Kisah Benar Taubat Seorang Artis Dan Penari Terkenal Mesir

on Saturday, June 8, 2013


Kisah Benar Taubat Seorang Artis Dan Penari Terkenal Mesir | Seorang artis terkenal juga penari Mesir, Haalah ash-Shaafy menceritakan kisah benar kenapa ia meninggalkan kerjayanya di dunia seni dan memilih untuk bertaubat dan bagaimana ketenangan jiwa yang ia rasakan.
Dengan gaya bahasa yang menyentuh, ia menceritakankisah benar nya dalam sebuah wawancara di sebuah majalah, “Suatu hari, seperti biasa aku melakukan adegan menari di salah satu hotel terkenal di Cairo, Mesir. Saat menari, aku merasakan diriku seperti mayat dan boneka yang bergerak tanpa makna. Dan untuk pertama kalinya aku merasa malu apabila menyedari dalam pose setengah telanjang, menari di hadapan mata kaum lelaki dan di tengah-tengah gelas-gelas arak yang terhampar.
kisah benar, kisah benar Islam, kisah taubat seorang penari mesir
gambar sekadar hiasan
Lalu aku tinggalkan arena itu dan cepat-cepat pergi sambil menangis menuju bilik tukar pakaian dan lantas memakai pakaianku kembali. Selama hidupku, baru kali ini aku diliputi suatu perasaan yang belum pernah aku rasakan semenjak bermula menari dari usia 15 tahun lalu.
Maka, aku pun segera berwuduk dan melakukan solat. Ketika itu, untuk pertama kalinya aku merasakan kebahagiaan dan kedamaian. Dan sejak hari itu, aku memakai hijab sekalipun masih banyak tawaran-tawaran menggiurkan yang dihulurkan kepadaku ataupun pelbagai ejekan dari sebahagian orang. Aku pun melaksanakan haji sambil berdiri dan menangis di hadapan Kaabah memohon kepada Allah kiranya mengampuni dosa-dosa yang telah aku lakukan pada hari-hari hitamku .. ”

Kisah Benar

Di akhir ceritanya Halah berkata, ”Haalah ash-Shaafy telah mati dan telah menanam bersama masa lalunya. Adapun saya sekarang adalah bernama Suhair ‘Abidin, Ummu Karim, suri rumah, hidup bersama anak dan suami. Titisan air mata penyesalan sentiasa mendampingiku atas hari-hari yang dulu pernah aku lakukan seusiaku, jauh dari Khaliq-ku yang telah memberikan segalanya padaku.
Sesungguhnya, aku kini adalah bayi baru dilahirkan, aku merasakan ketenangan dan kedamaian setelah sebelumnya hanya perasaan cemas dan sedih yang menjadi temanku sekalipun kekayaan berlimpah, selalu terlewat malam dan bersenang-senang …. Aku telah melakukan masa-masa yang lalu sebagai teman syaitan, yang aku kenal hanya bersenang-senang dan menari.
Aku telah hidup dalam kehidupan yang amat dibenci dan terhina. Sarafku selalu tegang tetapi sekarang aku merasa baru menjadi bayi semula. Aku merasa berada di tangan yang begitu amanah, yang membelai kasih sayang dan mengucapkan selamat padaku … Yah, Tangan Allah Taala. “
Semoga kisah benar ini memberi manfaat dan pengajaran kepada kita semua. In Shaa Allah. SUMBER

Jambatan Runtuh: ‘Ayah Janji Nak Beli Aiskrim’

Jambatan Runtuh: 'Ayah Janji Nak Beli Aiskrim'

GEORGETOWN – ‘Ayah janji nak belikan aiskrim’, demikian menurut anak mangsa runtuhan penyambung susur jalan keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang.
Nur Aina Shazwani Tajuddin, 11 ditemui ketika berada di Unit Kecemasan Hospital Pulau Pinang (HPP).
“Ayah saya telefon dan kata hendak belikan aiskrim kalau dia balik, tapi dia tak balik-balik,” katanya.
Selain Nur Aina Shazwani, mangsa, Tajuddin Zainal Abidin turut meninggalkan anak bongsunya, Nur Ain Maisara, 7 serta isteri Sharifah Ramli.
Sementara itu salah seorang ahli keluarga terdekat mangsa yang dikenali dengan nama Boy mula berasa tidak sedap hati setelah nombor pendaftaran kenderaan mangsa didedahkan pihak polis.
Boy yang bekerja sebagai kontraktor penyelenggaraan di Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) turut terlibat dengan kerja pembersihan runtuhan.
Menurutnya, beliau mula berasa tidak sedap hati setelah hampir 24 jam kerja pembersihan dilakukan.
Lebih meragukan apabila polis mula mendedahkan kereta yang terlibat adalah Kelisa dengan nombor pendaftaran PKR 347, sementara angka 0 tiada.
“Saya mula rasa lain macam kerana memang nombor kereta Abang Ti (gelaran mangsa dalam keluarga) sudah lama tidak ada angka 0,” katanya. – Sinar Harian

Foto nikah Beego dan Linda Hashim 7 June 2013


Beego atau nama sebenar Mohd Aszerul Nizam Abdullah sah bergelar suami kepada Norhazlinda Hashim hanya dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Usaimah Bin Zain, Wangsa Maju, Jumaat malam.


Pasangan ini, dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan, turut disaksikan oleh bapa pengantin perempuan, Hashim Yusof pada kira-kira pukul 9.25 malam
Mengenai majlis pernikahan itu, pihak lelaki membawa tujuh dulang hantaran berupa tepak sirih, sepasang kasut, seutas jam tangan sebentuk cincin dan wang hantaran kahwin, sepasang jubah, set minyak wangi dan tas tangan.
foto nikah beego dan linda hashim 1 gambar kahwin beego dan linda hashim 7 6 2013

Pihak perempuan pula membalas dengan sembilan dulang hantaran terdiri daripada seutas jam tangan, sepasang baju polo, sepasang kasut, cermin mata hitam, sebentuk cincin, coklat, buah-buahan, set penjagaan diri dan sirih junjung.

Pengantin perempuan menerima RM300 sebagai mas kahwin dan RM35,000 sebagai wang hantaran
Majlis resepsi kedua-dua mempelai akan diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) pada Sabtu malam. SUMBER

foto nikah beego dan linda hashim 2 gambar kahwin beego dan linda hashim 7 6 2013

foto nikah beego linda hashim gambar kahwin beego dan linda hashim 7 6 2013

Runtuhan Jambatan: Mangsa Terperangkap Dikenali Tajudin Zainal Abidin

Runtuhan Jambatan: Mangsa Terperangkap Dikenali Tajudin Zainal Abidin


GEORGETOWN: Identiti mayat seorang lelaki yang terperangkap di dalam runtuhan konkrit Jambatan Kedua Pulau Pinang di Batu Maung, dikenal pasti sebagai Tajudin Zainal Abidin, 45.
Mangsa yang berasal dari Kampung Permatang Damar Laut, di sini, dipercayai masih bujang itu adalah bekas anggota polis.
Polis sebelum itu menemui mayat seorang lelaki dalam keadaan tertunduk di tempat duduk pemandu sebuah kereta jenis Perodua Kelisa di bawah runtuhan itu.
Setakat ini, usaha untuk mengeluarkan mangsa masih diteruskan pasukan penyelamat dan operasi sudah memakan masa hampir 24 jam. – BERITA HARIAN

Gambar Kahwin Zahid AF Dan Sarah Julifa Yusof 7 Jun 2013


Gambar Kahwin Zahid AF Dan Sarah Julifa Yusof pada 7 Jun 2013. Tahniah diucapkan Zahid yang telah selamat melangsungkan perkahwinan dan menjadi suami kepada Sarah dengan hanya sekali lafaz.  Pasangan ini telah selamat dinikahkan di Masjid Daerah Sultan Idris Shah II, Teluk Intan sekitar jam 3.30 petang, dengan mas kahwin berjumlah RM 101. Majlis resepsi akan diadakan pada 8 Jun manakala 15 Jun 2013 akan diadakan majlis sambut menantu di sebelah keluarga Zahid AF yang juga akan diadakan di Teluk Intan, Perak.

Gambar Kahwin Zahid AF Dan Sarah

Gambar Perkahwinan Zahid AF2 Dengan Sarah Gambar Perkahwinan Zahid AF2 Dengan Sarah1 Gambar Perkahwinan Zahid AF2 Dengan Sarah2
zahid-sarah-kahwin1
Gambar-Majlis-Pernikahan-Za
Gambar-Majlis-Pernikahan-Za
Gambar-Majlis-Pernikahan-Za
Gambar Terkini Perkahwinan Zahid AF2 & Sarah Julifa (1)


SUMBER


Gambar Mayat Mangsa Jambatan Runtuh Pulau Pinang Dikeluarkan


Terkini gambar mayat mangsa jambatan runtuh Pulau Pinang berjaya dikeluarkan. Mayat mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan tanjak penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang berjaya dibawa keluar kira-kira jam 8.40 malam tadi (7 Jun 2013). Mayat mangsa berjaya dibawa keluar dengan usaha keras Polis dan juga pihak Bomba.

mayat

Nota Penting: Untuk menjaga sensitiviti keluarga mangsa, foto mayat dikaburkan. Salam Takziah kami ucapkan
Berdasarkan daripada pakaian dan pengecaman awal keluarga, mangsa dikenali sebagai Tajuddin Zainal Abidin yang berasal dari Permatang Damar Laut dan berusia 45 tahun. SUMBER

Lagi Foto

mayat mangsa runtuh

mayat mangsa runtuh

Berita Terkini Jambatan Kedua Runtuh Pulau Pinang

on Friday, June 7, 2013


Berita Terkini Jambatan Kedua Runtuh Di Pulau Pinang. Sehingga kini proses penyiasatan masih lagi dijalankan untuk kenalpasti bagaimana struktur binaan tersebut boleh runtuh. Untuk laporan awal, empat orang mangsa dipercayai tertimbus dalam runtuhan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang malam tadi. Jurucakap polis berkata, runtuhan itu juga mengakibatkan laluan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu itu ditutup untuk semua kenderaan.

gambar jambatan runtuh

Menurutnya, sebuah kenderaan dihempap runtuhan jambatan tersebut dan maklumat awal mengatakan keempat-empat mangsa yang berada di dalam kenderaan tersebut meninggal dunia. Sebuah jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi menyiasat punca kejadian dan jika jawatankuasa itu dapat menyelesaikan siasatan dalam tempoh kurang dari sebulan, ia tidak akan menjejaskan tempoh siap jambatan berkenaan. sumber