Selesa Hidup Solo

on Monday, July 1, 2013


MELIHAT penampilan yang begitu ceria dan anggun, ditambah dengan tubuh langsing persis anak dara, pasti akan membuatkan ramai mata-mata melirik 'meratapi' kejelitaan yang dimiliki penyanyi dan pelakon, Fauziah Latiff.

Beruntunglah, kerana dia adalah antara ibu-ibu moden di negara ini yang mempunyai kekuatan dan kemasyhuran sendiri. Mempunyai dua anak yang kini semakin dewasa tidak membataskan Fauziah atau Jee untuk bergaya ranggi agar mencerminkan dirinya sebagai wanita kosmopolitan.
Tampil dengan menawan dan punya karakter tersendiri pada setiap acara yang dianjurkan sebenarnya mampu membuatkan dia kelihatan begitu yakin terhadap dirinya.

"Keyakinan diri yang tinggi sememangnya perlu ada pada diri saya terutama dalam meneruskan perjalanan seni.
"Mungkin ramai yang sudah tidak melihat saya muncul dalam industri tetapi sebenarnya saya selalu muncul untuk memenuhi undangan nyanyian dalam majlis korporat atau sebagainya," jawab Jee ketika ditanya mengenai kerjaya seninya sebagai seorang penyanyi.

Dalam mengharungi dunia seni memang banyak bekalan yang perlu ada, kata Jee, dalam menghadapi misinya sebagai penyanyi, buat masa sekarang dia tidak mempunyai sebarang perancangan untuk single terbaru.
"Tetapi perbincangan ada dibuat. Saya yakin nanti saya akan kotakan janji buat peminat-peminat yang merindui kehadiran album baru saya.

"Buat masa ini, saya hanya ada kompilasi tetapi untuk ke album single tidak ada rancangan lagi," jelasnya yang ingin kembali menemui peminat.

Setelah lebih 20 tahun bergelumang dalam bidang seni, Jee memberitahu, dia yakin kehidupan solonya kini sangat selesa bersama anaknya, Jeffri Joaquim Indot, 14, dan Jeremy Jay Indot, 12.
"Kedua-duanya sudah semakin dewasa dan bijak berkata-kata. Saya bahagia melihat mereka membesar di depan mata. Pernah dulu saya rasa agak kelakar apabila anak-anak selalu mengusik agar saya mencari teman lelaki setelah lama hidup bersendirian.

"Namun, saya tidak dapat memenuhi kehendak mereka memandangkan sehingga kini, saya lebih senang dan selesa bersendirian," katanya yang tidak terdesak untuk mencari calon suami tetapi bersifat terbuka dalam menjalinkan hubungan cinta.
Memang banyak persoalan akan diajukan oleh pihak media berkenaan perkahwinan baharu tetapi Jee lebih selesa jika perkara itu tidak dibincangkan walaupun perasaan dan keinginan untuk berkahwin tidak pernah terpinggir dari dalam fikirannya.

"Bukan tak nak kahwin...biarlah jodoh yang tentukan segala-galanya. Kalau hari ini saya kata tidak mahu berkahwin, tiba-tiba esok pula saya kahwin. Lebih senang saya berserah kepada Allah.

"Kalau ditakdirkan saya bertemu jodoh dalam waktu terdekat, saya terima dan kalau tidak ada pun saya tidak kecewa. Apabila sudah tiba masanya untuk cinta itu datang, saya tetap menerimanya.

"Cuma, untuk saya pergi mencari cinta, itu tidak mungkin berlaku," ujar Jee terus terang setelah gagal dalam perkahwinan enam tahun lalu.
Dalam tempoh tersebut, jarang juga kisah cinta Jee tersebar dan jika adapun cerita yang tersebar kononnya dia dilamun cinta ataupun sudah mendirikan rumah tangga.

sumber : http://www.utusan.com.my/


Chris Brown Telah Memalukan Kumpulan T-ara



Sebelum kumpulan K-Pop terkenal, T-ara berpeluang untuk berkolaborasi dengan penyanyi ternama daripada Amerika Syarikat iaitu Chris Brown, satu insiden yang tidak diingini telah pun berlaku di kalangan mereka.

Difahamkan, insiden yang tidak diingini itu telah memalukan seluruh ahli kumpulan ini iaitu Boram, Qri, Soyeon, Eunjung, Hyomin, Jiyeon dan Areum termasuklah pihak pengurusan T-ara.

Khabarnya sebelum menerima pelawaan untuk berduet dengan T-ara dalam sebuah lagu, Chris Brown telah meminta kumpulan tersebut untuk mengadakan persembahan di hadapannya.

Permintaan tersebut tekah ditunaikan. Namun, tatkala T-ara sedang mengadakan persembahan, Chris Brown secara tiba-tiba telah mencelah dan untuk cuba menyanyikan lagu tersebut dengan kesemua gadis-gadis itu.
Apabila kejadian itu berlaku tanpa disengajakan, T-ara terus gelabah dan tidak tahu hendak buat apa kerana persembahan mereka yang mereka buat selalunya telah dirancang. Senang kata, mereka tidak boleh menyanyi secara live dan sebelum ini hanya melakukan lip-sync saja.

Kejadian itu juga serta-merta menyedarkan Chris Brown bahawa T-ara tidak menyanyi live dan disebabkan itu, T-ara terpaksa mengulang semula persembahan mereka.

Disebabkan kejadian tersebut, seluruh ahli T-ara termasuk pihak pengurusan mereka berasa malu dengan Chris Brown kerana tembelang mereka sudah pecah. Bagaimanapun, rezeki kumpulan ini masih tertunai kerana Chris Brown tetap sudi untuk berkolaborasi dengan mereka.

sumber : http://www.murai.com.my/

Selena Gomez temui kekasih baru



SELENA GOMEZ dan rakan-rakan dilihat bercuti tanpa kehadiran justin bieber baru-baru ini.
MUNGKIN bosan dengan hubungan cinta yang tidak pernah stabil, akhirnya Selena Gomez mengambil keputusan untuk bergembira bersama rakan-rakannya di taman tema tanpa kehadiran Justin Bieber.

Sama seperti remaja lain Gomez dilihat sangat menikmati hari tersebut dengan gelak ketawa, baru-baru ini. Mengenakan pakaian santai dan membawa beg tangan besar, Gomez tetap nampak cantik dengan gaya tersendiri, malah dia turut tidak ketinggalan mengenakan aksesori rambut watak kartun Minnie Mouse.

Bagaimanapun fokus peminat kini bukan kepada Gomez sahaja tetapi perkhabaran yang kononnya penyanyi ini sudah menemui pengganti Bieber. Lelaki yang dimaksudkan adalah Austin Mahone iaitu seorang pemuzik muda. Ternyata desas desus mengatakan Gomez kini sudah bersedia menemui cinta baru semakin benar dengan kehadiran Mahone di taman tema tersebut.

Sungguhpun mereka dikerumuni rakan-rakan yang lain, ia tetap tidak dapat menutup hubungan mesra yang terjalin di antara Gomez dan Mahone.

"Austin dan Selena cuba melarikan diri dari sekumpulan rakan mereka, dan mencari lokasi agar mereka dapat bercakap secara sendirian," tulis sebuah portal online baru-baru ini.

Mengikuti perkembangan karier Mahone, ia berlangsung lebih kurang sama dengan Bieber yang bermula secara online. Dia yang membuat persembahan melalui talian Skype mengingatkan kita kembali bagaimana Bieber mula mencetuskan fenomena melalui memuat turun video nyanyiannya ke YouTube.



Mahone juga sebenarnya rakan kepada penyanyi remaja Taylor Swift. Kerjasama yang dijalankan mereka sepanjang konsert jelajah Swift memberi lebih peluang buat Mahone mengenali ramai lagi rakan artis lain.

Gomez sebelum ini memberitahu bakal berhenti seketika dari dunia muzik untuk memberi tumpuan buat karier lakonan."Ya, mungkin untuk sementara sahaja, saya mahu memberi tumpuan buat filem," katanya kepada sebuah radio di Perancis baru-baru ini.


sumber : http://www.utusan.com.my/

Majlis Pernikahan Anak Ibnor Riza Iaitu Putri Norizah & Kino Takamura

Tahniah kepada pasangan pengantin baru iaitu Putri Norizah dan Kino Takamura. Nampaknya Ibnor Riza dapat menantu orang Jepun. Cuba tengok gambar-gambar majlis perkahwinan mereka, cantik tak?

Anak perempuan kepada penyanyi popular 80-an, Ibnor Riza, Putri Norizah telah selamat mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hatinya, Kino Takamura.

Memetik laporan dari laman forum Cari, Putri Norizah merupakan seorang penyanyi yang terkenal di Brunei dan kini sedang berusaha mengembangkan bakatnya di Malaysia. Terbaru, dia dikatakan turut menyertai uji bakat Akademi Fantasia 2013.

Sebelum ini, Putri dikatakan pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pelantun lagu 'Jangan Ganggu Pacarku', Aliff Aziz.

Tahniah MH Online ucapkan kepada pasangan ini, semoga ikatan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat.

GAMBAR-GAMBAR MAJLIS PERKAHWINAN ANAK IBNOR RIZA IAITU PUTRI NORIZAH - KINO TAKAMURA











sumber : http://www.mohdrohaizad.com/

10 Artis Lelaki Korea Yang Menjadi Kegilaan Wanita. (Gambar)

1. Hyun Bin (Secret Garden, World’s Within).


2. Lee Min Hoo (Personal Taste, City Hunter). 

3. Bi Rain (Full House)
4. Choi Shi Won (Poseidon).

5. Kim Soo Hyun (Dream High)

6. Jang Geun Seuk (You’re Beautiful, Beethoven Virus)

7. Kim Hyun Joong (Boys Before Flower, Playful Kiss)

8. Song Seung Hun (Endless Love, My Princess)

 9. Jee Jong (Protect The Boss)

 10. Won Bin (Endless Love, Friends)
 Sumber

Trend Terbaru Untuk Gigi Di Afrika Yang Pelik.



Membiarkan gigi menjadi ronggak kini adalah satu trend di kalangan generasi muda di Afrika Selatan, terutama di bandar cape Town. Kedengarannya aneh, kalau anak-anak muda itu justeru mengharapkan menjadi ronggak atau tidak mempunyai gigi depan. Apalagi jika gigi mereka masih sihat dan kuat. Apa yang membuat mereka ingin kelihatan seperti datuk-datuk yang tidak punya gigi?.

Trend yang disebut Smile Cape Flats berasal dari lingkungan yang padat penduduknya di mana didaerah tersebut anak mudanya biasa mengubah tubuhnya menjadi aneh. Menurut Friendling Jacqui dari University of Cape Towns human biology mengatakan trend ini menjadi fashion kerana tekanan rakan sebaya sehingga mereka mencabut gigi depannya, kemudian alasan perubatan dan alasan gangster. Walaupun sebenarnya bergigi ronggak sudah diterapkan oleh kalangan nelayan Afrika Selatan agar dapat berkomunikasi antara satu sama lain di kapal dengan bersiul. Dengan tidak ada halangan gigi depan, bersiul makin mudah dilakukan. Sekarang tradisi menjadi trend bahkan berkembang untuk menarik wanita.

Namun menjadi ompong juga kadang mencipta jurang ketika bersosial. Untuk itu mereka selain mencabut gigi depan, juga membuat gigi palsu yang boleh dikenakan dikala kerja. Tak Cuma laki-lelaki yang ingin mencabut giginya, bahwan kaum wanitanya juga demikian. Mereka datang ke doktor gigi meminta mencabut gigi sihatnya dan sekaligus membuat gigi palsu. Menurut Rob Barry dari fakulti perubatan gigi di University of Western Cape, frekuensi pencabutan gigi telah meningkat meskipun doktor gigi berlatih secara beretika dilarang membuang gigi yang sihat. 

Untuk gigi palsu kadang-kadang mereka mengkreasikan dengan menambah emas, berlian atau platina untuk menaikkan status sosialnya. Tapi kes kecurian gigi palsu melalui pergaduhan juga meningkat. Cukup pelik kan.

Anak Adi Putra Dimasukkan Ke Hospital

Anak Adi Putra mengalami masalah pernafasan atau bahasa mudah sesak nafas. Tidak dimaklumkan secara penuh, kemungkinan anak Adi Putra iaitu Adelia mengalami batuk-batuk dan kahak yang banyak menyukarkannya untuk bernafas.


Selepas tiga hari bercuti bersama peminat di Bandung, pelakon Adi Putra terpaksa bergegas ke hospital ekoran anaknya yang dimasukkan ke wad akibat masalah pernafasan.

Adi Putra yang dihubungi mengesahkan berita tersebut;

"Sebelum ini Adelia dah lama batuk. Kerana kahak yang banyak menyebabkan dia susah bernafas. Jadi, Adelia terpaksa ditahan dan perlu menjalani pembedahan kecil.

"Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar semalam. InsyaAllah Adelia dijangka keluar esok."
Adi juga memberitahu dia dan isterinya bersama-sama menjaga anak mereka sepanjang di hospital.


sumber : http://www.mohdrohaizad.com/