Mohd Farizal, pelajar UMT hina lagu Negaraku

on Wednesday, June 12, 2013

Mohd Farizal, pelajar UMT hina lagu Negaraku - Tindakan seorang pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dikenali Mohd Farizal mengubah  lirik lagu Negaraku, menghina Raja dan juga Perdana Menteri di dalam laman sosial Facebooknya mengundang padah apabila pihak pengurusan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sendiri telah membuat laporan polis semalam.


Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Dr. Yahaya Ibrahim berkata, laporan itu telah dibuat oleh pendaftar UMT di Balai Polis Gong Badak.

“Kita serah kepada polis untuk membuat siasatan berhubung perkara itu. Sehingga kini kita tidak tahu sama ada dia mahasiwa UMT atau sudah tamat pengajiannya ataupun orang luar yang menyamar. Kita sedar perkara ini semalam dan terus buat laporan polis. Hari ini pendaftar UMT akan memberi keterangan lagi kepada polis berhubung perkara itu.” 

Dr. Yahaya berkata, penuntut terbabit yang menggunakan nama Mohd Farizal dalam statusnya, mengubah lirik lagu kebangsaan dengan mencerca, mempersendakan lagu negara, Raja Melayu dan juga Perdana Menteri. SUMBER

Semakan Keputusan Rayuan UPU Sesi 2013/ 2014 Online


Semakan keputusan e rayuan UPU sesi 2013/2014 secara online akan diumumkan pada minggu kedua jun 2013. Ini bermakna calon yang telah membuat rayuan boleh membuat semakan pada 14 Jun 2013.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjnc5Ehi_9ERb6GGfGivdcRyXLkTPJXGONGgfPdyiHzVLVADKCHQKwWLfiEiB4ohWy9NFq7biX8vZhsTsvWwoTcm6rdwT5bI_SSbPpuh-a3GENSDcObxX-_sqgOc3Wc4vahssDZOikWw5ru/s975/upu1.jpg

Semakan Keputusan Rayuan UPU 2013/ 2014

Minggu kedua Jun (14 Jun 2013)

Nota: Perubahan Tarikh tertakhluk kepada sebarang perubahan dan pengumuman dari KPT

Cara Semak Keputusan Rayuan UPU 2013

Taip UPU RESULT (No.KP) dan hantar ke 15888

Atau Semakan online melalui Laman Rasmi Kemasukan UPU

Sila layari atau klik http://upu.mohe.gov.my/

SUMBER


Punca Perompak Kedai Emas Ditembak Mati Di Kota Bharu


Punca sebenar kenapa perompak kedai emas ditembak mati di Kota Bharu Kelantan. Pihak polis terpaksa menembak suspek kerana dua orang suspek bersenjatakan pistol dan pisau. Seorang berjaya ditembak mati manakala seorang lagi lolos dan sudah lari dalam kejadian rompakan kedai emas di Jalan Temenggong.

kb

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata dalam kejadian 11.15 pagi itu, suspek berumur 32 tahun yang berasal dari Kampung Gabus, Tok Uban, Pasir Mas, meninggal dunia di tempat kejadian selepas terkena satu das tembakan di paha kiri. Polis melepaskan tembakan amaran ke udara supaya suspek berhenti, namun suspek bertindak menyerang anggota polis sebelum ditembak di bahagian kaki. Suspek meninggal dunia akibat pendarahan yang banyak kesan dari tembakan tersebut. SUMBER



Gambar Kahwin Razali Hussain Dan Nik Nor Azlina Tahniah


Gambar kahwin Razali Husaain dan Nik Nor Azlina.  Pelakon filem santau, Razali Hussain kini sudah selamat berkahwin dengan Nik Nor Azlina pada 7 jun 2013 lalu di Masjid Az-Zubair Ibnu Awwam, Cheras. Jumlah mas kahwin pula berjumlah RM120 manakala wang hantaran pula sebanyak RM13,000. Majlis resepsi perkahwinan pasangan ini pula telah berlangsung pada Sabtu lalu di Kompleks Sukan Desa Tasik, Bandar Tasik Selatan. Info yang baru kami terima adalah Nor Azlina merupakan seorang guru. Apapun tahniah sekali lagi kami ucapkan dan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. SUMBER

Gambar perkahwinan pelakon Razali Hussain dan Nik Nor Azlina 1

Gambar perkahwinan pelakon Razali Hussain dan Nik Nor Azlina 2

Gambar perkahwinan pelakon Razali Hussain dan Nik Nor Azlina 4

Gambar Logo Terbaru Petronas 2013

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah memperkenal versi baru logo korporatnya, iaitu suatu langkah yang merupakan sebahagian daripada rancangan seluruh kumpulan untuk memperkukuhkan lagi potensi tampak ikon korporatnya.


Logo korporat baru itu, yang diperkenalkan pada Persidangan Minyak dan Gas Asia ke 17 2013 di sini hari ini, menyaksikan “wajah dan suasana” baharu dirangkumkan ke dalam logo ‘titisan minyak’ asal Petronas untuk mencerminkan ekspresi tampak kedudukan dan konsep baharu Petronas Group.
Dalam satu kenyataan hari ini, Petronas berkata selain menjadikan logo korporat itu lebih kontemporari, ia juga dibina berasaskan ekuiti dan warisan jenama Petronas sedia ada.
“Pada dasarnya, logo baru ini melambangkan pertumbuhan dan perkembangan jenama Petronas. Struktur asas terdiri daripada ciri titisan minyak dan simbol ‘P’ yang mencerminkan perniagaan terasnya dalam minyak dan gas, dan dinamisme syarikat itu.
“Di tengah-tengah titisan minyak itu ialah bulatan padu yang melambangkan kitaran lengkap atau rantaian nilai industri minyak dan gas,” katanya.
Sementara itu, warna hijau zamrud Petronas yang dikenali umum, melambangkan laut dan bumi, tempat asal minyak dan gas.
Logo baru itu yang merupakan logo generasi ketiga Petronas menyaksikan keluk yang lebih lembut ditambah kepada titisan minyak yang menggambarkan aliran berterusan yang melambangkan usaha Petronas untuk mencapai kemajuan dan semangatnya dalam menghadapi cabaran memenuhi permintaan dan harapan pemilik kepentingannya.
Logo asal Petronas dilancarkan pada 1974 ketika syarikat minyak nasional itu mula-mula ditubuhkan. SUMBER

Logo baru Petronas
Logo lama Petronas

Gadis Muda Meninggal Dunia Ketika Bersunat

Suhair al-Bata’a

KAHERAH – Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun meninggal dunia ketika disunatkan di sebuah klinik persendirian di kampung Dagahliya, di sini, semalam.
Mangsa, Suhair al-Bata’a telah disunatkan oleh seorang doktor yang pernah menyunatkan kakaknya, dua tahun lalu.
Punca kematiannya dipercayai akibat tekanan darah rendah yang berpunca daripada trauma kejutan.
Menurut bapanya, Mohammed Ibrahim, ketika kejadian, anaknya berada di dalam bilik bersama doktor dan jururawat sahaja.
“Kami tinggalkan anak perempuan kami bersama doktor dan jururawat dan selepas 15 minit, mereka membawanya keluar dari bilik pembedahan ke bilik berdekatan bersama tiga gadis lain yang turut bersunat.
“Bagaimanapun selepas setengah jam menunggu, anak kami masih belum keluar dari bilik tersebut, tidak seperti tiga gadis yang lain,’’ katanya.
Sementara itu, ibu mangsa, Hasanat Naeem Fawzy pula berkata, dia sekeluarga mahu doktor tersebut dipertanggungjawabkan ke atas kematian anak perempuannya itu.
Dalam perkembangan sama, polis telah memanggil doktor tersebut untuk siasatan dan turut mengarahkan bedah siasat dijalankan bagi mengetahui punca kematian gadis berkenaan.
Kes berkenaan mendapat liputan meluas hinggakan Majlis Wanita Kebangsaan Mesir mahu mereka yang terlibat dalam insiden berkenaan dihukum dan didakwa di bawah undang-undang jenayah. SUMBER

VIDEO: Upacara Mencuci Kaabah Sempena Kedatangan Ramadan

VIDEO: Upacara Mencuci Kaabah Sempena Kedatangan Ramadan

SEMALAM berlangsung upacara membersihkan Kaabah sempena kehadiran bulan Ramadan tak berapa lama lagi.
Kaabah dicuci dengan campuran khas air zam-zam dan air mawar.
Upacara itu diketuai Gabenor Makkah, Putera Khaled A-Faisal dan imam Sheikh Abdul Rahman as Sudais dan penolongnya, Muhammad A-Khozaim.
Turut hadir beberapa diplomat asing dari beberapa buah negara Islam.
Saksikan klip video sepanjang majlis itu berlangsung…Allahu Akbar! SUMBER
c
d