Kisah Jenazah Mati Syahid Dimandikan Oleh Malaikat

on Wednesday, June 5, 2013

Perkahwinan Hanzalah bin Abu Amir dengan sepupunya, Jamilah binti Ubay sudah siap diatur. Kebetulan pula, hari berlangsungnya perkahwinan Hanzalah bertembung dengan hari peperangan tentera Islam menentang musuh di Bukit Uhud. Hanzalah bin Abu Amir mendekati Rasulullah saw, “Saya bercadang menangguhkan sahaja perkahwinan saya malam nanti”. Pada masa itu, Nabi Muhammad saw dan tentera-tentera Islam di kota Madinah sibuk membuat persiapan akhir untuk berperang. “Tidak mengapa, teruskan sahaja perkahwinan ini”, balas Rasulullah saw. “Tetapi saya sungguh berhajat untuk menyertainya”, Hanzalah bertegas. Rasulullah saw berkeras supaya Hanzalah meneruskan perkahwinannya dan memberi cadangan supaya Hanzalah menyusuli tentera Islam di Bukit Uhud pada keesokan hari, setelah selesai upacara perkahwinan.


Hanzalah mendiamkan diri. Ada benarnya saranan Nabi Muhammad itu, perkahwinan ini bukan sahaja melibatkan dirinya bahkan bakal isterinya juga. Pada malam Jumaat yang hening, perkahwinan antara Hanzalah bin Abu Amir dan Jamilah binti Ubay dilangsungkan secara sederhana. Suasana yang hening dan sunyi itu tidak tenang hingga ke pagi. Kota Madinah tiba-tiba dikejutkan dengan paluan gendang yang bertubi-tubi. Paluan gendang mengejutkan para pejuang bersama laungan menyebarkan berita.
“Bersegeralah! Kita bersegera perangi musuh Allah.”
“Berkumpul segera! Keluarlah! Rebutlah syurga Allah!”
“Perang akan bermula!”
Pukulan gendang dan laungan jihad itu mengejutkan pasangan pengantin yang baru sahaja dinikahkan. Hanzalah bingkas bangun dari tempat tidurnya, “Saya harus menyertai mereka”. “Bukankah malam ini malam perkahwinan kita dan Nabi Muhammad mengizinkan kanda berangkat esok?” Soal isterinya. Hanzalah menjawab tegas, “Saya bukanlah orang yang suka memberi alasan bagi merebut syurga Allah”.
Jamilah terdiam dan hanya mampu memerhatikan suaminya bersiap memakai pakaian perang dan menyelitkan pedang ke pinggangnya. Hanzalah menoleh ke arah isterinya, “Janganlah bersedih, doakan pemergian saya, semoga saya beroleh kemenangan”. Suami isteri itu berpelukan dan bersalaman. Berat hati Jamilah melepaskan lelaki yang baru sahaja menjadi suaminya ke medan perang. Namun, Jamilah menguatkan hatinya dan melepaskannya dengan penuh redha. “Saya mendoakan kanda beroleh kemenangan”.
Hanzalah melompat ke atas kudanya dan terus memecut tanpa menoleh ke belakang. Akhirnya, dia berjaya bergabung dengan tentera Islam yang tiba lebih awal daripadanya.
Di medan perang, jumlah tentera musuh adalah seramai tiga ribu orang yang lengkap bersenjata manakala jumlah tentera Islam hanyalah seramai seribu orang. Perbezaan itu tidak menggugat kewibawaan tentera Islam termasuklah Hanzalah. Dia menghayun pedangnya menebas leher-leher musuh yang menghampiri dan apabila dia terpandang Abu Sufyan, panglima tentera Quraisy, Hanzalah menerkam Abu Sufyan umpama singa lapar. Mereka berlawan pedang dan bergelut. Akhirnya Abu Sufyan tersungkur ke tanah. Tatkala Hanzalah mengangkat pedang mahu menebas leher Abu Sufyan, dengan kuat panglima tentera Quraisy itu menjerit menarik perhatian tentera Quraisy. Tentera-tentera Quraisy menyerbu Hanzalah dan Hanzalah tewas, rebah ke bumi.
Sebaik sahaja perang tamat, tentera Islam yang tercedera diberikan rawatan. Mayat-mayat yang bergelimpangan dikenalpasti dan nama-nama mereka, tujuh puluh orang kesemuanya dicatat. Sedang Nabi Muhammad yang tercedera dan patah beberapa batang giginya diberi rawatan, beliau mengatakan sesuatu yang menyentak kalbu, “Saya terlihat antara langit dan bumi, para malaikat memandikan mayat Hanzalah dengan air daripada awan yang diisikan ke dalam bekas perak”. Abu Said Saidi, antara tentera yang berada dekat dengan Nabi Muhammad bingkas mencari jenazah Hanzalah. “Benar kata-kata Nabi Muhammad. Rambutnya masih basah bekas dimandikan!” Abu Said Saidi menyaksikan ketenangan wajah Hanzalah walaupun beliau cedera parah di seluruh badannya. Rambutnya basah dan titisan air mengalir di hujung rambutnya sedang ketika itu matahari terik memancar.
Kumpulan Rabani telah mengadaptasikan kisah ini di dalam lagu. Lihat video di bawah:


Gambar Gudang ‘Emas’ Terbesar Di Dunia

Federal Reserve Bank of New York terletak di New York, 33 Liberty Steet, Manhattan, New York, Amerika Syarikat. Bank ini dibuka pada tarikh 16 November 1914 dan tempat inilah anda boleh melihat emas yang banyaknya yang tidak akan pernah anda lihat seumur umur anda kerana di sinilah terdapat vault (ruang penyimpanan) emas terbesar di dunia.

Di vault ini dianggarkan terdapat 10% daripada rizab emas di dunia atau sekitar 5000 metric tons emas deposit, yang bernilai USD $270 bilion.

Rizab emas ditempat ini bukan hanya berasal dari Amerika Syarikat tetapi sebahagian adalah merupakan simpanan dari 36 negara yang lain, yang mempercayai penyimpanannya di The Fed Bank of New York.
Tidak sembarangan orang dapat memasukinya apalagi mendokumentasikan tentang apa yang ada di dalam vault tersebut.
Jadi berbahagialah anda yang dapat melihat vault penyimpanan emas terbesar di dunia tersebut. Walaupun hanya melihat, tapi menambah pengetahuan kita. SUMBER


Farid Kamil Patah Bahu Jatuh Motor

Aktor dan pengarah popular, Farid Kamil patah tulang bahu akibat terjatuh daripada motosikal mini Kawasaki KSR 110 yang ditungganginya pada Sabtu lalu.


Berita ini disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth International Group, David Teo, yang memberitahu tidak berkesempatan untuk melawat artis naungan syarikatnya itu, sebaliknya mendapat maklumat keadaan Farid dilaporkan stabil.
“Saya dimaklumkan, Farid jatuh daripada motosikal ketika menunggang di sebuah litar di Subang Jaya. Akibat kemalangan yang berlaku, Farid mengalami patah pada bahagian bahu dan dia dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut,” ujarnya.
David Teo turut memberitahu aktiviti menunggang motosikal mini adalah sebahagian daripada hobi Farid.
Sementara itu, seorang teman Farid, Pablo, memberitahu dalam satu panggilan yang dilakukan oleh akhbar berkenaan semalam bahawa suami kepada aktres Diana Danielle itu berada dalam bilik pembedahan bagi membetulkan tulang bahunya dan keadaannya dikatakan stabil.
Malah aktor berusia 32 tahun itu telah berpesan agar tidak memberi kenyataan lanjut tentang keadaan dirinya. SUMBER

Siti Nurhaliza Simpan Hasrat Untuk Ke Gaza

on Tuesday, June 4, 2013

Siti Nurhaliza

KUALA LUMPUR – Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menyimpan hajat untuk ke wilayah Gaza di Palestin bagi melihat sendiri keadaan negara itu yang telah diserang oleh rejim Zionis.
Siti, 34, berkata, hasrat itu sudah lama diimpikan selepas tersentuh melihat masyarakat Palestin terutama kanak-kanak yang hidup menderita dan berharap impiannya itu tertunai dengan segera.
“Sudah lama sebenarnya saya mahu ke Gaza bagi melihat sendiri kesusahan masyarakat di sana dan pada masa sama ingin memberikan bantuan yang diperlukan.
“Bagaimanapun saya perlu berbincang dengan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, dahulu untuk meminta izin daripadanya.
“Lagipun suami masih lagi menjalani proses rawatan susulan (gara-gara ditimpa kemalangan motosikal di Queenstown, New Zealand pada 13 Disember tahun lalu),” katanya.
Siti ditemui pada sidang media Majlis Minum Petang ‘Rebuild Gaza For A Nation’ di Hotel De Palma di sini, pada Isnin
Tambah penyanyi lagu Galau ini, walaupun mendengar pelbagai cerita menakutkan daripada rakan-rakan yang pernah ke negara itu, namun dia tetap nekad mahu menjejakkan kaki ke tanah Gaza selain bertawakal kepada Allah S.W.T agar tidka berlaku perkara yang tidak diingini.
Justeru itu, sebagai langkah membantu masyarakat Palestin, Siti bersama-sama kumpulan Rabbani bakal mengadakan persembahan majlis minum petang ‘Rebuild Gaza For A Nation’ yang bakal berlangsung di Hotel De Palma Ampang pada 29 Jun ini.
siti 2
Siti (duduk tiga dari kiri) dan kumpulan Rabbani bakal mengadakan persembahan majlis minum petang ‘Rebuild Gaza For A Nation’ yang bakal berlangsung di Hotel De Palma Ampang pada 29 Jun ini.
Majlis tersebut adalah atas usaha Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dengan kerjasama Rabbani Production Sdn Bhd, bagi mencetus kesedaran serta mengumpul dana membangunkan semula Gaza, daerah yang musnah teruk kerana serangan Zionis Israel.
Salah seorang ahli Rabbani, Azadan Abdul Aziz berkata, majlis tersebut merupakan salah satu acara dalam merealisasikan enam projek khas Mapim untuk rakyat Gaza seperti membina semula rumah dan masjid, menyediakan rumah anak yatim, menaik taraf dan membina hospital, program tajaan pendidikan dan menyediakan modal (mikro kredit) kepada usahawan kecil.
“Kesemua projek ini memerlukan kos sebanyak RM30 juta bagi membantu penduduk Gaza. Tetapi untuk majlis minum petang ini ia merupakan sebahagian acara dalam mengumpulkan dana tersebut.
“Dewan hotel dapat memuatkan seramai 800 orang dan kami harap agar dewan penuh dengan jualan tiket RM1,500, RM 2,500 dan RM5,000 untuk satu meja. Sebahagian wang tersebut akan disumbangkan ke tabung berkenaan,” ujarnya.
Dalam pada itu sebuah program realiti masyarakat di Gaza yang memaparkan usaha pembangunan semula daerah berkenaan juga bakal diterbitkan.
Kemudian, ia akan disusuli dengan konsert Malam Kemuncak 5 Negara: Rebuild Gaza For A Nation yang bakal berlangsung pada hujung tahun ini (tarikh belum ditentukan).
Acara kemuncak itu yang diadakan di Kompleks Space U8 Shah Alam akan turut diisi dengan segmen bersama aktivis Mapim yang berkunjung ke Gaza.
Sebelum ini, penganjur telah mengadakan pelbagai aktiviti berkaitan, antaranya Makan Malam Amal Hospital For Gaza dan Konsert Prelude Rebuild Gaza For A Nation, di Alor Setar, Kedah.
Untuk maklumat lanjut, layari Facebook di www.facebook.com/mapim dan www.mapim2u.com.
Kepada mereka yang ingin menghulurkan sumbangan untuk Dana Pembangunan Semula Gaza, boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank: Tabung Gaza MAPIM 5582-2060-1374 dan BIMB: Tabung Gaza MAPIM 0801-3010-1007-5820. – mStar Online

Suspek Wanita Hina Agong Dalam Facebook Ditahan

Suspek Wanita Hina Agong Dalam Facebook Ditahan

KUALA LUMPUR – Hasil siasatan serta maklumat yang diterima daripada orang ramai, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM hari ini berjaya mengesan dan menahan suspek yang menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya.
Suspek, seorang wanita ditahan untuk membantu siasatan.
Beliau dipercayai menyembunyikan diri setelah beberapa laman blog menyebarkan identitinya.
SKMM juga memohon rakan-rakan suspek turut tampil ke hadapan untuk membantu siasatan lanjut.
Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Suspek juga boleh didakwa dibawah Akta Hasutan 1948.
SKMM sangat memandang serius terhadap penyalahgunaan media sosial untuk memuatnaik kandungan serta komen-komen yang berunsur menghina terutamanya institusi diraja Malaysia. – BERNAMA

Anak Taukeh Belacan Curi Audi R8, Bawa Balik Kampung Jalan-Jalan!

Anak Taukeh Belacan Curi Audi R8, Bawa Balik Kampung Jalan-Jalan!

Kangar – Dua beradik antara tiga suspek yang dicekup polis selepas berada dalam senarai dikehendaki pihak berkuasa kerana melarikan sebuah kereta mewah Audi R8 dari sebuah bilik pameran kereta di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada Khamis lalu.
Dalam serbuan pada jam 2 petang kelmarin, seorang lelaki berusia 33 tahun dan adik perempuannya berusia 26 tahun serta seorang lelaki lain berusia 31 tahun ditahan di rumah keluarga dua beradik terbabit di Kampung Kurung Tengar, Kuala Perlis, bersama kereta mewah bernilai lebih RM500,000 itu.
Difahamkan, kedua-duanya yang juga anak kepada pengusaha belacan di negeri ini dikatakan pulang ke kampung mereka sejak beberapa hari lalu dengan menaiki kereta terbabit yang dilarikan dari sebuah bilik pameran kereta di ibu kota.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah negeri Superintendan Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata, dalam kejadian Khamis lalu, ketiga-tiga suspek melarikan kereta mewah berkenaan selepas memandu uji kenderaan mewah itu apabila menipu kononnya mahu membelinya.
Katanya, sebaik melarikan kereta itu, suspek membawanya sehingga ke Perlis sebelum disembunyikan di tempat letak kereta di rumah orang tua dua beradik berkenaan. – HARIAN METRO

CARA-CARA MENGHILANG LOVE BITE


WARNING !!! Untuk Yg Dah Berkahwin Sahaja
Tentunya anda tidak mahu "love bite" menjadi bahan gurauan teman di pejabat dengan
pelbagai gelaran, membuatkan anda seolah-olah Fobia setiap kali pasangan anda mahu
mencium anda terutama di leher. Takut digigit...! Darling_laling ada cara untk
menghilangkannya....
1) Ambil sebutir panadol, hancurkan dengan sedikit air. Sapu pada tempat yg mempunyai
bekas gigitan dan biarkan selama 10-15 minit atau sehingga ia kering. Kemudian bersihkan
dgn air seperti biasa.
2) Jika masih kelihatan warna kemerah-merahan, sapukan sedikit cecair ubat pencuci mata
(EyeMo) di bahagian tersebut. Biarkan utk seketika.
3) Sapukan beberapa ketul ais batu di leher anda sehingga kesan gigitan semakin hilang.
4) Jika cara ini tidak berhasil, cuba gunakan bawang putih pula. Ambil seulas bawang
putih dan belah dua. kemudian gosokkan perlahan-lahan pd bahagian berkenaan sehingga
pudar kesannya.
5) Boleh juga 'tutup' love bite tersebut dengan menggunakan 'concealer' yang sama
warna dengan kulit. Selamat Mencuba! Kalau tak berhasil juga......lain kali jgn
berani buat "love bite" lagi..
korang cuba la