Raja Farah Cadang Ambil Anak Angkat Jika Takdir

on Saturday, July 6, 2013

Raja Farah menetapkan masa sehingga tahun depan untuk memperoleh anak sendiri dan memutuskan mengambil anak angkat jika ditakdirkan dirinya masih tidak mengandung.

Raja Farah atau nama sebenarnya Raja Farah Raja Aziz, 25, berkata, walaupun baru menjangkau tiga tahun perkahwinan, dia dan suaminya, Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, 28, sentiasa berharap untuk mendapat anak secepat mungkin selain sudah berbincang soal anak angkat.

"Ramai yang berkata, usia perkahwinan kami masih muda, jadi tunggu sahajalah rezeki anak yang akan kami peroleh kerana kami tiada sebarang masalah kesihatan. "Tetapi kalau nak menunggu masa, sampai bila? Kami perlu melakukan sesuatu. Mungkin rezeki anak sendiri masih belum tiba.

"Apa-apa pun, yang saya lihat sekarang ini, suami dah semakin mesra dengan anak buahnya. Mana tahu, Allah S.W.T mengizinkan kami untuk mendapatkan anak sendiri pula. Jadi kami tunggu sehingga tahun depan. Jika tiada apa berita, maka kami akan mengambil anak angkat," katanya kepada wartawan.

Tambah Raja Farah, dia dan suami tidak kisah dengan jantina bayi yang akan dijaga mahupun keturunannya asalkan dapat mengenali keluarga bayi berkenaan.

Sementara itu, bertanya mengenai perkembangan kerjaya seni, pelakon itu mengakui sejak berumah tangga, dia lebih senang melakukan kerja-kerja pengacaraan berbanding lakonan yang memerlukan masa lama.

"Suami tidak pernah menghalang saya berlakon namun dia ada memberikan syarat iaitu hanya boleh berada di lokasi penggambaran sehingga 11 malam sahaja.

"Sebagai seorang isteri saya terima syarat itu dan atas dasar itu juga saya mengehadkan aktiviti lakonan dan hanya mengambil watak yang sesuai sahaja.

"Tetapi apabila difikirkan kembali, syarat masa itu dilihat seperti kurang adil buat kru produksi dan pelakon-pelakon lain. Jadi saya fikir, lebih elok saya kurangkan lakonan dan fokuskan kerja-kerja pengacaraan," ujarnya.

Terbaharu, Raja Farah bakal muncul di program Rasa Halal Antarabangsa bergandingan dengan Akhtar Sahari di saluran Astro Oasis bermula 27 Jun 2013 (setiap Sabtu, 7.30 malam).

"Saya dan Akhtar merupakan pengacara baru selepas Heliza. Seronok juga mengacara program ini. Kami telah merantau ke Indonesia, New Zealand, Jepun, Sri Langka dan Uzbezkistan untuk meneroka makanan-makanan menarik dan halal buat masyarakat Islam.

"Walaupun pada mulanya suami agak keberatan mahu membenarkan saya keluar dari Malaysia, alhamdulillah, dia lepaskan juga saya untuk mengacara program ini.

"Malah dia juga menjaga jadual pemakanan dan rutin senaman saya agar saya tidak nampak berisi ketika mengacara program itu," tuturnya.
sumber : http://kezoom.blogspot.com/

Awek makan makanan menyerupai kemaluan wanita


Isu Maria Farida Menggelar Shahz Jazle Sebagai Buaya!



Aktres jelita pelakon cerita “Datin ghairah” , Maria Farida telah menggelar Shah Jaszle ataupun bekas teman lelakinya dengan gelaran ‘Buaya’ di mana beliau telah diminta untuk mengulas berita kontroversi Shah Jaszle ditangkap khalwat baru-baru ini.

Dipetik daripada Malaysian Digest, Maria telah ditemui sewaktu majlis memperkenalkan produk terbaru Habib Jewels dan Maria memberitahu bahawa dia sama sekali tidak terperanjat dengan berita tersebut, dan telah menjangkakan perkara tersebut akan berlaku pada Shah kelak.

“Saya tidak terkejut. Memang saya sangka ianya akan berlaku kepadanya. Perkara itu tidak kena mengena dengan saya. Tapi apa yang boleh saya katakan, dia yang jahanamkan hidup dia sendiri.”

“Saya malas nak komen panjang. Memang dia selalu kantoi dengan ramai teman wanitanya sehingga sekarang. Cuma nasib dia kali ini paling besar,” ujarnya.

Maria enggan mengambil tahu berita mengenai bekas teman lelakinya itu namun begitu beliau bersimpati terhadap tunang Shahz, di mana berdasar kisah-kisah yang didengarnya, Redzwani Puteri seorang yang sangat baik.

“Kasihanlah pada tunang dia, dapat buaya macam tu. Lepas tu, satu dia(Shah) perdayakan. Sebenarnya saya malas dan memang tak ambil tahu lagi pasal hidup dia. Saya hanya dengar daripada orang sekeliling yang bercakap pasal hal kontroversi dia itu,” tambahnya lagi.

Shah atau nama sebenarnya adalah Mohd Shahrizal Jaszle Jasmin dan Maria pernah menjalinkan hubungan selama beberapa bulan sebelum putus sekitar awal tahun 2011. Selepas berpisah, Shah pernah bercinta dengan Miera Liyana.

sumber : http://www.mazeermohamad.com/

Adi Putra Akui Isteri Tidak Cemburu Lihat Aksi Lakonan Romantik

Adi Putra menerusi sebuah akhbar hari ini mengakui isterinya Aida Yusof sudah lali dan tidak cemburu dengan watak romantik yang sering dilakonkannnya dalam drama dan filem-filem tempatan.





Adi Putra atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera, 32, berkata, setakat ini isterinya tidak pernah menunjukkan rasa kurang senang dengan mana-mana watak romantik yang dibawakannya bagi menjayakan sesebuah karya.

"Alhamdulillah, setakat ini isteri saya tidak pernah menunjukkan sebarang reaksi cemburu dan saya rasa dia sudah biasa dan lali dengan watak-watak romantik saya dalam mana-mana drama atau filem.

"Dia faham itu hanyalah tanggungjawab saya sebagai pelakon dan kerjaya ini bukan baru tetapi sudah hampir 11 tahun saya menceburinya. Dia sangat faham," katanya.

Menurut Adi Putra lagi, Aida tidak pernah meletakkan had-had dan batasan tertentu untuk dia berlakon dengan mana-mana wanita.

"Dia jarang masuk campur hal kerja saya dan tidak pernah beri sebarang limit untuk saya berlakon dengan perempuan.

"Saya sebagai suami yang sepatutnya tahu menjaga batasan dan kita juga ada Lembaga Penapisan Filem yang sentiasa menilai tahap sesebuah lakonan itu," katanya.

Tambah Adi Putra, dia perlu bijak membahagikan masa kerja dan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan bapa kepada anak angkatnya Zara Adelia yang kini berusia sembilan bulan.

"Saya sentiasa menyusun jadual untuk sentiasa berada bersama keluarga jika tiada penggambaran. Kalau tiada apa-apa kerja saya lebih suka duduk sahaja di rumah," katanya.

sumber : http://kezoom.blogspot.com/

Mat Yo Nafi Buang Pingat Dalam Tong Sampah

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita Mat Yo atau nama sebenarnya Norshahrul Idlan Talaha telah membuang pingat naib juara Piala FA kedalam tong sampah setelah kecewa dengan kekalahan kepada pasukan Kelantan.

Penyerang sensasi pasukan Johor Darul Takzim (Johor DT) itu, Mat Yo akhirnya tampil menafikan laporan media yang mendakwanya membuang medal ke dalam tong sampah selepas perlawanan akhir Piala FA 2013, Sabtu lalu.
Apa yang sebenarnya terjadi ialah, menurut Mat Yo, ketika itu beliau telah menyerahkan medalnya kepada salah seorang pegawai Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) selepas kecewa apabila pasukan tewas kepada Kelantan dalam aksi berkenaan.

Mat Yo atau Norshahrul amat berharap dapat membantu Johor DT muncul juara Piala FA sebagai hadiah buat Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menyambut ulang tahun kelahirannya sehari kemudian.

“Sebenarnya, saya beri pingat itu kepada salah seorang pegawai. Saya memang kecewa kerana gagal membantu pasukan raih kemenangan.

“Saya ingin melihat Johor DT menang sebagai hadiah buat Tunku Ismail,” katanya ketika ditemui selepas menjalani latihan di Padang Sri Gelam, Johor Bahru, semalam.

sumber : http://kezoom.blogspot.com/

Kisah Cinta Nikita Willy

Baru-baru ini kehadiran Nikita ke Malaysia kali ini bagi melancarkan album sulungnya, Lebih Dari Indah.Selain bercerita tentang perkembangan kerjaya seninya, Nikita turut ditebak mengenai kisah percintaannya dengan pemain bola sepak kelahiran Belanda, Diego Muhammad Robbie Michiels.



Menjawab pertanyaan wartawan, dia menjelaskan hubungannya dengan Diego sudah berlanjutan selama dua tahun. Namun begitu, mereka terpaksa berjauhan memandangkan kekasihnya itu menetap di Palembang kerana mewakili kelab Sriwijaya FC.

"Walaupun sudah lama menjalinkan hubungan cinta, tetapi kami masih belum merancang untuk berkahwin. Lagipun kami berdua masih lagi muda dan biarlah kami menumpukan kepada kerjaya masing-masing dahulu.

"Sepanjang dua tahun menjalinkan hubungan cinta saya sangat selesa dengan Diego kerana dia merupakan seorang lelaki yang baik dan memahami diri saya sebagai seorang pelakon. Keluarga kami juga merestui hubungan yang terjalin ini," ujarnya.

Menurut Nikita, dia melahirkan rasa gembiranya apabila kekasihnya itu telah membuat keputusan untuk memeluk agama Islam pada Februari lalu.

"Memang ramai yang menyangka dia menukar agamanya semata-mata kerana saya, tetapi saya ingin menegaskan keputusannya itu tidak berkaitan dengan diri saya kerana ia dilakukan atas kerelaan hatinya.

"Dia ada memberitahu kepada saya bahawa keputusannya untuk menukar agama kerana sudah lama tertarik Islam memandangkan dia dibesarkan di kawasan kejiranan Islam semasa di Belanda dan mempunyai ramai rakan-rakan Muslim," jelasnya.



sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/index.asp



Rm2.3 bilion bakal diterima bekas ratu Malaysia!!Billionaire!!

London: Seorang bekas ratu cantik Malaysia berpeluang untuk memperoleh pampasan cerai termahal di Britain sebanyak 500 juta (RM2.3 bilion) selepas berpisah dengan suaminya yang bertaraf jutawan.

Pauline Chai (gambar), 66, yang tinggal di bekas rumah mereka di kawasan seluas 404 hektar di Hertfordshire, menuntut separuh harta Khoo Kay Peng, antara ahli perniagaan terkaya Malaysia.

Kes mula didengar kelmarin di Mahkamah Tinggi di London. Khoo, 74, mahu kes itu dibicarakan di Malaysia.Ini kerana di Britain beliau mungkin bertanggungjawab ke atas 50 peratus kekayaannya tetapi di negara kelahirannya, Khoo tidak perlu menyerahkan jumlah sebesar itu.

Peguam Khoo, Tim Bishop, memberitahu Mahkamah Tinggi jika kes terbabit diteruskan di Britain, ia akan meningkatkan reputasi negara itu sebagai ibu negara perceraian di dunia, lapor The Times.

Undang-undang memerlukan seseorang berada di negara itu sekurang-kurangnya enam bulan sebelum memfailkan petisyen cerai.Bishop berkata, jika seseorang dibenarkan datang ke England selama tiga bulan, mengeluarkan petisyen palsu dan kemudian mengeluarkan petisyen kedua apabila berjaya.

Namun, peguam Chai, Richard Todd, berkata anak guamnya bertindak mengikut undang-undang.Chai kini mahu memfailkan petisyen kedua menunjukkan beliau memenuhi kriteria itu melepasi keraguan.

Khoo, Pengerusi Malaysian United Industries, mempunyai harta di London, Kuala Lumpur dan Sydney.Beliau turut mempunyai saham 40 peratus dalam Laura Ashley yang mencatat jualan 286 juta (RM1.3 juta) setahun, selain menjadi pengarah Corus Hotels Limited yang memiliki 10 hotel termasuk Hotel Corus Hyde Park.

Pasangan itu berkahwin pada 1970 dan mempunyai lima anak, membeli hartanah di Hertfordshire termasuk koleksi haiwan pelik dan dua tasik buatan bernilai kes 60,000 (RM285,000) setiap satu. - AGENSI BH