Kementerian Kesihatan Tunggu Bukti Saintifik Sebelum Haramkan Sisha, Rokok Elektronik

on Monday, July 8, 2013

Kementerian Kesihatan sedang mengumpul lebih banyak bukti saintifik sebelum mengambil keputusan untuk mengharamkan atau mengadakan peraturan tentang sisha dan rokok elektronik.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, sebuah jawatankuasateknikal yang dipengerusikan pengarah Institut Perubatan Respiratori Datuk DrAbdul Razak Muttalif akan membuat kajian tentang kesan dua produk itu terhadapkesihatan, sebelum mengambil tindakan lanjut mengenainya.





“Mengenai sisha, bukti menunjukkan ia berbahaya, mungkin lebih bahaya daripada merokok.

“Oleh itu, langkah awal kami ialah mengklasifikasikan sisha sebagai produkberasaskan tembakau. Semua undang-undang dan peraturan berkaitan penggunaan tembakau mungkin akan terpakai terhadapnya (sisha),” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri majlis konvokesyen Kolej Tafe di sini, Ahad.

Dr Subramaniam berkata bagi rokok elektronik pula, ada pihak berpendapatproduk itu kurang berbahaya daripada rokok dan boleh dijadikan langkah perantaraan untuk mengurangkan tabiat merokok.

Bagaimanapun, kata beliau, ada pula pihak yang mendakwa rokok elektronikboleh disalahguna dan oleh itu perlu diharamkan atau dikenakan peraturan.

“Oleh itu, kami akan buat keputusan berdasarkan bukti yang dikumpul jawatankuasa teknikal ini, sama ada hendak mengadakan peraturan mengenainya (sisha dan rokok elektronik) atau mengharamkannya terus,” kata beliau.
sumber : http://terbakor.com/

Gambar Lesen Memandu Baru Bersekuriti Tinggi 2013 (LMBT)


gambar-lesen-baru-2013

Gambar lesen memandu baru kereta dan motor bersekuriti tinggi 2013 (LMBT) diperkenalkan umum. Kad lesen terbaru itu mempunyai ciri keselamatan lebih baik untuk jangka masa panjang berbanding lesen lama. Pihak JPJ akan menguatkuasakan kad lesen memandu terbaru itu kepada semua pengguna mulai 15 Julai 2013 bagi mengantikan lesen lama sejak tahun 1989.

Ciri Keselamatan Lesen Memandu Baru
  • Antara ciri-ciri keselamatan baharu tersebut termasuk pengaplikasian kad plastik pra-cetak bentuk dan lapisan hologram yang memiliki keselamatan tinggi.
  • Kad plastik pra-cetak itu akan mengandungi reka bentuk keselamatan tinggi dan canggih dalam imej garisan-garisan halus manakala lapisan hologram tersebut akan melindungi informasi serta gambar pemegang lesen memandu berkenaan.
  • Memastikan kepalsuan dan tindakan tidak bertanggungjawab berhubung kait dengan lesen lama itu boleh tangani.
Contoh Lesen Baru 2013
lesen baru

Cara Gantikan Lesen Memandu Baru
Pejabat JPJ
Kad tersebut boleh didapatkan di semua pejabat dan cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula 15 Julai 2013.
Pejabat Pos
Lesen baru itu akan diperluaskan pengeluarannya di pejabat-pejabat pos di seluruh negara pada November 2013.
lesen


Sumber: Gambar Lesen Memandu Baru Bersekuriti Tinggi 2013 (LMBT) | melvister.com 

Bayi 2 Bulan menggigil sebelum koma



Belum selesai siasatan membabitkan kematian bayi lelaki di sebuah pusat asuhan di Bandar Baru Bangi, seorang lagi bayi di premis sama dilaporkan koma sejak Isnin lalu.

Ahmad Adam Abqary Ahmad Hassan, dua bulan, dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, kerana mengalami pendarahan otak.
Dia sebelum ini dihantar ke pusat asuhan sama dengan bayi berusia tiga bulan yang dilaporkan maut, Jumaat lalu.

Bapa Ahmad Adam, Ahmad Hassan Shahbudin, 30, berkata, dia mengesyaki terdapat unsur kecuaian penjaga pusat asuhan itu sehingga menyebabkan anaknya mengalami pendarahan otak.

                                               AHMAD Adam Abqary mengalami pendarahan otak.

“Ini bukan kejadian pertama sebaliknya seperti dilaporkan Harian Metro Jumaat lalu, seorang bayi lelaki mati di situ,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Kajang, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.
sumber : http://www.hmetro.com.my/

Adira Masuk Hospital Sebab Putih Sangat?




https://www.keek.com/!XYpucab


KUALA LUMPUR, 10 JUN 2013: Senyap seketika cerita mengenai penyanyi Adira Suhaimi atau Adira yang sebelum ini mendapat perhatian apabila ramai yang memperkatakan tentang tona kulitnya yang terlalu putih hingga ada yang menyamainya dengan Micheal Jackson.

Ini berita yang Murai terima daripada teman Murai Batu yang mendakwa Adira telah dimasukkan ke hospital pada malam Jumaat lepas. Betulkah apa yang teman Murai Batu sampaikan ni? Ada juga Murai Batu belek-belek di ruangan berita lain atau surat khabar seperti tiada pula.

Kata sumber itu lagi, Adira telah dimasukkan ke pusat perubatan Damansara Specialist Centre, Damansara Utama setelah dia dikatakan lemah dan terjatuh pada malam Jumaat yang lepas. Malah, ada yang  terserempak dengan Naib juara Akademi Fantasia  Musim 8 ini dan melihat dia seperti dalam keadaan  kurang sihat.

Tapi,  dua hari lepas penyanyi berasal daripada Sabah ini ada memuatnaik dua video di Keek miliknya dan dia berada diatas kerusi roda dan ditolak oleh seorang teman dan memang kelihatan lemah. Ditangannya juga ada jarum yang biasa kita lihat di tangan pesakit yang dirawat di hospital.

Antara ungkapan yang keluar dari mulutnya "Kita tak larat macam nak demam. Kita duduk sini untuk makan ais krim". Tetapi sekali lagi melihat video Keeknya itu, temannya seakan bergurau dengan penyanyi itu. Hmmmm.

Murai Batu akan cuba sahihkan apakah yang berlaku kepada gadis yang berkulit putih melepak ini, sama ada dia sakit atau mungkin ada penceritaan lain disebalik video itu.
        
Adakah disebabkan kulitnya yang terlalu putih tersebut menjadikan dia lemah atau tidak boleh terkena cahaya panas seperti Micheal Jackson juga? Kalau disebabkan kulitnya yang terlalu putih itu memudaratkan diri Adira, Murai Batu rasa Adira harus mendapatkan rawatan lanjut.

Manalah tahu di kemudian hari sakit lain pula yang datang. Minta dijauhkanlah hendaknya. Jika benar Adira berada dalam keadaan tidak sihat, Murai Batu mewakili semua pembaca mendoakan Adira cepat sembuh.

MURAI BATU: Kalau betul sebab putih boleh sakit, Murai Batu rela jadi hitam. Tetapi biar kulit sahaja hitam. Hati suci bersih seputih dan sebersih kulit Adira. Ooops!

KEJAM DAN BIADAP!!! Pembunuhan 11 jemaah ketika Solat Isyak

KEJAM DAN BIADAP!!
KEJAM DAN BIADAP!!
 SUNGAI GOLOK (Selatan Thai) 9 Jun – Kejam dan tidak berperikemanusiaan!
Mungkin itu yang dapat digambarkan tentang pembunuhan 11 jemaah ketika solat isyak di Masjid Al-Furqan di Kampung Air Tempayan, 50 kilometer dari bandar ini kira-kira pukul 8.50 malam tadi (waktu Malaysia).
Setelah melepaskan tembakan dari dua pintu masuk masjid, enam penyerang itu dikatakan masih tidak berpuas hati dan masuk ke dalam masjid sebelum melepaskan beberapa das lagi tembakan bagi memastikan jemaah terbabit benar-benar mati.
Tragedi terbaru yang menjadikan masjid sebagai sasaran, berlaku pada hari yang sama Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva melawat Malaysia dan memperbaharui komitmen untuk mengakhiri konflik yang berlarutan di wilayah bergolak itu.
Kejadian itu menambahkan jumlah korban yang kini mencecah lebih 3,700 orang dan masyarakat Islam di wilayah itu bimbang kejadian lebih buruk akan menyusul semula dan ramai yang percaya kejadian terbaru didalangi pihak berkuasa.
Bagaimanapun sehingga kini masih belum dapat dipastikan motif sebenar pembunuhan kejam itu tetapi ada yang berpendapat berpunca daripada dendam dan pihak tentera Thai menafikan sebarang pembabitan anggota mereka.
Seorang saksi, Hassan Deraman, 17, berkata, kejadian berlaku amat pantas kira-kira lima minit di mana empat lelaki dikatakan menyerbu masuk ke dalam masjid dari arah pintu belakang manakala dua lagi dari arah tepi.
Katanya, kesemua mereka bersenjatakan rifel M-16 dan pump gun serta memakai seragam hitam serta bertopeng.
‘‘Ketika kejadian berlaku saya bersama tiga lagi rakan berada dalam wakaf kira-kira 15 meter dari pintu masuk utama masjid ini, Tiba-tiba kami mendengar bunyi tembakan yang kuat bertalu-talu.
‘‘Kami bersembunyi dan bergerak ke tempat kejadian dengan perlahan-lahan dalam gelap untuk melihat apa yang berlaku dengan lebih jelas.
‘‘Saya kemudian melihat mereka memasuki masjid ini dan melepaskan tembakan ke arah kepala serta badan jemaah yang terbaring dalam ruang solat, tembakan itu dilepaskan bagi memastikan kesemua jemaah ini benar-benar mati,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di tempat kejadian.
Hassan berkata, penyerang dipercayai memasuki kawasan masjid melalui hutan dan kawasan ladang getah di bahagian belakang bagi memastikan kehadiran mereka tidak disedari.
Katanya, pembunuh kejam itu tidak memasuki masjid melalui pintu utama kerana ia diterangi dengan cahaya lampu.
‘‘Selepas bunyi tembakan hilang, beberapa orang kampung datang dan saya bersama mereka memasuki masjid melihat mayat bergelimpangan dipenuhi dengan darah.
‘‘Ketika itu, hanya dua jemaah terselamat tanpa sebarang kesan tembakan. Salah seorang daripada mereka adalah ‘tok siak’ masjid, bagaimanapun akibat terkejut dengan serangan tersebut dia pengsan kerana serangan jantung.
‘‘Seorang lagi yang terselamat adalah ahli kumpulan ‘tabligh’ yang datang berdakwah di sini, dia terselamat kerana ketika itu sedang sujud dan setelah mendengar bunyi tembakan dia meniarap dan berpura-pura mati,” katanya.
Serangan tersebut turut menyebabkan imam masjid, Wan Nasir Wan Abdullah, 62, terkorban manakala 12 parah dan dua terselamat.
Kesemua jenazah dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira pukul 11 pagi ini dan tinjauanUtusan Malaysia mendapati perkarangan masjid itu dipenuhi oleh kaum masyarakat Melayu Islam dari tiga daerah yang bergolak itu.
Malah ketika itu, ruang solat masjid berkenaan masih dipenuhi darah dan ia dibersihkan sepenuhnya oleh anggota tentera kira-kira pukul 5 petang ini.
Tinjauan juga mendapati dinding dalam masjid tersebut turut dipenuhi kesan tembakan dan kawalan keselamatan di kampung berkenaan ditingkatkan.
AR-RIJAL: diambil dari berita utusan online.Kita mungkin rasa bersyukur negara kita aman.tapi kita juga perlu ada rasa marah yang amat sangat.benar,buat masa sekarang memang seperti nampak x ada apa boleh kita buat dan bantu.tapi pastikan semangat yang ada tak mati.janganlah bila tengok berita ini hanya sekadar :”erm.ok.ada orang kena tembak.so?”.
sekurang nya,mungkin mereka yang disana mendapat shahid..kita???

Aku peduli apa kalau lelaki tinggal rumah aku - Linda


Jawapan bersahaja Linda - “Saya tidak kisah apa orang nak kata. Ini rumah saya dan hak saya. Jadi suka hati sayalah nak sewakan kepada siapa.”


Itulah jawapan seorang wanita dikenali sebagai Linda, 29, yang merupakan antara segelintir warga kota yang mengamalkan hidup ala Hollywood dengan menyewakan bilik di kediaman mereka kepada lelaki.

Bagi golongan seperti Linda, apa yang lebih utama ialah mendapat sumber kewangan untuk menampung kos kehidupan dan ada juga yang menganggap berkongsi rumah dengan individu berlainan jantina lebih serasi dan selesa.

“Kami bukan buat perkara tak senonoh. Kalau orang nak ambil tahu pun, saya cakaplah kami saudara. Yang penting, beban saya berkurangan,” katanya.


Bagaimanapun, cara kehidupan songsang itu disifatkan Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Noh Gadut sebagai mengundang syaitan dan perlu dijauhi kerana ia jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

“Tindakan itu boleh diibaratkan seperti ‘kucing dengan ikan’. Mana boleh kita dapat mengawal kedua-dua situasi ini dan ia sudah pasti akan berlaku tindak balas negatif.

“Walaupun tidak berlaku zina tetapi ia akan menimbulkan fitnah. Perlu diingatkan apabila berada lelaki dan perempuan, sudah pasti syaitan menjadi rakan yang akan mendampingi mereka,”
 katanya.


Menurutnya, Islam jelas menggariskan hubungan yang dibolehkan serta tidak dan ia perlu dijadikan panduan oleh golongan muda agar tidak terikut-ikut budaya Barat kerana ia akan menyebabkan kerosakan akhlak kepada generasi akan datang.

Noh berkata, walaupun mereka tinggal di bilik berasingan namun sesetengah daripada mereka pasti akan berkongsi peralatan lain seperti bilik air dan kesempatan itu akan diambil syaitan untuk mendekati mereka.

“Jangan main dengan nafsu serta hasutan syaitan kerana orang alim pun boleh terbabas. Kita perlu elakkan fenomena ini daripada berlaku.

“Mereka ini mungkin tidak tahu perkara dilakukan ini dilarang, tidak perlu ambil tindakan dengan menangkap mereka sebaliknya cara berdakwah adalah yang terbaik untuk mendekati mereka,”
 katanya ketika dihubungi.


Trend berkongsi rumah lelaki dan wanita tanpa ikatan perkahwinan dikesan Harian Metro daripada sumber mahu dikenali sebagai Afis, 27 yang kebetulan mencari bilik untuk disewa menerusi laman web. - Metro

Tuah Berjumpa Anuar Zain


Dilabel sebagai eksklusif, peluang bertemu penyanyi tersohor, Anuar Zain ini hanya ketika dia membuat persembahan yang kebanyakan tertutup dan berbayar.

Perkembangan mengenai kehidupan sehariannya tidak mungkin dapat dijejaki dalam mana-mana laman sosial khususnya Twitter, Instragram dan Keek yang menjadi medium interaksi antara selebriti dan peminat.

Anuar mempunyai pendirian sendiri mengapa dia memilih cara yang menongkah ‘trend’ masa kini. Bukan tidak mahu kehidupan peribadinya diintai setiap hari, tetapi kesibukannya membataskan dia berbuat demikian selain menyimpan sedikit ruang ‘privacy’ untuk diri sendiri.

Pendek kata, peluang bertemu penghibur dilahirkan pada tanggal 15 Februari 1970 dengan nama Shahrul Anuar Zain, itu bukan mudah.

Namun, Nur Hafeza Rahmat, 32, dan Azaril Ameer Yahaya, 32, menjadi antara ribuan peminat Anuar yang cukup bertuah. Mereka bukan saja dapat bertentang mata dengan Anuar malah berpeluang menikmati makan malam secara eksklusif di Melting Pot tajaan Hotel Concorde, Kuala Lumpur, baru-baru ini bersama penghibur yang mencipta nama menerusi lagi Kain Pelikat tiga dekad lalu.

Nur Hafeza dan Azaril adalah dua pemenang utama kuiz anjuran Anuar Zain Network dengan kerjasama Harian Metro bersempena konsert Anuar Zain 3 Dekad: Muzik, Cinta dan Sanubari pada 16 Februari lalu di Stadium Malawati Shah Alam.
Tentunya perasaan bangga turut dikongsi teman-teman mereka, Faiz Nor Ain Hamzah, Farah Aini Hamzah dan Mohamad Ridzuan Abdul Mutalib, apabila setiap pemenang dibenarkan membawa pasangan atau rakan masing-masing.
Tiba di lobi hotel pada jam 8.10 malam, Selasa lalu, Anuar berkemeja kuning cair, dipadan celana denim biru gelap dan blazer kelabu, kelihatan tenang dan mesra seperti biasa. Tidak bersendirian sebaliknya bersama ‘entourage’ dari Anuar Zain Network terdiri daripada dua pengurus, Nana Ahmad dan Dura Talib termasuk Pengurus Pronosi, Sam Kassim.
Betapa dia menghormati majlis dan peminatnya, Anuar tidak memulakan makan malam kerana setia menunggu sehingga semua tetamu istimewanya tiba.

Apabila semuanya sudah lengkap, Anuar berbual mesra dengan peminatnya dan dilihat menjawab setiap pertanyaan yang dilontarkan kepadanya.
“Majlis malam ini, sebenarnya sesuatu yang menyeronokkan. Sudah lama kita nantikan untuk adakan program seperti ini selepas konsert saya tempoh hari. Tetapi banyak waktu terpaksa di tangguh kerana jadual saya yang tidak mengizinkan.

“Alhamdulillah malam ini, akhirnya dapat juga majlis ini dilaksanakan. Pemenang yang hadir pun, mereka tenang-tenang saja, semuanya baik-baik.

“Lama dulu saya pernah juga adakan majlis seperti ini tetapi jarang sekali dapat peluang. Selalunya, berjumpa di majlis undangan nyanyian yang saya hadiri,” katanya.

Biarpun ada yang melabelnya eksklusif, Anuar secara peribadi berpendapat hubungannya dengan peminat tidak putus malah berterusan sehingga di luar pentas. Tambahan pula, setiap kali keluar rumah atau mengunjungi mana-mana tempat, dia tidak pernah menghalang peminat mendekatinya.
“Kadang-kadang keluar tidak merancang, kan? Jadi peminat yang jarang melihat kita datang untuk bergambar dan hendak berbual, saya akan melayani mereka sehabis yang saya boleh. Saya sangat-sangat bersyukur ada peminat yang menyokong kerjaya saya dari mula kini menjadi sahabat saya pun.

“Yang membuatkan saya terharu walaupun mereka sudah dianggap sebagai sahabat, belum pernah di antara mereka jenis ambil kesempatan. Misalnya setiap kali ‘show’ mereka tidak pernah lokek membeli tiket,” katanya.
Menghala perbualan pada perkembangan kerjayanya, akui Anuar, sememangnya dia mahu mengadakan edisi kedua Konsert Anuar Zain 3 Dekad : Muzik, Cinta dan Sanubari, jika ada yang sudi menawarkan dari segi penajaan. Walau bagaimanapun, setakat ini belum ada sebarang perancangan ke arah itu.
sumber :http://www.hmetro.com.my/