Tentera Mesir guling Presiden Mohammed Mursi.

on Thursday, July 4, 2013


KAHERAH 4 Julai - Tentera Mesir semalam menggulingkan dan menahan Presiden Mohammed Mursi selepas seminggu tunjuk perasaan besar-besaran yang menyebabkan berpuluh-puluh orang maut tercetus di negara ini.

Menteri Pertahanan, Panglima Tentera Abdel Fattah al-Sisi mengumumkan penggulingan Mursi di televisyen kerajaan ketika polis mula menahan penolong-penolong kanan Presiden dan pemimpin pergerakan Ikhwan Muslimin.

Waran tangkap turut dikeluarkan kepada sejumlah 300 pegawai Ikhwan Muslimin, lapor media milik kerajaan.

Berita tentang penggulingan itu turut mencetuskan kegembiraan kepada beribu-ribu penunjuk perasaan yang berkhemah di jalan-jalan raya di sekitar bandar raya Kaherah sejak beberapa hari lalu dengan sesetengah daripada mereka meraikannya dengan letupan mercun.

Namun, sekurang-kurangnya tujuh penyokong Mursi maut dalam pertempuran dengan anggota keselamatan di Iskandariah dan di bandar Marsa Matrouh, menurut pegawai keselamatan.

Sekurang-kurangnya 50 orang dilaporkan maut dalam pertempuran antara penyokong dan penentang kerajaan sejak minggu lalu iaitu menjelang ulang tahun pertama Mursi dilantik menjadi Presiden Mesir.

Menurut Jurucakap Ikhwan Muslimin, Gehad El-Haddad, Mursi dan penolong-penolong kanannya ditahan di kemudahan tentera.

Katanya, Mursi bagaimanapun dipindahkan ke Kementerian Pertahanan dengan ayahnya, Essam El-Haddad adalah antara penolong kanan Mursi yang ditahan.

Tindakan Tentera Abdel Fattah Al-Sisi Setelah 24 Jam Merampas Kuasa...total blackout!



Beberapa tindakan telah dibuat oleh tentera Abdel Fattah Al-Sisi setelah 24 Jam merampas kuasa daripada Presiden Mesir Dr. Muhammad Mursi dalam masa kurang 24 jam setelah rampasan kuasa di Mesir:


General Abdel Fattah Al-Sisi telah

1. Menutup semua saluran siaran Islamik (17 saluran ), yang menyiarkan siaran langsung di medan perhimpunan , terutama di Rabaah Abawiyyah
2. Menyekat surat khabar Al Huriyyah wal 'Adalah (akhbar milik FJP).
3. Menutup siaran Misr 25 (siaran televisyen Ikhwan Muslimin)
4. Menyekat siaran langsung Al Jazeera di Rabaah
5. Menggunakan peluru hidup ke arah penyokong Dr Mursi sehingga ramai yang terkorban.
6. Menahan beberapa pemimpin yang menyokong kepimpinan Presiden Dr Mursi
7. Menangkap ketua pejabat siaran langsung Al Jazeera dan beberapa pemberita. Antaranya Syariff Mansour dan Muhammad Jamal.
8. Merampas semua kamera di tempat persekitaran himpunan Rabaah Adawiyyah (tempat perhimpunan penyokong Dr Mursi).
9. Menghalang wartawan daripada membuat liputan kepada penyokong Dr Mursi di Rabaah Adawiyyah.

Sumber : Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

Konsert Metallica di Kuala Lumput 21 Ogos ini.


KUALA LUMPUR 4 Jun - Kumpulan thrash metal legenda dari Amerika Syarikat, Metallica mengesahkan akan mengadakan konsert pertama mereka di Malaysia iaitu di Stadium Merdeka, di sini pada 21 Ogos ini.

Pengumuman mengenai tarikh konsert itu diumumkan menerusi laman web rasmi Metallica iaitu www.metallica.com baru-baru ini.

Sebelum ini Metallica yang dianggotai oleh James Hetfields (penyanyi, gitaris), Lars Ulrich (dram), Kirk Hammett (gitaris) dan Rob Trujillo (bassis) dikatakan akan mengadakan konsert di Malaysia tetapi tiada pihak yang mengesahkannya.

Selepas berkunjung ke Kuala Lumpur, Metallica yang terkenal dengan album seperti Masters of Puppets, Kill'em, Ride The Lightning dan And Justice For All, akan mengadakan konsert di Singapura pada 24 Ogos ini

PELAJAR AMUK BAKAR KAMPUS

Pelajar amuk bakar kampus
Pelajar terperangkap dikeluarkan dari bangunan kampus RETI yang terbakar.
CHUKAI – Kampus Ranaco Education & Training Institute (RETI) gempar apabila seorang pelajar tiba-tiba mengamuk mencederakan enam pelajar lain sebelum bertindak membakar bangunan kampus itu menyebabkan 27 pelajar dan seorang kakitangan institusi itu terperangkap, kelmarin.

Pelajar amuk bakar kampus
Pelajar yang cedera menerima rawatan kecemasan oleh JPAM Kemaman
Insiden itu berlaku kira-kira jam 9.20 pagi dan sebaik siren dibunyikan, seramai 1,500 pelajar dan kakitangan yang lain segera berkumpul di hadapan bangunan utama kampus untuk menyelamatkan diri masing-masing.

Hasil tindakan cepat pihak polis yang segera tiba di lokasi kejadian sebaik dihubungi, pelajar yang mengamuk berjaya ditangkap kira-kira jam 9.36 pagi, namun situasi agak cemas kerana bangunan itu turut dibakar pelajar terbabit.

Bagaimanapun, insiden itu hanya simulasi yang dilakukan dalam latihan respons kecemasan kes amuk oleh RETI bagi menguji semua petugas, pelajar dan kakitangan serta agensi jika berlaku kes seumpama itu di kampus.

Selain 1,500 pelajar dan staf RETI, latihan itu melibatkan 18 anggota dan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, 10 pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman dan lapan pegawai, anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kemaman serta pihak Hospital Kemaman.

Ketua Pegawai Eksekutif RETI, Kapten Dr Ramlan Ramli berkata, sesi latihan itu melakar rekod tersendiri kerana pelajar dan kakitangan RETI hanya mengambil masa lima minit untuk keluar dari bangunan dan berkumpul.

“Kita adakan sesi latihan melibatkan agensi luar ini setahun sekali dan untuk masa akan datang, kita akan adakan secara lebih realistik bagi menguji tahap kecekapan semua pihak,” katanya selepas selesai sesi latihan berkenaan yang turut disertai Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah, Inspektor Mohd Khairi Abdullah.

Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Mat Zakri Che Long berkata, pihaknya mengalu-alukan lebih banyak pihak mengadakan sesi latihan seperti itu, kerana ia juga menguji kecekapan pegawai bomba.

“Kita sediakan bantuan dengan sepenuhnya dan untuk latihan ini, dua pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Chukai bergegas ke lokasi kejadian iaitu pasukan pemadaman dan pasukan penyelamat,” katanya.

Gambar Awek- Awek Mandi Pakai Seluar Dalam Jer

apodahjadi1

Awek seksi ditepi air terjun..mereka sungguh bangga menayangkan body
mereka yang super cantik tue..banyak cantik muka ko...lps nie cari tandas..
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
\/


kih3.

Maria Farida Tak Terkejut, Sudah Jangka Kontroversi Shahz Jaszle

Dramatis jelita, Maria Farida memberitahu beliau tidak terkejut malahan sudah menjangkakan kontroversi yang menghimpit diri Sharizal Jaszle atau lebih dikenali sebagai Shah Jaszle termasuklah kes baru-baru ini, aktor itu ditangkap basah.
Begitu pun, kata Maria dia sebenarnya sudah lama tidak mengikuti perkembangan Shahz Jaszle namun berita kes khalwat yang mengaitkan Shah Jaszle itu sampai ke pengetahuannya apabila kru-kru di lokasi penggambaran serta orang sekeliling sibuk bercerita tentang hal tersebut.
“Saya tidak terkejut. Memang saya sangka ianya akan berlaku kepadanya. Perkara itu tidak ada kena mengena dengan saya. Tapi apa yang boleh saya katakan, dia yang jahanamkan hidup dia sendiri. Whats goes around, comes around.
“Saya malas nak komen panjang. Memang dia selalu kantoi dengan ramai teman wanitanya, sampai sekarang. Cuma nasib dia yang kali ini (kantoi) paling besar”, kata Maria Farida kepada Malaysian Digest.com ketika diminta mengulas mengenai isu dan kontroversi yang mengaitkan pelakon muda itu.
Maria dan Shahz Jaszle sikit masa dulu pernah menjalin hubungan cinta. Kisah cinta mereka tersebar ke pengetahuan umum apabila Maria dan Shahz mula memberanikan diri bermesej manja dan saling memanggil sesama sendiri dengan panggilan sayang di laman sosial, Twitter. Namun ikatan kasih mereka tidak berpanjangan dan hanya mampu bertahan beberapa bulan.

Kamal Adli Kena Singkir Secara Mengejut Dari TV9

Kamal Adli Kena Singkir Secara Mengejut Dari TV9 | Kamal Adli melahirkan rasa terkejut kerana tidak diberikan sebarang sebab oleh pihak penerbitan Hip TV (TV9) yang menyingkirkan beliau sebagai pengacara rancangan tersebut.
Kamal Adli Kena Singkir Secara Mengejut Dari TV9

Menurut Kamal, dia hanya mengetahui kontraknya tidak disambung semasa hadir untuk mengendalikan rancangan itu pada 17 Jun lalu tanpa sebarang notis awal.

"Kecewa juga apabila kontrak tidak disambung kerana saya memang selesa dan gembira mengendalikan program berkenaan.

"Penamatan kontrak hanya diberitahu pada episod terakhir program tersebut dan pihak penerbit juga tidak memberi sebarang penjelasan tentang penyingkiran saya," jelasnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, tambah Kamal lagi, dia enggan memperbesarkan hal tersebut dan menganggap rezekinya tidak lagi bersama TV9 bagi mengendalikan rancangan hiburan itu.

Malah katanya, sepanjang mengendalikan program berkenaan bersama pelakon Miera Leyana dia menimba banyak pengalaman berharga sebagai pengacara.

"Mungkin ini dikatakan bukan rezeki dan saya berterima kasih kerana diberi peluang dan kepercayaan selama setahun ini untuk mengacarakan program tersebut," jelasnya.

Kata Kamal lagi, dia akan terus mencuba nasib dalam bidang pengacaraan dan semangatnya tidak akan terhenti hanya kerana kontraknya tidak disambung pihak saluran televisyen.

"Mungkin selepas ini saya akan mendapat tawaran untuk mengacarakan program lain pula selain dapat memberikan fokus kepada bidang lakonan," katanya.

Dalam pada itu, penerbit bersama Hip TV iaitu Engku Azmin Engku Zaini berkata, penyingkiran Kamal bukan kerana pelakon itu mempunyai masalah disiplin atau pun persembahannya tidak memuaskan tetapi pihak pengurusan ingin memberi kelainan kepada rancangan itu.

Menurut Engku Azmin, pertukaran pengacara adalah perkara biasa dan pihaknya gembira dengan pencapaian Kamal sepanjang mengendalikan program itu.

"Dia bukan tidak bagus atau mempunyai masalah disiplin tetapi ia adalah keputusan pihak pengurusan yang ingin memberikan pembaharuan kepada program itu," jelasnya.

Tambah Engku Azmin, pihak TV9 juga mungkin sedang merancang untuk menggunakan khidmat Kamal bagi program lain yang sesuai dengan personalitinya yang bersahaja dan lasak.

"Pada pandangan saya, Kamal seorang pengacara yang sesuai untuk program yang lebih lasak dan maskulin kerana kelebihannya ada di situ.

"Insya-Allah mungkin pihak pengurusan sedang merancang sesuatu yang lebih sesuai untuknya," kata beliau.

Hip TV yang bersiaran setiap hari Ahad pada pukul 9.30 malam kini menampilkan Aidit Marcello dan Hunny Madu sebagai pengacara. sumber