FPI Ancam Serang Pusat Hiburan Degil.

on Wednesday, July 3, 2013



Jakarta: Front Pembebasan Islam (FPI) berjanji tidak akan menyerang tempat hiburan malam jika mereka mematuhi arahan tidak membuka premis itu sepanjang Ramadan.

“Ikut saja arahan. Jangan buka perniagaan. Kami tidak akan menyerang. Tetapi jika ada yang degil, kami akan bertindak,” kata Ketua Dewan Pimpinan Daerah FPI Jakarta Habib Salim Assegaf. Mengulas ancaman polis untuk bertindak ke atas kumpulan yang menyerang premis hiburan pada bulan puasa, Habib berkata, pasukan keselamatan sepatutnya memberi tumpuan kepada premis yang melanggar peraturan daripada mengancamnya. Pihak berkuasa bandar raya Jakarta sebelum ini menetapkan tempat hiburan seperti bar, diskotik dan sauna ditutup sepanjang Ramadan.

RM500,000 Untuk Baiki 2 Tandas.


London: Kerajaan Britain akan membelanjakan sebanyak £100,000 (RM500,00) untuk membaik pulih dua tandas yang digunakan oleh anggota Parlimen dan tetamu.


Kontrak yang diiklankan oleh pihak berkuasa Parlimen berkata, tandas itu yang dibina pada 1937, tidak menjalani sebarang baik pulih sejak 20 tahun lalu dan ‘hayat penggunaannya sudah berakhir’.

“Tandas itu kini berada dalam keadaan yang tidak boleh diterima, lebih-lebih lagi dengan kedudukannya di kawasan berprofil tinggi. “Tandas terbabit memberi imej buruk kepada Istana Westminster. “Kerja pemulihan diperlukan segera untuk meningkatkan kedudukannya kepada standard sebuah kawasan Warisan Dunia,” menurut dokumen berkenaan.

Mathhew Sinclair dari Persekutuan Pembayar Cukai menyifatkan kos itu sebagai ‘melampau’.


“Kos membaiki satu tandas itu sama dengan kos membuat sebuah rumah,” katanya ketika ditemui, semalam.

Akrobat Maut Terjatuh Dalam Persembahan. (Gambar & Video)



Carson City (Nevada): Seorang akrobat berpengalaman dan ibu kepada dua anak terbunuh selepas terjatuh dari ketinggian 15 meter ketika mengadakan persembahan di Las Vegas semalam.


Sarah Guyard-Guillot, 31, terhempas ke kawasan lapang di tepi pentas selepas wayar keselamatannya dipercayai terlucut. Wanita berasal dari Perancis itu sedang dinaikkan sebagai persediaan melakukan babak terakhir di MGM Grand apabila kemalangan berlaku. Saksi, Dan Mosqueda berkata, dia terdengar jeritan dan bunyi mengerang sebelum seorang lagi anggota kumpulan berkenaan menangis di atas pentas. Mosqueda berkata, pada awalnya penonton menyangka aksi itu memang disengajakan sebagai sebahagian daripada persembahan akrobatik. “Namun, kami mendengar jeritan, kemudian suara mengerang kesakitan dan ada orang menangis di atas pentas,” katanya. Pertunjukan dihentikan serta-merta sejurus kemudian. Penganjur juga menawarkan untuk memulangkan harga tiket yang dibeli penonton sebelum meminta orang ramai beredar. Sarah dikejarkan ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.


47 Tahun Simpan Tulang Kaki Pesakit Untuk Kenang-Kenangan.


Houston: Seorang doktor Amerika Syarikat yang menyimpan tulang tangan pesakit yang dipotong untuk dijadikan kenang-kenangan perang, mengembalikannya kepada lelaki terbabit 47 tahun kemudian.

Dr Sam Axelrad membawa pulang tulang tangan lelaki Vietnam itu pada 1966 selepas rakannya merebus anggota badan itu untuk menanggalkan semua daging dan otot yang ada padanya.

Tulang itu kemudian disusun semula seperti sepatutnya sebelum diserahkan kepada Axelrad sebagai cenderahati. Semalam melaporkan, Axelrad mengunjungi Vietnam sekali lagi untuk bertemu dengan lelaki pemilik tangan berkenaan, Nguyen Quang Hung, 73, yang pernah berkhidmat sebagai tentera Vietnam Utara.

Axelrad berkata, pada 2011 dia menemui tulang berkenaan dalam beg tentera di rumahnya yang dibiarkan selama beberapa dekad. Katanya, dia membawa pulang tulang tangan sebagai kenang-kenangan.

“Tetapi saya tidak melihatnya bertahun-tahun kerana ia boleh mengingatkan saya kepada pengalaman zaman perang,” katanya. Selepas terjumpa tulang berkenaan, kata Axelrad dia berusaha mengesan lelaki terbabit dan cuba memulangkannya.

Sementara itu, Quang Hung berkata, dia pelik kerana ada doktor yang mahu menyimpan tulang manusia sebagai cenderahati.

Bagaimanapun, dia gembira kerana mendapat semula bahagian anggota badannya yang dipotong.

“Tangan saya terpaksa dipotong kerana dijangkiti kuman selepas terkena tembakan tentera AS,” katanya. Axelrad bertemu Quang Hung di bandar An Khe, dekat Qui Nhon semalam. Quang Hung ditembak pada Oktober 1966 dalam serang hendap kira-kira 74 kilometer dari An Khe di tengah Vietnam.

Selepas terapung-apung mengikut aliran sungai, dia berlindung di kawasan gudang padi selama tiga hari sebelum dibawa helikopter tentera AS untuk mendapatkan rawatan.

Laki Bini Kaki ‘Wheelie’.

Gambar hiasan

Kuala Lumpur: Sepasang suami isteri muda sanggup menempah maut dengan membuat aksi ‘Wheelie’ di depan Dataran Merdeka hanya semata-mata dicabar rakan mereka, malam kelmarin.

Difahamkan, pasangan suami isteri yang baru berkahwin setahun lalu itu tidak memikirkan risiko yang bakal ditanggung sebaliknya menunjukkan kemahiran ‘bodoh’ mereka menunggang motosikal Yamaha 125, kira-kira jam 7 malam.

Sumber polis berkata, si isteri yang berusia 19 tahun juga didapati tanpa berasa takut membantu suaminya berusia awal 20-an mengimbangi badannya sepanjang melakukan aksi berbahaya itu di Jalan Raja Laut.

Menurutnya, perbuatan pasangan terbabit dikesan anggota Unit Kuatkuasa Khas Trafik Kuala Lumpur (U3K) yang ketika itu sedang melakukan Ops Samseng Jalanraya di sekitar ibu kota.

“Ketika itu, pasangan berkenaan berada di lampu isyarat Jalan Raja Laut sebelum membuat aksi ‘Wheelie’ sebaik lampu bertukar hijau sejauh beberapa meter.

“Pasangan itu kemudian memecut laju ke Jalan Sultan Ismail dan akhirnya dicekup di Jalan Ampang ketika memberhentikan motosikalnya,” katanya.

Katanya, soal siasat mendapati mereka adalah pasangan suami isteri dan melakukan aksi berkenaan akibat dicabar rakan.

“Pasangan berkenaan kemudian dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur. Si suami ditahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana menunggang secara melulu dan berbahaya hingga mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain yang boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda minimum RM5,000 atau kedua-duanya.

“Isterinya pula dibebaskan dengan dijamin anggota keluarganya,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Turus Kuatkuasa dan Operasi Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan A Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan. 

Benjy Didakwa Lagi Miliki Dadah.

Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy (kiri) bersama lima rakannya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang dekat Kuala Lumpur, semalam atas tuduhan memiliki dadah seberat 4.7 gram syabu, minggu lalu. - BERNAMA


KUALA LUMPUR 2 Julai - Pelakon era 1990-an, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini atas pertuduhan memiliki dadah jenis syabu, minggu lalu.

Selain Benjy, 34, turut didakwa atas tuduhan sama ialah dua peniaga, Zain Amir Zainal Khairi, 37; dan Imran Radzi Ibrahim, 32, pasangan suami isteri, Asmanizam Mohamed Akhir, 32, dan Norazila Arzami, 27, serta pekerja binaan, Afifi Hamidi, 27.

Kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman melainkan Zain Amir.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama memiliki satu beg kecil berzip yang mengandungi 4.7 gram syabu di rumah bernombor C-2-2 Oakleaf Park Kondo, Blok C, Persiaran Bukit Jaya, Hulu Kelang, kira-kira pukul 11.30 pagi, 26 Jun lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Goh Ai Rene mengemukakan pertuduhan itu mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3) akta yang sama (Pindaan 2007) yang boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda jika sabit kesalahan.

Ayuni Izzaty membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM3,800 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Ogos untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

Anak kepada pelakon, Azean Irdawaty itu ditangkap selepas ujian air kencing yang dijalankan mendapati dia positif dadah jenis syabu ketika polis melakukan serbuan disebuah rumah. 

GAMBAR MESRA PERCUTIAN QI RAZALI DAN NELYDIA SENROSE DI LANGKAWI!





GAMBAR ROMANTIK QI RAZALI DAN NELYDIA SENROSE BERCUTI DI LANGKAWI | Nampaknya Qi Razali dan Nelydia Senrose tidak lagi cuba menyorokkan hubungan yang semakin mekar antara mereka berdua. Terbaru pasangan bercinta ini telah berkongsi beberapa keping gambar percutian mereka ke Langkawi.

Jangan risau kerana mereka tidak pergi berdua, sebaliknya ditemani oleh rakan-rakan.



Walaupun masih ada