Mesti Baca!! Gelagat Orang Muda Baru Kahwin Yang Boleh Buat Anda Ketawa

on Thursday, May 9, 2013



Mesti Baca!! Gelagat Orang Muda Baru Kahwin Yang Boleh Buat Anda Ketawa | Bila aku teringat balik cerita ni, aku mesti tergelak sorang-sorang.

Alkisahnya, aku ni ditakdirkanlah kahwin dengan sorang mamat nih.

Entah dari mana la datangnya.

Mak aku yang suruh, dia kata budak ni baik la, alim la pandai la.

Lepas tu terus kami kahwin.


Masa first time kahwin tu, memang kucar-kacir jugak la rumah tangga kami.

Dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati.

Eiiiii… geramnya aku!!!

Mana taknya, aku basuh baju dia sekali la dengan baju aku.

Then lepas basuh nak dijadikan cerita, ada lah pulak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku.

Haihhh… memang sakit hati.

Baju baru kot, mahal lagi!!!

Then bila aku tanya dia, kenapalah tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna.

Dengan slumber dia kata.. ”Lah… awat tak tanya…”

Eiii… geramnya aku!!!

Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pergi shopping.

Ok, fine. Aku ikut je la. Weekend la katakan.

Lepas tu nak jadikan cerita, dia punyalah excited nak pergi shopping sampai aku kalih-kalih belakang.. dia hilang!!..

Aku cari gak dekat-dekat area situ kot2 ada tapi memang hampeh.

Aku try call, tak angkat. Call lagi pun tak angkat. Huhh. Tension betul!

Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta je.

Seminit… lepas tu dua minit… lepas tu…. SEJAM KOT!!

Huhh. Memang sakit hati betul!!

Then bila dia sampai dekat kereta, aku tanya, pergi mana?

Kenapa call tak angkat??!!

Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab.. “Lah.. gi shopping la sayang…

Owh, awak ada call ekk?? Alah, lupa nak bagi tau, terlupa bawa handset… hehe..

” Eiiii… geramnya aku!!!!

Seminggu lepas tu dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili api.

Ok fine. Aku masak je.

Tapi memang la aku ni tak la pandai masak sangat tapi bolehlah kalau setakat nak makan kan.

Aku hidang bagi dia makan.

Masa first time dia suap kat mulut tu aku bajet dia nak kata apa-apa.

Tapi dia diam.

Memang tak kata apa-apa pun sampai dia habis makan.

Habis makan pun tak kata apa.

Aku pun confius.

Dia ni takde respons. Sedap ke tak??

Ehmmm.. kalau ikut aku la, aku rasa ok je lah.

Tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa..

Huhhh….. Esoknya, time aku on the way nak balik dari tempat kerja, kereta aku plak buat hal.

Tak boleh start. Panik gak la aku time tu.

Malam dah ni, nak masuk Isyak dah. Haihh…

Time aku balik kerja lewat-lewat lah kereta nak buat hal.

Then, aku call dia.

Yang aku tak boleh tahan tu....

Dia dengan slumber kata.. “Lah awat la call saya… call la mekanik… ingat call saya kereta awak boleh jalan ke??….

” Eiii… geramnya aku!!!

Tapi dia datang jugak lepas tu.

Ada lah dia check apa entah kat depan but tuh.

Dan lepas start terus boleh…

Hmmm.. dalam hati aku kata, “Boleh la jugak mamat ni nak diharap. Mekanik kecil-kecilan, janji free”…

Satu hari, dia ada bagitau yang dia kena pergi outstation kat overseas.

Dia kata pergi sekejap je.

2 MINGGU!! Hmm… aku memang no komen lah.

Dia nak pi buat keja dia.

Takkan nak kata tak boleh kot.

Kerja arkitek biasalah. Busy la kot.

Tapi memang agak sakit hati jugak lah.

Boleh dia lesap macam tu je.

Lepas-lepas naik flight, kot2 la dia nak call bagitau dah sampai ke, ada kat mana ke.

Tapi memang hampeh!!.

Langsung dia tak call!!

Kot2 la nak bagi emel ke tapi memang tak de.

Kosong inbox!!

Eiii… geramnya aku!!!

Pagi tu aku basuh baju.

Ok sekarang aku dah tau dah baju mana yang turun warna.

Aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh.

Sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tu.

Jeng Jeng Jeng.......

Huishh siap dengan surat lagi.

Suratnya berbunyi begini:

Kehadapan isteriku yang tersayang...

Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa.

Jangan marah-marah ek.. hehe..

Saya bukannya apa, saja tulih surat nih..

Bosan… Tak tau nak buat apa… hihi

Pertama sekali saya nak bagi tau lah.

Mungkin awak tak kenal saya tapi saya kenal je awak.

Sejak awak darjah 6 lagi kot!! Haha..

Eh...awak tak ingat ke anak Pak Mail kawan ayah awak yang datang beraya kat umah awak time tuh??!!

Masa tu saya nampak awak duk main masak-masak kat belakang umah… hahaha…

Memang lucu sangat. Saya nampak awak macam ‘anak patung’.

Comel sangat… Iskk..

Awak ni.. tak perasan ke??

Keduanya, sorry la pasal hal shopping tuh.

Memang saja je saya tak mau bawa handset time tuh… hihi..

Takut terkantoi.

Ye la saya pi cari baju awak kot!!

Ingat baju yang awak kata terkena warna tuh??

Huh… memang tension.

Susah betul nak cari.

Memang patut la mahal dan memang patut la awak bengang satu hari… hihi…

Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak… hmm…

Mesti awak bengang kan sebab saya takde respons… huhu…

Sebab SEDAPPPP SAAANGAT sampai saya jadi tak terkata.

Eh, saya makan dalam masa 5 minit je kot.

Ikut jam dinding kat rumah kita.

Iskk..awak ni.. tak perasan ke??

Keempatnya time keta awak rosak… hmm.

Awak tau tak saya CANCELLLL appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pergi kat awak??!!

Lepas-lepas tu jenuh saya nak pujuk diorang balik.

Tau tak saya langgar semua traffic light merah!!

Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak??

Iskk..awak ni.. tak perasan ke??

Tapi lepas saya tahu saya kena pergi outstation kt overseas.

Saya lagi seronok.

Happy gile sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan2??

Saya memang saja je tak call awak…hihi…

Tapi saya ok je.

Saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih…

“Wow, look at the Eiffel Tower!! Fuyoo!!! Cantik kot!! “

Hahahahahaaaaaaaa..jangan jeles..(^-^)

Last but not least.

Awak… awak jangan nakal-nakal ekk…sebab saya saaaaayang awak…

p/s: Try tengok sama tak dengan baju awak yang rosak hari tu “bungkusan” ni… hihi

Love,

Suamimu.......



Biar Betik!! Anjing Ini Mampu Memadu Dan Akan Menjalani Ujian Memandu



Biar Betik!! Anjing Ini Mampu Memadu Dan Akan Menjalani Ujian Memandu | Apabila Anjing Pun Pandai Memandu ! Aduhh pelik sungguh idea manusia sekarang apabila anjing pun nak diajar memandu, di New Zealand beberapa ekor anjing telah diajar memandu memandu kereta dengan memusingkan stereng, menekan brek dan pedal minyak.

Menurut info kosmo, buat masa ini, hanya tiga ekor anjing yang bernama Porter, Monty dan Ginny dilatih selama dua bulan oleh pelatih haiwan, Mark Vette sedang diajar memandu kereta!

Difahamkan, projek tersebut dilaksakan kerana mahu meningkatkan pengambilan anjing oleh orang ramai dari pusat perlindungan haiwan untuk dipulihara

Anjing itu dilatih memandu dengan menggunakan sebuah 'kereta beroda' kecil yang mengandungi tempat duduk, stereng dan papan pemuka dengan memakai abah-abah keselamatan, memusingkan stereng, menekan brek dan minyak.

Papan pemuka 'kereta' itu dicipta khas supaya ia mempunyai pedal brek dan minyak.

Anjing-anjing tersebut akan menjalani 'ujian memandu' yang akan disiarkan secara langsung menerusi televisyen di negara ini pada Isnin ini.

Apabila pengantin bergambar 'planking' atas katil

on Wednesday, May 8, 2013

Kalau korang nak xbergambar macam ni?huhu. .





(12 GAMBAR) Ella Tunaikan Umrah Bersama Keluarga Tercinta

Pada tarikh 21 April lalu, ratu rock negara, Ella bersama suami dan keluarga tercintanya telah berangkat ke kota suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah.


Pelantun lagu Sembilu ini sempat merakamkan gambar-gambar sewaktu berada di sana dan dimuat naik melalui akaun Instagram masing-masing.
Jojie turut menulis, hatinya merasa sungguh tenang tatkala menjejakkan kaki ke dalam Masjid Nabawi, Madinah ketika ingin menunaikan solat Asar di sana.
“Asar di Masjid Nabawi, Madinah yg INDAH sungguh! Subhanallah.. Hatiku tenang.. Alhamdulillah,” tulis Jojie.
Buat tatapan peminat Ella, dibawah kami sertakan gambar-gambar beliau bersama keluarga tercinta di kota suci Mekah. SUMBER

Panas! Jimmy Shanley Akan Sumbat Bekas Isteri Ke Penjara

Pelakon dan pengacara Jimmy Shanley menfailkan permohonan untuk mendapatkan perintah komital bagi memenjarakan bekas isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimi atas dakwaan ingkar terhadap perintah mahkamah berhubung hak penjagaan anak mereka, Zahrah Rania.


Akhbar Kosmo! melaporkan Jimmy atau nama sebenarnya Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 32, menfailkan permohonan itu melalui peguam syarie, Mohd Noor Azian Md. Idrus di kaunter Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada Selasa.
Mahkamah Tinggi pada 8 April lalu memutuskan Jimmy diberi hak lawatan dan bermalam selama tiga hari setiap minggu dengan anaknya.
Jimmy bagaimanapun memberitahu masih gagal mendapat hak tersebut dan kecewa apabila tiga kali cubaannya mengambil anak tunggalnya itu untuk bermalam bersama tidak mendapat kerjasama daripada Nursuhaila.
“Apabila saya hendak ambil anak ada sahaja alasan yang diberikan oleh bekas isteri termasuk alasan berada di luar negara.
“Saya juga telah membuat tiga laporan polis berhubung perkara itu,” katanya.
Mohd Noor Azian turut memberitahu, Nursuhaila telah menfailkan permohonan untuk menggantung perintah mahkamah dan kes itu akan disebut pada Khamis (esok).
Pada 8 April lalu, Hakim Syarie Mawardi Che Man membuat keputusan memberikan hak penjagaan penuh anak perempuan tunggal mereka itu kepada Nursuhaila.
Nursuhaila selaku plaintif memfailkan hadanah (hak jagaan anak) pada 18 Oktober 2011 namun Jimmy mengemukakan bantahan berhubung kelayakan bekas isterinya itu untuk menjaga anak mereka.
Jimmy dan Nursuhaila telah mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2010 di kediaman keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh.
Kedua-dua mereka mula tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010, iaitu 20 hari selepas bernikah sebelum bercerai pada 10 Oktober 2012. KOSMO

(GAMBAR) Banjir Di Bestari Jaya 7 Mei 2013

Hujan lebat lebih lapan jam menyebabkan kawasan penempatan penduduk berhampiran Sungai Selangor, Rantau Panjang, di Bestari Jaya dinaiki air secara mendadak sehingga 0.6 meter menyebabkan 102 penduduk daripada 31 keluarga terpaksa dipindahkan ke Balai Raya Kampung Rantau Panjang bermula jam 10 pagi semalam.


Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Rantau Panjang, Rahim Mohd Yatim berkata, pihaknya dimaklumkan hujan lebat tanpa henti menyebabkan air sungai melimpah ke kawasan rumah penduduk sehingga menyebabkan 97 penduduk resah rumah dinaiki air.
Beliau berkata, pihaknya mengambil langkah awal menempatkan penduduk ke kawasan penempatan banjir dengan bantuan penduduk, anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan polis sementara menunggu bantuan agensi berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor (PTDKS).
“Tindakan pantas penduduk untuk berpindah ke kawasan lebih selamat mengelak kejadian tidak diingini berlaku memandangkan limpahan air sungai naik dengan mendadak dan melimpah ke kawasan rumah penduduk di kawasan lebih rendah.
“Mangsa banjir turut menerima kunjungan daripada Ahli Parlimen Kuala Selangor yang baru, Datuk Irmohizam Ibrahim yang melawat keadaan mereka sebaik sahaja menerima laporan banjir di kawasan ini,” katanya.
Rahim berkata, setakat ini makanan dan minuman disediakan jawatankuasa kampung memandangkan belum menerima sebarang bentuk bantuan daripada agensi berkaitan dan berharap musibah banjir yang berlaku segera pulih seperti sedia kala.
“Sememangnya diakui beberapa penempatan penduduk di kawasan ini sering dinaiki air sekiranya hujan lebat tanpa henti dalam tempoh yang lama dan keadaan itu tidak dapat dielakkan berikutan rumah berhampiran dengan sungai.
“Bagaimanapun, bantuan yang diterima sebelum ini amat memuaskan dan penduduk selesa tinggal di balai raya sebelum dibenarkan pulang ke rumah oleh pihak berkuasa,” katanya.
Difahamkan, kali terakhir kawasan itu dinaiki air adalah pada 5 Mac tahun lalu apabila sebanyak 71 keluarga dipindahkan. Pada tarikh sama, banjir turut dilaporkan berlaku di lima kampung di Jeram iaitu Kampung Bukit Hijau, Kampung Bukit Cheraka, Parit Mahang, Kampung Bukit Kuching Tengah dan Kampung Kuching Hilir. SUMBER

Inilah Perkampungan "Popeye the Sailor Man" Yang Sebenar [5 Gambar]



Inilah Perkampungan "Popeye the Sailor Man" Yang Sebenar [5 Gambar] | Terletak di negara kecil Eropah Malta adalah tempat yang anda mungkin tidak pernah mahu mengharapkan untuk mencari di Kampung sebenar dunia Popeye.



Juga dikenali sebagai Kampung Sweethaven, ia adalah tempat percutian keluarga yang ideal dan salah satu tarikan utama pelancong di Malta. Taman menyeronokkan dimodelkan pada tema watak kartun kegemaran kanak-kanak , Popeye the Sailor Man.

Menariknya, kampung ini adalah set sebenar yang digunakan oleh Paramount Pictures dan Walt Disney Productions untuk rakaman 1980 filem Popeye, berdasarkan komik oleh E.C Segar.

Pada Sweethaven, anda boleh mengharapkan untuk melihat model semua watak utama kartun kanak-kanak popular - Popeye Sailor, OYL Zaitun, Bluto, Swee'Pea dan Wimpy. Anda juga boleh pergi ke atas tunggangan kegembiraan dan melawat rumah play, pertunjukan boneka, muzium, dan sesi pawagam memaparkan Popeye filem dan pembinaan set. Anda juga boleh jadi bintang dalam filem anda sendiri, rekod dan membawanya pulang.

Tetapi itu bukan semua, terdapat pelbagai perkara-perkara lain untuk melihat dan mengalami, seperti lukisan muka, model belon, bercerita, barbeku terbuka, kraf dan permainan Wii. Terdapat juga padang golf mini dan merasa wain percuma untuk orang dewasa. Aktiviti khusus musim hit besar juga, ini termasuk trampolin air, kolam bermain dan menaiki bot semasa musim panas, dan Parade Krismas bersama-sama dengan bandar mainan Santa pada bulan Disember. SUMBER