Bapa Kejam Jahit Mulut Anak Dengan Tali Pancing

on Wednesday, May 15, 2013

Seorang kanak-kanak di Wilayah Guizhou mengalami penderitaan yang teruk selepas didera oleh bapanya termasuk dibiarkan kelaparan dan dijahit mulut dengan tali pancing. Perbuatan tersebut terbongkar selepas penduduk menemui Xiao Li, 11, merayau-rayau di jalan.


Ketika ditemui, Xiao Li bercakap seorang diri dan takut apabila orang ramai ingin mendekatinya. Mereka kemudiannya melaporkan kepada polis dan bapanya akhirnya ditangkap. Dia mengaku melakukan penderaan tersebut yang mengejutkan penduduk di perkampungan berkenaan.
Ketika diperiksa oleh doktor, Xiao Li telah memaklumkan kepada doktor mengenai penderitaan yang dialaminya. Selain dijahit mulut, dia juga dipaksa melutut di atas lantai yang dipenuhi dengan gelas yang pecah dan turut digantung dengan kaki ke atas, sebelum dipukul dengan tali dan rotan.
Bahagian badannya pula dipenuhi dengan parut kesan melecur serta bekas suntikan jarum di samping mengalami kekurangan zat.
Xiao Li pernah beberapa kali melarikan diri ke rumah neneknya namun dia akan dipukul sebaik sahaja bapanya menangkap dia.
Dalam pada itu, ketua polis daerah, Fang Xuping, berkata, dia dan anggotanya berasa curiga selepas mendapat laporan daripada penduduk pada bulan Oktober lalu.
“Kami kemudiannya telah pergi ke rumah budak itu dan mendapati kulit kepalanya kemerah-merahan, manakala sebahagian rambutnya dicabut. Namun kecederaan itu tidak serius,’’katanya.
Beliau memberitahu, polis kemudiannya telah menyoal bapa budak tersebut, yang mempunyai empat anak yang lain.
“Bapanya juga mengaku menggunakan air panas untuk merawat kutu di kepala anaknya itu,’’ katanya.
Xiao Li kini dirawat di hospital dan kos perubatannya ditanggung oleh pihak berkuasa tempatan.
Selain itu pihak berkuasa juga sedang mencari seorang penjaga untuk Xiao Li memandangkan neneknya telah uzur.
Susulan kes penderaan ini, kerajaan akan menjalankan pemeriksaan ke atas kanak-kanak di kawasan berkenaan bagi mengelakkan insiden sama berulang. SUMBER

Cerita Sedih Buat Si Anak Semua Boleh Mengalir Air Mata Membacanya

gambar hiasan

Cerita Sedih Buat Si Anak Semua Boleh Mengalir Air Mata Membacanya | Surat ini berjaya ‘menyentuh’ banyak hati…selain mampu mengingatkan jasa ibu kita di Malaysia , ia mampu menaikkan semangat kita utk terus berusaha dalam lapangan masing2,dgn izin Allah s.w.t. InsyaAllah..

Juga sesuai dihadiahkan kpd anak2(bg yg sudah memiliki cahaya mata) supaya anak2 kita sentiasa lembut hatinya kesan daripada mmbaca surat ini ,insyaAllah. .

Terima kasih saudara umarzahrawi kerana menghantar surat ini kepada iLuvislam.com . Surat ini saya bacakan ketika majlis penutup Islamic Awareness Week di Kolej Yayasan UEM suatu masa dulu. Ramai yang menitiskan air mata ketika itu.

Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal…

Mak…..
Terlalu bosan rasaa duduk membilang hari…..
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih….

Mak tau tak…….
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa…..
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm…rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh…..
nak tinggal kan anak2 mak….. nak tinggal kan dunia fana ni……

mak macam dah sedia…..
Seminggu sebelum tu……
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai…..
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu….
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih……
kakak pun rasa hairan…..
mak tak penah buat gitu…..
pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak……
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam …….
kengkadang siaran indonesia ..
mak terus tekun menganyam…
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan…
Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2….
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari…..
ada kat dalam dalam beg…..
ada dalam ASB…..
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi……
ada kat dalam gulung tikar…..

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar…
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa…
mak cuma gelak jer…
eeemmm…bahagiaa nya saat ituu..

Mak…..
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut…..
bila malam tu kiter sampai dari KL…..
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk…..
mak tetap takmau pi hospital…. .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital…. .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor…
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju… ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk….
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital…. ..

Mak…..
amponkan kami semua…
kami nak mak sehat…
kami sayang mak…
kami tak mau mak sakit…
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital….
ampon kan kami yer mak….

Mak…..
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter…
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta….
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula…
kalau tak cukup, mak kan banyak duit…
mak gelak ajerr…..

Lepas tu bila kereta kiter sampai….
mak buat kenduri kesyukuran… ….
Dan kiter masih ingat lagi…
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor…..
Punya la kiter takut…
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak…..
Bila balik sahaja kampong….
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj…..
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek…
mak tanya kenapa…?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga…..

Mak….
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau…
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar…
mak, kiter menipu mak kan ..
ampon kan kiter…..
Mak…..
Jam 4.30 pagi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital…..
nurse tengah balut mak dengan kain putih…….
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital…
Mesti mak nampak abang cium dahi mak…..
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak….
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu…
mesti mak nampak semua tu kann…kann. .kannn

Mak tau tak….
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar…
Adik kat sebelah diam melayan perasann…
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini…
jalan di depan terasa makin kelam…..
airmata dah tak mampu di tahan….
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela…
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga…
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. …sekosong hati ini…..
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. …..
terasa syahdu dan sayu…dinginnnn. ….

Mak……
Kiter masih ingat lagi….
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak…
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ….
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi….
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak…..
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan…..
Mak perasan tak…..?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter…..
Dia kata…” dikk…jangan nangis…kalau sayang mak jangan buat gitu…jangan nangis ya..”
Bila makcik tu kata gitu…
lagi laaaa laju airmata ni…
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak….

Mak…..
Sampai takat ini surat ni kiter tulis…..
kiter nangis ni…..
Ni kat dlm bilik…baru pukul 4.00 pagi….
Takder orang yang bangun lagi…..
kiter dengar nasyid tajuk “anak soleh” kiter sedih…
kiter rindu kat mak….!
Takpa la….
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak…
mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya… .
Semua anak2 mak mengelilingi mak…
menatap wajah mak buat kali terakhir….
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja…
Mak rasa tak….
masa tu kiter sentuh dahi mak….
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk…..
Kiter tak mampu nak cium mak…
kiter tak daya….
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar…
Airmata kiter tak boleh tahan….
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak…
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak…..

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah….
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik…
badan akak terasa panas…
makk…
anak mak yang seorang tu demam….

Mak tauu…
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak…..
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi…
Begitu terasa kehilangan mak…
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata…
Dan sampai satu tahap….
masa tu malam jumaat selepas maghrib….
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ….
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi…
semakin kiter tenung terasa semakin sayu…
tangisan tak dapat dibendung…

Mak tauu…
kiter cuba bertahan…
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda…
Kiter rasa nak telefon mak…..
nak cakap dengan mak…..
anak mak yang ni dah tak betul kan ..?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong….
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi…
Puas la kakak memujuk kiter…
Akak kata…” tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak..”
Dan akhirnya akak juga nangis…..

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati…
rasa nyilu sangat…
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni….
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma….
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan…..

Mak….
cukup la sampai sini dulu….
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu….
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid…
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ….
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak…
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula….
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih….
pastu kawan kiter bgtau…
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje…
Takper yer mak…k
Kiter kasi orang lain baca…
Kiter stop dulu…
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu…
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter…
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk univesiti….
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang…
boleh rasa duduk kat negara orang… s
ampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian…..

Hargai Ibu anda selagi beliau masih ada.... SUMBER

Ashraf Muslim Sudah Bertunang!




Isu perkahwinan Ashraf Muslim semakin menjadi bualan hangat selepas seorang wanita bernama Sakinah tampil memberi kenyataan menerusi akhbar Harian Metro bahawa isteri pelakon tersebut, Noor Dayana Lokman redha sekiranya suaminya itu berkahwin lain.
Sakinah turut mendakwa sudah lama mengenali Ashraf dan isterinya itu, malahpernah berbicara dengan Dayana tentang perkara tersebut.

Walaubagaimanapun menurut laporan dari Malaysian Digest, Ashraf menerusi akaunTwitter miliknya menyangkal dakwaan tersebut, walaupun tidak mengulas lanjuttentang kewujudan Sakinah.

"Makin banyak fitnah dilemparkan yang direka-reka oleh wartawan HarianMetro. Semoga Allah memberkati kamu. Ingat kita ada Allah," tulisnya di Twitter.

Terbaru, peminat hiburan di forum Cari telah menemui beberapa keping gambar wanita yang didakwa sebagai Sakinah. Malah ada yang mengatakan Ashraf dan Sakinah telah pun bertunang.

Pemilik arah keretanya dimusnahkan


Sebuah kereta sport Maserati dimusnahkan oleh beberapa orang lelaki selepas diarahkan oleh pemiliknya di depan kawasan Pameran Kereta Antarabangsa di sini semalam.

Kereta yang berharga AS$423,280 (RM1.26 juta) itu dimusnahkan selepas pemiliknya kecewa dengan perkhidmatan selepas jualan yang ditawarkan di sebuah pusat penjualan kenderaan tersebut.

Menurut agensi berita Xinhua, pihak pengurusan pusat penjualan kenderaan itu sebelum ini membaiki kereta tersebut dengan menggantikan alat ganti yang lama.

Bagaimanapun, alat ganti lama itu dijual pada harga yang sama dengan alat ganti baharu.
Ekoran itu, pemilik kereta Maserati buatan Itali tersebut meminta beberapa lelaki memusnahkan kereta berkenaan.[kosmo]

Subhanallah! Gadis UK Memeluk Islam Kerana Hari Hijab Sedunia


LONDON – Pengalaman memakai hijab ketika Hari Hijab Sedunia pada setiap 1hb Februari telah menarik minat seorang gadis Inggeris untuk lebih mempelajari tentang Islam dan tak lama kemudian ia memeluk Islam.
Jessica Rhodes (21) yang telah mendapat petunjuk dan HIDAYAH Allah mengatakan kepada Muslim Mirror bahawa dia mengambil bahagian dalam Hari Hijab Sedunia dengan memakai tudung selama sebulan.
“Saya ambil bahagian dalam Hari Hijab Sedunia pertama dan mencabar diri saya sendiri untuk memakai hijab selama sebulan,” katanya.
“Kemudian Saya mula membaca Al-Quran dan kalimat-kalimat di dalam Al-Quran kelihatan tampak logik dan jelas, daripada dalam Bible di mana mereka cenderung banyak omong kosong,” tambahnya.
Gadis yang berasal dari Norway tersebut adalah satu di antara beberapa non-Muslim di seluruh dunia yang turut mengenakan pakaian Muslimah dalam acara Hari Hijab Sedunia pada 1 Februari lalu.
Acara tersebut bermaksud untuk memperkenalkan tudung kepada dunia, bahawa pakaian Muslimah itu bukanlah simbol penindasan tetapi justeru untuk menjaga kehormatan.
Setelah pengalaman memakai tudung itu, Rhodes mula membaca lebih banyak tentang Islam untuk lebih memahami agama yang lurus ini.
“Saya juga melakukan beberapa pemerhatian tentang Islam secara keseluruhan dan merasakan bahawa ini (Islam) adalah sebuah agama yang inklusif yang boleh memberikan saya jawapan-jawapan yang saya cari-cari selama ini,” katanya.
Ketika memutuskan memeluk Islam, Rhodes menghadapi pelbagai reaksi daripada orang-orang terdekatnya. Ibu bapa tidak suka, walaupun menerimanya.
“Ibu bapa saya tidak senang tetapai mereka menerima keputusan saya. Tetapi ipar-ipar saya menyokong menyokong “kata Rhodes.
Sebahagian kawan-kawan Rhodes senang atas keputusannya menjadi Muslimah, sebahagian yang lain cuba membanntah sementara sebahagian yang lain menjauhi Rhodes, situasi yang hampir semua muallaf mengalaminya.
Muallaf di Britain terus meningkat. Menurut kajian terbaru, di Inggeris selama 6 tahun terakhir, jumlah umat Islam telah berkembang sebanyak 37% dan jumlah masjid sudah mencapai hampir 1,500, termasuk banyaknya surau. Berdasarkan data dari British Institute of Gatston, rata-rata, ratusan warga Inggeris masuk Islam setiap bulan, demikian Al Jazeera melaporkan.
Jumlah muallaf sangat sangat ketara di penjara dan di sekolah-sekolah. Al-Jazeera mendapati bahawa diantara sejumlah muallaf terdiri daripada remaja, termasuk mereka yang berasal dari Brazil, Luxembourg, dan Sweden.
Menurut laporan, setiap tahun sekitar 5000 orang Inggeris masuk Islam. Subhanallah.
Sumber: BBC News

Fosil Makhluk 4x Lebih Besar Dari Dinosur Ditemui


Fosil makhluk hidup ultra raksasa yang belum dikenalpasti jenisnya telah ditemui di kawasan Jebal Barez, sebuah wilayah bukit tandus dipinggir Iran. Pakar sejarahawan mengatakan fosil makhluk hidup ini sangat besar dan 4kali lebih besar dari dinasour yang terbesar didunia yang pernah ada.
Sejarahwan juga berpendapat bahawa mahluk ini sudah ada sebelum zaman dinasour (sebelum zaman kapur dari 65-135 juta tahun lalu).
Penemuan ini telah diceritakan oleh seorang penggembala, yang mendakwa dirinya telah menemui suatu rentetan batuan mirip fosil jasad makhluk hidup raksasa di tempat dimana ia biasa menggemba binatang ternakannya.
Sebuah Fosil makhluk hidup berukuran raksasa (mungkin ultra) yang ditemui di kawasan Jebal Barez ini sangatlah mengagumkan. Menurut para sejarahwan, mungkin inilah haiwan purba terbesar yang pernah wujud didunia pada masa lalu, ukuran kepalanya saja boleh mencapai panjang 26 meter dengan ketinggian 8 meter.
Salah seorang ahli arkeologi yang terlibat dalam penggalian tidak menyangka bahawa makhluk ini memang berukuran sangat-sangat besar, bahkan lebih besar daripada seekor ultradinasour (Jenis dinosour terbesar di dunia). Dia belum pernah menyaksikan tulang rusuk haiwan purba setinggi itu.
Dianggarkan, fosil tersebut mungkin muncul akibat adanya gempa bumi yang melanda Iran pada 26 Desember 2003 lalu.Runtuhan batuan akibat gempa bumi di Jebal Barez telah membuka fosil tersebut, yang selama berjuta-juta tahun terkubur didalam bukit-bukit tandus berbatu.
Gambar diatas merupakan bentuk rangka tulang-tulang rusuk dari fosil makhluk tersebut. Jika masih elok,dianggarkan tinggi setiap tulang rusuk itu mencapai 5-7 kaki.Namun sebahagian besar tulang-tulang rusuk tersebut telah reput,sehingga pada ujung-ujungnya tidak boleh dilihat lagi.
Dapat dibayangkan bahawa makhluk ultra ini belum pernah ditemui dan dikenalpasti sebelumnya. Pada spesis-spesis Dinosour tidak satupun yang memiliki struktur fizik seperti itu.Mungkin inilah yang disebut sebagai kemustahilan biologis.(Imposibble is nothing!)
Panjang tubuh keseluruhan dari makhluk ini mencapai 200 kaki lebih dan jika dilihat dari struktur susunan tulangnya, mungkin makhluk tersebut termasuk dalam haiwan yang berjalan merata dan sejenis haiwan amphibious. SUMBER


Inilah Dia 10 Wanita Terkejam Didunia


1. Jiang Qing 1914 – 1991


Jiang Qing adalah isteri kpd Mao Tse-tung seorang diktator komunis di China. Kerana kepintarannya menyusun gerakan dia mendapatkan posisi yang paling berkuasa didalam parti komunis (berkuasa seperti Presiden). Dipercayai bahawa dialah dalang disebalik Revolusi Budaya Cina (dimana dia menjadi wakil pemimpin). Jutaan orang di Cina dilaporkan mengalami penyeksaan hak-hak asasi selama Revolusi Budaya. Jutaan yg lain juga dipecat secara paksa. Jumlah korban kematian, baik dari orang barat dan orang timur sekitar 500.000 dalam kekacauan pada tahun 1966-1969 tetapi perkiraan tersebut naik menjadi 3 juta dari 36 juta orang yang dianiaya.

2. Elizabeth I of England 1533 – 1603



Korban : ribuan orang

Elizabeth I, dalam perintahan untuk menindas fahaman Katolik, ribuan penganut Katolik di Inggeris dibunuh. Selama dia melakukan hal-hal baik untuk kehormatan parlimen, dia juga merupakan raja yang kejam. Sebagai tambahan, Elizabeth memberikan Queen Mary of Scots tempat perlindungan, lalu tiba-tiba mengkhianatinya dan meletakkan dia didalam penjara selama hamper 19 tahun, lalu membunuh dia. Dia menganjurkan perompakan melawan kapal-kapal Sepanyol dan mendalangi penukaran budak.

3. Elena Ceauşescu 1916 – 1989



Korban : penghapusan etnik

Elena Ceauşescu merupakan orang Romania yang menyatakan diri sebagai ilmuwan, isteri dari pemimpin komunis Romania Nicolae Ceauşescu, dan wakil perdana menteri Romania. Romania menyatakan bahwa Elena Ceauşescu bertanggungjawab atas pembebasan dari kontrol kelahiran yang mencipta krisis dari tahun 1970-1980an, menghasilkan kebanjiran bayi yang tidak diinginkan. Bayi-bayi, dan anak-anak tersebut akhirnya tinggal di tempat yatim piatu. Dia juga mengetuai komisi kesihatan lingkungan, dimana dia menyangkal adanya AIDS di Romania, yang merupakan salah satu kuasa paling besar didunia barat. Dia juga bertanggungjawab atas kehancuran gereja-gereja dan pendistribusian makanan yang pada tahun 1980an terletak di Romania. Dia akhirnya dihukum bunuh atas kejahatannya yang melawan kemanusiaan dan semasa hukumannya berlangsung, dia berteriak “pergilah ke neraka” ketika itu.

4. Phoolan Devi 1963 – 2001



Korban : 22 org lebih

Phoolan Devi adalan dacoit India (perompak bersenjata) yang mempunyai karier singkat sebagai ahli politik. Pada 1970an dia diculik dia akhirnya bergabung dengan mereka untuk melakukan kejahatan. Pada satu saat dia diperkosa oleh sekumpulan laki-laki di Behmai. Dia memilih untuk lari dan meneruskan hidupnya untuk melakukan kejahatan, merompakk dari orang-orang kaya. Lalu dia akhirnya kembali ke Behmai dan dia memerintahkan semua lelaki untuk berbaris dan menembak mereka semua. Paling tidak sekitar 22 laki-laki terbunuh. Lalu dia akhirnya ditangkap dan menghabiskan 11 tahun penjara. Dia masuk kedalam dunia politik, tetapi hanya dalam waktu yang singkat kerana adanya pemberontakkan. Secara mengejutkan, tahun 1998, Phoolan Devi dinominasikan untuk mendapatkan penghargaan Nobel oleh beberapa anggota parlimen Inggeris. Pada tahun 2001, dia dibunuh oleh seorang lelaki dalam usaha balas dendam atas pembunuhan yang ia lakukan di Behmai.

5. Rosemary West 1953


Korban : 12 org

Bersama suaminya Fred, Rosemary West dipercaya telah menyeksa dan membunuh 12 wanita muda. Pada ogos 1992 Fred West ditangkap setelah tertuduh memperkosa anaknya yang berumur 13 tahun sebanyak 3 kali, dan Rosemary West ditangkap atas kekejaman terhadap anak. West mengembangkan kebiasaan untuk mengambil anak-anak perempuan dari perhentian bas disekitar Gloucester, Inggeris dan memenjarakan mereka dirumah mereka untuk beberapa hari sebelum membunuhnya. West mempunyai nafsu seks yang besar sekali dan menikmati perkosaan secara ekstrem dan seks sadomasocithistic. Rosemary adalah seorang biseksual dan banyak mangsa mereka menjadi korban-korban untuk kepuasan seks dia dan suaminya. West juga bekerja sebagai pelacur. Dua dari anak mereka adalah anak dari kliennya. West adalah salah satu dari hanya dua wanita yang pernah dihukum mati dipenjara di UK (yang lainnya adalah Myra Hindley yang sudah meninggal saat ini)

6. Delphine LaLaurie 1775 – 1842


Korban : 10 org lebih

LaLaurie adalah kaum sosialis yang kejam yang tinggal di New Orleans. Rumahnya adalah ruangan yang penuh dengan keseraman. Pada 10 April 1834, kebakaran terjadi di dapur dan org ramai yg cuba memadamkan kebakaran menemui 2 budak yang dirantai pada dapur, dimana diyakini merekalah yang memulakan kebakaran untuk mendapatkan perhatian. org2 tadi dipandu oleh budak yang lain menuju ke loteng dimana terdapat benda yang lebih mengejutkan. Lebih dari satu dozen budak cacat terbelenggu di tembok atau lantai. Beberapa menjadi subjek untuk percubaan ubat yang mengerikan. Seorang laki-laki terlihat sebagai bagian pertukaran seks yang ganjil, seorang wanita terjebak di kandang yang kecil dengan lengannya yang rosak dan wanita lainnya tanpa tangan dan kaki, dan adanya timbunan daging pada dirinya agar terlihat seperti ulat bulu. Beberapa mulutnya dijahit dan kelaparan sampai mati, yang lainnya lagi tangannya dijahit dengan bahagian badan yang lainnya. Kebanyakan ditemui mati, tetapi beberapa masih hidup dan beberapa meminta untuk dibunuh agar tidak menderita lagi. LaLaurie lari sebelum dia dihakimi dan dia tidak pernah tertangkap.

7. Marybeth Tinning 1942


Korban : 9 org

Antara tahun 1972 dan 1985, Tinning mempunyai 8 anak, dimana semuanya dibunuh termasuk anak angkatnya Selama waktu kematian, tidak ada satupun yang curiga bahawa dia membunuh mereka, dan justeru menyalahkan kelainan genetic. Hal ini terjadi walaupun anak angkatnya adalah anak ketujuh yang dibunuh. Dia mengaku bahawa dia mencekik anak-anaknya, tetapi kemudian dia menarik kembali pengakuan itu. Dia dihukum 20 tahun penjara, dan kedua permintaan pembebasan bersyarat ditolak.


8. Dorothea Puente 1929



Korban : 9 org

Dorothy Puente adalah wanita tua yang menjalankan perniagaan rumah sewa. Selama dia menjalankan perniagaan ini, dia telah perlahan-lahan membunuh orang-orang yang tinggal bersamanya dan memalsukan tanda tangan mereka untuk pemeriksaan kesihatan. Dia tidak mengizinkan penyewa-penyewa itu untuk menggunakan telefon atau surat. Dia akan mengambil semua wang yang dikirim untuk para penyewa itu dan menyimpannya untuk dirinya sendiri. Para korbannya biasanya sedang mabuk, dan menderita schizophrenia. Salah satu mayat yang ditemui dikebun belakang, ditemukan tanpa kepala, lengan, dan kaki. wang yang dicuri, dipakai untuk pakaian-pakaian mewah, perfume dan operasi penegangan kulit muka sebelum sebelum dia tertangkap. Puente tidak memperlihatkan kekesalan yang dalam atas kejahatan yang dia lakukan dan saat ini dia berada dipenjara dengan hukuman seumur hidup.

9. Karla Homolka 1970


Korban : 3 (disyaki ada 5 org lainnya)

Karla Homolka adalah pembunuh bersiri dari Kanada yang menarik perhatian media diseluruh dunia ketika dihukum kerana membantu suaminya, Paul Bernardo untuk memperkosa dan membunuh gadis-gadis remaja, termasuk juga adiknya sendiri Tammy Homolka. Karla merakam segala perbuatan dan pembunuhan gadis muda yang dilakukan oleh suaminya, rakaman video ini digunakan sebagai bukti mereka dipengadilan dan beberapa bahagian dapat disaksikan diinternet walaupun kerajaan Kanada meminta agar video itu dihapuskan. Yang lebih mengejutkan lagi, Homolka dibebaskan dari penjara pada tahun 2005 setelah hanya dihukum 12 tahun dan sekarang hidup di West Indies

10. Williamina “Minnie” Dean 1844 – 1895


Korban: 3 org

Minnie Dean adalah satu-satunya wanita yang dihukum bunuh dalam sejarah New Zealand. Dia dihukum bunuh dengan tali gantung. DIsebalik menyelamatkan gadis muda yang miskin, wanita iblis ini membunuh anak mereka dan mengambil wang mereka untuk meningkatkan gaya hidupnya. Pada waktu itu, wanita muda yang hamil tanpa suami dijauhi oleh masyarakat. Hal ini memunculkan suatu kejadian phenomena yang disebut “baby farming” dimana orang akan menjadi sukarela untuk mengambil anak mereka dan membesarkan mereka dengan gaji dari kerajaan. Dean adalah salah seorang pengasuh, tetapi daripada membesarkan anak-anak itu, dia membunuh mereka ketika ada kesempatan dan mengambil gaji itu. Hal ini sangat memungkinkan dilakukan kerana pengasuh tidak wajib mendaftar sesuai hukum. Dalam banyak kes, anak-anak itu lenyap di rumah pengasuh ini. Dean membunuh paling tidak 3 anak tetapi banyak orang yang mengesyaki dia membunuh lebih dari itu. Saat ini, tulang dari 3 anak itu disimpan didalam muzium New Zealand. SUMBER