Bili: Enam pelajar wanita ditangkap

on Tuesday, May 7, 2013



Buli: Enam pelajar wanita ditangkap | Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui laman facebook rasmi menerima banyak kiriman video klip yang memaparkan seorang remaja perempuan dipercayai pelajar sekolah menengah dibuli oleh enam remaja perempuan lain baru-baru ini.

Hasil semakan polis mendapati kejadian buli berkenaan berlaku di Kota Tinggi, Johor pada Januari lepas dan telah berjaya diselesaikan.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Mohd Nor Bin Rashid berkata, enam remaja perempuan berumur di antara 15 hingga 16 tahun telah ditangkap berhubung kejadian buli terhadap pelajar perempuan berusia 14 tahun berkenaan.

“Pelajar yang ditangkap telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM500 dan dibayar kepada mangsa selain diikat jamin berkelakuan baik selama tiga tahun serta dikehendaki melapor diri kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setiap bulan selama dua tahun,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 509, Kanun Keseksaan iaitu menggunakan perkataan yang memalukan seorang wanita.

Kes buli berkenaan menjadi perhatian ramai selepas rakaman video insiden itu disebarkan dalam laman sosial Facebook selain laman perkongsian video Youtube sehingga mendapat komen negatif pelbagai pihak yang kesal dengan kejadian itu.

Gabenor Jakarta, Joko Widodo serah gitar dihadiah kumpulan Metallica kepada KPK.


Joko Widodo dan gitar bass pemberian basis Metallica, Robert Trujillo
(Foto: merdeka.com)
Jakarta: Gabenor Jakarta Joko Widodo semalam melapor dan menyerahkan sebuah gitar diberikan kepadanya oleh kumpulan heavy metal Amerika, Metallica kepada Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) bagi mengelak sebarang pelanggaran undang-undang rasuah.

Robert Trujillo
Pemain bass Metallica, Robert Trujillo memberikan gitar Ibanez kepadanya menerusi penganjur Jonathan Liu yang merancang mengadakan konsert Metallica di Jakarta tahun ini.

Wartawan sedang bertanyakan gitar Robert Trujillo yang dihadiahklan kepada Gabenor Jakarta - Foto: tribun.news.com 
Trujillo menulis mesej peribadi di gitar itu mengatakan “Balasan pemberian kepada Jokowi! Selamat bermain gitar bass yang hebat ini”.

Jokowi (gambar) menafikan gitar itu diberikan kepadanya sebagai ganjaran terhadap pengeluaran permit konsert.

“Ia seperti apabila seorang pemimpin negara lain datang membuat lawatan dan memberikan saya cenderahati. Semua konsert yang baik patut diluluskan...mengapa tidak?,” katanya.

Pengadil Mati Akibat Ditumbuk Pemain Remaja.


Murray (Utah) 06/05/2013 : Seorang pengadil bola sepak liga rekreasi yang cedera parah dan koma selepas ditumbuk seorang pemain remaja mati awal semalam.


Ricardo Portilli, 46, meninggal dunia di hospital tempat dia dirawat berikutan diserang ketika perlawanan bola sepak hujung minggu lalu, kata jurucakap polis, Justin Hoyal.

Polis mendakwa pemain berusia 17 tahun itu menumbuk Portillo selepas dia melayangkan kad kuning kepada pemain itu kerana bermain kasar.

“Suspek berada dekat dengan Portillo dan menumbuk mukanya ekoran tindakan pengadil itu,” katanya dalam sidang akhbar.

Remaja itu diletakkan dalam tahanan juvana atas tuduhan melakukan serangan berat.

Sumber 

Habis Duit RM306,368 Sebab Nak Jadi Macam Anak Patung.



Tokyo: Seorang wanita Jepun menjalani transformasi fizikal yang mengejutkan selepas menjalani 30 pembedahan kosmetik dengan kos 10 juta yen (RM306,368).


Wanita itu yang juga seorang model dikenali sebagai Vanilla Chamu berkata, dia berhasrat untuk menjalani pembedahan hingga mencapai matlamat yang diidamkan - seperti anak patung Perancis.


Foto Vanilla sebelum prosedur pertamanya mendedahkan wajah biasa remaja Jepun itu hampir tidak dapat dikenali berbanding penampilan ala wanita Barat yang dimilikinya sekarang. Sesetengah pembedahan plastik, termasuk pembedahan kelopak mata dan hidung semakin popular di kalangan wanita Asia yang ingin kelihatan seperti wanita Barat.

Vanilla tidak disangkal lagi telah menjalani rawatan itu, tetapi senarai panjang prosedur dijalani turut termasuk penyedutan lemak, implan bulu mata, pembentukan lekuk di dagu dan implan payudara, lapor BuzzFeed.

Bagaimanapun, penampilannya itu tidak mencukupi buat Vanilla dalam usahanya untuk menjadi anak patung Perancis hidup yang sempurna.

Malah, baru-baru ini dia menjalani implan pembesaran payudara dan prosedur seterusnya yang lebih ekstrim ialah dia bercadang untuk menjalani pembedahan menambah ketinggian.

Vanilla menjalani pembedahan plastik yang pertama ketika berusia 19 tahun dan merahsiakan usia sebenarnya. Dia sudah menjadi sebagai selebriti di tanah airnya, membuat penampilan di televisyen tidak terkira banyaknya dan melancarkan karier sebagai bintang pop.


Mahgribi Dicengkam Skandal Daging Anjing.


Rabat 06/05/2013: Pihak berkuasa Maghribi melancarkan siasatan berhubung perdagangan daging anjing secara haram selepas 37 bangkai haiwan itu ditemui di dalam van seorang tukang sembelih.
Polis menemui bangkai berkenaan selepas menahannya di tengah Casablanca kerana kesalahan trafik. Pemandu itu memberitahu polis, dia bercadang menjual bangkai itu di restoran di kawasan kediaman penduduk miskin bandar itu, tempat daging anjing berkenaan biasanya dibuat sosej.
Memelihara anjing dan memakan dagingnya menjadi isu kontroversi di Maghribi, negara yang majoriti penduduknya beragama Islam, sejak beberapa tahun lalu. Seorang pemilik restoran dipenjara enam tahun pada 2009 selepas didapati bersalah menyajikan daging anjing yang didakwanya daging lembu.

Morocco In Grip Of DOG MEAT Scandal After Police Find Carcasses Of Pets Destined For Restaurants.


  • Police in Casablanca find 37 dog carcasses in back of butcher's van 
  • Man said they were destined for restaurants in poor parts of city
  • Investigation into illegal trade of dog meat launched


Authorities in Morocco have launched an investigation into the illegal trade of dog meat after 37 carcasses were discovered in the back of a butcher's van.

A man was arrested in the centre of Casablanca after his Honda vehicle was pulled over for a routine traffic offence, it was reported.

Officers decided to search the car and found the dog carcasses in the back.

The driver told police he planned to sell them to restaurants in the poorer areas of the city where they would most likely be used in sausages.

Police have now launched an investigation into the discovery of the dog corpses which they say were 'slaughtered, skinned and prepared for processing into sausages'.

Dog ownership and consumption has been a controversial topic in Morocco, a strictly Islamic country, in recent years.

In January 2009, a restaurant owner in Casablanca was jailed for six years for selling dog meat presented as beef to his customers.

During the investigation, the man confessed to preparing the dog meat with chemicals to mask the smell and colour of it.

His four accomplices were sentenced to between eight months and four years in prison. 

Islamic traditionalists have also been known to poison large numbers of stray dogs because they view them as 'unclean animals'.

Helah Upah Kupas Bawang Warga Emas Ditipu RM6,000.

Raub: Seorang wanita sanggup mempergunakan anak gadisnya sendiri untuk menjalankan kegiatan penipuan, tetapi malang kerana kedua-dua mereka diberkas polis kerana menipu empat warga emas mengakibatkan kerugian RM6,000 di Kampung Sri Jaya, Ulu Gali, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, wanita berusia 40 tahun dan anak perempuannya berusia 18 tahun, diberkas sepasukan anggota polis ketika berada dalam kereta Perodua Alza yang disewa di Kuala Lumpur.

Sebelum kejadian, wanita terbabit ke Kuala Lumpur bersama anaknya dan menyewa kenderaan di sebuah syarikat agensi kereta sewa lalu memandunya ke Bentong.

Ketua Polis Daerah Raub Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, di Bentong, wanita itu dikatakan menyamar sebagai ejen mencari pekerja sambilan dan membuat tawaran pekerjaan kepada seorang suri rumah berusia 40 tahun yang ditemui di bandar Bentong.

Menurutnya, siasatan mendapati ketika berbincang mengenai pekerjaan ditawarkan, wanita terbabit menawarkan gaji RM8 sehari untuk mengupas sekilogram bawang dan RM450 sebulan untuk mengasingkan sekilogram ikan bilis.

Katanya, mangsa yang berminat bekerja secara sambilan, dibawa suspek untuk menjalani pemeriksaan kesihatan di Bentong.

“Ketika mangsa melakukan pemeriksaan, suspek mengambil kesempatan melarikan beg wanita itu dan memecut kenderaan sewanya menghala ke Raub.

“Tiba di Raub, wanita terbabit bersama anaknya ke Kampung Sri Jaya, Ulu Gali, sebelum berhenti di depan sebuah rumah didiami seorang wanita warga emas berusia 60 tahun,” katanya.

Menurutnya, wanita terbabit dikatakan menggunakan taktik sama untuk menipu mangsa sehingga meyakinkan warga emas berkenaan yang kemudian mengajak dua lagi rakannya, juga warga emas berusia 70-an untuk bekerja sambilan.

Katanya, terbabit membawa semua mereka menjalani pemeriksaan kesihatan di sebuah klinik di bandar ini dan sekali lagi mengambil kesempatan melarikan diri bersama beg mangsanya ketika semua mangsa melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik berkenaan.

Menurutnya, tiga warga emas terbabit membuat laporan di balai polis berhampiran dan melalui pengecaman nombor pendaftaran kereta dipandu suspek, polis menahannya pada jam 5.25 petang ketika sedang meronda di bandar ini sebelum dibawa ke Balai Polis Raub.

“Suspek turut mengaku menipu seorang suri rumah di Bentong dan mendakwa anak gadisnya hanya duduk di dalam kenderaan ketika dia menipu semua mangsa,” katanya.

Menurutnya, wanita terbabit yang mempunyai enam rekod jenayah, diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong untuk siasatan kes penipuan pertama dilakukannya di bandar itu.

Katanya, bagi kes di Raub, wanita itu akan ditahan reman empat hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.