Fakta Menarik Mengenai Bruce Lee

on Saturday, July 6, 2013



Pelakon dan ahli kungfu ini memang terkenal kerana mempunyai gaya yang tersendiri di dalam setiap lakonannya.

Namun begitu ada beberapa perkara yang anda mungkin kita tidak tahu mengenai Bruce Lee ini.

Mari baca tentang fakta ini.

1. Bruce Lee mempunyai kecacatan semulajadi : kaki yang panjang sebelah dan testis yang besar sebelah.

2. Bruce Lee sebenarnya rabun teruk dan memakai cermin mata tebal, dan dia menggunakan soft lens. Terbukti di Amerika, soft lens sudah wujud pada zaman itu.

3. Bruce Lee bukan 100% Chinese, ibunya Grace Lee adalah campuran Chinese & Jerman, dan ini menjadikan Bruce Lee memiliki 1/4 darah Jerman.

4. Bruce Lee pertama kali muncul dalam filem ialah pada umur 3 bulan. Dia dibawa ayahnya, seorang yang cukup terkenal dalam Chinese Opera untuk tampil pada filem pertamanya.

5. Dalam suatu majlis lelong, sebuah surat tulisan tangan Bruce Lee untuk memotivasi dirinya sendiri dgn tajuk “My Definite Chief Aim” dijual dengan harga US$29,500.

6. Kelajuan pukulan Bruce Lee adalah 1/500 saat dari jarak sekitar 1 meter ke sasarannya.

7. Bruce Lee seorang yang sangat kuat untuk saiznya, dia dapat melakukan push ups 50 kali dgn satu tangan. Bolo Yeung (aka Chong Li) yang begitu besar tidak pernah menang melawan Bruce Lee.

8. Bruce Lee dapat melakukan push up dgn satu tangan hanya dgn 2 jari (telunjuk dan ibu jari) dan push ups dengan dua tangan, namun hanya menggunakanibu jari sahaja.

9. Bruce Lee mempopularkan teknik ‘one inch punch’ iaitu tumbukan dari jarak 1 inci. Pada satu pertandingan karate, dia mempraktikannya pada seorang juara judo berasal Jepun yang memiliki berat sekitar 100 kg. Juara judo itu jatuh terduduk dan kakinya terangkat apabila terkena one inch punch dari Bruce Lee.

10.Ketika umur 13 tahun Bruce Lee berguru dengan Yip Man untuk belajar Wing Chun kerana pada ketika itu, Bruce Lee dan geng nya sering bergaduh dengan geng lain. Bruce Lee terfikir jika beliau diserang ketika berseorangan. Jadi beliau pun belajar Wing Chun untuk belajar berlawan dengan ramai orang sekaligus.

11. Ada tiga murid Bruce Lee yg pernah memenangi World Karate Champion: Chuck Norris, Joe Lewis dan Mike Stone.

12. Di Amerika, Bruce Lee mengajar kung fu kepada semua bangsa dengan tidak memilih-milih, dan kerana itu, dia dicabar oleh guru kung fu lain dengan tuduhan membocorkan rahsia Chinese Martial Art kepada bangsa lain. Bruce Lee menerima cabaran itu dan mengalahkan guru tersebut dalam masa 3 minit. Bruce Lee kecewa, kerana mencipta konsep “Jeet Kune Do”.

13. Film Dragon The Bruce Lee Story yang diarahkan Jason Scott Lee adalah filem yang sangat tidak tepat dalam menggambarkan cerita sebenar Bruce Lee. Dalam filem tersebut, Bruce Lee ditendang punggungnya, menjadi lumpuh dan terpaksa menggunakan kerusi roda.

Dalam kejadian yang sebenar, cedera Bruce Lee disebabkan oleh latihan dengan beban yang terlalu berat dan menyebabkan kecederaan tulang belakang, dan sebenarnya sebenarnya tidak pernah duduk di kerusi roda.

14. Sewaktu berehat dari kecederaan tulang belakangnya selama 6 bulan, Bruce Lee menulis buku “Tao of Jeet Kune Do” yang menjadi best-seller.

15.Beberapa saat sebelum kematian Bruce Lee, “Pa Qua” (sejenis azimat yang dipercayai dapat menepis evil spirits) pada rumah Bruce Lee jatuh ditiup angin.
kredit to http://www.hairanblog.com/

Gempar : Penemuan Naga Di China


Naga adalah haiwan mitos yang sering dikaitkan dengan Kaum Cina. Malah di dalam kalender lunar cina juga terdapat tahun naga. Namun kewujudan haiwan mitos itu semakin dikesan apabila baru-baru terdapat foto yang menunjukkan seorang lelaki cina sedang memegang dan membelah perut seekor naga tanpa dia sedari. Apa yang difahamkan gambar tersebut diambil secara rahsia dengan lokasi sebenar tidak dimaklumkan.
Naga merupakan makhluk mitos atau khayalan sahaja, yang bererti tidak mungkin ada di dunia nyata, tetapi di China ada seorang pemuda yang sedang membelah perut seekor Naga. Mungkin untuk dijadikan ubat kuat. Tidak banyak maklumat yang didapati disebalik gambar ini, juga tiada sebarang maklumat tentang pemuda ini dan dimana dia menangkap Naga ini. Segalanya di rahsiakan.
Mungkin binatang berbentuk Naga ini wujud di negara China. Cuma tidak di dedahkan oleh media sahaja atas sebab-sebab tertentu. Terpulang kepada anda untuk mempercayainya atau pun tidak.
kredit to http://rimausakti.blogspot.com/

Bekas Ratu Cantik Malaysia Bakal Memperolehi Pampasan Penceraian Termahal di Britain

London: Bekas ratu cantik Malaysia mungkin menerima penyelesaian perceraian termahal di Britain selepas dia berpisah daripada suaminya.


                            Pauline Chai

Pauline Chai, 66, yang tinggal di sebuah rumah di atas tapak seluas 1,000 ekar di Hertfordshire menuntut separuh daripada kekayaan bekas suaminya, Khoo Kay Peng.

Khoo adalah seorang daripada ahli perniagaan terkaya di Malaysia.



                   Khoo Kay Peng

Dia juga memiliki 40 peratus pegangan dalam syarikat Laura Ashley yang kini mencatat jualan £286 juta (RM1.4 bilion) setahun.

Selain itu, Khoo adalah Pengarah Corus Hotels Limited yang memiliki 10 hotel termasuk Hotel Corus Hyde Park.
Pasangan itu berkahwin pada 1970 dan mempunyai lima anak.

Mereka membeli sebuah rumah dan tanah di Hertfordshire pada 1998 yang dikatakan dilengkapi sebuah taman haiwan serta dua tasik buatan bernilai £60,000 (RM286,600) setiap satu.

Pauline memfailkan petisyen perceraian itu di London pada Februari lalu atas alasan “perlakuan tidak munasabah.” Perceraian paling mahal di dunia sebelum ini berlaku pada 2008 apabila Beverley Charman diberikan £48 juta (RM229.3 juta) setelah rumah tangganya bersama John Charman - seorang ahli perniagaan insurans - berakhir.sumber:harian metro
kredit >> http://zamrispoon.blogspot.com/

TUTORIAL HACK WIFI RUMAH JIRAN!






CARA HACK WIFI KAWASAN RUMAH ANDA | Pasti anda tercari-cari cara mudah untuk menggodam WiFi rumah jiran anda. Cara ini sangat mudah dan semua orang boleh melakukannya dan tidak perlu kepakaran komputer yang tinggi untuk melakukannya. Jika anda mencari cara untuk menggodan dan hack WiFi di kawasan kejiranan anda, di sinilah tempatnya. Caranya mudah dan berkesan.

Hari ini, Mazeer akan ajarkan

Gaya Potongan Rambut Artis Yang Paling Popular Dari Dulu Hingga Sekarang

Selain penampilan, tatanan rambut menjadi identiti tersendiri bagi para penyanyi ini. Beberapa di antaranya bahkan disebut-sebut sebagai rambut yang paling ikonik. Siapa saja selebriti muzik dengan rambut yang paling popular sepanjang masa?

1. Marilyn Monroe


2. Elvis Presley


3. Grace Jones


4. David Bowie


5. Madonna

kredit to http://kamisembang.blogspot.com/

Gambar - Miera Liyana

Kegagalan hubungan cintanya bersama pelakon Shahrizal Jaszle atau Shah Jazle ternyata mempunyai hikmah yang besar buat pelakon Miera Liyana kerana ia mengajar gadis berusia 19 tahun ini agar tidak lalai kerana cinta.

Kata Miera, kalau sebelum ini dia menyangka pada satu fasa kehidupannya, cinta adalah segala-galanya. Namun kini menyedari pada usia muda masih banyak perkara yang boleh dilakukan bagi memajukan diri.



sumber :http://gelihatinya.blogspot.com/

Faizal Tahir Akui Diri Kena GAM

Baru-baru ini agak heboh juga diperkatakan dilaman sosial mengenai Faizal Tahir yang di gam oleh sebuah stesen televisyen tempatan terkenal, namun ianya telah dinafikan oleh yang dikira berpangkat juga didalam organisasi tersebut.

Kini menerusi portal Rotikaya, mereka menanyakan sendiri kepada Faizal Tahir tentang kes terbaru yang mengaitkan dirinya itu, bahkan apa yang menguatkan lagi desas desus tersebut adalah apabila satu-satunya program raya yang melibatkan dirinya telah dibatalkan secara tiba-tiba.

Menurut Faizal Tahir , tiada apa yang perlu diterangkan kerana padanya dia tahu apa yang berlaku dan pihak sana tidak berbincang untuk menyelesaikan kemelut ini.

“Bukan mudah menjadi public figure sebenarnya, setiap apa yang dilakukan menjadi perhatian ramai pihak namun saya bersikap profesional. Untuk bercerita lebih lanjut mengenai kisah saya digam ini sebenarnya tiada apa nak komen namun apa yang boleh saya jawab ada satu program raya tapi tak jadi.”

“Bagi saya, jawapan yang saya beri, saya mahu pembaca dan pihak media sendiri membuat konklusi, it’s up to the people to judge. Jika ada yang mengatakan saya lantang mereka salah. Saya tidak mahu menjadi lalang, saya hanya bersikap jujur,” ujarnya yang ditemui semalam.

Faizal Tahir juga berkata, beliau lebih suka memilih untuk tidak memanjangkan cerita kerana tidak mahu mengaibkan pihak mereka.

“Saya tidak diberikan apa-apa notis, perbincangan mahupun melalui telefon yang mngatakan saya telah digam, tahu-tahu saja dah kena gam. Saya percaya dengan rezeki,” ujarnya lagi.

“Saya terus terang cakap jika ada orang yang mempertikaikan kelantangan suara saya di laman sosial saya tidak akan berubah. Buat apa ikut orang ‘kan? Saya tidak mahu menjaga hati orang kerana tidak memberikan kesan pun kepada perjalanan karier saya.”

Dalam pada itu, Faizal Tahir sempat berkongsi berita gembira apabila anak ke-5, Siti Nawar Malaeka selamat dilahirkan dan kini berusia sebulan lebih.

sumber : http://kezoom.blogspot.com/