Sempat ajar suami mengucap

on Sunday, July 7, 2013


SARIAH di sisi mayat suaminya, Zakaria yang maut dalam kemalangan di Telok Kemang.
Port Dickson: Perjalanan sepasang suami isteri untuk membeli barangan keperluan menyambut Ramadan berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka maut dalam kemalangan di Jalan Pantai Teluk Temang berdepan Sekolah Agama Rakyat Awaludin, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi, penunggang motosikal, Zakaria Tamin, 66, maut di tempat kejadian manakala isterinya yang juga pembonceng, Sariah Kantan, 58, hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.

Sariah berkata, dia bersama suami dalam perjalanan ke Teluk Kemang dari rumah mereka di Kampung Sungai Raya, di sini, untuk membeli barangan keperluan bagi menyambut Ramadan.

“Motosikal ditunggang suami bergesel dengan sebuah lagi motosikal, menyebabkan suami hilang kawalan dan terjatuh.

“Saya menyaksikan suami meninggal di depan mata dan sempat mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah sebelum dia menghembuskan nafas terakhir,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.

Katanya, dia tidak menyangka ajakan suaminya untuk pergi membeli barang adalah petanda dia akan kehilangan ketua keluarga itu.

“Sedih dan sayu melihat suami meninggal dunia di depan mata, namun saya reda dengan ketentuan Ilahi. Lebih-lebih lagi suami pergi ketika umat Islam bakal menyambut Ramadan minggu depan,” katanya.

Jurucakap polis berkata, hasil siasatan awal mendapati, motosikal jenis Modenas Kriss ditunggang Zakaria dipercayai bergesel dengan sebuah lagi motosikal jenis Yamaha dari arah sama.

“Geselan itu menyebabkan motosikal mangsa hilang kawalan sebelum terjatuh, menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala, manakala isterinya cedera ringan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Abd Wahab Harun ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Raya.

Atlet bola jaring SUKMA dirogol bergilir-gili


KUALA LUMPUR - Polis akan menjalankan siasatan terperinci berhubung kes seorang atlet bola baling Sukan Malaysia (Sukma) 2013 yang mendakwa dirogol sekumpulan atlet lelaki di perkampungan sukan di Universiti Putra Malaysia, Rabu lepas.


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis memandang serius perkara itu kerana ia melibatkan imej sukan negara amnya dan perbuatan jenayah dalam kalangan atlet, khasnya.

"Laporan ini amat serius. Kita akan lakukan siasatan lanjut dan terperinci mengenai kes ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan atlet remaja berusia 19 tahun itu mendakwa dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan sebuah kolej universiti itu.

Mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang dan susulan itu, polis menahan tiga atlet semalam untuk membantu siasatan. - Bernama

Kemalangan kereta Ferrari di Malaysia

RAHSIA BESAR MASJID NABAWI YANG DISEMBUNYIKAN!





RAHSIA BESAR TANDA KEAGUNGAN MASJID NABI YANG DISEMBUNYIKAN | Amat malang umat Islam hari ini apabila tidak lagi mengambil berat walaupun masjid yang amat dikasihi oleh Nabi s.a.w itu sendiri, iaitu Masjid an-Nabawi. Mereka tidak mahu mencungkil pengajaran yang terdapat di masjid nabi itu sendiri.

Apakah umat Islam lalai atau ia sengaja di sembunyikan oleh pihak-pihak tertentu?



Umat Islam

BENARKAH DR. MUHAMMAD MURSI TIDAK LAYAK MENTADBIR MESIR?






DOSA-DOSA DR. MUHAMMAD MURSI SELAMA MEMERINTAH NEGARA MESIR | Mengapa kalangan liberal sangat berusaha menjatuhkan Presiden Mesir DR Muhammad Mursi? Salah seorang pembaca menghantar tulisan menarik tentang Dosa-dosa Presiden Mesir DR Muhammad Mursi.



Boleh jadi, pendapat yang dihantar melalui fanpage ini benar. Bahawa ‘dosa-dosa’ inilah yang membuat pemerintahan Mursi di goncang. Berikut

TRANSFORMASI RUPA ARTIS HOLLYWOOD DI DALAM FILEM!

Kemahiran dan teknologi yang digunakan oleh penerbit filem di Hollywood merupakan yang terbaik di dunia. Filem akan diteliti dari setiap aspek baik dari aksi, dialog dan pastinya paras rupa pelakon dalam melakonkan sesuatu babak.

Heath Ledger sebagai Joker di "The Dark Knight".

Melissa Cowan jadi zombie di "The Walking Dead".

Ralph Fiennes sebagai Voldemort di "Harry Potter".

Jim Carrey dalam film "The Grinch".

Eric Bana sebagai Nero di "Star Trek".

Michael Keaton dalam film "Beetlejuice".

Ron Perlman sebagai Hellboy di "Hellboy 2".
sumber : http://www.mazeermohamad.com/




Kereta Perdana Mamat Sepah Kemalangan Kecil