Home > All posts
(VIDEO) Subhanallah! Lelaki Bercahaya Dirakam Dalam Masjid Nabawi
Posted by TerbaikLaH on Tuesday, July 2, 2013 at 7:44 AM
Syarat Peraturan Baru Penerbangan MAS Mulai Julai 2013
Posted by TerbaikLaH at 7:31 AM
Syarat Peraturan Baru Penerbangan MAS yang dikuatkuasa mulai 1 Julai 2013. Sistem penerbangan Malaysia telah menaik taraf peraturan yang sedia ada bagi keselesaan penumpang mereka. Untuk info, peraturan kali ini adalah lebih baik daripada peraturan sebelumnya.
Syarat Peraturan Baru MAS Mulai Julai 2013
- Pelanggan Kelas Ekonomi dibenarkan membawa satu bagasi kabin dengan berat maksimum 7 kilogram (kg) berbanding 5 kg sebelum ini.
- Penumpang Kelas Pertama dan Perniagaan dibenarkan membawa dua bagasi dengan berat maksimum masing-masing 7 kg. Had ketinggian setiap bagasi tidak lebih 56 sentimeter (sm), panjang 36 sm dan lebar 23 sm.
- Setiap pelanggan boleh membawa masuk sama ada notebook atau komputer riba atau beg bimbit atau beg binokular.
- Pelanggan yang membawa bayi berumur kurang daripada 24 bulan, boleh membawa satu beg berisi makanan bayi dan lampin seberat 5 kg, katil lipat dan kereta sorong bayi boleh lipat.
- Kadar bayaran tertentu akan dikenakan ke atas bagasi kabin yang melebihi had muatan dibenarkan.
Senarai Laman Web Kena Hack Digodam Hacker Bangladesh
Posted by TerbaikLaH at 7:29 AM
Senarai laman web di Malaysia yang kena hack atau digodam hacker Bangladesh. Kesemua laman web tersebut adalah laman web besar di Malaysia seperti microsoft, Dell, Skype, Kaperksky, MSN dan Bing cawangan Malaysia. Penggodam ini menyampaikan satu mesej kepada rakyat Malaysia semua menghormati rakyat Bangladesh yang bekerja di negara ini dan bukannya mencaci mereka.
Senarai Laman Web Kena Godam Bangladesh
sumber
Syura mahu tunaikan nazar ibu
Posted by TerbaikLaH at 6:31 AM
JUARA Masterchef Selebriti Malaysia 2, Syura mahu menghantar ibunya menunaikan umrah menerusi duit kemenangannya.
Syura menerima hadiah dua tiket penerbangan kelas perniagaan pergi dan balik ke Paris, Perancis menaiki pesawat Airbus A380 MAS dan lebih manis apabila sajian Syura akan dihidangkan di kelas pertama pesawat berkenaan.
Penyanyi itu turut meluahkan isi hati untuk menghantar ibunya, Samsiah Mohammad, 62, mengerjakan umrah terlebih dahulu sebelum dia dan suaminya terbang ke Perancis.
“Saya mahu lunaskan nazar terhadap ibu saya terlebih dahulu sebelum pergi bercuti. Ini impian saya apabila menyertai rancangan ini dah syukur Alhamdulillah hajat saya dimakbulkan,” ujarnya.
MasterChef Selebriti Malaysia 2 disertai oleh 19 selebriti antaranya Rozita Che Wan, Enot, Kenchana Devi, Norish Karman, Syanie, Lydiawati, Datuk Aznil Nawawi dan Zain Saidin.
Sementara itu, ulas Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli berkenaan spekulasi kemenangan Syura yang telah bocor terlebih awal, pihaknya akan memastikan rahsia rancangan MasterChef selepas ini diperketatkan.
“Sebenarnya spekulasi itu timbul kerana rancangan ini telah dirakamkan terlebih awal, namun tidak dinafikan sehingga malam episod akhir masih ada sokongan terhadap Celina.
“Spekulasi sukar dikawal dan orang akan tetap memperkatakan tapi kebenarannya muncul pada malam episod akhir,” katanya.
sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/index.asp
Zizan Nin Bergaduh Di Pawagam
Posted by TerbaikLaH at 6:27 AM
Bintang filem 'Tanda Putera', Zizan Nin berkongsi 12 perkara tentang dirinya yang mungkin tidak diketahui peminat. GUA sendiri tidak sangka Zizan suka berkebun. Jom semak apa lagi perkara menarik tentang lelaki ini.
1) Tidak pernah menyimpan nombor telefon rakan-rakan artis. Dalam memori telefonnya hanya ada kira-kira lima nombor individu yang dikenali secara peribadi. Lain-lain hanya untuk urusan kerja.
2) Suka berkebun. Setiap hari mesti cari masa untuk luangkan masa berkebun di depan rumah. Kalau tidak menaman pokok, cukuplah sekadar menyiram pokok-pokok bunga yang ditanamnya.
3) Suka melakukan kerja-kerja rumah, terutamanya mencuci bilik air. Paling tidak suka kerja-kerja berkaitan dengan pakaian seperti membasuh, menyidai dan melipat kain.
4) Tidak suka bercakap di telefon lama-lama, kecuali tentang hal-hal kerja. Ketika bercinta pun lebih suka ber'BBM' (Blackberry Messenger).
5) Jarang membeli-belah sebab sejak bergelar artis, Zizan selalu mendapat tajaan pakaian. Semasa bersama Jaspal, dia mendapat peruntukan sebanyak RM2000 setiap bulan untuk pakaian baru.
6) Tidak minat kereta. Zizan anggap kereta sebagai keperluan untuk bergerak ke sana sini. Pakai Swift sejak tahun 2006.
7) Sangat suka melancong. Tidak kisah berbelanja banyak asalkan dapat melihat negara-negara lain. Antara destinasi yang sudah dilawati ialah Thailand, Indonesia, Eropah, Amerika Syarikat, dan Afrika.
8) Tidak suka bergambar kecuali yang membabitkan soal kerja seperti fotografi untuk majalah atau akhbar.
9) Tidak memiliki fanpage di laman sosial Facebook. Hanya ada akaun persendirian. Itupun hanya ada kira-kira 200 orang kawan sebab Zizan hanya terima kawan-kawan yang betul-betul dikenali.
10) Sangat ketagih dengan kopi. Kalau tidak minum sehari, Zizan akan rasa serba tidak kena dan tidak boleh tidur. Zizan sanggup latih isteri cara-cara membancuh kopi yang digemarinya.
11) Sangat mementingkan kesihatan. Selain baca jurnal-jurnal kesihatan, Zizan akan cari maklumat-maklumat kesihatan di internet.
12) Tidak suka menonton filem di pawagam kerana berpendapat terlalu banyak gangguan. Pernah bergaduh dengan penonton lain di pawagam gara-gara tidak tahan dengan mulut bising penonton terbabit.
sumber : http://www.gua.com.my/
Hubungan Judika & Kekasih Akhirnya Direstui
Posted by TerbaikLaH at 6:21 AM
Pemilik nama Judika bakal memantapkan lagi kerjayanya dalam bidang nyanyian baik di Indonesia mahupun Malaysia apabila akan tampil dengan album ketiga berjudul ‘Judika Mencari Cinta’. Lagu-lagu nyanyiannya seperti 'Aku Yang Tersakiti', 'Tapi Bukan Aku' dan 'Separuh Mati Merindu' kerap kali diputarkan di corong-corong radio atas permintaan para peminat.
Menyentuh mengenai karier seninya, Judika memberitahu selain sibuk dengan urusan sebagai penyanyi solo, Judika juga turut menjadi vokalis untuk kumpulan Mahadewa. Kepadatan jadualnya juga membuatkan hari-harinya dipenuhi dengan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang penyanyi.
“Setiap hari saya menyanyi dan kadang kala menyebabkan saya kehilangan suara seperti ini. Namun saya begitu sekali menyenangi keadaan ini kerana menjadi penyanyi merupakan kerjaya yang diidamkan oleh saya selama ini,” kata Judika ketika ditemui di majlis rakaman Judika & Friends di Kelab Neverland, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Bercerita mengenai persiapan perkahwinannya yang semakin hampir, Judika merasakan debaran semakin terasa. Namun kegembiraan jelas terpancar di wajahnya kerana perjuangan cintanya yang lebih 6 tahun tidak direstui akhirnya berjaya membawa hubungan mereka ke gerbang perkahwinan.
“Lagu Mama Papa Larang merupakan lagu yang menceritakan mengenai hubungan kami yang mendapat tentangan dari kedua ibubapa kekasih saya. Pelbagai faktor menyebabkan mereka tidak merestui percintaan kami namun akhirnya mereka melihat ketulusan hati saya dan memberikan restu kepada kami,” katanya.
Menariknya, Judika dan kekasih hatinya, Duma Risis Silalahi bakal mendendangkan lagu duet mereka iaitu karya Judika sendiri berjudul, ‘Sampai Akhir’. Pernikahan Judika yang jatuh pada tarikh lahirnya iaitu 31 Ogos, bakal diadakan di Danau Toba mengikut adat Batak manakala resepsinya pula di Jakarta pada bulan September.
Judika dan kekasih hatinya, Duma Risis Silalahi
sumber : http://www.gua.com.my/
Sharifah Khasif Enggan Dikenali Sebagai Penyanyi
Posted by TerbaikLaH at 6:13 AM
Kejayaannya sebagai Johan Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa pada tahun 2009, memberi ruang kepada Sharifah Khasif untuk mula berjinak-jinak sebagai personaliti TV. Selain aktif sebagai qariah, Sharifah Khasif turut mengacarakan beberapa rancangan agama seperti Qari Junior dan Tadbir Ringgit.
Terbaru, Sharifah Khasif telah muncul dengan album yang mengetengahkan alunan qasidah burdah iaitu irama yang diselitkan lenggok Arab yang mengasyikkan. Kata Sharifah Khasif, album ini diterbitkan atas dasar minatnya yang mendalam terhadap keindahan seni qasidah burdah dan lagu-lagu arab.
“Qasidah burdah ini bukanlah irama baru. Ia sudah lama bertapak di Malaysia, namun masih ramai yang tidak tahu mengenainya. Saya percaya qasidah burdah juga merupakan satu cabang seni yang boleh diketengahkan di dalam industri seni tanah air,” kata Sharifah Khasif ketika majlis pelancaran album Al Husna di Petaling Jaya, baru-baru ini.
“Saya pasti ada sesetengah orang yang ingin bertaranum tapi tidak tahu caranya. Ada juga yang ingin mengaji Al-Quran, tapi berat hatinya. Jadi dengan terbitnya album ini, saya harap masyarakat dapat mencuba pendekatan qasidah burdah,” katanya.Belum merancang untuk menghasilkan album yang mengandungi lagu-lagu komersial, kata Sharifah Khasif, dia enggan digelar penyanyi dan mahu terus dikenali sebagai qariah.
“Menyanyi dan mengaji Al-Quran berjalan seiring dalam hidup saya. Namun, yang menjadi fokus saya adalah mengaji Al-Quran dan mendendangkan lagu-lagu yang memuji Nabi Muhammad SAW. Saya tak mahu dengan terbitnya album ini, orang mula menggelarkan saya seorang penyanyi,” jelas Sharifah Khasif menerangkan dia meminati lagu-lagu Hindi dan mendiang Whitney Houston.
sumber : http://www.gua.com.my/