(AL-FATIHAH) Seniman S Shamsuddin Meninggal Dunia

on Tuesday, June 4, 2013


Pelakon komedi era P.Ramlee dan 50-an S Shamsuddin atau dikenali dengan panggilan Sudin meninggal dunia di rumahnya di Bukit Batok Avenue, Jurong, Singapura pada pukul 10.56 pagi ini, menurut sumber anaknya Noredah.
Semoga jasa Allahyarham akan kita kenang sampai bila-bila dan semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin SUMBER

Maya Karin Sahkan…

Maya Karin Sahkan Sudah Temui Cinta Hati. Pelakon cantik ini mengesahkan bahawa dirinya sudah menemui cinta hati yang baru. Siapakah gerangan sang pencuri hati Maya agaknya ye….Teruskan sahaja pembacaan anda di bawah ini.

maya


KUALA LUMPUR: Pelakon Maya Karin tidak berselindung sedang mengenali hati budi seorang lelaki namun menjelaskan hubungan itu masih pada peringkat awal.


Maya, 33, berkata, sudah tiba masanya untuk dia membuka hati bagi menerima satu hubungan baru selepas gagal dalam rumah tangga bersama jejaka Inggeris iaitu Muhammad Ali atau nama sebenarnya Steven David Shorthose pada tahun 2010.

“Ya, saya sedang mengenali hati budi seseorang yang saya sudah kenal lama tetapi hubungan ini masih pada peringkat awal.

“Sudah tiba masanya saya membuka hati namun biarlah hubungan ini berkembang secara perlahan-lahan,”
katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran ‘single’ terbaharunya bersama syarikat rakaman Warner Music Malaysia di Hotel Palace of The Golden Horses di sini pada Isnin.

Lagu berjudul Bintang Syurga ciptaan Audi Mok dan Omar K itu bakal dimuatkan dalam albumnya bersama syarikat rakaman itu yang akan dipasarkan pada penghujung tahun ini.

Sementara itu, Maya enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai lelaki tersebut kerana masih belum bersedia berbuat demikian.

Pernah dikaitkan dengan pelakon Remy Ishak, Maya bagaimanapun memberitahu lelaki berkenaan turut terlibat dalam industri hiburan.

Maya bersama Pengarah Urusan, Warner Music Malaysia, Darren Choy.

Maya bersama Pengarah Urusan, Warner Music Malaysia, Darren Choy.
“Apa yang boleh saya kongsi buat masa ini adalah dia terlibat dalam dunia seni juga selain seorang yang bijak,”
ujarnya yang turut sukakan lelaki yang gemarkan aktiviti lasak dan kelakar.
Oleh:
MOHD AL QAYUM AZIZI
Artikel penuh boleh diperolehi di mStar Online

APABILA ARTIS BERTUDUNG


Sungguh menawankan artis kita sangat manis bertudung. Harap diperluaskan lagi cara pakaian golongan artis



Sejarah Mike Tyson Memeluk Islam


Nama Penuh : Michael Gerard Tyson
Nama Samaran: Kid Dynamite,Iron Mike, The Baddest Man on the Planet
Kategori: Heavyweight
Tinggi: 5 ft 10 in (178 cm)
Jangkaun : 71 in (180 cm)
Warganegara: Amerika
Tarikh lahir: June 30, 1966 (age 46)
Tempat lahir :Brooklyn, New York City, New York, U.S.
Rekod Tinju
Jumlah Perlawanan: 58
Menang: 50
Menang dengan KO : 44
Kalah: 6
Seri: 0


Tyson nama lengkap Michael Gerard Tyson lahir di New York City, Amerika, 30 Jun 1966. Tyson memeluk Islam ketika dipenjara pada pertengahan tahun 1990an. Secara rasmi, tahun 1995, selepas keluar dari penjara di Indiana, Tyson mengumumkan penghijrahannya ke agama Islam yang telah dipelajarinya selama berada di dalam penjara, dengan nama baru Malik Abdul Aziz.

Lihatlah saudara-saudariku seagama, tiada kepuasan dalam kehidupan melainkan dengan Islam, kita tidak akan melakukan maksiat, apabila kita melakukan maksiat kepada Allah SWT tentu hidup kita tidak akan tenteram kecuali apabila kita telah ditipu oleh Syaitan. Jika seseorang yang dapat merasakan Allah SWT sedang melihat perbuatan maksiatnya, pasti dia tidak akan tenang selagi tidak bertaubat kepada Allah SWT.

Manusia yang bernama Mike Tyson pun mencari ketenangan di Masjid dan Raudhah. Marilah kita bersyukur kerana hidup kita umat Islam mempunyai matlamat hidup kita penuh berharga dan bernilai di sisi Allah SWT, semua gerak-geri kita Allah SWT bayar dengan pahala dan Syurga.

Tyson yang pernah menjadi juara heavyweight dari 1986 hingga 1990 tiba di Madinah bersama Persatuan Dakwah Kanada bagi menunaikan ibadah itu.

Beliau dijangka menziarah Makkah selepas melawat bandar suci Madinah dan bercadang melawat beberapa bandar Saudi lain.

Selepas dipenjarakan, Tyson cuba untuk kembali bertanding dalam sukan tinju tetapi gagal merampas kembali gelaran juara dan akhirnya menamatkan karier sukan tinju pada 2005.

Bekas petinju yang pernah menggigit telinga lawannya dan dipenjara atas kesalahan merogol seorang pragawati mengakui dia amat takut kepada Allah. “Saya amat takutkan Allah. Saya sudah melakukan banyak kesalahan dalam hidup dan sering berfikir akan ke neraka kerana dosa saya. Saya berdoa memohon keampunan Allah setiap hari,” katanya dalam satu sidang akhbar.

Tyson menangis di Raudah

MADINAH: Bekas juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson, kelihatan menangis ketika berada Raudah semalam dan menganggap dirinya bertuah kerana berada di satu daripada taman syurga. Lawatan Tyson ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah ditemani Ketua Persatuan Dakwah Kanada, Shahzad Muhammad.

Kata Shahzad, Tyson menjadi begitu emosional ketika mengucapkan salam kepada Rasulullah (SAW) “Dia menangis lebih setengah jam ketika berdiri di depan makam Nabi sambil mengangkat tangannya.

“Tyson terus berada di kawasan Raudah selama beberapa jam untuk bersolat, membaca al-Quran dan berzikir,” katanya, semalam.

Dia kemudian menukar pakaian untuk mengenakan ihram sebagai persediaan mengerjakan umrah.

Sementara itu, kedatangan Tyson menarik perhatian orang ramai yang berpusu-pusu untuk melihatnya dari dekat. Sesetengah pihak sanggup menunggu berjam-jam di hotel didiaminya berhampiran Masjid Nabawi semata-mata mahu mengambil gambarnya.

Malah, dia terpaksa diiring pengawal keselamatan untuk ke masjid bagi menunaikan solat Zuhur kerana orang terlalu ramai berada di laluan berkenaan. Tindakan Tyson mengenakan tutup kepala bagi mengelak daripada dikenali juga gagal dan dia terus diekori peminatnya. Tyson berkata, dia memang gembira diterima baik orang ramai di Tanah Suci.

“Cuma, saya harap tidak diganggu dan biarkan saya menikmati pengalaman beribadah di sini,” katanya.

Selain Masjid Nabawi, Tyson turut meluangkan masa menziarahi Masjid Quba, Masjid Qiblatain (Masjid Dua Kiblat) dan Universiti Islam Madinah. Tyson memeluk Islam ketika di penjara selepas didapati bersalah mencabul kehormatan seorang model kulit hitam.

Mike Tyson insan gagah dan bengis semasa dalam gelanggang tinju. Tetapi di Masjid Nabawi tunduk menitis air mata semasa melihat kubur Rasulullah SAW.

KEHEEBATAN MIKE TYSON DI GELANGGANG

Inilah pengalaman yang amat berguna buat Mike Tyson sehingga menyentuh perasaannya semasa melakukan ibadat umrah dan melawat Madinah Munawwarah. 2 Julai 2010.

Beliau sempat memberi ceramah kepada pelajar Universiti Islam Madinah.

Kunjungannya ke Arab Saudi adalah anjuran Asosiasi Dakwah Kanada (CDA),CDA merupakan Pertubuhan dakwah yang banyak menguruskan selebriti yang baru memeluk Islam untuk melawat ke Arab Saudi untuk tujuan melaksanakan rukun Islam.

Running Man Akan Datang Ke Malaysia Pada September 2013

Running Man akan datang ke Malaysia pada bulan september 2013. Program realiti Running Man merupakan satu rancangan yang paling popular buat peminat K-Pop khususnya di negara ini. Menurut sumber, tujuan kehadiran mereka bukanlah untuk membuat penggambaran tapi ingin membuat sesi bertemu ramah dengan peminat Running Man khususnya di Malaysia.

running man

Tarikh, lokasi dan jumlah sebenar ahli Running Man yang datang masih belum dapat diketahui memandangkan perkara ini masih belum diumumkan secara rasmi. Apapun, kami yakin bahawa perkara ini akan diumumkan tidak lama lagi. SUMBER


PANAS: Dafi Jawab Isu Bilik Hotelnya Diserbu Pencegah Maksiat

PANAS: Dafi Jawab Isu Bilik Hotelnya Diserbu Pencegah Maksiat

Seperti sukar untuk dipercayai.
Namun itu yang tertera dalam sebuah akhbar mingguan semalam yang menyebut, penyanyi Dafi di dakwa ditangkap khalwat, baru-baru ini.
Kejadian tersebut berlaku semasa Dafi menjalani penggambaran drama di Batu Pahat, Johor. Dafi di dakwa tidur sebilik dengan pembantu peribadi (PA)nya.
Cerita penyanyi yang popular dengan lagu Bila Terasa Rindu ini, kira-kira jam 1 pagi bilik diserbu oleh empat orang lelaki yang mengaku mereka anggota pencegah maksiat.
Mereka minta izin untuk menggeledah biliknya kerana mendapat aduan yang dia bersekedudukkan dengan wanita.
Walaupun terkejut namun kata Dafi, dia memberikan kerjasama kerana yakin yang dia tidak membuat apa-apa kesalahan.
Selepas tidak menjumpai apa-apa bukti, kumpulan itu meminta maaf dan beredar.
Menyifatkan tuduhan itu sebagai mengarut, bagaimanapun Dafi mengakui yang pembantu peribadinya memang seorang wanita. Tetapi mereka hanya berkongsi tingkat hotel yang sama, bukannya berkongsi bilik.
Apapun keadian tersebut memberi satu pengajaran besar buat Dafi. Dia juga berharap agar masyarakat tidak memberi persepsi negatif terhadap semua artis kerana hakikatnya tidak semuanya begitu.
Dafi juga bersyukur kerana keluarganya sangat memahami dan meminta berhati-hati agar tidak ada mana-mana pihak yang sewenangnya mengambil kesempatan dan tidak mahu kejadian tersebut berulang. – Malaysian Digest

GAMBAR: Kaki Pencuri PUTUS Dilibas Parang!

GAMBAR: Kaki Pencuri PUTUS Dilibas Parang!

Seorang pencuri besi putus pergelangan kaki kiri selepas bergelut dengan pemilik sebuah kolam ikan di Kampung Gong Puyuh, Kelantan pagi tadi.
Awalnya suspek cuba mengambil besi di kolam ikan tersebut tetapi tindakannya disedari anak saudara kepada pemilik kolam tersebut, kira-kira jam 11 pagi.
Si suspek pada awalnya cuba tunjuk hero dengan menyerang pemilik kolam dengan menggunakan besi yang diambil dari kolam.
Sebelum itu, pemilik kolam mengejar suspek dan apa lagi suspek lari la dengan memandu sebuah van. Bagaimanapun, suspek terlanggar pemilik kolam.
Suspek terus keluar dari van, mengambil besi dan melibas ke arah pemilik kolam.
Dalam syok-syok suspek melibas, pemilik kolam mencapai golok di raga motornya dan turut melibas bagi mempertahankan diri.
Libasan pemilik kolam mengenai pergelangan kaki kiri suspek. Terputus woooo…
Suspek kemudiannya menyerah diri dan suspek diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – SUMBER