Zalim, Anak Anjing Ini Di Bakar Hidup-Hidup.

on Thursday, July 4, 2013


Guangzhou - Berita tentang pengambilan daging anjing sudah lama diketahui. Namun, bagaimana dengan membakar anak anjing hidup-hidup?



Sebuah forum online China mengeluarkan sesetengah imej seorang perempuan yang sedang membakar anak anjing dekat sebuah pasar di Guangzhou. Perempuan itu terlihat menggunakan sepasang klip untuk memegang anjing dengan leher di atas api yang menyala.

Khalayak internet (netizens) yang melihat Gambar-gambar tersebut, menuntut perempuan ini dikenalpasti dan dihukum. Sementara yang lain mengatakan, aktiviti yang sangat keji ini tidak akan dilakukan secara terbuka jika tidak ada permintaan untuk daging anjing.

Daging anjing diyakini beberapa orang mempunyai sifat ubat atau boleh meningkatkan libido lelaki.

Hafiz AF7 Kemalangan Kereta Langgar Pokok







[Serius] Kepada Kaum Wanita Sila Berhati-Hati Ketika Menggunakan Tandas Awam



Berhati-hati ketika menggunakan tandas awam. Sila periksa di bahagian bawah mangkuk jamban dan di kawasan sekeliling. Ini bukti apa yang terjadi pada masa kini. Saya terpaksa muat naik gambar ini agar anda tahu kedudukan kamera tersebut.


P/S : Berita ini baru saja saya terima dari seorang rakan baik saya. Dia terkejut apa yang dia lihat di bawah mangkuk jamban tersebut. Selalunya manusia akan rasa geli jika terdapat kotak kecik, kotak rokok, kotak tisu, pembalut tisu, tuala wanita dan sebagainya. Mesti anda tidak terfikir langsung untuk membersihkan kawasan itu. Bagi anda adalah ia seperti sampah bukan. Tetapi awas!!! ia benar-benar terjadi. Sila ambil langkah berjaga-jaga ketika berada dalam tandas.

Gambar-Gambar Lucu Yang Di Ambil Secara Tidak Sengaja Dalam Sukan Bola Sepak.


Inilah gambar-gambar lucu yang diambil secara tidak sengaja oleh jurugambar semasa perlawanan bolasepak diseluruh dunia.











Panas! Mat Yo Marah Campak Pingat Dalam Tong Sampah Selepas JDT Kalah Dengan Kelantan


Kecewa, sedih dan marah. Mungkin itu perasaan penyerang Johor Darul Takzim (DT), Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo) selepas pasukannya hanya bergelar naib juara Piala FA kelmarin. Pemain terbaik negara itu antara tonggak utama Johor DT yang bermain bermati-matian sepanjang 90 minit sebelum ditewaskan bekas pasukannya, Kelantan 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kemuncak kekecewaan pemain dengan gelaran Mat Yo itu terbukti apabila dia membuang pingat diterimanya ke dalam tong sampah sebelum masuk ke bilik persalinan. Norshahrul juga enggan ditemuramah media selepas perlawanan berkenaan.

Jika dinilai permainan penyerang kebangsaan itu, dia memang berhak untuk berasa marah dan kecewa kerana Johor DT mempunyai keupayaan untuk muncul juara, tetapi Norshahrul tidak banyak mendapat bantuan rakan sepasukan.

Namun paling mengecewakan Norshahrul apabila golnya pada minit ke-63 dibatalkan pengadil Syed Azhar Syed Kamar yang terlebih dulu meniup wisel kerana mendakwa penyerang itu mengasari Azizi Matt Rose.

Perlu sokongan

Bagi penyerang hebat seperti Norshahrul, kilauan trofi sudah tentu menjadi ganjaran paling bermakna dalam karier mereka, tetapi bola sepak bukan setakat kemahiran individu. Dia memerlukan sokongan rakan sepasukan untuk berfungsi sebagai perancang dan juga penjaring. – Berita Harian

Cara Negara China Melatih Atlit Mereka Menjadi Juara Dunia Dalam Sukan.



Beginilah gambaran keras dan kejamnya didikan dari Nanning Gym di China untuk menghasilkan atlet-atlet yang memenangi pingat emas di pelbagai kejohanan Dunia.


Namun hasilnya juga luar biasa ..... jom tengok




















Alasan-Alasan Yang Diberikan Untuk Tidak Menutup Aurat



Ini balut aurat, bukan tutup aurat

Cakap soal aurat, pasti aurat wanita yang lebih ditekankan. Memang sewajarnya kita menekankan tentang aurat wanita, kerana setiap inci tubuh wanita tu bisa menggoyah iman kaum Adam yang normal. Tapi jangan pulak asyik dok tekankan pasal aurat wanita, aurat lelaki diabaikan. Itu pasallah terlalu ramai orang main bola dalam keadaan tak tutup aurat, orang buat dungu je.


Apabila kita nasihat golongan wanita yang tak nak tutup aurat ni, pelbagai alasan dikemukakan, tapi alasan tu amat mudah dipatahkan, semudah ABC. Berikut meruapakan alasan-alasan terlebih pandai orang yang taknak tutup aurat:

1. "belum sampai seru" - padahal seruan menutup aurat telah lengkap diturunkan 1400 tahun lepas

2. "gatal kepala bila pakai tudung" - dan malas syampoo rambut, salahkan tudung.

3. "nak pakai macam mana lagi?" - dia letak akal dia sebagai standard, bukan al-Quran dan as-Sunnah. Kalau letak akal manusia sebagai standard, baik bogel je. Seni katakan...

4. "Dosa masing-masing, kubur lain-lain" - masalahnya nanti kalau hang nak masuk kuboq, orang lain jugak yang nak kena mandikan, kafankan, solatkan, dan tanamkan.

5. "belum bersedia" - zaman Nabi SAW, setelah turunnya ayat penutupan aurat, para muslimah DENGAN SEGERA mengambil kain-kain yang ada untuk menutup kepala mereka. Ini menunjukkan mereka adalah golongan yang BERSEGERA MELAKSANAKAN SYARIAT.

Apa pun, jom tengok gambar di bawah. Moga-moga yang belum tutup aurat tu dapat semangat bila tengok gambar ni. Mereka dalam gambar ni menutup aurat tanpa sebarang alasan dalam keadaan susah dan senang!!! Memang tabik spring kat depa!!! Semoga Allah meredhai mereka. Amin...







+++++

وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya"[TMQ an-Nur (24):31]
 

sumber: http://www.soutulmujahid.com/