Seram! Inilah Ikan Kecil Yang Paling Di Takuti Di Brazil

on Thursday, June 6, 2013


Ikan Candiru atau disebut Canero merupakan jenis ikan air tawar yang sekeluarga dengan ikan lele. Ikan ini boleh didapati di sungai amazon dan sungai Oranoco, ikan ini mempunyai reputasi sebagai ikan yang paling ditakuti oleh penduduk tempatan, ikan ini lebih di takuti daripada ikan piranha.  Ikan ini hanya boleh membesar sehingga 1 hingga 2 inci dan lebar 4 hingga 6 milimeter, mempunyai bentuk seperti seekor belut dan hampir telus (lutsinar), membuatnya hampir mustahil untuk dilihat di dalam air. Ikan yang pantas, perenang yang kuat, lembut dan licin, dengan gigi yang tajam.
Terdapat 3 spesies Candiru: yang biasanya makan dengan cara memasuki ikan yang lebih besar, Candiru paus (whale Candiru) merupakan pemakan bangkai yang lebih memilih untuk makan dari ikan yang sudah mati
Ikan Candiru merupakan parasit, modus operandinya sangatlah ringkas dan kejam: Ikan memburu ikan, ikan Candiru berusaha untuk mengetahui aliran air yang berasal dari ikan lain, setelah mengetahui dari mana aliran air tersebut, ikan itu akan terus menuju celah-celah sirip ikan itu, duri yang ada di kepala Candiru akan melukai insang ikan dan mengeluarkan darah selagi ikan Candiru berada di dalam ikan tersebut. Sehinggakan ikan Candiru digelar sebagai ikan vampire dari Brazil.
Ikan ini ditakuti kerana ia tertarik pada air kencing atau darah, dan bila seseorang berenang telanjang ia akan masuk ke celah dubur atau faraj, bahkan, ikan ini mampu masuk ke lubang zakar – dan mungkin ke dalam urethra). Bila ini terjadi ikan Candiru sangat sukar dikeluarkan kembali kecuali melakukan pembedahan. Kerana ikan ini mendapati mangsanya dengan mengikuti aliran air dari insang ke sumbernya, kencing sambil berenang meningkatkan kemungkinan Candiru masuk ke urethra manusia.
Cara untuk membunuh ikan ini adalah dengan rawatan tradisional, dengan air dari dua jenis tanaman: Xagua dan epal Buitach yang dimasukkan ke kawasan yang terkena. kedua tanaman ini akan meleraikann ikan tersebut. Dan juga dengan memalui pembedahan, tetapi pembedahan memerlukan kos dan waktu. Sering kali, berlaku jangkitan menyebabkan shock dan kematian  sebelum Candiru dapat dibuang. SUMBER

Bila Muncul Awan Menegak Lurus, Apa Tandanya?


Awan Tegak
Allah, Dialah yang mengirim angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki-Nya… (Ar-Ruum – 48)
Ramai yang melaporkan melihat awan menegak sebelum terjadi gempa, seperti Gempa / Tsunami Aceh dan Gempa Yogyakarta. Kali ini, gempa jepun juga (diduga) ditandai dengan adanya awan tegak, walaupun lokasinya sangat jauh. Awan meegak lurus (awan gempa) sampai kesaat ini masih menjadi isu perdebatan tiada kesudahannya.
Tetapi alangkah lebih baiknya untuk terus mengamati fenomena-fenomena tersebut dan mengumpulkan sebanyak mungkin sehingga fenomenanya boleh dijelaskan secara ilmiah, memang hal tersebut memerlukan masa dan kesungguhan
Berikut merupakan kemungkinan-kemungkinan yang harus diteliti lebih lanjut tentang awan gempa.
Ciri-ciri:
  • Munculnya secara tiba-tiba.
  • Muncul dari suatu titik tertentu yang posisinya tetap.
  • Bentuknya luar biasa jika dibandingkan dengan awan hasil proses kondensasi (sirus, stratus, dan kumulus).
Peristiwa yang kemungkinan disebut awan gempa:
  • Di China muncul awan gempa pada 25 Oktober tahun 1622 terjadi gempa besar berkekuatan 7 SR di Guyuan, Provinsi Ningxia, China barat.
  • Pada 1978, yaitu sehari sebelum gempa Kanto di Jepun, Walikota Kyoto Kagida melihat awan aneh yang kemudian disebut awan Kagida dan dia memperkirakan sumber gempa di titik paling tengah awan gempa, tetapi setelah beberapa tahun (1985) dia menduga sumber gempa berada di titik awal mula terjadinya pembentukan awan.
  • 17 Januari 1994 muncul awan seperti asap roket di sekitar Northride, Amerika Serikat (AS). Sehari kemudian terjadi gempa.
  • 13 Februari 1994 muncul awan berbentuk gelombang di Northride, AS, dan 20 Maret 1994 terjadi gempa besar.
  • 31 Ogos 1994 awan berbentuk bulu ayam di Northern, California, AS. Sehari kemudian, yakni pada 1 September 1994 terjadi gempa di daerah setempat.
  • Awan gempa di Jepun tahun 1995, yang kemudian terjadi gempa bumi.
  • Awan seperti sinar terjadi di kawasan Joshua Tree, AS pada 22 Juli 1996, dan 23 harikemudian terjadi gempa.
  • 20 Disember 2003 di langit sekitar Bam, Iran, muncul awan memanjang,empat hari kemudian terjadi gempa berkekuatan 6,8 SR.
  • 12 Julai 2006 sebahagian masyarakat di Yogyakarta melihat awan putih memanjang di langit di atas kota. Lima hari kemudian Pangandaran, Kabupaten Ciamis, Jawa Barat, diguncang gempa dan tsunami. Banyak korban manusia akibat bencana itu.
  • Tiga hari sebelum gempa besar mengguncang wilayah Provinsi Daerah Istimewa Yogyakarta (DIY) dan Kabupaten Klaten (Jawa Tengah) 27 Mei 2006, masyarakat sekitarnya melihat gejala alam yang aneh berupa awan yang berbentuk aneh.
Umumnya, awan-awan aneh tersebut selalu muncul sebelum terjadi gempa berkekuatan di atas 5,5 SR dengan rentang waktu 1-100 hari.
Proses terbentuknya ada beberapa kemungkinan:
kebiasaannya, perubahan medan magnet,ketika aktiviti di dalam kerak bumi meningkat akibat kenaikan suhu, muatan listrik terpolarisasi, sehingga meningkatkan konduktivitas listrik dan medan magnet, yang kemudian menyebabkan terjadi perubahan medan magnet bumi. Perubahan ini yang menarik awan ke arah bumi.
Gesekan di sumber gempa (episentrum) yang menghasilkan rekahan di dalam bumi serta menimbulkan panas dan panas yang mendidihkan air tanah sehingga menguap. Akibat suhu dan tekanan sangat tinggi, wap air tersebut keluar melalui celah-celah rekahan ke permukaan bumi jika keadaannya memungkinkan wap air itu akan bertemu dengan udara dingin dan terbentuklah awan menegak. WaAllahu’alam
sumber: blogtokwan.blogspot.com

Gambar Majlis Pengebumian S Shamsuddin Di Singapura


Gambar Majlis Pengebumian S Shamsuddin  Di Singapura. Jenazah Allahyarham Samsudin Dali selamat dikebumikan di tanah perkuburan islam di Lim Chu Kang, Singapura pagi tadi 5 Jun 2013. Turut hadir menziarah rakan-rakan Allahyarham yang juga pelakon dan penyanyi era 50 dan 60-an. Shamsuddin adalah pelakon terkenal dalam bujang lapok yang digandingkan bersama P.Ramlee dan Aziz Satar. SUMBER


s-shamsuddin

arwah

Sejarah Israk Mikraj Yang Perlu Diketahui

Bulan Rejab selalu dikaitkan dengan peristiwa Israk dan Mikraj. Para ulama berbeza pendapat menentukan tarikh pasti terjadinya peristiwa tersebut. Imam Al-Nawawi sendiri memiliki dua pendapat yang berlainan. Dalam kitab al-Raudah, beliau menegaskan bahawa Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab. Sementara dalam kitab Fatawanya, beliau mengatakan peristiwa itu berlaku pada 27 Rabiulawal.


Israk dan Mikraj diriwayatkan dalam pelbagai hadis. Sebahagiannya sahih dan ada juga yang lemah.
Derdasarkan hadis-hadis sahih, peristiwa ini berlaku sebelum hijrah ke Madinah.
Malam itu, baginda berada di rumahnya di Mekah. Jibril AS dan dua orang malaikat lainnya membangunkan baginda. Mereka membawa Buraq, iaitu seekor haiwan yang lebih kecil daripada kuda, lebih besar daripada keldai. Satu langkahnya sejauh mata memandang.
Rasulullah SAW menunggangi Buraq menuju Masjidil Aqsa. Setibanya di masjid, baginda mengikatnya di pintu masjid. Seterusnya baginda masuk ke dalam masjid dan melakukan solat tahiyatul masjid dua rakaat.
Tidak lama kemudian, sebuah mikraj (tangga) di turunkan dari langit. Lalu baginda menaikinya dan terangkat ke langit pertama, kedua dan seterusnya hingga ke langit ketujuh. Di tiap-tiap langit, Rasulullah SAW berjumpa dengan nabi-nabi terdahulu. Antaranya: Adam, Yahya, Isa, Yusuf, Idris, Harun, Musa dan Ibrahim.
Adapun kisah yang mengatakan bahawa Nabi SAW menginjak batu Sakhrah pada masa itu, maka riwayat ini tidak sahih. Demikian penjelasan Syeikh Zahid al-Kauthari dalam Maqalat al-Kauthari.
Rasulullah terus terangkat hingga ke tempat yang sangat tinggi. Beliau diperlihatkan banyak sekali keajaiban dan tanda-tanda kebesaran Allah SWT.
Antaranya Sidratul Muntaha, sebuah pokok besar yang ditutupi oleh warna-warni yang sangat indah. Daun-daunnya sebesar telinga gajah dan buahnya seperti kendi Hajar.
Rasulullah turut diperlihatkan Baitul Makmur iaitu kiblat hamba Allah di langit sebagaimana Kaabah yang menjadi kiblat manusia di bumi. Setiap hari 70,000 malaikat masuk ke dalamnya dan tidak keluar lagi. Baginda juga diperlihatkan syurga dan neraka.
Kemuncak perjalanan itu, baginda mengadap Allah SWT. Para ulama berbeza pandangan adakah baginda melihat Allah pada saat itu atau tidak. Lalu Allah menurunkan kewajipan solat 50 waktu. Baginda menerimanya dengan patuh.
Apabila turun, baginda kembali berjumpa dengan Nabi Musa AS di langit kelima. Nabi Musa menyarankan agar baginda meminta keringanan bagi umatnya. Beliau khuatir umat Islam tidak akan mampu melaksanakan kewajipan itu.
Baginda setuju dengan saranan itu, lalu kembali kepada Allah untuk tujuan tersebut.
Setelah lima kali turun naik, Allah SWT mewajibkan solat hanya lima waktu sahaja.
Rasulullah SAW turun kembali ke Masjidil Aqsa, lalu menaiki Buraq ke Mekah. Beliau selamat tiba di rumah awal pagi sebelum matahari terbit.
Baitulmaqdis
Mungkin lahir soalan kenapa Baitulmaqdis menjadi destinasi Israk dan bukan tempat lain?
Baitulmaqdis adalah masjid kedua yang didirikan sebagai rumah ibadat menyembah Allah SWT. Yang pertama ialah Masjidil Haram di Mekah yang dibina oleh Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS.
Masjid Al-Aqsa diasaskan oleh Nabi Yaakub, cucu Nabi Ibrahim. Selang masa antara pembinaan kedua-dua masjid ini adalah 40 tahun.
Abu Zar pernah bertanya kepada Nabi: “Wahai Rasulullah, masjid apa yang pertama kali dibina?” Baginda menjawab: “Masjidil Haram.” Abu Zar bertanya lagi: “Lalu masjid apa?”
Rasulullah menjawab: “Al-Masjid al-Aqsa.”
“Berapakah selang masa antara (pembinaan) kedua masjid ini?” tanya Abu Zar lagi.
Baginda menjawab: “Empat puluh tahun. (riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Simbolik
Israk dan Mikraj menyatukan dua masjid pertama di dunia. Kedua-duanya simbolik risalah tauhid yang dibawa oleh nabi-nabi terdahulu.
Kedatangan Rasulullah ke Baitulmaqdis menandakan bahawa Islam adalah lanjutan agama Ibrahim, Yakub, Musa, Isa dan seluruh nabi-nabi sebelumnya. Dan Muhammad adalah nabi terakhir yang menutup seluruh kenabian.
Berkata Ibnu Kathir dalam tafsirnya: “Baitulmaqdis adalah tempat asal nabi-nabi sejak Nabi Ibrahim.
“Itu sebabnya mereka lalu dikumpulkan di sana. Rasulullah SAW mengimami mereka di tempat mereka sendiri. Ini menunjukkan bahawa beliau adalah imam yang terbesar dan pemimpin yang dikedepankan.” SUMBER

Seorang Sarjan, Dua Koperal Didakwa Bunuh Tahanan Dalam Lokap

Seorang Sarjan, Dua Koperal Didakwa Bunuh Tahanan Dalam Lokap

KUALA LUMPUR – Tiga anggota polis seorang berpangkat Sarjan dan dua koperal dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh tahanan dalam lokap, N Dhamenderen pada 21 Mei lalu.
Bagaimanapun, Sarjan Jaffri Jaafar, 44, Koperal Nahar Abdul Rahman, 45, dan Koperal Mohd Haswasdi Zamri Shaari, 32, mengangguk kepala dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di depan Majistret Nur Al-Minatul Mardiah Md Nor sebentar tadi.
Kesemua tertuduh didakwa atas kesalahan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta sama.
Mahkamah menetapkan 9 Julai ini untuk sebutan kes dan menunggu laporan bedah siasat.
Terdahulu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, laporan kertas siasatan sudah diserahkan kepada jabatannya semalam selepas pasukan khas ditubuhkan polis sebelum ini selesai menjalankan siasatan terhadap kematian Dhamenderen.
Beliau berkata, anggota polis yang disyaki terbabit dengan kes kematian tahanan di dalam lokap, Dhamenderen, akan dihadapkan ke mahkamah petang ini atas tuduhan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – Barita Harian

“Ibu, Saya Akan Pergi Jauh” – Arwah Shafik

Shafik

KUALA TERENGGANU – “Ibu, saya akan pergi jauh” – itulah ungkapan terakhir pelumba basikal pelapis Terengganu Mohd Shafik Imran Syahril, 15, kepada ibunya sebelum keluar rumah pagi tadi bagi memulakan rutin latihan harian.
Tuan Jarah Kamariah Tuan Ahmad, 40, tidak menyangka itu adalah petanda anak sulung daripada dua beradik itu bakal meninggalkan mereka sekeluarga buat selamanya.
Beliau berkata sebelum kejadian, Mohd Shafik tidak menunjukkan perubahan pelik dan sempat meminta wang saku untuk bersarapan bersama rakan.
Malah sebelum meninggalkan rumah, Allahyarham sempat bergurau dengan menyatakan akan pergi jauh kepadanya.
ohtidak-shafik-imran-shahri-kemalangan-1
“Saya menganggap itu hanya gurauan kerana arwah sememangnya suka bergurau dan saya ingatkan latihan arwah pada hari ini mungkin lebih jauh berbanding biasa kerana beliau berkata demikian.
“Namun sangkaan itu meleset setelah saya menerima panggilan telefon daripada rakan yang memaklumkan anak saya terlibat dalam kemalangan semasa latihan,” katanya kepada pemberita di Rumah Mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini hari ini.
Tuan Jarah Kamariah berkata beliau bergegas ke hospital dan dimaklumkan anaknya meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah di bahagian pinggang ke bawah.
Beliau berkata setiap kali jika menyertai kejohanan, pelajar Tingkatan 3 Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Negara itu berkobar-kobar ingin menang.
“Arwah akan menyertai kejohanan di Perlis pada 22 Jun ini dan memberitahu ingin menang apabila diberi peluang untuk beraksi dalam kejohanan itu,” katanya. – BERNAMA

Gambar Mohd Syafiq Pelumba Basikal Terengganu Maut Kemalangan

on Wednesday, June 5, 2013


Gambar Mohd Shafiq Imran Syahril pelumba basikal Terengganu maut kemalangan digilis lori. Shafiq merupakan sorang pelapis muda sukan lumba basikal yang masih lagi berusia 15 tahun. Insiden berlaku pada pukul 9.30 pagi di Kampung Gemuruh, Tepuh ketika mangsa sedang menjani latihan bersama kira-kira 40 penunggang.

shafik-imran-shahri-kemalangan-1

Punca Kejadian

Mohd Syafiq dikatakan gagal mengawal basikalnya selepas cuba mengelak rakannya yang terjatuh sebelum dirempuh lori terbabit dari arah bertentangan.

Ketika kejadian, arwah bersama 44 rakan sepelatih sedang berkayuh ke Bukit Besi, Dungun sebagai sebahagian daripada latihan untuk menghadapi sebuah kejohanan di Perlis pada 19 Jun ini. Rakan sepelatih mangsa, Che Ku Mohd Nazimie Che Ku Romli, 19, berkata kejadian berlaku apabila salah seorang pelumba di hadapan terlanggar lubang sebelum dia yang mengekori di belakang tidak sempat mengelak.

Lagi Gambar Kemalangan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhEIF6R7RpaEoNraYgTL1DIZpVdbkZvJN_Qxc1Mdrmulj96AeiT3kF7FG3P416GzAkuG_WK7LrK4_RMyTQswW-CzK5_8cjE0nlVJc-rprDQLMMixwn1IzMilcMKz9PLvdlMW-EqHg52BHaW/s400/923334_621252261218141_1808008706_n.jpg

shafik-imran-shahri-kemalangan-2

Mohd. Shafiq Imran meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah. SUMBER