Home > All posts
Majlis Kesyukuran Anak Irma Hasmie Ikut Sunnah Nabi
Posted by TerbaikLaH on Tuesday, May 14, 2013 at 9:30 AM
Mujahid Mengalunkan Bacaan Al-Quran Tatkala Tangan Hancur Dalam Perang
Posted by TerbaikLaH at 9:29 AM
Beginilah semangat jihad seorang mujahid. Gentar Yahudi bila melihat tentera Muhammad sebegini hebat.Penulis sendiri tidak pasti perang ini di mana, tetapi mungkin di Syria atu di Palestin. Satu yang pasti, suara lelaki ini memang sedap sekali ketika dia mengalunkan bacaan dan semangatnya begitu gagah sekali. MYNEWSHUB
Mesti Baca!! Tips Penting Untuk Keselamatan Penumpang Teksi
Posted by TerbaikLaH at 9:26 AM
Mesti Baca : Tips Penting Untuk Keselamatan Penumpang Teksi | Dikongsikan dari laman facebook rasmi Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ). Kebelakangan ini sering dilaporkan mengenai jenayah yang melibatkan pengangkutan perkhidmatan awam, iaitu teksi.
Di sini kami berikan beberapa tips keselamatan yang boleh dijadikan panduan kepada penumpang teksi untuk lebih berhati-hati ketika menggunakan perkhidmatan tersebut, agar dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa jenayah segelintir pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab.
1. Perhatikan keadaan teksi sebelum menaikinya. Jika bahagian dalaman kereta tidak mempunyai pemegang pintu atau butang kunci, segera batalkan niat anda untuk menaiki teksi tersebut.
2. Jadikan sebagai tabiat untuk menghafal dan catat nombor plat teksi serta maklumat pemandu yang kebiasaannya ditampal pada papan pemuka (dashboard). Ambil gambar maklumat-maklumat berkenaan menggunakan telefon /kamera jika boleh.
3. Segera hubungi keluarga atau rakan dan bercakap dengan nada yang boleh didengari oleh pemandu teksi dengan menyatakan anda sedang berada di dalam kenderaan tersebut, dan beri anggaran waktu pukul berapa anda akan tiba ke destinasi.
4. Elakkan menaiki teksi yang telahpun mempunyai penumpang lain di dalamnya.
5. Elakkan daripada duduk di bahagian depan dan pastikan telefon sentiasa di tangan.
6. Berteman terutamanya kepada kaum wanita jika anda terpaksa menaiki teksi pada lewat malam. Gunakan alternatif lain terlebih dahulu seperti menghubungi ahli keluarga untuk mengambil anda atau bermalam di rumah rakan yang boleh dipercayai jika situasi tidak mengizinkan untuk anda pulang lebih awal.
7. Membuat tempahan secara online dengan syarikat teksi yang bereputasi baik. Ia bagi memudahkan anda membuat semakan maklumat teksi yang diberi adalah tepat dengan kenderaan yang dihantar.
8. Penggunaan aplikasi tempahan teksi juga didapati merupakan cara yang selamat bagi wanita yang terpaksa pulang ke rumah pada lewat malam. MyTeksi adalah contoh aplikasi yang disediakan kepada pengguna Android dan iPhone di Malaysia bagi tujuan tersebut.
9. Akhir sekali, percaya kepada naluri hati anda. Jika rasa tidak sedap hati dengan keadaan teksi atau penampilan pemandu yang mencurigakan, JANGAN NAIKI TEKSI TERSEBUT! Tidak perlu rasa bersalah dengan tindakan itu kerana anda perlu percaya pada diri sendiri lebih daripada orang lain.
Kongsikan dengan kami jika anda mempunyai tips keselamatan lain ketika menaiki teksi yang boleh dipraktikkan demi kebaikan ahli keluarga dan rakan-rakan yang lain.
Kisah Benar 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW Yang Mesti Anda Ketahui
Posted by TerbaikLaH at 9:25 AM
Kisah Benar 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW Yang Mesti Anda Ketahui | Selepas baca silakan share.. Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:
"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
Wallhualam
Sumber : queachmad.com
Kisah Benar Taubat Nasuha Dari Seorang Pramugari
Posted by TerbaikLaH at 9:24 AM
![]() |
gambar sekadar hiasan |
Kisah Benar : Taubat nasuha dari seorang pramugari | Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.
Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.
Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.
Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit.
Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. “Kakak ni sakit,” kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.
“Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya…kita bawa dia ke hospital,” kata saya.Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.
Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.
Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.
Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji.. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.
Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??
Saya bertanya kepada wanita tersebut, “Kenapa kakak menangis?” “Mazlan.. kakak taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat.”
“Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?” tanya saya masih terpinga-pinga. Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara , menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, “Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap.
Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat.
Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja,” katanya tersedu-sedan.
“Habis yang kakak pergi haji ini?”
“Yalah…kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi.”
“Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?” tanya saya lagi.
Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan, “Mazlan…Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah di azab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.
“Betul ke kak?” tanya saya, terkejut.
“Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti di azab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah.”
“Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini… putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan.. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik.” tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.
Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.
Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, “Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala.. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih…pedih yang amat sangat…tak boleh nak diceritakan. ” sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.
Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. “Mazlan…kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar.
Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidaksedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. “Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak.
Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus.
Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi…kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga. Semua terpaksa kakak lalui… azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini.”
Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun.. Terasa sungguh kebesaran Allah. “Masa di azab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah Allah akan jadi umat yg soleh.
Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.”
Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.
“Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat… kakak taubat nasuha,” katanya sambil menangis-nangis.
Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.
“Kakak…yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke…” tegur saya.
“Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar.” menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu.
Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.
“Tak boleh Mazlan.. Kakak takut…kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak. Kakak betul- betul bertaubat.”
Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, “Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa di azab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa.”
“Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah…”
“Kakak berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam.”
Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya di azab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?
Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah di azab barulah kita mahu percaya bahawa “Oh… memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal….” itu dah terlambat.
REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGANWAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI” SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT….”
Ramai Wanita Kini Sudah Hilang Harga Diri. Apa Pendapat Anda?
Posted by TerbaikLaH at 9:18 AM
Ramai Wanita Kini Sudah Hilang Harga Diri. Apa Pendapat Anda? | Saya percaya, ramai kaum wanita yang marah dengan tajuk perbincangan saya kali ini. Marahlah!! Kenyataan saya ini adalah satu hakikat. Kenapa? Sebab terlalu ramai wanita kini, tak kira remaja atau dewasa, dara atau isteri orang ataupun janda, selalu tampil dalam pakaian yang bertelanjang. Apa maksud pakaian yang bertelanjang? Saya yakin, ramai yang faham maksud saya.Ya!! Berpakaian tetapi dalam masa yang sama mendedahkan anggota badan yang tidak patut didedahkan. Jika dulu sekadar kain belah, berpakaian kain singkat setinggi paras lutut atau memakai pakaian yang berlengan pendek hingga menampakkan lengan atau ketiak. Kini, pakaian yang dikatakan mengikut fesyen terkini hampir menelanjangkan kaum wanita yang memakainya. Dah banyak kes sebegini yang saya jumpa.
Hujung minggu baru ni, saya ke sebuah pasar segar berhambiran rumah saya. Ketika beratur di kaunter bayaran, terdengar suara seorang wanita awal 20-an menyoal tentang tanda harga kepada seorang pekerja kaunter sebelah saya. Saya memandang, sekadar nak kenal pemilik suara. Terkejut dan tiba-tiba saya rasa amat malu kerana terpandangkan pakaiannya: bajunya pendek menampakkan pusat dan pinggang seluarnya berada di bahagian bawah perut. Sungguh, jika tertarik sikit sahaja pun, pasti akan menampakkan alat sulitnya. Ya Allah!! Terasa kudung kepala saya tika itu. Dalam cubaan bersahaja, lelaki yang disoal wanita tadi tiba-tiba bersuara: seluar kau dah londeh tu. Kang aku naik geram, jangan nak salahkan aku pulak!! Ya Allah!!! Saya rasa macam nak lari sahaja dari situ. Malu… malu sangat!! Tapi wanita tadi, saya dengar tergelak manja. Astaghfirullah!! Apa dah jadi? Ke mana perginya rasa malu di dalam diri?
Semalam, dalam perjalanan balik dari kerja, ketika bergerak perlahan dalam kesesakan jalan raya, melintas di hadapan kereta kami (saya dan adik-adik berkongsi kereta) sebuah motosikal yang dinaiki oleh seorang lelaki dan seorang perempuan muda. Wanita muda tersebut memakai baju pendek dan seluarnya pula menampakkan belahan lubang duburnya ketika membonceng motosikal tersebut. Sungguh! Kalau dimasukkan sebatang pen, pasti akan terlekat kuat dan tak jatuh walau motosikal dipandu laju. Adik saya yang memandu kereta berusaha ingin mengejar motosikal tersebut, nak khabarkan lubang duburnya dah dilihat orang tapi, mana mungkin sebuah kereta dapat menegjar motosikal tika kesesakan sedemikian.
Itu dua kes yang terdekat. Sebelum ini pun dah banyak kali saya nampak. Cuma sejak kebelakangan ini makin banyak pula kes wanita berpakaian tetapi bertelanjang dan membuatkan saya berfikir, ke mana perginya harga diri anda sebagai wanita? Kenapa nak dedah? Cantik sangatkah punggung anda tu? Lawa sangatkah pusat anda tu? Itu belum lagi yang sesenang hati mendedahkan belakang badan, bahagian dada malah bahagian paha? Allahu akbar!! Tak ada lagikah rasa malu di dalam diri? Yang paling menyedihkan, kebanyakan yang berpakaian tetapi bertelanjang ini adalah wanita Melayu yang kebanyakannya tahu dan faham sangat dengan hukum menutup aurat? Kalau lah tak nak ikut saranan hukum syarak agar menutup aurat pun, berpeganglah dengan prinsip budaya timur yang terkenal dengan adab dan sopan!!
Kalau dah berpakaian mendedahkan alat sulit sendiri, sopan apa lagi?? Ada pulak yang berpakaian dan cantik menutup semua aurat yang wajib ditutup tetapi berpakaian ketat hingga menampakkan bentuk badan. Kalau yang kering tu, tak la ngeri sangat. Tapi ada yang berbadan besar dan gempal. Bak kata Mr Os dalam sebuah filem tika saya remaja dulu (tak ingat apa tajuknya): dia punya ‘bumper’, kalau buat kari, 10 biji kelapa pun tak cukup… dah susuk badan macam tu, masih lagi nak berpakaian mengikut bentuk badan!! Seramnyaaa!!!
Jangan salah faham…. saya bukan menghina! Apa yang saya bincangkan ini adalah satu hakikat, satu kebenaran. Saya sendiri bersusuk badan besar, bertudung labuh menutup dada tetapi jika sesekali angina bertiup hingga pakaian melekat di badan, saya dah kalut nak betulkan! Kenapa? Sebab saya malu menampakkan susuk badan saya. Kalau mempunyai susuk tubuh badan yang cantik pun, tak perlu nak tunjukkan kepada umum. Cukuplah pamerkan kecantikan tersebut kepada suami anda.
Mungkin ada yang berpandangan: alaa, ada kes perempuan pakai tudung pun kena rogol jugak!! Ya! Saya akui kebenaran tersebut. Tahukan anda, kenapa jadi begitu? Sebab sikap dan perangai wanita yang tak ada harga diri, sesuka hati mendedahkan aurat dan susuk badan mereka kepada lelaki ajnabi. Dah kalau anda dah selalu dedah dan pamerkan, manalah nak tarikh perhatian lagi sebab dah tak ada harga!! Rasa teringin yang anda mulakan di dalam naluri lelaki jahat inilah, dilampiaskan kepada wanita-wanita yang berusaha menjaga maruah dan harga diri. Sebab itulah ada kes wanita bertudung menjadi mangsa seks lelaki buas. Jika tidak ada yang mendedahkan, takkan ada keinginan berunsur kebinatangan di dalam diri lelaki!!
Tak perlulah nak dedah lagi!! Tak guna buat pameran percuma, lelaki tengok pun tak teringin nak pilih anda sebab dah pasti, terpaksa berkongsi dengan lelaki lain! Ya lah!! Lelaki lain pun boleh tengok? Apa lagi yang istimewanya?? Lantas… jika bukan anda yang menjaga harga diri anda sendiri, siapa lagi!!
Sumber: Suzana Ghazali via halimislam
Apa pula kata anda??
Haiwan Misteri Berkeliaran Di China.
Posted by TerbaikLaH at 3:17 AM
Gambar Seekor haiwan misteri dengan rambut ala Indian Mohawk dan tubuh berwarna pink dengan bintik sama macan tutul membuat warga Xinxiang, daerah Henan, China.
Xiniang yang berada berhampiran pusat penyelidikan ilmiah dan sekolah perubatan membuat warga yakin makhluk ini merupakan hasil eksperimen yang salah.
“Kulit pink haiwan ini membuatnya kelihatan seperti babi yang mengalami kesalahan saat uji genetik,” kata salah satu saksi.
Namun, polis mengatakan, haiwan ini sebenarnya anjing keturunan anjing berjambul tak berbulu yang sangat mahal.
P/S: Adakah ini haiwan yang di kacuk anjing tanpa bulu dan babi?? Jika kita tengok dari belakang seperti kuda atau keldai pun ada juga…