Isu Mat Yo:Jangan ulangi lagi!!

on Thursday, July 4, 2013

Hamidin: Jangan ulang kesilapan Mat Yo | “JANGAN ulangi lagi perbuatan itu selepas ini,” demikian nasihat Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin kepada penyerang Johor Darul Takzim (JDT), Norshahrul Idlan Talaha yang bertindak membuang pingat ke dalam tong sampah setelah pasukannya tewas 0-1 kepada Kelantan, Sabtu lalu.



Sambil menganggap tindakan Norshahrul atau Mat Yo itu disebabkan hilang pertimbangan kerana terlalu kecewa selepas pasukannya tewas, Hamidin bagaimanapun berharap insiden itu adalah yang pertama dan terakhir dilakukan oleh bekas pemain Kelantan itu. “Mungkin dia (Mat Yo) tertekan dan terlalu kecewa dengan kekalahan itu dan disebabkan itu dia terbawa-bawa ke luar padang.

“Cuma nasihat saya, jangan ulangi lagi tindakan sebegitu kerana tidak elok sebagai pemain berpengalaman, lagipun kita kena faham dan ingat dalam bola sepak ada menang, ada kalah. “Kita takkan selalu menang saja, pada masa yang sama kena terima kekalahan juga,” kata Hamidin.

Dalam laporan media tempatan semalam melaporkan, Mat Yo dikatakan bertindak membuang pingat diterimanya ke dalam tong sampah sebelum masuk bilik persalinan selepas pasukannya tewas 0-1 kepada Kelantan dalam final Piala FA, di Stadium Nasional Bukit Jalil. Ketika ditanya adakah Mat Yo bakal dikenakan tindakan tatatertib oleh FAM, Hamidin berkata, pihaknya tidak boleh mengambil sebarang tindakan terhadap beliau memandangkan FAM tiada peruntukan undang-undang untuk berbuat demikian.

“Kami tidak boleh mengambil sebarang tindakan terhadap dia, ini kerana tiada peruntukan undang-undang berhubung tindakan itu. “Cuma yang boleh saya katakan jangan buat lagi,” jelas beliau.SH


Mengerikan! Hampir 100 Wanita Diperk0sa di Mesir ketika Aksi Demonstrasi



aksi demo di Lapangan Tahrir, Kairo (Reuters)

Kaherah, – Mengerikan! Hampir 100 wanita menjadi mangsa rogol yang berleluasa di Lapangan Tahrir, Kaherah, Mesir selama empat hari aksi demo antipemerintah.

Hal tersebut disampaikan organisasi HAM, Human Rights Watch (HRW) yang berpusat di New York, Amerika Syarikat seperti dilansir pejabat berita AFP, Rabu (3/7/2013).


“Massa melakukan serangan seksual dan dalam beberapa kes memperkosa sekurang-kurangnya 91 wanita di Lapangan Tahrir … di tengah iklim kekebalan dari undang-undang,” demikian disampaikan HRW dalam statemennya.


HRW menyebutkan angka tersebut diperoleh daripada kumpulan antikejahatan seks Mesir, Egyptian Operation Anti-Sexual Harassment / Assault, yang membuka nombor hotline bagi para korban kejahatan seks. Disebutkan bahawa pada hari Ahad, 30 Jun lalu dilaporkan ada 46 kes rogol, 17 kes pada Isnin, 1 Julai dan 23 kes serupa pada Selasa, 2 Julai waktu setempat.


Menurut kumpulan hak-hak wanita lain, Nazra for Feminist Studies, ada lima kes rogol saat demonstrasi pada hari Jumaat, 28 Jun waktu setempat.


HRW menyeru pejabat-pejabat dan para tokoh politik Mesir untuk mengutuk dan segera mengambil langkah-langkah untuk menangani tingginya angka kekerasan seksual di Lapangan Tahrir yang menjadi ikon Kaherah itu.


“Maraknya serangan seksual selama aksi demo di Lapangan Tahrir menekankan kegagalan kerajaan dan semua parti politik dalam menghadapi kekerasan yang dialami kaum wanita di Mesir setiap hari di tempat-tempat awam,” cetus Joe Stork, Timbalan Pengarah HRW untuk Timur Tengah.


“Ini kejahatan serius yang menahan wanita untuk menyertai penuh dalam kehidupan awam Mesir saat titik kritis perkembangan negara,” tambahnya.


Menurut HRW, beberapa wanita bahkan harus menjalani operasi usai mengalami pemerkosaan itu. “Mereka dipukul dengan rantai logam, kayu dan kerusi-kerusi, dan diserang dengan pisau,” demikian statemen HRW.


Beredar khabar angin bahawa rogol itu dilakukan para preman yang memanfaatkan ketiadaan aparat keamanan di lokasi dan mereka yakin akan lolos dari jeratan undang-undang. Namun sejumlah pihak mengatakan, kejahatan-kejahatan seks itu merupakan usaha terancang untuk mencegah kaum wanita ikut berdemo dan untuk merosakkan imej demonstrasi antipemerintah.


* Sumber detiknews

VIDEO: Cara Elak Bayar Tol…



APABILA melihat video ini, mungkin ada pihak yang rasa ia ‘cool’.
Apa tidaknya, si pelaku dengan bangganya menunjukkan ‘cara’ untuk mengelakkan diri daripada membayar tol, siap keluar perkataan lucah lagi.
Tetapi ada pihak merasakan inilah contoh sikap manusia yang hanya mahukan keselesaan memandu tetapi enggan mengeluarkan duit dari poketnya.
Semuanya mesti selesa, semuanya mesti percuma.
Anda rasa macam mana? MyNewsHub

Remaja 19 Tahun Rogol Dan Samun Pembantu Rumah


Seorang remaja berusia 19 tahun sempat merogol seorang pembantu rumah warga asing sebelum melarikan dua botol minyak wangi bersama laptop dan wang tunai selepas memecah masuk sebuah rumah di Taman Jaya Baru, Kajang.
Dalam kejadian jam 2 petang 3 Oktober lalu, suspek yang tinggal di taman perumahan sama, mengumpil pintu belakang rumah itu sebelum mengacukan pisau kepada mangsa yang sendirian di rumah kerana majikannya bekerja.
Sebaik masuk ke rumah, suspek mengikat kedua-dua tangan mangsa berusia 20-an dan merogolnya di ruang tamu sebelum melarikan dua botol minyak wangi, sebuah laptop serta wang tunai yang keseluruhannya bernilai RM8,000.
Bagaimanapun, suspek yang mempunyai satu rekod jenayah berkaitan kes dadah di Selayang, diberkas di Lorong Haji Taib di ibu negara Ahad lalu hasil maklumat awam.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata suspek dipercayai sudah lama memerhatikan rumah berkenaan dan memilih untuk memecah masuk ketika pembantu rumah terbabit tinggal sendirian.
Katanya, suspek direman hingga Sabtu ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana merompak dan Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. sumber

Tarikh Dan Lokasi Lihat Anak Bulan Ramadhan 2013/1434H

Tarikh Dan Lokasi Lihat Anak Bulan Ramadhan 2013/1434H | Tarikh lihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan hari permulaan puasa bagi tahun 2013/1434H ialah pada petang Isnin, 8 Julai bersamaan 29 Syaaban 1434 Hijrah, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini.
Tarikh Dan Lokasi Lihat Anak Bulan Ramadhan 2013/1434H

Berdasarkan kenyataan itu, Majlis Raja-Raja telah pun mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh itu adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

"Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa yang ditetapkan, melalui radio dan televisyen," 

Jawatankuasa melihat anak bulan dijangka akan melihat anak bulan di lokasi berikut:

123 N 123 123 N 123

- Pontian Kecil, Johor; 
- Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka;

- Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; 
- Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor; 
- Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor; 
- Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor; 

Lokasi Melihat Anak Bulan Ramadhan Yang Lain Ialah: 

- Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak; 
- Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang; 
- Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah; 
- Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah; 
- Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah; 
- Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu; 
- Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu; 
- Pulau Perhentian, Besut, Terengganu; 
- Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu; 
- Bukit Peraksi, Pasir Putih, Kelantan; 
- Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan; 
- Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu, Kelantan; 
- Tanjung Lubang, Miri, Sarawak; 
- Teluk Bandung, Kuching, Sarawak; 
- Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak; 
- Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah; 
- Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang; 
- Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang; 
- Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang; 
- Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan; 
- Menara Kuala Lumpur; 
- Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya; dan 
- Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis. - Bernama

2 Buah Pinggang Julie Dahlan Rosak Teruk

2 Buah Pinggang Julie Dahlan Rosak Teruk | Julie Dahlan kini dilaporkan mengalami masalah kesihatan yang agak membimbangkan apabila kedua-dua belah buah pinggangnya rosak dan hanya tinggal 5% sahaja yang masih berfungsi. Menurut Julie Dahlan,
2 Buah Pinggang Julie Dahlan Rosak Teruk

"Pada mulanya saya tidak boleh terima kenyataan yang saya sakit, namun kini saya bersyukur kerana Allah S.W.T masih memberi saya peluang untuk terus bernafas.

"Saya sudah menjalani pemebedahan beberapa bulan lepas dan kini masih dalam keadaan berpantang."

Menurut Julie lagi, "dalam seminggu saya perlu berulang-alik ke hospital sebanyak tiga kali untuk melakukan dialisis." sumber


CARA MEMBEZAKAN DAGING KHINZIR DAN LEMBU!







BAGAIMANA NAK BEZAKAN DAGING BABI DAN DAGING LEMBU | Hari tu kita bincangkan pasal Telur Tiruan dan Beras Tiruan. Sekarang, jom kita kaji dan pelajari perbezaan antara daging babi dan daging lembu. Daging babi pastinya ada sahaja dijual di pasaran oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.



Anda pastinya hanya dapat membezakan daging babi dan daging lembu sekiranya terdapat kepala haiwan