Gambar kereta Apex yang terlibat dalam kemalangan

on Sunday, July 7, 2013

KHAIRUL FAHMI CHE MAT (APEX) KEMALANGAN – Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat telah terlibat dalam satu kemalangan di Kelantan semalam.
Kejadian itu berlaku di Kampung Badak, Bachok dan sehingga ke saat ini status kecederaan Kharul Fahmi Che Mat masih belum diketahui. Apex memandu kereta Audi miliknya semasa kemalangan.

Sesiapa saja boleh menconteng kereta ini


Phillip Romano berpose bersama kereta unik miliknya. Nydailynews.com

New York - Ketika ada seseorang yang sedang mencoret-coret di kereta anda, tentu hal ini akan membuat jengkel, marah, atau bahkan menuntut orang iseng tersebut. Namun, berbeza dengan sebuah kereta yang saat ini sedang mencuri perhatian masyarakat sekitar di jalanan utama Bandar New York.

Seperti yang dilaporkan Ny Daily News, pemiliknya, Philip Romano, yang berasal dari Armonk, telah membiarkan keretanya menjadi papan tulis berjalan. Ia bahkan menawarkan orang-orang untuk menggambar ataupun menulis suasana hati mereka di keretanya. Tak tanggung-tanggung, Romano juga menyediakan kapur aneka warna untuk dipakai mencoret keretanya.

Romano, yang saat ini berusia 20 tahun, dengan senang hati membiarkan orang-orang mencoret Hyundai Elantra tahun 2004 miliknya. "Ketika aku letak di suatu tempat, orang-orang pun mulai menggambar sesuatu di keretaku," katanya.

Mahasiswa jurusan psikologi dan linguistik di Universiti Negeri New York di Geneseo ini pun mengusung tagline "DRAWONME" di keretanya. "Aku suka kalau orang menulis di keretaku. Terima kasih untuk itu semua, "kata Romano.
sumber : http://www.relevansokmo.com/

Gadis Melayu Yang Kerja Cashier Dirompak Dan Dipukul


Memang menyedihkan!!! bayangkan jika ia berlaku kepada kita atau saudara atau adik-adik kita bagaimana perasaannya ketika itu? inilah nasib malang seorang gadis melayu yang bekerja di kedai-kedai yang tiada majikan.

Gambar Comel Anak Adi Putra, Zara Adelia Haadi



Adi Putra semakin hangat setelah drama Teduhan Kasih yang dilakonkan beliau menerima sambutan hangat peminat. Sebaik sahaja drama itu tamat, keluar satu gossip mengatakan Adi Putratidak menjengah anaknya di hospital. Segala tugas diserahkan kepada isterinya.


Bagaimanapun, Adi Putra yang enggan mengulas panjang lebar gossip tersebut hanya berkata,"Hanya isteri sahaja yang tahu. Kalau saya cakap hari-hari saya datang melawat anak di hospital, tapi mungkin orang akan fikir, itu hanya sekadar di bibir tapi hati cakap lain. Jadi, asalkan saya tahu, isteri dan anak tahu perkara sebenar itu sudah cukup."

Apapun, kita doakan yang terbaik buat puterinya Zara Adelia Haadi, dan semoga anak kecil itu sihat dan ceria selalu. jom lihat gambar Zara yang lain dibawah.





kredit to KEZOOM


Nad Zainal Akui Geli Bila Berlakon Dengan Kekasih

Selama ini, Nad Zainal berhati-hati dan memilih untuk tidak terlalu bercerita tentang hal personal terutama ketika ditanyakan soal teman lelaki walaupun Nad Zainal sering membawa kekasihnya yang dikenali dengan nama Azwan itu ke majlis-majlis yang dihadirinya.

Namun tidak untuk kali ini, Nad Zainal tidak mampu lagi mengelak dari bercerita tentang dia dan Azwan. Apatahlagi bila pasangan itu buat pertama bakal muncul menerusi lakonan dalam telemovie sempena Aidilfitri nanti berjudul, Adnan Balik Raya.

"Saya akan jalani penggambaran telemovie itu dalam bulan Ramadan ini. Sebenarnya sebelum ni kami pernah berlakon dalam drama yang sama tapi ketika tu tak ada babak yang temukan kami. Tapi kali ini, pertama kali saya dan dia ada dalam satu babak yang sama. Dalam cerita tu dia kononnya suka kat saya tapi saya tak suka kat dia. Saya tergila-gilakan Adnan (lakonan Shaheizy Sam).

"Sebetulnya saya rasa kekok dan geli bila on screen dengan dia. Saya rasa sangat dibuat-buat. Sebab, saya ni kalau kat luar memang tak reti nak ayu, ayu. Saya akui memang sukar nak dapat keserasian bila kami berlakon bersama", katanya.

Dalam pada itu, reaksi Nad Zainal ketika mengulas mengenai penjelasan Azwan baru-baru ini di dalam sebuah akhbar mengenai hubungan cinta mereka, menurut Nad, dia tidak marah dengan tindakan teman lelakinya itu. Belajar dari pengalaman kawan-kawan dan orang sekeliling, Nad tetap dengan prinsipnya dia tidak mahu terlalu bercerita hal mereka berdua.

"Saya tak marah. Seperti yang saya pernah nyatakan sebelum ini, saya sudah ada teman lelaki. Tapi untuk bercerita lebih-lebih tu, tidak. Saya juga nak kurangkan update di Instagram sebab banyak pengalaman orang sekeliling saya, apabila mereka terlalu sangat bercerita, akhirnya hubungan tu tak ke mana", kata Nad Zainal.
sumber : http://kezoom.blogspot.com/

AC Mizal & Hanis Zalikha Bakal Pengacara AF 2013?



Kita jadi keliru apabila ada teman produksi yang terbabit dalam rancangan realiti pencarian bakat popular Akademi Fantasia 2013 memberitahu yang untuk musim ini Hanis Zalikha dan Datuk AC Mizal dipilih menjadi pengacara.

Kita keliru sebab sebelum ini sudah dinyatakan Zizan Razak akan mengendalikan rancangan yang ditunggu-tunggu itu. Malah sumber rapat kepada rancangan musim terbaru ini turut mengesahkannya.

Jelas teman itu kepada kita, memang Zizan akan mengendalikan Akademi Fantasia 2013, tetapi ia hanya membabitkan konsert mingguan.

Untuk penerbitan musim baru ini rupanya banyak lagi perancangan program selari akan dilaksanakan dan ia tidak terhad kepada Diari Akademi Fantasia saja. Malah setiap hari ada beberapa program lain tetapi berkaitan dengan program realiti itu akan dilaksanakan.

Jadi Hanis dan AC akan mengendalikan dua program berkaitan dengan Akademi Fantasia 2013 dan memandangkan ia akan ditayangkan setiap hari sehingga konsert mingguan, ada dua tiga lagi program turut dihasilkan dan dikendalikan pengacara berbeza.

Sampai begitu sekali? Maknanya penonton setia Astro Ria akan melekat depan TV sepanjang Akademi Fantasia 2013 disiarkan nanti. Sebabnya, banyak program berkaitan turut dibuat.

Kita pasti bajet dikeluarkan untuk menghasilkan keseluruhan program ini juga agak besar. Nampaknya pihak produksi berhabis juga bagi memastikan kegemilangan rancangan realiti itu dapat dikembalikan.

Apapun, usaha yang mahu dilaksanakan produksi rancangan realiti popular ini, pesan kita hanya satu. Biarlah peserta dipilih itu nanti benar-benar mempunyai bakat dan memiliki ‘faktor X’ agar mampu muncul sebagai penghibur disegani. Sebab kalau setakat nak jual gimik dan kejutan, rasanya sudah tidak boleh jalan. – Harian Metro

Nadiya Nisaa Bersama Teman Artis

Comelnya bila artis-artis buat muka sengal. Takde la asik nak control ayu je kan.

Nadiya Nisaa ni dalam watak Adam Hawa nampak ayu je tapi sebenarnya real life rugged dan seksi jugak tahu. Meh kita layankan gambar-gambar Nadiya Nisaa artis baru yang meingkat naik ni.







sumber : http://gossipkini.blogspot.com/