udi. Beliau dilahirkan di kota Baghdad Iraq pada akhir abad ke – 9M. Berdasarkan buku yang berjudul al – Mas'udi and His World, beliau dilahirkan pada tahun 283H / 895M. Pada tahun 345H / 956M beliau beliau berusia 20 tahun.

SUMBANGAN AL-MAS'UDI

1. Bidang Ilmu Geografi
Menggabungkan geografi dengan disiplin sejarah untuk menjadikannya lebih menarik iaitu membuat gambaran tentang gempa bumi, perairan laut mati, dan tajuk-tajuk geologi yang lain.

Pertama kali beliau menyebut tentang kincir air di Sijistan yang menjadi penemuan baru bagi orang Islam.

Menyokong Teori Determinisme Alam Sekitar dengan menganggap bahawa faktor persekitaran  iaitu iklim yang dipengaruhi oleh planet mempunyai pengaruh yang rapat dengan sikap manusia. Contohnya :

i. Beliau berpendapat bahawa iklim pertama dipengaruhi oleh venus ( Status), iklim kedua dipengaruhi oleh Zuhal ( Jupiter ), dan iklim ketujuh dipengaruhi   oleh bulan.

ii. Matahari dan bulan dikaitkan dengan nasib atau jalan hidup orang dari Utara yang menyebabkan mereka berbakat tinggi dalam peperangan. Manakala orang   di Selatan memiliki sifat lebih tafakur.

iii. Terdapat pembahagian dunia kepada dua iaitu bahagian Barat yang mempunyai garis lintang tinggi, dipengaruhi oleh bulan maka penduduknya dikatakan panjang umur. Manakala bahagian Timur mempunyai garis lintang pertengahan.

Beliau juga cuba menerangkan kaitan antara faktor-faktor " Di Bumi Nyata " dengan sikap dan kehidupan manusia. Menbuat kajian tentang tanah fay dan mengkaji perbezaan aspek wilayahnya.

Mengkaji flora dan fauna yang terdapat di India iaitu berhampiran tepi laut Combay. Contoh kajiannya iaitu gajah, burung kakak tua, burung merak, buah oren, kelapa, dan sebagainya.

2.Bidang Ilmu Pelayaran
Beliau membuat catatan penting terhadap peristiwa pelayaran dan pada masa yang sama memberi sumbangan yang amat besar dalam ilmu pelayaran Islam.
Beliau dapat menyelesaikan masalah yang timbul di kalangan pelaut dan ahli pelayaran yang keliru tentang nama-nama sungai yang mereka lalui semasa pelayaran dijalankan.

Contohnya :

i. Beliau membuat gambaran yang jelas tentang laluan dari Teluk Parsi ke laut China.

ii. Penemuan sungai pertama iaitu Bahr al-Fars atau Khasybah al-Basrah.

iii. Penamuan bandar-bandar lama di pesisiran pantai Gujerat dan Konkan.

Beliau juga menjelaskan keadaan, lokasi serta aktiviti perdagangan bagi masyarakat dan pedagang di India setelah beliau tiba pada tahun 303H.Beliau menerangkan kepada  ahli pelaut yang mengatakan setiap laut itu berasingan, dengan penjelasannya bahawa lautan merupakan satu kumpulan air besar yang bersambung antara satu sama lain. Sebagai contoh: laut Hindi, laut China, laut Parsi, laut Rom,dan laut Syiria adalah tidak berasingan.

Beliau berjaya menyelesaikan kekeliruan yang dihadapi oleh pelaut Arab tentang dua laluan laut dari Eropah ke Sepanyol iaitu Britain dan Ireland melalui lautan Atlantik dan dari Rusia melalui Laut Hitam, Dardeneller dan laut Mediterranean. Hasil sil kajian yang beliau lakukan bahawa laut Kaspia tidak bersambung dengan laut Hitam.

Beliau juga berpendapat bahawa jarak antara benua Eropah dan China adalah setengah lingkungan bumi.

Isteri Lupa Beli Kueh Koci, Suami Nekad Bunuh Diri (Video).

on Monday, May 6, 2013

Akibat terlalu marah kerana isterinya terlupa membeli kueh koci, seorang lelaki nekad membunuh diri kerana menyangka isterinya tidak sayangkannya lagi......... saksikan video yang mengerikan ini.


Catarina Migliorini Mahasiswi Brazil Jual Dara Keperawanannya Untuk Bantu Orang Miskin

 Anda tentunya masih ingat berita yang beredar luas di media massa tentang seorang remaja berusia 20 tahun melelong keperawananya untuk membantu masyarakat miskin di Brazil? ya, Catarina Migliorini seorang gadis berumur 20 tahun sekaligus mahasiswa jurusan pendidikan jasmani di salah satu universiti di Brazil.

Sebelumnya Katarina dikhabarkan melelong keperawananya di salah satu laman web. Ia melelong keperawanannya untuk membantu masyarakat miskin di salah satu kota di Brazil.

Seorang lelaki Jepun bernama Natsu menjadi salah satu calon kuat untuk mendapatkan keperawanan Catarina. Ia bersaing dengan beberapa lelaki Amerika. Natsu secara mengejutkan menjadi penawar tertinggi keperawanan Catarina sebanyak $ 780,000, dan ia menjadi calon terkuat untuk mendapatkan Catarina.

Sebenarnya langkah catarina mendapat kecaman besar dari pelbagai pihak di seluruh dunia, khususnya para wanita. Mereka menganggap Catarina tak jauh beda dengan Pelacur. Namun Catarina menepis tanggapan tersebut dengan menjawab "Jika anda melakukan sekali dalam seumur hidup maka anda bukanlah pelacur, sama seprti jika anda mem foto satu foto menakjubkan dan hasilnya bagus, anda belum boleh dikatakan jurugambar".

Catarina sendiri akan dijumpai dengan pembelinya (Natsu) setelah ia menjalani ujian bahawa ia dinyatakan masih perawan dan belum pernah berhubungan seksual dengan sesiapa. Sebaliknya Catarina meminta si pembeli dirinya, supaya ketika melakukan hubungan tetap memakai alat kontrasepsi supaya tidak ada penyakit berjangkit, dan si pembeli memeriksakan dirinya tidak mengidap penyakit berjangkit.

Video Gwiyomi Siti Nurhaliza dan Umairah


Sekarang video Gwiyomi sudah menjadi trend di media sosial.Ramai yang telah menghasilkan video Gwiyomi mereka sendiri bahkan terdapat juga beberapa artis Malaysia yang melakukan perkara yang sama termasuklah penyanyi nombor satu negara iaitu Siti Nurhaliza.

Di bawah ini ialah video Gwiyomi Siti Nurhaliza dan Umairah.Video Gwiyomi Siti Nurhaliza ini diupload sendiri oleh beliau ke akaun Keek (www.keek.com) miliknya.