Shaheizy Sam Terima Hadiah Nissan 370Z

on Wednesday, July 3, 2013

Akhirnya secara rasmi, Shaheizy Sam telah menerima hadiah daripada Berita Harian kerana dirinya telah memenangi Artis Paling Popular ABPBH 2012 yang lalu iaitu Nissan 370Z versi Coupe bernilai RM354,400 baru-baru ini.

Shaheizy Sam juga memilih nombor pendaftaran kereta yang unik, iaitu SS4M.

-gambar Budiey | MiGonline

(5 GAMBAR)Putri Norizah, Anak Ibnor Riza Berkahwin Dengan Deejay Kino Takamura

Mungkin ada di antara pembaca BeautifulNara.com yang masih mengingati penyanyi yang popular sekitar akhir 80′an iaitu Ibnor Riza. Anak perempuan beliau benama Putri Norizah juga seorang penyanyi, dan pernah memenangi enam pingat emas untuk vokal di World Championships of Performing Arts (WCOPA) 2011.


Kami telah menerima tip di Facebook yang Putri Norizah telah selamat melangsungkan pernikahan Sabtu lepas dengan seorang Deejay iaitu Kino Takamura yang pernah menjadi peserta peringkat akhir untuk Astro Spin Master 2011 bagi kategori Malaysia Best Scratch DJ.
Tahniah kepada Putri Norizah dan suami atas perkahwinan mereka. Lagi tiga gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Putri Norizah.


NGERI...terjun dari BANGUNAN

Gambar dibawah merupakan kesan akibat dari terjun dari bangunan. Daripada info, pemuda ini membunuh diri dengan menerjun dari tingkat 15. Dan ini adalah hasilnya...












Ainan Tasneem Enggan Bergambar Dengan Lelaki Elak Fitnah

Ainan Tasneem yang popular menerusi lagu Aku Suka Dia bertegas untuk tidak bergambar secara berdua-duaan dengan artis lelaki walaupun untuk sesi fotografi media.


Menurut Ainan, keputusan itu dibuat bagi mengelak timbulnya sebarang fitnah selain ingin menjaga nama baik keluarganya.

"Saya bertekad untuk tampil bersih dan tidak mahu menimbulkan sebarang kontroversi termasuk bergambar dengan artis lelaki kecuali secara beramai-ramai.

"Keputusan itu dibuat bagi menghargai kepercayaan dan kebebasan yang diberikan oleh keluarga untuk saya bergiat aktif dalam bidang nyanyian," katanya selepas ditemui pada majlis pelancaran album sulungnya berjudul Aku Suka Dia di Hotel Royal di sini, Selasa.

Album yang mengandungi lima buah lagu itu diterbitkan oleh syarikat MVM Productions. Tambah Ainan lagi, album yang dilancarkan itu bagi memenuhi permintaan peminat yang sering bertanya tentang perkara itu kepadanya.

Menurutnya, walaupun hanya memuatkan lima buah lagu dia akan tampil dengan album penuh pada penghujung tahun ini dan akan mempelbagaikan genre muzik untuk pendengar.

Antara lagu yang dimuatkan adalah Aku Suka Dia, 150 Juta, Kamu Saja, Tak Mungkin Aku dan Aku Keliru.

Dalam perkembangan sama, bapa kepada Ainan iaitu Dr Ridzuan Mohd Sagir yang turut hadir pada sidang media itu berkata, pada mulanya dia keberatan untuk membenarkan anaknya itu terlibat secara serius dalam bidang nyanyian.

Ini kerana katanya dia lebih suka melihat Ainan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pengajian di Universiti Malaysia Perlis dalam bidang Kejuruteraan Bioproses sehingga tamat.

"Lama saya mengambil masa untuk memberi keputusan namun melihat kepada penerimaan peminat dan yakin dia dapat menjadi contoh kepada remaja yang lain, saya benarkan.

"Pun begitu saya meletakkan beberapa syarat seperti menjaga maruah diri, merendah diri dan bersederhana supaya dia sentiasa ingat tujuan asal untuk bergelar penyanyi," jelasnya.

Tambah Ridzuan, sejak di bangku sekolah rendah lagi anaknya itu memang gemar menyanyi dan banyak menyertai pertandingan nyanyian di peringkat sekolah dan negeri.

sumber : http://kezoom.blogspot.com/

(GAMBAR)Farid Kamil Umum Kelahiran Anak Lelaki

Beberapa jam lepas, Farid Kamil telah memuat naik gambar seorang bayi lelaki ke Instagramnya dengan kapsyen:
faridkamilz
Welcome to the World my son #baby #papito #9.7pounds

Walaupun dijadualkan bersalin pada 15 Julai, nampaknya bayi tersebut dilahirkan lebih awal. Apa pun diucapkan tahniah kepada mereka Farid dan Diana Danielle atas kelahiran bayi mereka ini. Rasanya selamat untuk disahkan yang ini sememangnya bayi mereka dengan tiada keraguan lagi.

Jeffrydin Nafi Gelaran Datuk Tidak Sah Dan Bukan Anugerah Sulu

Siapa yang tak kenal dengan nama Datuk Jeffrydin, penyanyi terkenal di era 60an. Terbaru, beliau telah dituduh dengan mengatakan gelaran Datuk yang ada padanya tidak sah kerana pemberian Kesultanan Sulu.

Datuk Jeffrydin menyifatkan individu yang mempertikaikan gelaran Datuk yang diterimanya sebagai tidak sah tersebut adalah individu yang mempunyai sifat iri hati.

Menurut beliau, gelaran Datuk itu telah dikurniakan oleh kerajaan negeri Melaka pada tahun 2009 dan bukannya daripada Sultan Sulu di Filipina yang tidak diiktiraf oleh negara ini.
"Terserah kepada mereka bagi yang mahu menilai gelaran itu. Saya tak kisah dengan cakap-cakap orang.

"Buat apa saya perlu kecil hati? Sedangkan sebelum ini lagi besar dugaan yang pernah saya lalui.

"Bagi saya mereka yang mempertikaikan kurniaan gelaran itu kerana ada perasaan iri hati," katanya.
Jeffrydin ditemui pada pelancaran album terbaharunya berjudul Debaran Rindu di Hotel Royale Bintang Damansara di sini pada Selasa.

Tambah Jeffrydin, dia sudah lali dengan pelbagai tuduhan itu kerana ia sering dipersoalkan sejak beliau menerima gelaran tersebut.

sumber :http://kezoom.blogspot.com/

Tarikh dan lokasi melihat anak bulan Ramadhan 2013

Tarikh dan lokasi melihat anak bulan Ramadhan 2013 Alhamdulillah Ramadhan bakal menjelma.Tarikh untuk melihat anak bulan Ramadhan bagi menetapkan tarikh permulaan puasa ialah pada petang Isnin, 8 Julai 2013 bersamaan 29 Syaaban 1434 Hijrah, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh itu adalah berdasarkan rukyah dan hisab.
"Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa yang ditetapkan, melalui radio dan televisyen," kata kenyataan itu.  

Lokasi untuk melihat anak bulan seperti berikut:-
- Pontian Kecil, Johor;  
- Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka;  
- Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan;  
- Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor;  
- Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor;  
- Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor;    
- Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak;  
- Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang;  
- Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah;  
- Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah;  
- Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah;  
- Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu;  
- Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu;  
- Pulau Perhentian, Besut, Terengganu;  
- Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu;  
- Bukit Peraksi, Pasir Putih, Kelantan;  
- Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai,Kelantan;          - Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu, Kelantan;  
- Tanjung Lubang, Miri, Sarawak;  
- Teluk Bandung, Kuching, Sarawak;  
- Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak;  
- Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah;  
- Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang;  
- Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang;  
- Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang;  
- Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan;  
- Menara Kuala Lumpur;  
- Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya; dan  
- Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis.