Pelik, Wanita Berkahwin Dengan Jambatan

on Sunday, July 7, 2013

Pelik, Wanita Berkahwin Dengan Jambatan | Tertarik dengan getaran yang ada pada sebuah jambatan, seorang seniman Australia Jodi Rose membuat keputusan pelik apabila anggup berkahwin lantas menjadikan binaan itu sebagai pasangan hidupnya.
Pelik, Wanita Berkahwin Dengan Jambatan

Jodi Rose memang sering mengembara ke serata dunia untuk merekodkan getaran pada mana-mana jambatan gantung bagi menyiapkan projek muzik Singing Bridges.

Apabila dia tiba di kawasan Saint-Jean-de-Fos di selatan Perancis, hatinya tersentuh dan segera jatuh cinta kepada sebuah jambatan berusia 600 tahun.

Kata Jodi, dia berkahwin dengan jambatan Le Pont du Diable itu pada 17 Jun lalu dalam majlis tertutup dengan dihadiri hanya 14 orang tetamu. Seorang daripada mereka ialah Datuk Bandar Saint-Jean-de-Fos.

Pengantin perempuan mengenakan pakaian tradisional dengan baju panjang putih dan membawa sejambak bunga. Media melaporkan, walaupun perkahwinan itu tidak diiktiraf menurut undang-undang Perancis, Jodi berkata, ia tetap bermakna dan kukuh seperti pasangan suami isteri lain.

Pelik, Wanita Berkahwin Dengan Jambatan

“Saya menghormati mereka yang berkahwin atas dasar romantik dan perasaan se@sual, hubungan ini pula berbentuk simbolik yang mementingkan getaran semangat,” katanya.

Jambatan itu, kata Jodi, memahami bahawa dia juga menyayangi jambatan - juga lelaki - lain tetapi hubungan mereka membabitkan kepelbagaian kehidupan.

“Ia dibuktikan dengan arus berpusar sungai yang mengalir di bawah tubuh jambatan ini,” katanya. Jodi berkata, jambatan itu memiliki ciri suami yang diidamkannya - kukuh, dapat dipercayai, sensasi, baik dan segak.

Jambatan Le Pont du Diable - juga dikenali sebagai Jambatan Syaitan - dibina pada abad ke-11 dan terbukti memiliki daya tahan yang sangat tinggi untuk merentasi masa begitu lama. - Agensi

Shila Amzah Akur Andai Keluarga Pilih Calon Suami

Shila Amzah Akur Andai Keluarga Pilih Calon Suami | Setelah cintanya tersangkut dipertengahan jalan, akhirnya Shila Amzah menyerahkan soal jodoh dengan mana-mana lelaki pilihan kepada keluarga tanpa perlu untuk dia mempunyai hubungan cinta terlebih dahulu.
Shila Amzah Akur Andai Keluarga Pilih Calon Suami

Menurut Shila Amzah lagi, dia telah meminta ibunya, Fauziah Sarman untuk memilih mana-mana lelaki pilihan keluarga sekiranya ada yang sesuai untuk dijadikan suami.

"Memang saya meminta ibu carikan jodoh jika ada yang sesuai kerana pilihan mereka pastinya adalah yang terbaik.

"Bagaimanapun, andai kata saya bertemu dengan lelaki pilihan sendiri, saya akan pastikan dia seorang yang menghormati keluarga dan mampu membimbing saya ke arah kebaikan," katanya.

Shila ditemui wartawan ketika majlis pra dengar album terbaharunya berjudul Shila Amzah, di Red Box, Pavillion, Jumaat lalu. Ini merupakan album pertama terbitan syarikatnya sendiri iaitu Shila Amzah Entertainment Berhad (SAEB).

Menurut Shila lagi, bagaimanapun buat masa ini di mahu fokus kepada kerjayanya kerana masih lagi serik untuk menjalinkan hubungan cinta dalam masa terdekat.

Selepas kejadian kontroversi cinta Shila dengan pelakon Sharnaaz Ahmad beberapa bulan lalu, dia kini lantang bersuara dan mengambil sikap lebih terbuka dalam melemparkan pandangan.

"Dahulu saya selalu berhati-hati dalam setiap kenyataan yang diberi mahupun kelakuan. Tapi saya dah penat sebab orang tetap kritik saya.

"Walaupun memohon maaf atas sesuatu kejadian, saya tetap dilemparkan dengan pandangan buruk dan akhir sekali saya yang sakit hati.

"Jadi lebih baik saya bersikap pentingkan diri dan lebih tegas jika ada yang cuba melemparkan tuduhan yang tidak berasas kepada saya," ujarnya.

Dalam pada itu, album terbaharunya memuatkan sebanyak lima buah lagu iaitu Sedar, Masih Aku Cinta, Cinta Hati, Tulus dan Maaf ciptaan sepenuhnya oleh Shila sendiri.

Menarik tentang lima lagu tersebut, ia mengisahkan pengalaman cinta yang pernah dilaluinya sebelum ini."Saya juga lebih terbuka dalam meluahkan isi hati saya kepada umum dengan cara menghasilkan lagi.

"Saya percaya lagu-lagu ini akan menjadi kenangan dan pengalaman hidup buat saya selama-lamanya dan juga buat orang yang mempunyai kisah yang lebih kurang sama dengan saya," katanya. sumber


Kesibukan Menghalang Izzue Islam Berbulan Madu

Kesibukan Menghalang Izzue Islam Berbulan Madu | Dek kerana kesibukan dan jadual kerja yang agak padat, Izzue Islam mengaku belum sempat membawa isterinya berbulan madu.
Kesibukan Menghalang Izzue Islam Pergi Bulan Madu

“Saya agak sibuk ketika ini dan belum berkesempatan membawa isteri bercuti untuk berbulan madu. Namun, saya bakal bercuti ke Hong Kong, Macau dan Disneyland bersama para peminat anjuran Safir Go Travel, jadi percutian ini boleh juga dianggap sebagai bulan madu untuk saya dan isteri,” kata Izzue Islam ketika ditemui baru-baru ini.

Izzue turut menyuarakan rasa terujanya untuk bercuti pada 15 Disember sehingga 20 Disember itu nanti memandangkan dia belum pernah bercuti di luar negara lagi. Ia juga adalah peluang keemasan baginya kerana percutian ini merupakan pengalaman pertamanya menyertai pakej percutian bersama para peminat.

“Percutian selama 6 hari 5 malam tajaan Safir Go Travel ini sememangnya merupakan peluang keemasan yang dinantikan oleh saya kerana selain dapat bercuti, saya juga dapat bersama dengan para peminat secara lebih dekat lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Izzue juga sempat memberitahu beliau tidak menyesal membuat keputusan untuk berkahwin ketika namanya sedang menjadi igauan para gadis kerana baginya perkahwinan itu telah membuka dimensi baru dalam hidupnya kerana kehadiran isteri yang juga selaku pengurusnya itu membuatkan hidupnya lebih terurus dalam pelbagai aspek. sumber


Datuk 92 Tahun Gembira Dapat Kahwin Gadis Usia 22

Datuk 92 Tahun Gembira Dapat Kahwin Gadis Usia 22 | Seorang datuk berusia 92 tahun di wilayah Sammara, Iraq dilaporkan telah menikahi seorang gadis berusia yang hanya 22 tahun, Khamis lalu.
Datuk 92 Tahun Gembira Dapat Kahwin Gadis Usia 22

Musali Mohammed al-Mujamaie dan isterinya, Muna Mukhlof al-Juburi berbeza umur 70 tahun.

Majlis pernikahan mereka diadakan sekali dengan pernikahan cucunya. Mujamaie yang bekerja sebagai petani menikahi Muna setelah tiga tahun kematian isterinya yang pertama.

Bersama isterinya yang pertama, Mujamaie memiliki 16 anak. Akui sangat bahagia dengan pernikahan itu, Mujamaie merasa kembali berusia 20 tahun.

“Saya sangat bahagia dapat menikah sekali bersama cucu saya.

“Saya merasa seperti kembali berusia 20 tahun,” katanya yang sudah merancang untuk menikah bersama-sama dua cucunya yang berusia 16 dan 17 tahun itu. sumber


Peraturan Baru Untuk Pemilik Laman Web, Blog Dan Sosial


Berikut adalah peraturan baru untuk pemilik laman web, blog dan juga laman sosial. Kini hasutan dan fitnah tersebar merata-rata dan amat sukar dibendung. Kegiatan ini jika tidak dibendung akan mengugat keharmonian dan keamanan negara. Oleh itu, SKMM akan bertindak menyekat mana-mana laman web atau sosial yang boleh mencetuskan perbalahan berdasarkan bukti dan laporan yang diterima.

skmm


Kriteria Laman Web Yang Akan Disekat
  • Blog yang didapati menggunakan bahasa berbaur hasuran dan fitnah melampau
  • Laman web bank palsu atau Scam
  • Pelanggaran hak cipta
  • Laman Kandungan Lucah
  • Kandungan fitnah dan menghina institusi diraja
  • Penyalahgunaan laman sosial seperti Twitter dan Facebook yang mengandungi kesalahan yang berkaitan seperti ugutan, penghinaan atau menyentuh sensitiviti kaum
Menurut pihak SKMM, undang-undang sedia ada untuk menangani jenayah siber di negara ini adalah mencukupi dan penguatkuasaan undang-undang spesifik atau tribunal khas untuk tujuan itu adalah tidak perlu buat masa sekarang.


Sumber


Wanita Ini Hamil Anak Ke-20



NEW YORK: Seorang ibu dari Arkansas, Michelle Duggar dengan bangga mengumumkan kepada dunia semalam bahawa beliau kini hamil anaknya yang ke-20.

Duggar, 45, dan suaminya, Jim Bob, 46, yang mempunyai banyak pengalaman menyambut kedatangan bayi baru itu memberitahu televisyen NBC bahawa mereka sendiri terkejut dengan kehamilan terbaru berkenaan.

“Saya tidak terfikir bahawa tuhan akan memberikan kami seorang lagi anak, dan kami amat bersyukur,” kata Duggar, bintang sebuah rancangan realiti melalui TLC, ‘19 kids and counting.’

Keluarga terbabit tinggal di Little Rock dan juga mengendalikan halaman web sendiri, yang turut menjual buku yang ditulis ibu bapa dan DVD selain turut memberikan nasihat kepada ibu bapa.
Pasangan itu kini mempunyai 10 anak lelaki dan sembilan anak perempuan berusia antara 23 bulan dan 23 tahun. Anak mereka yang ke-19 dilahirkan pra matang pada Disember 2009 dan Duggar mengalami komplikasi.
Duggar berkata, walaupun berhadapan dengan risiko tetapi beliau tidak bimbangkan kesihatannya.

“Saya sekarang mempunyai ukuran badan yang menarik berbanding sepanjang tempoh 20 tahun lalu,” katanya.
Ketika meraikan kegembiraan itu, Bob mempunyai pandangan sendiri mengenai keadaan itu : “Kami tidak mahu berhenti dengan nombor ganjil.”
Sambil mengakui tidak menggunakan pil perancang keluarga, Duggar sendiri membayangkan ‘keletihan’ mempunyai anak ramai apabila menekankan tidak memikirkan untuk untuk menambah anak lagi.
sumber : http://wwwsaja-saja.blogspot.com/

Beyonce belanja RM23,904 buat anak Kim


DARI KIRI: Beyonce Knowles, Jay Z, Kanye West dan Kim Kardashian memang bersahabat baik.

PASANGAN selebriti, Jay Z dan Beyonce dilaporkan berbelanja AS$7,500 (RM23,904) untuk membeli sejumlah hadiah mewah sempena kelahiran bayi pertama selebriti televisyen Kim Kardashian dan kekasihnya, Kanye West yang juga seorang penyanyi.

Antara barangan mewah diterima bayi yang diberi nama North West itu ialah sarung kaki jenama Christian Dior dan set mangkuk bayi jenama Elsa Peretti Padova.

Menurut satu sumber, Jay Z dan Beyonce turut membawa anak mereka ke rumah ibu Kim yang terletak di kawasan perumahan elit Beverly Hills, California.

Selain membawakan hadiah, Beyonce dikhabarkan memberi Kim panduan agar tubuhnya segera langsing.

Kim dipercayai belum terdesak untuk menguruskan badan memadangkan dia baru bersalin pada 15 Jun lalu, kata jurulatih peribadinya, Tracy Anderson kepada media Barat baru-baru ini.

"Pada mulanya saya ingat Kim akan runsing dengan berat berlebihan selepas bersalin namun andaian itu ternyata meleset," kata Anderson.

Tambahnya, kebanyakan wanita akan runsing dengan kegemukan selepas bersalin namun, Kim kelihatan gembira dengan kelahiran North West sehingga dia seperti terlupa sedang berhadapan masalah berat badan.
sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/index.asp