Zizan Akui Tag Emma Maeembong Namun Hanya Kawan Biasa

on Wednesday, July 3, 2013

Zizan Akui Tag Emma Maeembong Namun Hanya Kawan Biasa | Pengakuan Zizan Razak sebelum ini dirinya telah jatuh cinta pada seorang gadis ketika majlis hari jadinya yang ke-29 lalu memang mengundang teka-teki ramai peminat.

Zizan Akui Tag Emma Maeembong Namun Hanya Kawan Biasa

Ramai yang cuba meneka tidak kurang juga menunggu penjelasan lanjut dari Zizan, akhirnya timbul gosip kononnya gadis yang dimaksudkan itu adalah pelakon yang sedang meningkat popular, Emma Maembong.

Sebelum ini Zizan pernah menafikan cintanya dengan Emma Maembong, namun baru-baru ini sewaktu beliau berada di Paris sempena perlantikkannya sebagai duta Sony, Zizan ada berkongsi gambarnya di sana menerusi Instagram. Apa yang menjadi perhatian ramai, dua daripada gambar tersebut turut di tag-kan kepada Emma.

"Emma suka banggunan-banggunan di Paris. Jadi saya tag lah gambar-gambar tu pada dia. Tak ada isu pun. Sama juga kalau saya tag gambar pada orang lain. Emma pun hanya sebagai artis dibawah syarikat pengurusan saya", jelas Zizan ketika ditemui pada rakaman Kecoh Pengacara Beraya bertempat di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, baru-baru ini.

Dalam masa sama Zizan diminta mengulas mengenai isu dirinya kini yang dikatakan mempunyai masalah disiplin dan tidak memberikan kerjasama yang baik dengan pihak produksi.

"Kalau soal saya lambat ke set, saya akui perkara itu. Kadang-kadang saya terlewat disebabkan kesesakan jalan raya dan kerana terlalu letih. Tapi setakat ini saya sedaya upaya memberikan kerjasama yang baik kepada semua produksi.

Kalau saya lewat, saya akan beritahu mereka. Kalau saya betul-betul letih, saya minta kebenaran utuk sampai lambat sikit dan mereka benarkan. Itu perkara biasa. Kalau saya ada salah dengan mana-mana pihak, saya minta maaf", katanya.  sumber

Tunggu Masa Sesuai



Berkuat kuasa pada tarikh 2 Jun lalu, Ashraf dikhabarkan telah meletakkan jawatannya selaku COO di Pusat Rawatan Islam Al Hidayah, tidak beberapa lama selepas dikaitkan dengan gosip berhubung isu poligami.

Setelah beberapa minggu mengelak daripada dihubungi pihak media, Ashraf tampil memberikan sedikit sebanyak kisah daripada pihaknya kepada media dalam sidang akhbar Seindah Ramadan TV3 2013 yang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sedar akan cerita-cerita buruk yang berkisar tentang dirinya, Ashraf memilih untuk mendiamkan diri daripada memberikan sebarang kenyataan buat masa ini.

"Sebagai seorang lelaki dan suami, saya mempunyai cara tersendiri untuk menyelesaikan sebarang masalah yang tiba, dan buat masa ini saya memilih untuk mendiamkan diri.

"Saya mengambil langkah ini kerana beberapa sebab, antaranya adalah untuk menjaga hati individu-individu yang terlibat selain tidak mahu menimbulkan sebarang salah faham.

"Insya-Allah apabila sudah tiba masa yang sesuai saya akan mengadakan satu sidang akhbar khusus untuk menerangkan perkara dan situasi yang sebenar," katanya.

Ashraf yang telah bergelar suami kepada Dayana pada 30 Ogos 2011 memberitahu tiada gunanya dia memberikan sebarang kenyataan balas berhubung gosip tersebut kerana itu adalah fitnah dibuat orang terhadap dirinya.

"Soal berhubung poligami ini adalah suatu perkara yang serius dan mungkin menimbulkan perselisihan. Ada yang berpendapat positif manakala selebihnya pula berpendapat negatif.

"Tetapi saya sedar bukan hak saya untuk menghalang sesiapa sahaja daripada membuat sebarang kenyataan, cuma saya ingin bertanya apakah salah saya sehingga diperlakukan sedemikian?," kata Ashraf.

Bertanya lanjut mengenai soal poligami, kata Ashraf, lebih elok jika dia tidak terlalu terbuka soal itu.

Tentang tindakan seorang wanita yang dikenali sebagai Sakinah memberi kenyataan kepada sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan bahawa isteri kepada Ashraf iaitu Dayana sudi untuk bermadu dengannya, Ashraf mengakui perkara tersebut juga merunsingkan dirinya.

"Tidak lama selepas berita itu tersebar, saya sendiri menghubungi wanita tersebut bertanyakan hal sebenar. Namun menurutnya dia tidak pernah berbuat demikian. Maknanya, itu bukan kenyataan daripada dia.

"Secara jujur saya juga kecewa dengan perkara yang berlaku. Mungkin pihak-pihak yang memulakan gosip ini mempunyai kepentingan tersendiri tetapi saya tidak mahu bercerita tentang perkara tersebut lagi," katanya lanjut.
Perkahwinan yang dibina Ashraf bersama isterinya, Dayana baru sahaja mahu menginjak ke usia dua tahun tetapi apabila timbulnya gosip sedemikian (poligami) pastinya ia akan menimbulkan suasana kurang manis di antara pasangan terbabit.

Antara sebab Ashraf membuat keputusan untuk berdiam diri juga adalah untuk menjaga hubungan di antara dirinya dan isteri dan juga seluruh ahli keluarga.
"Gosip-gosip seperti ini bukan perkara baru bagi saya, dan saya yakin mampu mengawalnya. Akan tetapi bagi isteri dan keluarganya, ini adalah suatu perkara yang baru buat mereka.

"Pastinya gosip sedemikian akan memberikan mereka juga tekanan, apatah lagi buat isteri saya. Tetapi mujurlah dia dan keluarganya mengetahui perkara sebenar berhubung diri saya.
"Apa yang mahu saya katakan, saya amat menyayangi isteri saya," katanya dengan jelas dan tenang sewaktu ditemubual.

Dalam setiap perkahwinan, pasti akan ada dugaan dan cabaran yang dihadapi, apatah lagi sekiranya perkahwinan yang dibina itu masih lagi berusia muda dan Ashraf sendiri menyedarinya.
"Saya menganggap kejadian ini merupakan suatu dugaan dan cabaran kecil dalam hidup saya dan Insya-Allah, semuanya akan selesai tidak lama lagi," jelasnya.

sumber : http://www.utusan.com.my/

Gegaran Di Semenanjung Malaysia Gempa Bumi 2 Julai 2013


Gegaran di semenanjung Malaysia seperti Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Perak dan Kedah akibat gempa bumi 2 Julai 2013. Orang ramai pada hari ini telah merasai gegaran terutamanya di Pulau Pinang akibat gempa bumi di Sumatera Utara. Kejadian gempa tersebut dilaporkan berlaku pada magnitud 6.1 pada skala Richter di Sumatera Utara, Indonesia pada 3.37 petang dan tidak menyebabkan Tsunami.

gempa

Antara Pengguna Di Laman Sosial Yang Turut Merasai Gegaran
gempa-bumi

gempa-bumi-2-julai-2013

Tiada laporan dijiwa atau kerosakan dilaporkan akibat bencana tersebut. Pada masa yang sama, Jabatan Metereologi turut mengesahkan kejadian tersebut.

Kenyataan Jabatan Meterorologi Malaysia 2 Julai 2013

Jabatan Meterologi mengesahkan gempa itu berpusat di 65km Barat Daya dari Lhokseumawe, Indonesia dan 385km Barat Daya dari Balik Pulau, Pulau Pinang.


sumber


Kontroversi Fida Ibrahim Masuk AF Akademi Fantasia 2013


Kontroversi Fida Ibrahim masuk AF Akademi Fantasia 2013. Setelah ujibakat berlansung, Fida dikatakan telah berjaya melepasi Ujibakat AF dan kini tersenarai nama dalam senarai pendek yang akan masuk AF 2013. Cikgu Syafi selaku juri ujibakat AF merasakan Fida seharusnya tidak berada dalam Akademi Fantasia. Menurut Syafi lagi, suara atau vokal Fida adalah sekadar biasa sahaja dan Fida harus memberi peluang kepada peserta lain untuk sertai AF. Pada masa sama, Fida sudah pun terkenal dan mempunyai peminat yang tersendiri.

fida masuk af

Penjelasan Cikgu Syafi

“Sebenarnya dia mendapat markah yang paling rendah daripada saya dan markah tinggi daripada 2 juri lain oleh kerana itu dia dipilih untuk menjadi peserta yang disenarai pendekkan. Saya bukan tidak menyukainya tetapi saya rasa dia boleh dapat peluang yang lebih besar di luar kerana dia sudah pun bergelar artis iaitu penyanyi dan pelakon. Lagipun pada saya vokalnya biasa sahaja. Kalau boleh saya mahu peserta yang berbakat dan belum pernah diberi peluang untuk menghadiri ujibakat seterusnya diserap masuk ke AF 2013. Bukan apa, kasihan kepada mereka yang benar-benar mahu mendapat peluang ini,” kata Cikgu Syafi.

fida


sumber


Gambar Rasmi Anak Farid Kamil Dan Diana Danielle Baru Lahir


Gambar Rasmi Anak Farid Kamil Dan Diana Danielle baru lahir. Tahniah kami ucapkan kepada Farid yang sudah pun bergelar seorang ayah pada selasa 2 Julai 2013. Farid Kamil telah selamat menimang anak lelaki selepas Diana Danielle bersalin di Australia kira-kira pukul 4.30 petang waktu Malaysia. Menerusi laman Instagram, Farid turut menulis berat bayi tersebut ialah 9.7 paun. Apapun, tahniah sekali lagi kepada pasangan ini.

Gambar Rasmi Anak Farid Kamil Dan Diana Danielle

farid kamil

anak farid 2 
anak farid 3


sumber


Bienda jual kek


MULA dikenali sebagai penyanyi, kemudian mengorak langkah menjadi pelakon dan seterusnya bergelar pengacara, Nor Razlinda Razli atau Bienda kini meluaskan skop pendapatan dengan berniaga kecil-kecilan. Dia ini menjalinkan usahasama dengan tukang masak terkenal, Chef Yang Jamil membuka sebuah perniagaan yang berpaksikan produk kek cawan.

Kolaborasi itu tampak bernas, apatah lagi Yang Jamil mempunyai pengalaman 40 dalam bidang masakan dan pernah membuka restoran bertaraf antarabangsa di Belanda dan Afrika. Sementara Bienda memiliki populariti dan pengaruh tersendiri selaku hos program bual bicara Nasi Lemak Kopi O yang disiarkan di TV9.

Justeru, setelah saling mempersetujui, muncullah perusahaan kek cawan yang dijenamakan 'e-kekcawan' yang berkonsepkan perniagaan kiosk yang menumpukan hab tumpuan awam terutamanya pusat membeli-belah.

Menurut Bienda, kerjasama yang dijalinkan itu diharap boleh diperkembangkan memandangkan kek cawan bukan sahaja enak, malah cukup ringkas dan sesuai untuk golongan yang sering mengejar masa.

"Kek cawan sedang menjadi kegilaan pada masa kini kerana reka bentuknya yang menarik dan cantik, sekali gus mampu membuka selera setiap orang yang memandangnya.

"Lagipun, ini satu hidangan yang ringkas, murah dan mudah dibawa ke sana sini.

"Selain kek cawan, kiosk kami turut menjual kek lain dalam pelbagai saiz, bentuk dan perisa serta beberapa jenis makanan pastri lain. Harga yang ditawarkan bagi setiap produk adalah berpatutan dan tidak melebihi harga pasaran semasa," katanya.

 
 sumber : 
http://www.utusan.com.my/

Diabai anak,Ibu tua menang kes!!

Nenek menang kes pertama diabai anak | Beijing: Seorang wanita diperintahkan mahkamah melawat ibunya sekurang-kurangnya sekali setiap dua bulan dalam kes pertama bawah undang-undang melindungi golongan tua di negara itu.Wanita tua berusia 77 tahun yang bertongkat dan tersandar di kerusi plaintif di mahkamah wilayah Wuxi hadir ketika mendengar kes terhadap anak perempuannya bersama suami kelmarin, lapor Wuxi Daily, semalam.

Undang-undang berkenaan berkuatkuasa Isnin lalu berikutan kebimbangan pembangunan pesat di China mengubah tradisi keluarga dan mewujudkan lebih banyak kediaman tanpa penghuni.Laporan mengenai orang tua yang sering diabaikan atau tidak dilayan dengan baik anak mereka mengejutkan negara itu.

Dalam kes di Wuxi, di wilayah timur Jiangsu, anak perempuannya dan suaminya bersetuju menjaga wanita dikenali Chu, tetapi tidak melawatnya sejak dia tinggal bersama anak lelakinya berikutan satu perselisihan faham ahli keluarga.

Mahkamah di daerah Beitang memutuskan pasangan terbabit perlu melawat ibu mereka sekurang-kurangnya sekali dalam dua bulan dan sekurang-kurangnya sekali ketika cuti kebangsaan negara.Hakim turut memerintahkan pasangan terbabit membayar pampasan jika mereka tidak melawat wanita tua itu.

Undang-undang perlindungan hak dan kepentingan orang tua mengatakan bahawa ahli keluarga perlu melawat anggota keluarga berusia lebih 60 tahun ke atas secara kerap tetapi tidak memberikan penerangan lanjut.Pakar bimbang, undang-undang baru terbabit akan sukar dikuatkuasakan, sementara sebilangan pengguna internet menyifatkan peraturan itu sebagai tidak dapat diterima malah ada yang menganggapnya penghinaan kepada negara. - BH

KopiLekat say :-Hargailah ibu bapa kita semasa mereka dikandung hayat..nanti fah tak ada,jangan nak menyesal pulak..ibu bapa boleh jaga 8 orang anak,8 orang anak belum tentu boleh menjaga ibu bapa!renung2 jangan termenung=)