Batalkan Percutiaan ke Jerman, Siti Mahu ke Gaza

on Saturday, June 15, 2013


..
Sebelum ini penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin pernah berhasrat untuk bercuti ke Jerman bersama suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K bagi merehatkan diri. Selain bercuti, kemungkinan Datuk K akan menjalani rawatan fisioterapi di sana.
Namun perancangan itu tidak menjadi dan terkini, pelantun lagu Biarlah Rahsia itu menyimpan hasrat untuk ke wilayah Gaza di Palestin. Hasrat itu sudah lama diimpikan penyanyi berusia 34 tahun itu selepas tersentuh melihat rakyat Palestin terutamanya kanak-kanak yang hidup menderita akibat kezaliman rejim Zionis.
"Sudah lama sebenarnya Siti mahu ke Gaza bagi melihat sendiri penderitaan rakyat di sana dan pada masa sama ingin memberikan bantuan yang diperlukan. (Pelakon) Afdlin Shauki sebelum ini pernah mengajak Siti ke sana tetapi malangnya masa dan keadaan tidak mengizinkan
"Siti perlu berbincang dengan suami terlebih dahulu untuk meminta izin daripadanya. Lagipun suami masih lagi menjalani proses rawatan susulan (akibat ditimpa kemalangan motosikal di Queenstown, New Zealand pada 13 Disember tahun lalu)", kata beliau seperti yang dilaporkan Kosmo! hari ini.
Tambah Sitii, soal gentar mahu menjejakkan kaki ke bumi bergolak itu tidak pernah tmbul dalam dirinya. Sebaliknya beliau berserah segalanya kepada Allah. Dan semangatnya semakin berkobar-kobar lebih-lebih lagi apabila melihat rakan artis lain yang ke Gaza tidak mengalami sebarang kesulitan. 
Sebagai langkah membantu rakyat Gaza, Siti bersama-sama kumpulan nasyid Rabbani bakal mengadakan persembahan Rebuild Gaza For A Nation pada 29 Jun ini. Ia bagi mengumpul dana untuk membangunkan semula Gaza, daerah yang musnah teruk angkara serangan Zionis Israel. MD

Tonton Bro, Nampak Motor Gua? Full Movie


Jom tonton filem Bro, Nampak Motor Gua? secara online di sini. Filem Bro, Nampak Motor Gua? mengisahkan Epol yang mencari motornya yang hilang dilarikan oleh dua orang penyamun. Sepanjang pencarian Epol bersama rakannya Helmi, pelbagai dugaan mereka tempuhi. SUMBER

Tonton Filem Bro, Nampak Motor Gua? Online 

Tonton Bikers Kental Full Movie


Jom tonton filem Bikers Kental secara online di sini. Filem aksi komedi ala ‘road trip’ ini menyingkap perjalanan kehidupan seorang pekerja kedai motor, Bidin Al Zaifa yang memiliki minat mendalam terhadap motor berkuasa besar dan bercita-cita memiliki ‘superbike’ sendiri. Bikers Kental yang mula ditayangkan sejak 23 Mei lalu mendapat kutipan di luar jangkaan RM1.3 juta selepas 5 hari ditayangkan. SUMBER

Tonton Filem Bikers Kental Online 

Dua Maut Kereta Rempuh Treler Di Lebuh Raya Karak

Dua lelaki maut dan tiga parah termasuk seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan selepas sebuah kereta Proton Wira hilang kawalan sebelum melanggar belakang sebuah treler di Kilometer 30.3, Lebuh raya Karak, menghala ibu negara, awal pagi tadi.


Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, mangsa, K Rajkumaran, 32 dan Salim Burhanuddin, 57, warga Myanmar yang memegang kad pelarian UNCHR meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, tiga penumpang kereta terbabit cedera parah termasuk isteri dan anak Salim dan kini menerima rawatan di Hospital Selayang.
Menurutnya, ketika kejadian mangsa dipercayai datang dari Kelantan dan dalam perjalanan pulang ke rumah di ibu negara selepas selesai urusan kerja.
“Bagaimanapun sebaik tiba di lokasi kejadian kereta dipandu rakan Rajkumaran hilang kawalan sebelum merempuh belakang sebuah treler.
“Akibat rempuhan Rajkumaran yang berada di bahagian penumpang hadapan manakala Salim berada di bahagian belakang maut di tempat kejadian,” katanya.
Rahim berkata, tiga lagi mangsa termasuk bayi lelaki berusia tujuh bulan mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Selayang.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.
“Polis sudah merakam percakapan pemandu treler berkenaan dan dalam proses untuk mengambil keterangan pemandu kereta Proton Wira. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Petani Ditahan Simpan Makhluk Asing



Petani Ditahan Simpan Makhluk Asing
BEIJING – Seorang petani ditahan selepas beliau dengan bangganya memaparkan foto makhluk asing di internet dan mendakwa menangkap makhluk tersebut.
Petani yang dikenali sebagai Li, kini terkenal di media China selepas memuat naik gambar makhluk asing tersebut dan akhirnya terpaksa mengakui, ‘alien’ tersebut direka menggunakan daging ayam dan dawai bagi mengelirukan orang ramai.
Beliau ditahan polis selama lima hari kerana menyebarkan gambar palsu dan menganggu orang awam.
Pada mulanya, petani itu menceritakan cara beliau menangkap makhluk asing menerusi laman web.
Kemudian, Li memuat naik gambar makhluk asing yang usdah mati itu di dalam peti sejuk menyebabkan ramai pengguna internet mempersoalan kebenaran gambar tersebut.
Pada masa itu, Li menegaskan yang ceritanya benar. – Sinar Harian Online

Video: Ikan Duyung Realiti Ditemui Di Israel?

Video: Ikan Duyung Realiti Ditemui Di Israel?

Video yang telah disiarkan menerusi saluran Animal Planet ini menjadi perbualan hangat apabila dikatakan ternampak satu objek seperti ikan duyung yang kelihatan pada pertengahan video tersebut.
Kejadian dikatakan berlaku di Kiryat Yam, Israel dan menurut penduduk di situ ikan duyung itu cuma akan memunculkan dirinya pada waktu petang sahaja.
Adakah anda mempercayai kewujudan ikan duyung iaitu makhluk separa ikan dan separa manusia itu atau pun ianya memang merupakan sebuah dongeng dan mitos semata-mata?
Sumber rujukan: akustressgiler

Bola Golf Dalam Kemaluan Isteri Akibat Tindakan Suami

on Friday, June 14, 2013




SUBANG JAYA – Tindakan seorang suami yang cuba merangsang nafsu isterinya dengan menggesel bola golf di kemaluan wanita itu membawa padah apabila bola berkenaan tersangkut dan gagal dikeluarkan sehingga wanita itu terpaksa dibawa ke hospital.
Difahamkan, sebaik saja bola golf itu tersekat dalam kemaluan isterinya, lelaki terbabit berusaha mengeluarkannya menggunakan sudu tetapi tidak berjaya.
Kejadian malang itu berlaku apabila lelaki berkenaan mengajak isterinya melakukan hubungan intim tetapi ditolak kerana keletihan.
Namun, tindakan suami menggesel bola golf itu tidak disedari isterinya yang sudah nyenyak tidur.
Sumber berkata, wanita berusia 30-an dan mempunyai beberapa anak itu tidak langsung menyedari perbuatan suaminya sehingga terjaga apabila merasa seperti sesuatu masuk dalam kemaluannya.
Apabila tersedar, wanita berkenaan mendapati suaminya sedang menggunakan sudu untuk mengeluarkan bola golf yang tersangkut dalam kemaluannya.
Bagaimanapun, pada awalnya wanita berkenaan tidak tahu bola golf ada di dalam kemaluannya kerana suaminya enggan memberitahu sebaliknya mahu membawa isterinya ke hospital, katanya.
Wanita itu dihantar ke Hospital Putrajaya sebelum doktor mengeluarkan bola berkenaan beberapa minit selepas mendapatkan rawatan di situ.
Wanita berkenaan hanya mengetahui benda yang tersekat itu bola golf selepas doktor berjaya mengeluarkannya, katanya.
Sumber itu berkata, mangsa yang tidak puas hati dengan kejadian terbabit membuat laporan polis tidak lama selepas itu.
Menurut sumber itu, wanita berkenaan juga mungkin merujuk kes berkenaan ke jabatan agama untuk tindakan susulan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Muhd Fuad Talib, mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu.
Sumber: Terengganu today