Hazama Mahu Lari Dari Imej Poyo

on Friday, July 5, 2013



Tak berapa lama dahulu, ada desas-desus yang mengatakan Hazama ini seorang yang poyo kerana kelantangannya dalam menyuarakan dan mempersoalkan sesuatu.

Disebabkan perkara itulah, Hazama berani tampil dengan album sulung berjudul Penglipur Lara yang sedikit sebanyak berkaitan dengan dirinya sebagai seorang penghibur.

Sebelum ini ada keluar isu yang kata saya poyo. Sebab itu keluarnya lagu Penglipur Lara ini.

Menurut Hazama, lagu ini merupakan penjelasan kepada umum dan peminat mengenai label yang diberikan kepada dirinya serta kebanyakan artis lain.

Kita ni cuma nak berhibur sahaja. Mungkin kita terpaksa poyo di atas pentas sebab kita nak bagi sesetengah orang gembira tapi ada juga yang salah faham tentang apa yang saya cakap, apa yang saya buat.


Persembahan Hazama di Bentley Music malam semalam

Untuk pengetahuan umum, album Penglipur Lara memuatkan sembilan lagu namun terdapat tiga buah lagu yang liriknya ditulis oleh Hazama sendiri iaitu Dengarlah, Semalam dan Noktah.

Hazama yang ditemui ketika Mini Showcase dan majlis pelancaran album malam semalam turut memperkenalkan band Penglipur Lara yang dianggotai olehnya.

Tujuan saya adakan mini showcase ini pun untuk memperkenalkan band saya. Bila ada live show saya akan buat persembahan dengan mereka. Bukan apa, saya dah bosan dengan minus one. Jadi bila ada live muzik rasa lebih seronok.

Menyentuh soal peribadi pula, Hazama menjelaskan hubungannya bersama kekasih hati masih lagi seperti dulu namun penyanyi dan pelakon ini belum terfikir untuk melangkah ke gerbang perkahwinan.

Album saya baru keluar, kalau boleh bagilah saya fokus kepada kerjaya dahulu. Saya rasa saya belum sesuai untuk menjadi suami orang lagi. Kekasih saya pun sangat memahami.

Jom dengar lagu Penglipur Lara oleh Hazama di bawah. Kalau diamati, liriknya sedikit sebanyak ada mengandungi unsur sarkastik juga. Apapun, anggaplah ianya sebagai sebuah lagu untuk berhibur sahaja. Semoga terhibur!

sumber  : http://www.ohbulan.com/

Rita Rudaini Bahagia Walaupun Belum Solo



Umum tahu konflik rumah tangga yang melibatkan pelakon wanita terkenal, Rita Rudaini dengan pemain bola sepak negeri Johor Darul Takzim (JDT), Aidil Zafuan masih belum berkesudahan.

Namun begitu, pelakon ini tetap melahirkan rasa gembira kerana dua putera tercinta iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4 dan Airit Rafqa Arjuna, 2 sering berada di sampingnya dan mengakui buat masa ini dia ingin memberikan sepenuh fokus buat anak-anak tersayang.

Allhamdulillah saya bahagia walaupun belum solo lagi.

Kes mahkamah masih tak selesai lagi. Tapi saya tak fikir sangat hal itu sebab lebih baik saya fokus pada anak. Kalau ikutkan hati memang rasa marah sebab dah berlarutan lama. Tapi bila saya fikir kembali, jodoh itu bukan di tangan sesiapa hanya di tangan Allah. Kalau jodoh saya dengan dia (Aidil Zafuan) kuat, saya redha.







Rita bersama produk kecantiannya, RS Collagen

Meskipun pergolakan rumah tangga antara Rita dan suaminya sudah lama berlarutan, akan tetapi pelakon wanita ini akui dia langsung tidak pernah menghalang Aidil untuk bertemu dengan anak-anak mereka.

Namun begitu, dramatis ini melahirkan rasa sedikit kesal apabila Aidil dilihat selalu memungkiri janji dan sering membatalkan pertemuan dia bersama anak-anak di saat akhir.

Orang mungkin nampak macam saya yang tak bagi dia jumpa anak-anak. Saya bagi. Bila dia dah janji nak jumpa anak-anak, saya akan bagi tahu Rayyan dan Arjuna yang daddy mereka nak datang. Tapi sebenarnya bila sampai masa, dia cakap dia ada hal lain.

Apa yang lebih penting selain dari anak-anak? Saya jadi marah bila dia buat macam tu. Bagi saya dia tak serius. Saya perlu jaga hati anak-anak saya. Saya tak mahu nanti anak-anak cakap saya bohong mereka. Saya sedih bila dia buat macam tu pada anak-anak saya. – MalaysianDigest

Untuk makluman, Aidil dan Rita telah bernikah pada 25 Februari 2008, di Selatan Thailand dan kes perbicaraan pasangan ini akan bersambung pada 17 Julai akan datang.

sumber : http://www.ohbulan.com/

Comelnya Anak Harith Iskandar


Nama pelakon, pengacara dan pelawak terkenal, Harith Iskandar bukanlah satu nama yang asing lagi buat peminat-peminat industri hiburan tempatan.
Pelakon yang terkenal dengan lawak-lawak bersahaja ini bagaimanapun difahamkan telah mendirikan rumah tangga diusia yang agak lewat, akan tetapi, perkara tersebut langsung tidak menghalangnya untuk memiliki seorang cahaya mata yang comel dan pintar.

Buktinya, lihat sahaja foto-foto yang telah dikongsikan oleh Harith menerusi laman Instagramnya ini.


Comel je mereka berdua kan?

Bayi lelaki comel ini telah dilahirkan pada 8 Mac 2012 dan diberi nama sebagai Zander Xayne Iskander.

Secara umumnya, Harith Iskandar telah mendirikan rumah tangga dengan wanita yang dikenalinya menerusi laman sosial Facebook iaitu, Jezamine Lim, pada 12 Jun 2010.


Jezamine merupakan seorang doktor dan model profesional

sumber : http://www.ohbulan.com/

Kandang Puas Nafsu Di Cheras

Kandang Puas Nafsu

Kuala Lumpur – Mencari kelainan untuk menarik pelanggan. Itu taktik digunakan pemilik pusat hiburan yang menggunakan konsep kandang yang dibina sebagai ruang pelanggan memuaskan nafsu.
Kandang menggunakan tirai buluh itu dikesan polis yang melakukan serbuan di premis di Taman Segar Cheras, di sini malam kelmarin.
Dalam serbuan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman diketuai Inspektor Mohamad Mohd Jais bersama tujuh anggota menahan 17 GRO warga asing berusia antara 17 hingga 27 tahun jam 10.30 malam.
Mohamad berkata, siasatan mendapati GRO terbabit dihantar ejen ke pusat hiburan berkenaan dan kadar tip serendah RM50 bagi melayan pelanggan minum. Sekiranya mahu mengadakan hubungan seks, pelanggan dikenakan bayaran dari RM300 hingga RM450.
Menurutnya, ketika serbuan di tingkat dua premis perniagaan itu, ada GRO yang cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran polis, namun tindakan mereka tidak berhasil. - myMetro Online

Kereta Di’Block’, Pemandu Bentley Mengamuk!

Kereta

Anda berada dalam keadaan tergesa-gesa hingga terpaksa ‘double park’ di hadapan kenderaan lain?
Atau kenderaan anda selalu dihalang oleh kenderaan lain di tempat letak kenderaan?
Perkara tersebut boleh dikatakn seringkali berlaku di kawasan tempat letak kereta yang sibuk.
Mana tidaknya, apabila anda sudah hampir 30 minit mencari petak letak kereta tetapi tidak berjaya, seringkali anda memilih jalan mudah untuk hanya ‘double park’ di hadapan kenderaan lain.
Sesetengah orang mungkin boleh menerima lagi kedaan sebegitu.
Tetapi tidak kepada seorang pemuda yang memandu Bentley di dalam video yang akan kami kongsikan ini.
Mungkin terlalu marah, pemuda tersebut bertindak memecahkan cermin pandang sisi serta cermin kereta tersebut.
Tambah mengejutkan apabila pemuda tersebut memilih untuk menghubungi lori pembancuh simen.
Mungkin dia rasakan dirinya cukup kaya, dia meminta pemandu lori pembancuh simen memasukkan simen cair ke dalam kereta tersebut.
Mungkin tindakan tersebut dilihat amat keterlaluan.
Kita tidak tahu jika kenderaan yang menghalang kereta pemuda tersebut berada dalam situasi kecemasan dan sebagainya.
Justeru, jika kenderaan anda memilih untuk meletakkan kenderaan ‘double park’ atau menghalang kenderaan lain, pastikan anda meletakkan kenderaan dalam keadaan selamat, meletakkan gear dalam mod neutral, atau meletakkan nombor telefon anda.

Isu Digam Media Prima: “Saya Okay Jer”

Faizal Tahir

Penyanyi dan penulis lagu Faizal Tahir enggan mengulas lanjut mengenai isu dirinya digam oleh stesen televisyen milik Media Prima kerana tidak mahu perkara itu terus diperbesar-besarkan. Malah pelantun Sampai Syurga itu tidak mahu terlalu memikirkan hal tersebut.
Bertemu Faizal pada majlis Azam Raya Bersama Watson dan Faizal Tahir, kata penyanyi berusia 35 tahun ini, beliau sepatutnya merakamkan sebuah program khas terbitan salah sebuah stesen di bawah syarikat penyiaran berkenaan sempena Aidilfitri namun rakaman itu dibatalkan.
Faizal juga memberitahu, beliau tidak menerima sebarang penjelasan rasmi dari pihak Media Prima meskipun media baru-baru ini melaporkan pihak stesen terbabit telah menafikan dakwaan dirinya telah disenaraikan hitam.
“Sepatutnya saya ada sebuah program raya tahun ini untuk stesen TV berkenaan. Tapi tiba-tiba rakaman program tersebut dibatalkan. Jadi, fikirlah sendiri.
“Saya tak mahu perkara ini diperbesar-besarkan. Tak mengapa lah kalau program tu dibatalkan. Saya anggap tiada rezeki. Saya tidak tahu mengenai penafian pihak stesen TV tersebut. Tapi kalau benar mereka nafikan yang saya digam, sehingga kini saya tidak mendapat sebarang panggilan rasmi atau dipanggil berbincang bagi menjelaskan status saya.
“Tapi saya okay jer. Selagi isteri dan anak-anak saya cukup makan dan pakai, cukuplah”, katanya kepada Malaysian Digest.com ketika ditemui, semalam.
Faizal sebelum ini dikatakan diberitahu secara lisan mengenai dirinya digam. ‘Hukuman’ itu gara-gara kerana kelantangannya bersuara tentang isu politik negara, baru-baru ini. Bagaiamanapun, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima, Ahmad Izham Omar menyatakan Faizal tidak digam dan penyanyi itu masih lagi artis naungan Monkey Bone.
Bukan pertama kali dihimpit kontroversi, begitu pun Faizal tetap dengan pendiriannya dengan tidak membataskan kehendaknya untuk menyuarakan sebarang pendapat atau pandangan terhadap sesuatu perkara. Kata Faizal, terpulang pada persepsi orang lain untuk menilai apa yang cuba disuarakannya.
“Saya tak takut dengan orang. Saya tak nak hanya kerana hal remeh ini saya harus terlalu berhati-hati selepas ini. Ya betul, berhati-hati tu perlu untuk memastikan orang tak salah erti apa yang saya suarakan. Tapi saya tak mampu nak jaga hati semua orang. Bukan mudah menjadi public figure sebenarnya, setiap apa yang dilakukan menjadi perhatian ramai pihak namun saya bersikap profesional.
“Saya rasa saya bukan seorang yang lantang. Saya tidak mahu menjadi lalang, saya hanya bersikap jujur. Saya cuma bercakap tentang perkara yang betul, yang real“, tegasnya.
Perkembangan lain, Faizal yang telah melancarkan album ketiganya, Faizal Tahir, kira-kira empat bulan lalu, kini sedang sibuk mengumpulkan material bagi album baru. Dalam masa sama beliau juga sedang menyiapkan projek album khas.
Berita baik untuk peminat, selepas Aidilfitri nanti Faizal akan menyambung kembali showcase jelajahnya di Hard Rock Cafe KL dan sebuah lokasi di pantai timur. Selain Faizal juga sedang merancang mengadakan konsert mega sulung dan mahu direalisasikan pada hujung tahun ini. – Malaysian Digest

Tiz Zaqyah Ditegur Kerana Sekeping Foto



Rasanya dah hampir dua minggu Tiz Zaqyah berada di Terengganu atau lebih tepat lagi, Pulau Perhentian untuk bercuti bersama kekasih hati dan rakan-rakan.

Daripada gambar-gambar yang dimuat naik ke Instagram dan Twitter miliknya, nampak seronok sangat Tiz menikmati keindahan laut biru sambil menyelam dan snorkeling.

Namun dalam banyak-banyak gambar yang dikongsikan oleh Tiz, terselit juga sekeping gambar mesra bersama sang kekasih di pulau tersebut.

Sebenarnya kalau orang biasa yang mengambil gambar sebegitu mungkin tak diperbesarkan namun disebabkan Tiz adalah seorang selebriti, terpaksalah juga dia menerima teguran daripada peminat.

Difahamkan ada seorang pengikut Tiz di Instagram telah menegur cara pelakon itu bergambar yang dikira tidak sesuai dengan adat timur. Bagaimanapun, komen itu khabarnya telah dipadam oleh Tiz atas sebab yang tidak diketahui.

Namun kisahnya tidak berhenti setakat di situ sahaja apabila wanita itu memprovok Tiz hingga menyebabkan pelakon Sebenarnya Saya Isteri Dia itu membalas komen tersebut dengan kenyataan yang agak makan dalam juga.





Biasalah, bila dah dikenali ramai mesti ada tindak-tanduk yang tak digemari oleh semua orang kan?

sumber : http://www.ohbulan.com/