Dompet Aaron Aziz Kena Curi Di Bukit Jalil

on Wednesday, June 5, 2013

Pelakon dan pengacara hebat, Aaron Aziz telah mengesahkan bahawa dompetnya telah dicuri sewaktu sedang mengikuti acara Lari Amal Aaron ERA bertempat di Stadium Bukit Jalil pagi tadi.


Berita ini telah disahkan sendiri oleh pelakon kacak tersebut menerusi laman Twitternya beberapa minit lalu dengan status berbunyi :
Screen-Shot-2013-06-05-at-10.26.25-AM
Meskipun begitu, Aaron tetap melahirkan rasa lega kerana di dalam dompet tersebut tidak mengandungi sebarang wang tunai mahupun kad kredit.
Screen-Shot-2013-06-05-at-10.26.47-AM
Beberapa minit sebelum mengikuti larian amal dan insiden kecurian ini berlaku, Aaron telah sempat memuat naik sebuah video menerusi laman Keek-nya, di mana pada ketika itu Aaron telah melahirkan rasa tidak percaya yang dia akan mengikuti larian amal tersebut. SUMBER


Pak Sudin ‘pergi’ ketika sarapan bersama isteri

Pelakon veteran era 50an S Shamsudin meninggal dunia ketika sedang menikmati sarapan bersama isterinya Puteh Ismoon di rumah mereka di Bukit Batok, Jurong, Singapura.


Puteh, 77, berkata beliau sebelum itu baru sahaja menyuap mee rebus kepada arwah yang duduk di atas katil sebelum arwah memintanya mengambil air di dapur.
“Apabila saya kembali semula ke bilik, saya tengok arwah dalam keadaan tidak sedarkan diri dan saya terus menjerit memanggil anak bongsu saya yang berada di bilik sebelah untuk melihat keadaan ayahnya.
“Ipin (anak bongsu) cuba beberapa kali memberikan bantuan pernafasan tetapi arwah masih tidak sedar sehinggalah apabila dibawa ke hospital doktor mengesahkan arwah telah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di kediaman mereka.
Puteh yang kelihatan cukup sedih, menyifatkan Shamsuddin sebagai seorang suami yang baik dan bapa yang amat penyayang kepada anak-anaknya seramai tujuh orang.
“Arwah di rumah merupakan seorang yang pendiam walaupun di luar orang nampak beliau suka membuat lawak. Namun arwah merupakan seorang bapa yang penyayang.
“Sejak terlantar sakit kebelakangan ini, arwah suka merenung muka saya dan pagi tadi sebelum saya ke pasar arwah sempat meminta saya membersihkan dirinya.
“Selepas ini tiada lagilah teman saya untuk bercakap,” katanya tidak dapat menahan sebak.
Sementara itu, anak bongsu Allahyarham Mohamed Ariffin, 44, berkata ketika kejadian beliau berada di biliknya kemudian mendengar ibuya menjerit memaklumkan tentang keadaan ayahnya.
“Apabila saya sampai di biliknya, saya lihat arwah berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan mukanya juga pucat. Saya cuba memberi pertolongan pernafasan beberapa kali sebelum ambulans sampai, namun arwah tidak memberikan sebarang reaksi.
“Apabila pasukan perubatan sampai, mereka juga beberapa kali cuba memberikan bantuan sehinggalah dibawa ke National University Hospital dan akhirnya doktor mengesahkan ayah telah meninggal dunia,” katanya.
Katanya, doktor mengesahkan ayahnya meninggal dunia akibat serangan sakit jantung kira-kira 10.56 pagi.
Katanya arwah sebelum ini terlantar sakit hampir tiga tahun akibat menderita penyakit parkinson dan batuk kering.
Jenazah yang dibawa pulang ke rumahya dijangka akan dikebumikan esok di Pusara Abadi Chua Chu Kang, kira-kira pukul 10.30 pagi.
Antara yang hadir menziarahi jenazah ialah pelakon veteran seangkatan Allahyarham, Wahid Satay atau nama sebenarnya Abdul Wahid Ahmad, 83.
Beliau yang menganggap arwah sebagai abang kandungnya, cukup terasa dengan pemergian Allahyarham yang selama ini banyak membantunya semasa zaman lakonan di Studio Jalan Ampas.
“Kali terakhir saya bertemu Allahyarham ialah semasa majlis penghargaan artis veteran bersama bekas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim baru-baru ini,” katanya. SUMBER

Kisah Di Sebalik Penutupan Taman Rekreasi Mimaland

Tidak ramai yang menyedari lokasi sebuah pusat taman rekreasi Mimaland yang pernah beroperasi suatu ketika dahulu. Walaubagaimanapun taman itu telah ditutup atas beberapa kes mahkamah yang dihadapi.
Kisah Di Sebalik Penutupan Mimaland | Bagi yang lahir pada tahun 80-an mungkin mengingati sebuah taman rekreasi yang cukup popular suatu ketika dahulu. Taman rekreasi yang terkenal pada era 1980-an ini dikenali sebagai Mimaland mula dibina dalam tahun 1971. Nama Mimaland yang agak unik itu sebenarnya adalah singkatan daripada gabungan perkataan Malaysia In Miniature Land. Ia dibina di sebuah kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak tidak jauh dari Kuala Lumpur. Pembinaan Mimaland dibuat dalam beberapa fasa dan dibuka secara berperingkat.
Fasa pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24 buah motel dan 5 buah chalet serta sebuah kolam renang.Antara tarikan utama Mimaland pada peringkat awalnya ialah ‘taman haiwan prasejarah‘ yang mengandungi binaan model-model dinosaur bersaiz besar yang begitu mengagumkan para pengunjung ketika itu. Beberapa buah filem tempatan pernah membuat penggambaran di situ.
Pada 1984 Mimaland memperkenalkan pula satu lagi tarikan terbarunya iaitu kolam renang yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara, dan semestinya papan luncur air gergasi yang sangat tinggi yang begitu digemari oleh ramai pengunjung. Selain itu Mimaland juga mempunyai beberapa lagi bahagian lain, antaranya ialah sebuah tasik untuk aktiviti bersampan dan memancing, kawasan ‘giant maze’, serta kawasan untuk merentas rimba.
Setelah bertahun-tahun Mimaland menceriakan hidup ramai orang, sesuatu yang tidak diingini berlaku juga. Satu kemalangan telah terjadi di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993 yang menyebabkan kematian seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun. Kejadian malang itu mengejutkan orang ramai hingga memaksa pihak Mimaland menutup sementara kawasan yang terlibat iaitu kolam renang dan papan luncurnya bagi dilakukan kerja-kerja penambahbaikan. Pada Mei 1994 pula, berlaku kerosakan pada dinding kolam renang yang sama yang berpunca daripada kejadian kecil tanah runtuh hingga menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang tersebut. Sekali lagi, kawasan tersebut ditutup kepada orang ramai.
Pihak pengurusan Mimaland kemudiannya telah diseret ke mahkamah oleh beberapa pihak termasuk agensi kerajaan di atas beberapa dakwaan kesalahan, antaranya ialah kelemahan dalam kawalan keselamatan, serta menjadi punca kepada beberapa masalah alam sekitar. Sepanjang pendakwaan kes tersebut pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada meneruskan operasinya. Akibat tidak dapat lagi bertahan tanpa beroperasi, Mimaland akhirnya terpaksa menutup terus pintunya buat selama-lamanya pada 1994.
Kesan peninggalan Mimaland masih wujud hingga kini.


Dahulunya pintu masuk ke taman rekreasi yang indah..
Antara petikan angker dari forum Cari
salam.. sy SR kat sini.. saya amat teruja mengenai group korang nih..
tak mo cakap banyak.. MIMALAND.. tu adalah kampung saya.. sedara mara saya banyak duduk kat area mimaland.. dan saya pun memang la selalu dok sana.. ulang alik dari umah.. kalo nak tau.. tempat tuh mmg keras sgt2.. pkcik n mkcik saya penah keja kat situ ms zaman kegemilangannya.. masa tutup tuh pun, saya bru drjah 2 or 3..hehehe
jangan kata mimaland je, sebelum mimaland, kat simpang batu 10-11, simpang palembang, kat situh pun byk kejadian n cik ponti berkeliaran.. termasuk pkcik, macit n sepupu sy penah kena.. dia melekat je kat cermin keta smpai cousin sy hmpir exsiden langgar lori.. kebetulan dia bawak baby dia.. mmg truk la dia nanes…
berbalik area mimaland tuh mmg keras giler la.. uma macit2 n arwah atuk sy pun area situ, kira2 100m dr mimaland pun slu mende2 dtg kaco.. kadang2 ponti la, antu kaki 3 la, SWeet pun ada, pling angker antu penanggal.. kua dok lepak dpn uma pun kene kaco.. de je nmpk mende tuh ats pokok durian.. kekadang si sweet ni men lompat2 tgh jalan.. dlm uma lagik la.. mcam2 ada.. oleh sebab sy di besarkn di sana.. n most of my family member mmg asal gombak.. jadi da bese la..

..tetapi kini pintu masuk ke alam angker
Basikal air kini tinggal kenangan..
Van company

Suatu ketika dahulu merupakan ofis taman rekreasi
Dahulunya tempat ini sesak dengan orang ramai yang menunggu bas
Jalan ke Mimaland ini dahulunya sibuk, sekarang sunyi sepi dan menyeramkan

Sangat Bahaya! Perdaya Wanita Dengan Spiked Drinks


Sangat Bahaya! Perdaya Wanita Dengan Spiked Drinks | Pada zaman sekarang, boleh dikatakan wanita pada hari ini wanita sering dijadikan sasaran oleh lelaki untuk tujuan-tujuan tertentu. Antara tujuan negatif adalah seperti kes rogol,  cabul kehormatan sebagainya. Perkara ini sebenarnya amat membimbangkan. ADMIN mengambil inisiatif berkongsi dengan wanita di luar sana tentang satu istilah yang dikenali sebagai Spiked Drinks. Tahukah kalian, air yang diminum dalam sekelip mata membuatkan anda akan hilang pertimbangan sehingga tidak sedarkan diri.
dadah
ISTILAH ‘spiked drinks’ mungkin asing bagi segelintir daripada kita. Namun jika diberi gambaran maksud sebenar istilah ini, pasti ramai yang akan teringat kisah drama atau filem  yang pernah ditonton di televisyen.
Ini berikutan jenayah atau modus operandi menggunakan ‘spiked drinks’ ini sebenarnya begitu banyak didedahkan atau dipamerkan menerusi drama atau filem yang ditayangkan.
‘Spiked drinks’ adalah istilah untuk minuman yang dimasukkan dengan bahan asing seperti dadah atau alkohol tanpa pengetahuan pemilik minuman atas pelbagai tujuan jahat.
Kebanyakan mereka yang menjadi mangsa tidak tahu akan muslihat ini dan hanya menyedari diperdaya setelah nasi menjadi bubur. Individu yang menjadi sasaran selalunya terdiri daripada mereka yang gemar bersosial kerana lebih mudah untuk didekati.
Mereka yang pertama kali keluar temu janji juga kerap menjadi mangsa. Namun ada juga yang sengaja mengambil ‘spiked drinks’ sebagai hiburan atau untuk menghilangkan tekanan.
Ikuti kupasan modus operandi kali ini serta tip yang boleh membantu anda mengelak dari menjadi mangsa.
Tip elak jadi mangsa
- Maklum pada keluarga atau rakan baik lokasi berada serta dengan siapa anda keluar serta jangkaan waktu anda akan pulang.
- Pilih minuman yang belum dibuka atau dalam tin. Jangan minum dari gelas yang sudah disediakan lebih awal.
- Jika minuman dalam gelas, tutup permukaan gelas tersebut dengan tapak tangan dalam apa-apa cara sekalipun sehingga sukar untuk sesiapa cuba meletakkan sesuatu ke dalam minuman itu terutamanya ketika anda leka berbual atau sebagainya.
- Awasi minuman setiap masa. Jangan tinggalkan begitu sahaja dan minta rakan menjaganya.
- Sebaiknya habiskan minuman terlebih dahulu, sebelum ke tempat lain seperti tandas.
- Jika ragu-ragu dengan minuman yang ditinggalkan, pesan minuman baru.
- Terima minuman hanya daripada orang yang anda percaya dan jika ditawarkan minuman oleh seseorang yang tidak dikenali, tolak pelawaan tersebut secara sopan.
- Kenal pasti tanda-tanda yang meragukan antaranya seperti:
= gelas minuman dialihkan dari kedudukan asal
= Warna minuman
= Kuantiti air dalam gelas bertambah
= Bau minuman yang ganjil
= Terdapat buih yang mencurigakan pada minuman
= Berhenti segera jika minuman yang diteguk terasa lain. Anggap keadaan di tempat itu tidak lagi selamat dan beredar secepat mungkin.
= Hubungi  keluarga atau rakan baik dengan segera jika khuatir untuk pulang seorang diri.
Pengalaman mangsa
Gadis berambut ikal mayang yang hanya mahu dikenali sebagai Zara, 22, berkata, dia nyaris menjadi mangsa selepas keluar dengan seorang rakan lelaki yang dikenali melalui laman sosial kira-kira tiga bulan lalu.
Menurutnya, sepanjang mereka berinteraksi di alam maya, lelaki terbabit, Ashraf (nama samaran) sangat baik dan sikapnya begitu menyenangkan.’
Katanya, perhubungan mereka yang pada mulanya sekadar rakan biasa mula bertukar menjadi sayang.
“Dalam tempoh tersebut walaupun tidak pernah bertemu, kami mula bercinta.
“Tidak cukup berbual di internet serta berbalas e-mel, kami kerap ‘bergayut’ di telefon sehingga lewat pagi,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Zara berkata, setelah lama bercinta di alam siber, mereka mula mengatur temu janji kononnya mahu bersemuka dan bercinta seperti pasangan lain. Mereka bersetuju untuk bertemu di sebuah kelab hiburan di ibu negara awal bulan lalu.
“Saya sangat teruja kerana dia begitu romantik menghadiahkan bunga serta coklat ketika pertama kali berjumpa. Layanannya cukup istimewa.
“Namun semuanya berubah apabila saya terlihat perbuatan kotornya memasukkan sesuatu ke dalam minuman saya,” katanya.
Beliau berkata, sebelum itu dia ke bilik air, namun berpatah balik apabila menyedari tas tangan tertinggal atas meja.
Katanya, ketika itulah dia melihat, Ashraf memasukkan sesuatu seperti serbuk ke dalam minumannya.
“Tangan saya menggeletar, terkejut dan buat seketika, fikiran terasa kosong. Saya tak pasti serbuk apa tapi mungkin dadah.
“Saya sangat kecewa tetapi saya kembali ke meja tersebut dan berlagak seperti biasa,” katanya.
Zara berkata, tepat jangkaannya apabila Ashraf tiba-tiba mengangkat gelas minuman yang dicampurkan serbuk dan menghulurkan kepadanya.
Menurutnya, dia menolak minuman itu dan meminta diri untuk ke bilik air sekali lagi,kononnya ingin mengambil telefon bimbit yang tertinggal di sana. Dia terus keluar dari kelab hiburan itu dan pulang ke rumah.
“Saya lega kerana membawa kereta sendiri dan tidak menjadi mangsa kepada lelaki tak guna itu.
“Selepas kejadian itu, Ashraf ada menghubungi saya menerusi laman sosial serta telefon, namun saya tidak mengendahkannya,” katanya yang kini lebih selektif dalam berkawan kerana tidak mahu terpedaya lagi.
Sumber : Sinar Harian

Misteri! KLIA Dikatakan Berhantu?


Tiada siapa dapat menafikan bahawa KLIA antara lapangan terbang yang dianggap terbaik dunia sehingga menerima banyak anugerah. Namun ada cerita yang kurang enak didengari. Biarpun kesahihannya diragukan, cerita ini mula tersebar. Cerita yang dimaksudkan di sini adalah tentang misteri beberapa tempat di KLIA dikatakan berhantu dan berpenunggu. Kisah di bawah ini diceritakan mengikut lokasi-lokasi yang diceritakan oleh beberapa orang yang dipercayai ‘bertemu’ dengan lembaga misteri. Ikuti kisah di bawah ini.
klia_interior
Nampaknya ramai juga minat dengan cerita mistik dan misteri. Jadi atas permintaan ramai, kami akan terus mencari sumber cerita-cerita misteri dan akan cuba untuk sampai kan sekurang-kurangnya 3-5 entri setiap minggu. Jadi hari ini, kami ingin berbicara tentang KLIA, Lapangan Terbang Penuh Misteri. Sebelum nak berbicara cerita misteri dan sejarah tempat ini. Sebenarnya, (merujuk pada sumber) tapak lokasi ini merupakan sebuah kawasan Orang Asli dan juga terdapat Ladang Kepala Sawit. Walaupun banyak bantahan tentang pembinaan Lapangan Terbang ini, akhirnya ianya siap dibina dan beroperasi dengan cemerlangnya.
Sejarah KLIA dari Wikipedia :
KLIA akhirnya dibuka secara rasmi pada 27 Jun 1998. Lapangan terbang ini boleh menampung sebanyak 35 juta penumpang setahun dan 1.2 juta tan metrik kargo dalam fasa pembinaannya sekarang. Lapangan terbang ini telah menduduki tempat yang ke-13 di dunia dari segi bilangan penumpang asing di mana sebanyak 24,129,748 penumpang telah menggunakan lapangan terbang ini pada tahun 2006. Pada tahun yang sama, lapangan terbang ini juga telah mengendalikan 677,446 tan metrik kargo untuk menduduki tempat ke-30 di dunia dari segi pengendalian kargo.Lapangan terbang ini berkonsepkan “lapangan terbang dalam hutan dan hutan dalam lapangan terbang”. Keadaan ini dapat memberi ketenangan kepada penumpang dan memperkenalkan suasana hutan Malaysia kepada pelancong luar negara.
Semua cerita ini boleh didapati di forum CARI tetapi kami cuma ambil dan kategorikan kawasan-kawasan di KLIA yang mereka di forum nyatakan supaya lebih senang untuk dibaca :
Bilik Maintenance Staf KLIA
-kat dlm maintenance kita org..dah ada ramai gak jumpa..yg nie member aku perempuan dia pernah nampak masa keja shift mlm.ni masa tido la sbb we all on standby if xde problem system boleh la tdo sampai pg..yg member aku jumpa nie budak lelaki yg sorang jumpa kat hujung tilam tgh duk mencangkung ngadap dia kat area kelopak mata tu putih mcm lotong tu..yg sorang lagi sama gak tp betul kat tepi tilam sederet gn kepala member aku nie..member tercelik mata nk pusing masa tido tp tetiba benda tu jenguk betuk2 kat muka member aku nie..yg member nie terus bangun kejut member yg 2 org lg shiftmlm tu suh alihkan tilam terpaksa tido dekat2 gn budak2 lelaki…lepas dia baring kat bahagian lain masa dia org nk lelap balik dengar org jln berlari2 kat tp tilam.member yg lelaki ni suh sume bangun alihkan tilam dr menegak kena melintang lps tu baru ok..benda tu xkacau..
yang pengalam aku sendiri masa mula2 keja kt klia bila tido mlm asyik dengar tapak kaki org jln jer.lps tu pintu bilik maintenance asyik ada org kuar masuk..kita org bila ada org komplain pasal system problem mesti dia org akan cal dulu so we all akan p kat tempat system tu la..yg nie xde org komplain tp pintu tu asyik bukak tutup jer..lps tu benda tu suka jln kat tepi tmpt aku tido..aku tido kat belakang kat area locker…mula2 ingat member asyik amik brg dlm locker..bila tanya member dia kata mana ada bangun pon..xlama lps tu ramai pulak member2 opis duk citer pasal benda nie memang dah lama,…sekarang bila tdo kat bilik tu time shift mlm mesti aku selubung terus gn selimut lps tu tutup muka terus gn bantal.xnk tgk benda2 tu…sbb aku tdo kat tmpat yg member aku jumpa “benda” tu
Gate C
C34 : hmm… penah gak berkampung kat klia tu sbab ada event kena pi sambut delegates dari luar. kul 3 pagi gi jemput org kat gate. kitorang dapat special pass bole pegi sambut kat gate. ada gak ground crew yg citer gate paling hujung C34 ke apo ntah, kengkadang menda tu kaco diorang masa nak prepare gate tu. :L tapi mmg seram laa kul 3-5 pagi tu manusia kurang time tu.
-C21 : mmg kat sat tu sunyi coz biasa pas kul 3 camtuh xde kapal sgt pon..dah tu kdi2 pon kul 1 camtu dah tutup kec ada la 2-3 cafe yg buka..tingat xperien member aku 5-6 tahun lepas. dia keje dept acc utk kedai duty free..opis dia kt atas gate C21, keje dia kira & record total sale for the day so mlm tu nak jd citer dia kena keja sorang coz partner dia cuti, xde org cover..da setel kira2 duit & wat report sumer dia pon standby r nak tdo .(nama dia za)..x lm lps dia lelap tu tetiba dgr suara panggil – ‘za..oh za..’ dia punya la cuak..dah sah2 dia sorg jer dlm opis tu, so dia senyap jer la di balik selimut..lm gak sore tu dok panggil2 dia last2 dia dgr sore tu ckp ‘tido ker..xper lah bye..”..xtdo dia dlm opis tu,trus g surau coz kdg2 ada gak makcik cleaner tdo kt surau tu.. aku dgr dia citer pon meremang..apa taknye siap tau nama tuh..agaknya dah mmg port dia kot opis tu, hari2 org yg sama keje spi tau nama kwn tu..
-C17 : Teringat dahulu semasa kerja dengan malaysia airports niaga.Keja pulak ader shift.Pastu kadang jaga kiosk kat gate C21 atau C17 seram giler:mad: Pastu nak dijadikan citer,ader 1 malam tu sebelum puasa tahun 2007.Aku nak balik dah tgh kemas2 gondola lepas recount duit.Pastu aku g la jumpa mmber aku kat kedai Dunhill..menuju gate C31-C37,masa tu flight Cathay Pacific CX0057 dah 1 jam lebih boarding.Pas g jumpa member aku tuh aku pun g lah toilet near travellator tuh.Aku tgk takder orang lengang gile floor tu:mad:gate pulak sume dah closed.Kuar toilet tu aku terdengar org koll nama aku dari mezzanine floor satellite.Aku tgk takder orang masa tu restaurant Rimba tu pun takder orang…seram gile.
Jalan Raya Sekeliling KLIA
-yg ni plak diceritakan oleh member baik ev…citer ni pon dh lama, tp time tu klia dh buka dh…terjadi kat sedara dia….ev x ingat sedara dia yg pompuan yg laki tu…ev andaikan yg pompuan lah….citernya, tetiap pagi around 3-4 am, sedara dia akan antar asben dia gi keje kat klia tu, bwk anak2 diorg yg tgh tido skali (2 org) letak kat seat blkg…ada 1 pagi tu, on da way nk balik umah(pas dh antar asben dia),tetiba sedara dia tgk ada sorang pompuan rambut panjang duduk kat seat sebelah dia sambil perhati dia….mmg dia kecut giler…tp dia maintain bwk keta tu….sepanjang perjalanan sampai kat umah pompuan rambut panjang tu still dok perhati dia…waktu dia buka pintu gate umah pon, pompuan tu ada lam kete lg dok perhati dia….dia bwk kete masuk umah pun, pompuan tu camtu gak….then, dia pas dia bwk anak2 dia masuk umah, dia mengintai kat tingkap nk tgk pompuan tu ader lg ker tak….x silap lama gak dia tggu, tgk2 pompuan tu menghilang ikut bumbung keta….
-Sebenarnya bukan pengalaman member aku je, tapi aku ada jugak masa tu, dalam satu keta dengan 2 orang member aku. lepas lepak kat bukit tinjau (bukit dekat dengan KLIA untuk tgk kapal terbang turun naik), kami balik ke rumah kawan aku kat sepang. On the way balik tu, dok rancak berborak, radio plak member aku saje kuatkan..masa lalu kat jalan KLIA tu (aku tak hengat kat area mana, tapi berhampiran dengan KLIA), ada kain putih lintas depan kereta kami..memang jelas nampak kain putih macam dok berkibar lalu depan cermin kereta kami.kebetulan aku dok kat belakang, 2 orang lagi member aku dok kat depan, nampak kain tu..terdiam aku jap.ingatkan aku sorang je yang nampak, member aku yang drive tu pun nampak jugak.tu sbb dia tiba2 padamkan radio keta. member aku yg sebelah dia ni, masa kejadian dok toleh blkg borak dgn aku..tu sbb dia tak perasan..lepas je kejadian tu, aku dengan member aku(yg drive) senyap..member aku lg sorang ni pelik sbb tiba2 kami senyap..
Ingatkan lepas dari tu dah tutup buku..tapi malam tu masa aku tido reramai dengan member aku kat ruang tamu, aku dengar member aku(yg drive) tu dok berdialog dengan ‘seseorang’..aku tak dapat tangkap bahasa ‘seseorang’ tu..walhal dua orang yang berdialog tu datang drpd orang yang sama iaitu member aku(yg drive). ‘seseorang’ tu tak sama macam suara member aku, garau skit. aku agak la bahasa yg ‘seseorang’ tu cakap mcm bahasa orang asli. ntah kenapa aku rasa mcmtu..yg aku dengar drpd suara member aku, “aku tak kacau engkau”..member aku siap baca surah hape ntah masa dialog tu..
esok pagi aku tanya member aku, dia sedar tak malam tadi? dia kata tak..Alhamdullillah, lepas je kejadian tu, takde benda-benda yang pelik jadi..
Parking Underground KLIA
-ada org sudah jumpa antu apek kat parking klia mintak duit kecik nak bayar parking…siasat punye siasat, rupa2nya apek itu sudah mati bunuh diri kat area situ dgn terjun bangunan (kalo tak salah laaa..) & org yg bernasib baik aje akan ditegor apek ni…
Gate 2
-ustaz ismail kamus dtg klia neh buang hantu kat gate G2…hantu tuh tinggal kat gate G2 tapi kalo mlm2 dia suke kacau staff2 mas yg duk kat ofis hospitality yg kat sblah gate G2 tuh…dia usik2 telinga pastu cuit2 lengan staf2 dlm tuh…kalo u ols dengar citer member aku tuh sure korang pon meremang bulu roma…..:L
Aerotrain KLIA
-hujung thn lepas member aku nak masuk bertugas blk kat satelit lepas ambik time rehat…dr mtb ke satelit kan kene naik aerotrain kan…dia duk dlm gerabak tgh….bile lalu kat terowong dia toleh kat seat kat hujung gerabak lagi 1 dia nampak sorang lembaga duduk tundukkan kepala…rambut panjang sampe kaki…duduk keras x toleh kiri kanan….membongkok..member aku neh trus baca segala mcm ayat2 quran yg dia ingat…dan trus x pandang balik kat tempat mende tuh duduk….aerotrain stop jek kat satelit trus dia berlari keluar…..
Surau dalam waiting Hall (ntah gate mana satu)
-Cite ni experience aku mase skolah dulu2 … aku kalo cuti pendek2 balik umah naik flight je … skolah jauh kt kelantan nun … so ade skali tu … aku nye flight pagi … kul 7 lebey kalo x silap … so awal2 lagi kena check in la … ari tu aku balik sorg2 sbb aku x balik time cuti balik bermalam (dak2 mrsm bese nye x ley balik ujung minggu kecuali cuti balik bermalam) … ada family emergency time tu …
Sebelum subuh parents aku da anta aku gi KLIA … aku ni dulu2 kalo time nk balik asrama … aku nk cepat2 check in sbb kalo lame2 tunggu ngn family aku rase sedey2 … hehehe … bese la x biase dok berjauh ngn family sblm ni … kalo KLIA tu da check in … pagi2 sunyi … walopn time tu da lebey kurang time subuh … still x de org … pas da check in … aku lepak kt surau yg kt dlm tu … tp mase aku solat subuh … something yg aneh ar berlaku … aku cm dengar bunyi paip terbuka cm oprg berwudhu’ … pastu mase aku rakaat kedua … aku dengar org takbir “Allahu-Akbar” nk start solat n sentuh bahu aku cm masuk masbu’ nk solat berjemaah la … aku pun cm lek2 je la … smayang cm bese … imamkn la ‘org’ tu … tp bile aku bagi salam … aku tgk x de sape sebelah or belakang aku :funk: :funk: :funk: :funk: …
Aku ni ape lagi … cepat2 baca doa … terus kuar surau tu … cm kelam2 kabut ar … pastu mase aku kuar … ade org masuk surau tu … staff klia kot sbb pakai uniform … dia tanye nape aku kelam kabut … aku x sempat nk ckp ape2 … dia terus senyum … ckp “pagi2 ni bkn manusia je yg bersolat … jin Islam pun ada dik” … aku senyum kambing je la … pas da siap2 pakai kasut … aku terperasan aku tertinggal 1 beg dlm surau tu … aku masuk balik nk amek … tp surau tu da kosong … brader yg tegur aku td tu pn da x de … so sape yg ckp ngn aku td
Jungle Walk (Bilik Intai)
area taman tu namanya jungle boardwalk. menurut urban legend yang diceritakan oleh kawan ash, kat situ ada kubur orang asli yang tak boleh dipindahkan. so diorang buat la cam konsep taman dalam airport :lol:taktau la kebenaran citer ni api awal tahun aritu memang jungle boardwalk ni ditutup sebab ada kes histeria. skang ni baru bukak balik. tapi memang are kat bangunan satellite ni feymes di kalangan staf KLIA sebagai building paling berhantu. kalau staf2 yg penah keje floor kat sini dulu citer memang seram kalau syif malam kat sini especially bila takder flight. tersangat la sunyi dan bermacam2 penampakan ada ;P
Tingkat 5, Tempat Berlepas.
lagi satu kisah benar yang diceritakan oleh sorang senior staf. hehe. kalau korang perasan la kan, kat level 5 main terminal building tu ada cam malaysia airports buat exhibit sikit (structure kaler oren kat gate 3/4 tuh). dulu ada satu gambar kat situ, boleh tengok cik pon. gambar tu gambar salah satu air terjun kat malaysia ni pastu punyala feymes gambar cik pon ni sampai ramai gila org nak tengok tiap2 hari.
tapi skang ni diorg dh tukar gambar tu sebab macam dh jadi rusuhan plak. staf yang citer kat ash ni cakap dia sendiri pegi tengok gambar cik pon tu. memula memang tak perasan tapi sekali bila dh ‘nampak’, memang seram giler. sebabnya cik pon tu betul2 pandang kamera so memang cam cik pon tu tengah tengok kita la. sampai ada yang histeria katanya.. :L teringin gak ash nk tgk gambar tu tp xder sapa tau mana pg dah. structure tu still ada tp gambar semua dah totally different skang :(
Bilik Satelit
Satu kes lg mmbe aku nmpak ada sorang bdk lambai2 kat dia dari jauh dkt celah pintu, lorong kemana ntah. Pelik jgk mcm mana bdk bole masuk satellite lg2 tpt kawasan larangan. Apatah lg tgh2 mlm masa tu. Mmbe aku pn kejar la bdk tu.. Bila smpai situ bdk tu dh hilang. Mmbe aku masuk la lorong tu, mmg sunyi giler la(aku pn x pnah lalu situ) bilik2 yg ada dlm tu sumer dah x beroperasi. Sorg staff engineering yg kebetulan lalu berdekatan area situ bgtau, hantu bdk tu la yg byk mengganggu staff2 dlm bilik tu bbrp thn dahulu. Apalagi, terus demam mmbe aku 3hari..
p/s : kesahihan cerita tak dapat dinafikan. Tetapi banyak lagi sebenarnya cerita di KLIA ini seperti antaranya depan KFC tetapi ceritanya agak kurang releven. Jadi apa-apa korang jangan rasa takut, kuatkan iman anda.
sumber: facebook.com/100005592674036 (Incik Mohd)

Subhanallah! Pendeta Yahudi Peluk Islam Melalui Internet


Joseph-Chohien
Seorang pendeta yahudi bernama Joseph Chohien telah mengemparkan masyarakat yahudi Israel bila beliau mengisytiharkan diri memeluk Islam…Kini nama barunya ialah Yusof Muhammad Khattab..
Lebih menggemparkan ialah beliau turut membawa beberapa ahli keluarganya yg lain termasuk isteri dan anak2nya berhijrah meninggalkan agama yahudi dgn memeluk Islam…
Sejarah keislaman beliau bermula dari saat beliau berkenalan dgn seorg daie dari Kuwait melalui internet….yg banyak memberikannya kesedaran dan pendedahan akan hakikat Islam..hampir 2 tahun lamanya mereka berhubung hinggalah akhirnya beliau diperkenalkan pula dgn seorg Daie lagi di al-Quds, Palestin…
Dari situlah….akhirnya Allah swt menguatkan serta membuka pintu hati beliau utk menuturkan kalimah Syahadah..hingga akhirnya isteri dan anak2nya juga turut sama mendapat hidayah Allah swt dgn memeluk Islam….
Di peringkat awal keislamannya beliau telah menempuh berbagai kesusahan dan tekanan2 termasuk dari 2 org tuanya yg masih beragama yahudi..
Antara yg turut memberikan tekanan dan gangguan hebat ialah pihakKementerian Dalam Negeri Israel sendiri dan persatuan ’Syaas’ yg pernah dianggotainya sblm ini …di mana beliau telah dituduh konon ditimpa penyakit gila, gangguan fikiran dsb…di samping itu pula banyak hak2 beliau sebagai rakyat Israel dinafikan oleh rejim Israel yg sangat menguji keimanannya yg baru tersebut…
Setelah puas menempuh pelbagai rintangan dan tekanan akhirnya beliau berjaya juga melepasi kesemua halangan tersebut dan berjaya pula mendapatkan pengiktirafan serta hak2nya sebagai warga negara yg telah dinafikan sebelumnya ..
Kini Yusof mula bergiat cergas dlm amal2 dakwah dan kebajikan di sekitar kota al-Quds bersama2 rakan arab yg lain..
Sila lihat video di bawah:
sumber: silverheritage.blogspot.com

Gambar Mohd Shahrulnizam Pendaki Malaysia Maut Di Everest


Gambar Mohammad Shahrulnizam Ahmad Nazari pendaki Malaysia maut di gunung Everest. Terkini, seorang pendaki Malaysia yang menyertai misi ke Base Camp Everest dilaporkan meninggal dunia, dipercayai akibat penyakit akut ketinggian (Acute Mountain Sickness).

everest

Jurucakap Kedutaan Malaysia di Kathmandu, Nepal mengesahkan mangsa, Mohammad Shahrulnizam Ahmad Nazari, 25, yang juga kakitangan Perbadanan Putrajaya (PPj) sedang mengikuti ekspedisi anjuran PPj, sementara seorang lagi rakannya sedang dalam keadaan kritikal selepas menderita simptom sama.

Mayat mangsa difahamkan kini berada di Labuche pada ketinggian 4,100 meter dari aras laut dan operasi untuk membawa turun mangsa sukar kerana cuaca buruk. SUMBER