Home > All posts
Rumah Khairi Jamaluddin Di Masuki Perompak
Posted by TerbaikLaH at 8:22 AM
Rumah Khairi Jamaluddin Di Masuki Perompak | Empat orang lelaki telah masuk/menceroboh kediaman Khairy Jamaluddin Abu Bakar di Jalan Setiabestari, Bukit Damansara kelmarin dan melarikan beberapa unit komputer riba dan jam tangan.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, semasa kejadian pada pukul 5.30 petang itu hanya pembantu rumah menteri itu berada di rumah tersebut.
Bagaimanapun, Menteri Belia dan Sukan itu dikatakan tiada di rumah semasa kejadian kerana menyaksikan final Piala FA antara Johor Darul Takzim dan Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.
Tambah beliau, suspek-suspek yang dikatakan menaiki sebuah kereta Proton Waja itu masuk ke rumah orang kenamaan itu dengan memanjat tembok pagar di tepi rumah dan masuk menerusi pintu kayu depan yang tidak berkunci.
“Semasa itu pembantu rumah menteri itu berada di dapur dan menyedari kejadian itu semasa keluar ke ruang tamu sebelum terkejut melihat pintu depan terbuka.
“Selepas itu pembantu rumah terbabit melihat empat suspek sedang menyelongkar bilik tidur utama majikannya,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam. sumber

Komposer Julfekar Rebah Ketika Hendak Bermain Badminton
Posted by TerbaikLaH at 8:21 AM
Komposer Julfekar Rebah Ketika Hendak Bermain Badminton | Komposer Julfekar Ahmad Shah mengalami kecederaan pada bahagian tulang belakang ketika sedang bersiap untuk bermain badminton di sebuah kompleks sukan Cheras, pada semalam (Ahad).
Menurut Julfekar, 49, kejadian berlaku kira-kira pada pukul 9.30 pagi ketika dia sedang menunduk untuk mengikat tali kasut di rumahnya sebelum terdengar bunyi sesuatu pada bahagian pinggangnya yang membuatkan dia rebah.
"Ketika itu saya bersama dua artis saya iaitu Min Yasmin dan Hafeez Hai. Mereka mengajak saya bersukan bermain badminton bersama.
"Memandangkan saya tidak pernah bersukan, jadi saya cukup bersemangat dengan membeli satu set peralatan dan pakaian sukan.
"Tetapi tak sangka pula, ketika saya memusing badan untuk mengikat tali kasut, tulang belakang saya berbunyi dan ketika itu saya terus tak boleh nak bergerak," katanya yang dihubungi wartawan.
Menurut Julfekar lagi, akibat kejadian itu, dua artis berkenaan telah menghubungi ambulans dan dia dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras, dekat sini bagi mendapatkan rawatan.

Tambah Julfekar, pemeriksaan awal mendapati terdapat gelinciran pada tulang pinggulnya tetapi pihak hospital akan dapat mengesahkan perkara itu selepas membuat rawatan susulan pada 12 Julai depan.
"Doktor meminta saya untuk berehat sebelum menjalani pemeriksaan MRI (imbasan resonen magnetik).
"Tetapi saya tidak boleh duduk diam kerana banyak kerja yang perlu dilaksanakan. Seperti hari ini (Isnin), saya mempunyai rakaman lagu raya bersama dengan artis-artis syarikat saya, MilleniumArt dan Dream Music Sdn Bhd.," ujarnya yang dibenarkan keluar pusat perubatan itu kira-kira pukul 5 petang hari yang sama.
Menurut Julfekar lagi, kecederaan itu sebenarnya telah memberikan sedikit peringatan untuknya mengenai keperluan menjaga kesihatan diri.
"Sebelum ini saya tidak pernah berasa akan melalui kesakitan yang sangat perit seperti ini. Tetapi apabila perkara ini berlaku baru saya sedar, penjagaan kesihatan amat diperlukan.
"Tambahan pula, doktor kata berat badan saya melebihi daripada yang sepatutnya. Mungkin selepas ini saya akan lebih kerap menjalani rutin senaman," ujarnya sambil memberitahu kejadian tersebut telah membuatkan dia hampir-hampir pitam. sumber

Gaji RM5,000 Ke Bawah Bakal Nikmati BR1M 3.0
Posted by TerbaikLaH at 8:20 AM
Gaji RM5,000 Ke Bawah Bakal Nikmati BR1M 3.0 | Kerajaan di beritakan sedang mengkaji cadangan untuk menaikkan syarat kelayakkan pendapatan isi rumah bagi permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sessi 3.0 untuk tahun hadapan.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, kementeriannya sedang meneliti pelbagai cadangan yang diterima semasa konsultasi Bajet 2014 termasuk untuk menaikkan had pendapatan isi rumah bagi meluaskan penerima bantuan berkenaan.
"Cadangan untuk naikkan syarat pendapatan itu sedang diteliti oleh Kementerian Kewangan, tapi kita belum lagi buat keputusan mengenai perkara ini," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Isnin.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Nawawi Ahmad (BN-Langkawi) yang bertanyakan sama ada kerajaan bercadang menaikkan jumlah syarat tersebut.
Menurut Nawawi, kenaikkan syarat pendapatan isi rumah daripada RM3,000 sebulan perlu dinaikkan sehingga RM5,000 bagi memastikan lebih ramai rakyat menikmati faedah itu.
Jumlah penerima BR1M 2.0 yang diagihkan pada Februari lalu meningkat hampir sekali ganda berbanding tahun lepas.
Pada 2012 hanya 245,000 orang terima BR1M dan melibatkan perbelanjaan RM122.4 juta. Bagi 2013, tujuh juta isi rumah dan individu bujang memperoleh BR1M 2.0 yang melibatkan peruntukan RM3 bilion.
Pemberian BR1M 2.0 diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2013. sumber

Anak Adi Putra Masuk Wad
Posted by TerbaikLaH at 8:19 AM
Anak Adi Putra Masuk Wad | Khabarnya selepas tiga hari bercuti bersama peminat di Bandung, pelakon utama watak Teduhan Kasih, Adi Putra terpaksa bergegas ke hospital ekoran anaknya yang dimasukkan ke wad kerana masalah pernafasan.
Adi Putra yang dihubungi wartawan hiburan mediahiburan telah mengesahkan berita tersebut;
"Sebelum ini Adelia dah lama batuk. Kerana kahak yang banyak menyebabkan dia susah bernafas. Jadi, Adelia terpaksa ditahan dan perlu menjalani pembedahan kecil.
"Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar semalam. InsyaAllah Adelia dijangka keluar esok."
Dalam pada itu, Adi Putra juga sempat memberitahu dia dan isterinya bersama-sama menjaga anak mereka sepanjang di hospital.
# Semoga cepat sembuh. sumber

Permintaan Diana Danielle Sebelum Lahirkan Anak
Posted by TerbaikLaH at 8:18 AM
Permintaan Diana Danielle Sebelum Lahirkan Anak | Ramai peminat industri hiburan tahu yang isteri Farid Kamil, Diana Danielle akan melahirkan bayi sulung mereka pada bulan Julai ini.
Diana yang kini berada di Australia menerusi laman Instagram beliau memohon semua rakan dan peminat mendoakan yang terbaik buat beliau sementara menantikan kelahiran cahayamata pertama mereka. Mesti ramai peminat yang tak sabar dan ingin melihat wajah bayi Farid Kamil dan Diana Danielle ini... sumber

Fazura Bertudung Labuh Bersama Prof Muhaya
Posted by TerbaikLaH at 7:45 AM
Gambar berkenaan dimuat naik oleh pelakon jelita ini ke laman Instagram miliknya. Boleh dikira agak ‘rare’ bagi artis sepertinya memakai tudung sebegini kerana tudung yang dipilih artis wanita untuk tampil di khalayak umum biasanya sama ada selendang atau tampak glamor dengan pelbagai cara lilitan.
Bersama gambar tersebut, Fazura memuatkan caption menyatakan dia memakai tudung yang sedia untuk dibawa bersolat bersama bonda dan mentornya, Prof Dr Muhaya yang sangat dikasihi dan dihormatinya.
Manalah tahu, satu hari nanti Fazura benar-benar mendapat hidayah. Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuknya. sumber