Oh lupa nak bagi tahu, haram seseorang itu mencukur bulu kaki. Tahu dok?
Home > All posts
Penjelasan Mat Yo isu buang medal
Posted by TerbaikLaH at 9:13 AM
Penjelasan Mat Yo isu buang medal | PENYERANG sensasi Johor Darul Takzim (Johor DT), Norshahrul Idlan Talaha menafikan laporan media yang mendakwanya membuang medal ke dalam tong sampah selepas perlawanan akhir Piala FA 2013, Sabtu lalu.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Yo memberitahu menyerahkan medalnya kepada salah seorang pegawai Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) selepas kecewa apabila pasukan tewas kepada Kelantan dalam aksi berkenaan.Norshahrul amat berharap dapat membantu Johor DT muncul juara Piala FA sebagai hadiah buat Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menyambut ulang tahun kelahirannya sehari kemudian.
“Sebenarnya, saya beri pingat itu kepada salah seorang pegawai. Saya memang kecewa kerana gagal membantu pasukan raih kemenangan.“Saya ingin melihat Johor DT menang sebagai hadiah buat Tunku Ismail,” katanya ketika ditemui selepas menjalani latihan di Padang Sri Gelam, Johor Bahru, semalam.SH
7 kepala disumbat dalam beg plastik dijumpai di lebuh raya
Posted by TerbaikLaH at 8:04 AM
7 kepala disumbat dalam beg plastik dijumpai di lebuh raya | Penemuan mengerikan dalam beg plastik bukti keganasan masih melanda Mexico
Bandaraya Mexico: Pihak berkuasa Mexico menemui tujuh kepala yang dipenggal dan disumbat ke dalam sebuah beg plastik di tepi satu lebuh raya di bandar Guadalajara semalam, kata seorang pegawai pendakwa di negeri Jalisco.Sekadar hiasan
Penemuan mengerikan kira-kira 40 kilometer dari bandar kedua terbesar di Mexico itu memberi isyarat bahawa keganasan dan jenayah masih melanda Mexico, walaupun kerajaan sebelum ini memberi jaminan bahawa kadar kejadian pembunuhan semakin berkurangan.
Lebih 60,000 orang terbunuh dalam keganasan berkaitan dengan kartel dadah dalam tempoh 2006 hingga 2012, di bawah pemerintahan Presiden Felipe Calderon.
Pembunuhan meningkat
“Kejadian pembunuhan meningkat lebih lima peratus dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu,” kata seorang pegawai di jabatan polis Mexico.Beliau berkata, purata, 1,000 dibunuh setiap bulan di bawah pentadbiran pengganti beliau Enrique Pena Nieto yang mengambil alih jawatan pada Disember.
Negeri Jalisco yang menjadi pembekal utama minuman keras tequila dan terkenal dengan muzik mariachi, dilanda keganasan hampir sepanjang masa.Awal minggu ini, mayat dua muris sekolah yang disyaki membuli anak seorang pengedar dadah berpengaruh ditemui di Jalisco.Mac lalu, menteri pelancongan Jalisco ditembak mati di Guadalajara hanya selepas seminggu menyandang jawatan.BH
Channel 4 Jawab Kritikan Siar Azan.
Posted by TerbaikLaH at 6:29 AM
LONDON - UNITED KINGDOM - Pengumuman stesen televisyen Channel 4 untuk menyiarkan azan sepanjang Ramadan mendapat bantahan umum.
Ketua Program, Ralph Lee berkata, siaran itu dilakukan sejajar misi syarikat untuk membantu kumpulan minoriti dan Islam diterima baik di Britain.
Namun, pergerakan berhaluan kanan mengkritik tindakan itu yang disifatkan sebagai provokasi.
Sumber
Awas!!! 'Teh Perasa Air Kencing' Resepi Baru Daripada Amah Anda.
Posted by TerbaikLaH at 6:13 AM
![]() |
Hati-hati jangan sampai amah anda menghidangkan teh kencing....... resepi baru |
Jika anda seorang majikan yang kejam dan tidak berhati perut, anda harus berhati-hati terhadap pembantu rumah anda kerana tidak mustahil anda akan kerap meminum teh resepi baru yang dihidangkan iaitu 'teh perasa air kencing'.
Di Hong Kong Kerana tidak tahan dipaksa bekerja dengan teruk, seorang pembantu rumah menyajikan air teh yang dicampurkan dengan air kencingnya dan air bekas basuh baju kepada majikannya.
Di Hong Kong Kerana tidak tahan dipaksa bekerja dengan teruk, seorang pembantu rumah menyajikan air teh yang dicampurkan dengan air kencingnya dan air bekas basuh baju kepada majikannya.
Akhbar South China Morning Post melaporkan, pembantu rumah berusia 22 tahun itu ditangkap selepas majikannya menyedari bau ganjil pada minumannya.
Majikan terbabit menyoal pembantu rumah itu yang mengaku berbuat demikian.
Pembantu rumah terbabit kini berdepan dengan hukuman penjara tiga tahun jika didapati bersalah terhadap tuduhan mencampurkan bahan berbahaya ke dalam makanan.
Identiti majikan dan pembantu rumah itu tidak dinyatakan.
Tahun lalu, seorang amah warga Indonesia di Dubai yang mencampurkan air kencing ke dalam teh majikannya dipenjara dua bulan. Dia melakukan jenayah itu kononnya untuk membuat keluarga majikannya sukakannya.
“Saya hanya mencampurkan sesudu air kencing ke dalam teh sebelum menyajikan minuman kepada keluarga itu. Saya lakukannya tujuh hari sebulan,” kata amah terbabit.
Pada 2007, seorang amah, juga warga Indonesia, dipenjara enam hari di Hong Kong kerana menyajikan majikannnya minuman yang dicampur dengan air kencing nya.
Biar Betul.......Ketua Samseng Hanya Didenda 64 Sen, Penjara 4 Bulan.
Posted by TerbaikLaH at 6:07 AM
Jakarta: Ketua samseng yang pernah menguasai Tanah Abang, Hercules Rozario Marshal, bakal bebas seminggu lagi selepas dihukum penjara selama empat bulan dan denda 64 sen kerana menghasut rusuhan antipolis di Kembangan, Jakarta Barat.
Mahkamah Daerah Jakarta Barat membuat penghakiman itu, semalam.
Keputusan itu mengejutkan polis yang sebelum ini mengkritik pendakwa kerana mencadangkan hukuman penjara enam bulan saja untuk kesalahan yang menyediakan hukuman maksimum sembilan tahun.
Hakim Kemal Tampubolon berkata, defendan disabitkan kesalahan mengugut untuk mencederakan anggota keselamatan. Rakan Hercules, M Sidik yang juga bekas pemimpin Forum Komunikasi Betawi (Forkabi) turut dikenakan hukuman sama. Hercules mengetuai rusuhan di Kembangan dengan merosakkan tingkap kedai sebagai membantah arahan polis membubarkan kumpulan samsengnya yang berselindung di sebalik nama Gerakan Rakyat Indonesia Baru.
Pertubuhan itu didakwa mempunyai kaitan dengan Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) pimpinan bakal calon presiden, Prabowo Subianto.
Pertubuhan Hercules menjadi sasaran polis selepas mereka dipercayai aktif dalam kegiatan memeras ugut penduduk setempat serta memungut wang perlindungan daripada peniaga. Hercules ditahan sejak hampir empat bulan lalu dan pelaksanaan hukuman penjara ke atasnya dijangka tamat minggu depan.
Shah Rukh Khan Dapat Anak Ketiga.
Posted by TerbaikLaH at 5:43 AM
![]() |
Shah Rukh Khan dan isteri Gauri Khan |
MUMBAI - Aktor popular Bollywood, Shah Rukh Khan dan isterinya, Gauri Khan menimang cahaya mata ketiga mereka dengan kelahiran seorang bayi lelaki menerusi ibu tumpang.
Pesuruhjaya Perbandaran Tambahan badan sivik Mumbai (BMC), Mani- sha Mhaiskar mengesahkan laporan itu melalui sijil kelahiran bayi berkenaan.
"BMC ada menerima sijil kelahiran bayi tersebut dengan nama Shah Rukh Khan dan Gauri Khan sebagai ibu bapa kepada bayi tumpang itu," katanya kepada portal berita The Indian Ex- press.
Pelakon berusia 47 tahun itu dan isterinya sudah pun mempunyai dua cahaya mata iaitu Aryan, 15, dan Suhana, 13.
Menurut satu laporan, bayi itu telah dilahirkan pada 27 Mei lalu oleh ibu tumpang yang merupakan kakak ipar kepada Gauri Khan, Namita Chibber.
Bayi lelaki itu dilahirkan pramatang pada minggu ke-34 dengan berat 1.5 kilogram.
Anak ketiga pasangan tersebut dibawa ke hospital Nanavati sebelum dipindahkan ke hospital Breach Candy di Mumbai, India.