(GAMBAR) Majlis Pernikahan Hani Nur Zara & Shamsul Akmar, Adik Hattan

on Monday, July 1, 2013

Pada 29 Jun lepas, telah berlangsung majlis pernikahan anak perempuan produser Julie Dahlan yang juga seorang pelakon, Hani Nur Zara Harmi, 31, yang telah berkahwin dengan adik kepada penyanyi Hattan iaitu Shamsul Akmar Sahabudin, 33.


Majlis resepsi pasangan ini dikhabarkan akan dilaksanakan di Negeri Sembilan pada 6 Julai. Turut hadir bersama di majlis pernikahan tersebut ialah Hattan. Majlis tersebut turut dihadiri oleh beberapa orang selebriti dan diacarakan oleh diva tersohor Azwan Ali. sumber



Makna Kurang Elok, Natasha Hudson Tukar Nama Anak

Baru-baru ini pelakon dan model Natasha Hudson membuat keputusan menukar nama anaknya keduanya dengan menamakan puteri comel itu sebagai Naeema Kalila. Pada awalnya, Tasha dan suaminya, Carleed Khaza, menamakan bayi itu dengan nama Naeema Taqiyyah yang membawa maksud memudahkan, keberkatan, ketenangan, soleh serta bertaqwa.


kan tetapi setelah mengetahui Taqiyyah turut mempunyai maksud kurang elok, sehingga ia melibatkan pengikut ajaran Syiah, Natasha telah mengambil keputusan untuk menukar nama bayinya kepada Naeema Kalila.
Dalam pada itu, menerusi laman Instagram milik pelakon jelita ini, terdapat juga peminat yang perihatin dan peka terhadap nama bayi comel tersebut sehingga bertanyakan hal berkaitan kepada Natasha.
Menurut aktres tersebut, pada awalnya dia juga tidak tahu Taqiyyah turut mempunyai makna lain, sehingga dia menyertai sebuah majlis usrah. Setelah mendapatkan nasihat daripada mereka yang arif mengenai soal agama, Natasha serta suami bersepakat untuk menukar nama puterinya itu kepada nama yang lebih elok dan sesuai.
Dalam bahasa arab, maksudnya masih lagi merujuk kepada perkataan bertaqwa. Akan tetapi kami tidak tahu ianya ada makna lain yang lebih besar dalam pengikut Syiah, sehinggalah kami menyertai sebuah sesi usrah. Melalui majlis tersebut kami telah merujuk perkara ini dan dapatkan nasihat daripada ulama Islam serta mufti. Kini nama bayi saya telah ditukar kepada Naeema Kalila dan bukan lagi Taqiyyah.
Natasha Hudson dan Carleed telah bernikah pada April 2012 dan ini merupakan perkahwinan ketiga buat pelakon wanita tersebut. Hasil perkahwinan dahulu, Natasha telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nessa Helena yang kini berusia lima tahun. sumber

Manusia paling hebat imbangkan badan dengan kepala di hujung besi!!

Manusia terhebat imbangkan badan dengan kepala..Biasa ja??
Yang ni luar biasa!! Beliau mengimbangkan badan menggunakan kepala di hujung besi..
Erghh..ngeri ja tgk..tapi tu la kenyataannya..Hebat!!
Jom layan gambar kalau xpercaya..










JANGAN CUBA AKSI INI DI RUMAH!!

Seleb VS Seleb

Jom kita lihat perbandingan fesyen-fesyen artis Hollywood

Mary Kate Vs Ashley Olsen
Pasangan kembar Mary Kate dan Ashley Olsen ini tampil dengan gaya tersendiri lagi pelik ketika ke acara Met Gala 2013 baru-baru ini. Gaun malam Ashley Olsen itu tidak sesuai di badannya. Persalinan Mary Kate pula mungkin boleh membuatkan Peta naik hantu kerana kehadiran bulu binatang itu.

Beyonce Vs Blake LivelyApabila gaun meleret Givenchy yang dipakai Beyonce berlawan dengan gaun Gucci yang dipakai Blake Lively. Siapakah pemenangnya? Suka dengan kesederhanaan yang ada pada gaun Blake dan rasanya gaun Givenchy itu terlalu berserabut di badan Beyonce.

Jennifer Lopez Vs Anne HathawayJennifer Lopez tak mahu kalah gaya dengan gaun harimau kumbang rekaan teman rapatnya Michael Kors, manakala Anne Hathaway tampil berani menunjukkan sebahagian badannya dengan gaun Valentino. Amboi Anne Hathaway, rambut baru nampak.

Giuliana Rancic Vs Ivanka Trum
Giuliana Rancic dan Ivanka Trump mempunyai persamaan. Untuk itu kali ini mereka disatukan ketika hadir di majlis Met Gala 2013 baru-baru ini. Sesuai dengan tema Punk, rasanya Ivanka Trump menepati tema acara. Dari hujung rambut hingga hujung kaki, dia memang tampak cukup Stailista.
]


sumber : http://www.murai.com.my/

Punca Sebenar Pam Stesen Minyak Di Cheras Meletup


Punca sebenar pam stesen minyak meletup di Cheras. Pihak bomba tidak menolak kemungkinan letupan berpunca daripada puntung rokok atau kecuaian pemandu. Pada malam semalam, telah berlaku letupan pada satu pam minyak di Jalan Cheras. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa berlaku pada malam tersebut.

stesyen minyak

Dua mangsa nyaris maut adalah pemandu Citreon dan Perodua Myvi yang sedang mengisi minyak secara sebelah menyebelah di satu pam di situ sebelum meletup kira-kira jam 10.30 malam.Bagaimanapun, mereka terselamat daripada disambar api apabila dihalang kenderaan masing-masing tetapi kedua-dua kenderaan rosak teruk. sumber

Gambar Kemalangan Maut Di Kota Tinggi Johor 30 Jun 2013


Gambar Kemalangan Maut Motosikal Berkuasa Tinggi Di Kota Tinggi Johor 30 Jun 2013. Dua penunggang meninggal dunia di tempat kejadian manakala tiga lagi cedera selepas konvoi mereka merempuh sebuah lori tangki di Kilometer 38, Jalan Johor Bahru-Mersing. Kemalangan berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari berhampiran susur masuk ke Taman Daiman Jaya di sini ketika konvoi 16 buah motosikal berkuasa tinggi dan lima buah kereta itu dalam perjalanan pulang dari Johor Baharu menuju ke Kuala Terengganu.

kemalangan 2

Punca Kejadian Kemalangan Maut

Kemalangan tersebut berlaku selepas lori tangki tersebut dari arah Mersing dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melintang di jalan raya. Dalam masa yang sama konvoi tersebut yang datang dari arah Johor Bahru tidak sempat mengelak lalu merempuh lori tersebut sehingga menyebabkan salah sebuah motosikal terbakar manakala sebuah lagi motosikal terputus dua.

kemalangan

Senarai Nama Mangsa Terkorban
  1. Abdul Rashid Mansor, 48, beralamat di Taman Ibai Indah, Ibai Golf Resort Kuala Ibai, Kuala Terengganu
  2. Mohamad Hisham Salleh, 36 dari Kampung Gemuroh, Marang Terengganu.

sumber


Foto Perkahwinan Hanny - Shamsul

Berikut adalah sebahagian dari foto-foto akad nikah Hanny dan Shamsul yang diadakan Sabtu lalu.









sumber : http://www.murai.com.my/